Novel : Ejan Mas Sayang 13

28 June 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 13

EJAN tak tahu kenapa Irfan begitu rapat dengan keluarganya.Irfan di layan bagaikan dia adalah ahli keluarga Ejan juga.Mesra saja keluarganya melayan Irfan.Malam tu menurut emaknya Irfan akan tidur di rumah mereka.Ejan gelisah.Ungkapan Afina petang tadi bergema lagi di fikirannya.Bagi diri Irfan dan dirinya sendiri peluang untuk meluahkan suara hati.Ketika makan malam tadi Ejan buat biasa saja walaupun Ejan kurang bercakap.Bila di usik abang-abangnya pun Ejan hanya mengukirkan senyuman yang ternyata hambar sekali.Makannya pun sikit sangat.Selepas selesai solat Isya berjemaah Ejan menyusup ke belakang rumah.Nak masuk tidur malam masih muda.Nak menonton tv ada Irfan di ruang tamu bersama keluarganya.Nak join kak Lijah dengan kak Miza berbual.Topik mereka cuma anak-anak dan masalah rumahtangga.

Di kerusi batu belakang rumah Ejan termenung seorang diri sambil kepalanya di dongakkan ke langit.Bintang bertaburan dan bulan cerah mengambang.Ejan terpesona dengan kurniaan Ilahi.Terleka Ejan seketika.

“Ehem.” terdengar seseorang berdehem di sisinya.Ejan pantas menoleh.Irfan dah melabuhkan punggung di tepinya.

“Cantikkan bulan malam ni?” Irfan turut memandang ke atas.Ejan bangun dan ingin berlalu.Pantas tangannya di sambar Irfan.

“Ejan please,bagi abang peluang.Jangan lari lagi Ejan.Ejan tak penat ke asyik lari dari abang.”

“Abang tu tak takut dosa ka? Kita bukan muhrim bang! Ingat sama!” selamba saja Ejan membidas Irfan.Irfan tergelak kecil.Tangan Ejan di lepaskan.Dia pun tak sedar tindakan pantasnya itu.Yang ada di mindanya hanya Ejan.

Ejan tak jadi masuk ke rumah cuma dia menjarakkan dirinya dari Irfan.Ejan ingin memberi dirinya peluang.Ejan cuba beranikan diri bersemuka dengan Irfan.

“Okey! Ejan bagi abang peluang terakhir.Cakap la apa abang nak cakap.”

“Kita kahwin?” dua patah perkataan dari Irfan yang membuatkan Ejan membuntangkan matanya.

“Abang jangan main-main boleh tak?” sedikit keras nada Ejan.

“Abang serius Ejan!”

“Abang nak jadikan Ejan isteri no berapa? Dua? Tiga? Empat?” dengan nada yang sinis Ejan menuturkannya sambil Ejan memandang tepat ke wajah Irfan.Terdengar tawa kecil Irfan.

“Ejan,..Ejan,..” Irfan gelengkan kepala beberapa kali.Dagunya di tongkat dengan tangan.Wajah Ejan di renung dalam.Dalam cahaya bulan dia masih dapat melihat wajah Ejan yang kemerahan dan kegugupan Ejan masih dapat di kesan.Lama wajah itu di renung hingga menjadikan Ejan gelisah.

“Abang masih teruna lagi tau.Abang tunggu Norizan Mastura.Abang hanya akan berjabat tangan Tok Kadi dengan mengakad nikahkan perempuan bernama Norizan Mastura bt Mustafa.Tiada perempuan lain.” Irfan kembali bersandar di kerusi batu dan masih tetap setia merenung bulan di sampingnya.

“Huh! Bila bercakap lembut gigi dari lidah.Apa dah abang buat dengan keluarga Ejan? Abang dah jampi ya?” tercetus ketawa Irfan.Tak sangka begitu sekali tuduhan Ejan terhadapnya tapi dia masih terasa lucu.

“Yang abang gelak pasai pa? Ejan tak buat lawak la bang!”

“Okey,okey,..abang minta maaf k.Buruk sangat ke perangai abang ni Ejan sampai nak menjampi keluarga Ejan.?Sepanjang Ejan tak ada abang rindu sangat dengan Ejan dan bila rindu rumah Ejanlah abang tuju.Mak dengan ayah Ejan dah biasa sangat dengan kedatangan abang.Kenapa? Ejan cemburu ke tengok mak dengan ayah Ejan layan abang baik sangat.” penerangan Irfan membuatkan Ejan terkejut besar tapi nak percaya 100% memang tak kot!.
“Untuk apa abang nak rindu kat Ejan?.Kan abang dah ada awek cute tu?. Kahwin ja la dengan dia!”

“Ejan cemburu ke dengan perempuan tu.?”

“Tak ada maknanya Ejan nak cemburu.Ejan pun tau nak sedar diri.”

“Jadi bila Ejan cakap Ejan mencintai abang hari tu Ejan tipu abang la.Selama ni abang bertepuk sebelah tanganlah.?” Irfan cuba memerangkap Ejan.

“Err..” Ejan gugup.

“Ejan,..cemburu tu tandanya sayang.Kalau Ejan tak cemburu maknanya Ejan langsung tak sayang kat abang.Selama ni abang syok sendiri la rupanya.Abang ingatkan Ejan pun sukakan abang tapi tak.Bila abang bawa perempuan tu dan perkenalkan sebagai calon isteri abang,abang ingat Ejan akan marah-marah abang tapi rupanya abang dah tersilap meramal.Ejan langsung tak marah malahan Ejan terus pergi macam tu ajakan!” Irfan sudah meluahkan suara hati.Ejan termanggu tanpa kata.Otaknya kosong tiba-tiba.Perlukah dia tunjukkan perasaan sayang dia dengan rasa cemburu.Tak fahamkah Irfan dia pergi menghilangkan diri selama dua tahun kerana cemburu.Ejan pulak yang keliru.

“Ejan!” kebisuan Ejan membuatkan Irfan gelisah.

“Ejan tak tahu! Ejan masuk dulu.Assalammualaikum.” selepas memberi salam Ejan terus berlalu pergi.Nampaknya perbincangan mereka tak ke mana.Hubungan mereka masih di jalan buntu.Ejan dan Irfan mungkinkah bakal bersatu?.Ejan keliru lagi.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.