Novel : Ejan Mas Sayang 14

4 July 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 14

DUA MINGGU selepas pulang ke rumah, Ejan masih mencari kerja melalui internet.Ejan hanya mengambil kursus pemprosesan makanan jadi melalui internet Ejan hanya mencari alamat web yang memerlukan jawatan kosong.Dulu Ejan pernah membuat praktikal selama satu semesta di kilang pemprosesan makanan berasaskan buah.Bila di fikirkan balik takkan Ejan nak buka kilang.Ejan pernah berangan semasa belajar di Jerantut selepas selesai dua tahun dia nak buka syarikat catering.Angan-angan Ejan tinggi melangit tapi nak menjadikan sesuatu impian itu tak semudah melafazkannya.Ejan perlukan pengalaman.Ejan search pula laman web restoran-restoran terkenal.Dalam banyak-banyak restoran Ejan berminat dengan restoran di Langkawi tapi Ejan terfikir sejenak.Mampukah Ejan jadi chef ni? Ejan buntu sekali lagi.

“Adoii,..! Macam mana ni? Takkan nak terperap ja kat rumah ni? Boring ar!” Ejan merungut seorang diri.Macam biasa bila semua dah bekerja hanya tinggal Ejan dan emaknya di rumah.Ayah Ejan hanya petani tapi dengan usia emas ini ayah Ejan banyak menghabiskan masanya di masjid.

“Mak! Tolonglah Ejan!!!.” Ejan melaung emaknya di dapur.Puan Salima yang terkejut terkocoh-kocoh datang ke ruang tamu.

“Awat Ejan?” melihat wajah emaknya yang cemas Ejan mengekek ketawa.

“Ejan tak tau nak kerja apalah mak.Mak tolonglah Ejan.” Ejan pandang emaknya sambil tersenyum.Puan Salima mengeleng.Ingatkan apalah sangat tadi.Ejan! Ejan!

“Payah apa Ejan.Ada orang masuk minang Ejan kahwin sajalah.Lepas tu jadi surirumah sepenuh masa jaga saja anak-anak di rumah.” mudah saja Puan Salima keluarkan pendapat.Ejan tarik muncung.

“Uwaa,.mak ni langsung tak ada wawasan la.Mak!,.. Ejan ingat nak pi ambik kursus menjahit plak la.Nanti kot-kot boleh buka kedai menjahit.” Ejan keluarkan plak buah fikirannya.

“Di mana plak tu? Ejan jangan buat pasai! Berapa tahun plak tu?” Puan Salima cemas.

“Adoi mak! Ejan ambik kursus yang dekat-dekat sajalah mak.Nanti Ejan ulang alik la mak.Tapi,..” Ejan sengaja gantungkan ayatnya.Motor Ejan ayahnya dah jual selepas Ejan pergi Jerantut.Kalau nak berulang alik Ejan perlu ada kenderaan.

“Awat plak?” Puan Salima yang sudah duduk mengadap Ejan bertanya lagi.Apa plak la Ejan ni.

“Mak! Tolong Ejan bodek ayah! Beli reta! Mak baikkan!” Ejan sengeh.Dia merapatkan dirinya pada Puan Salima.Emaknya di rangkul manja.Kepalanya di dongakkan dan memandang wajah emaknya itu.

“Ada-ada sajalah hang ni Ejan.Boleh ka bawa reta.Satgi hang pi race plak.” Puan Salima menyuarakan kerisauannya.Ejan tarik muncung.Tubuh emaknya di lepaskan.Pura-pura merajuklah konon.

“Hmm..buat la muka asam kecut tu kerap-kerap,nanti cepat tua baru tau!”

“Mak! Doa tu!” pantas saja Ejan mencelah.

“Dah la daripada Ejan sibuk dok cari reja jom masuk dapur tolong emak masak pun baguih jugak.Dapat jugak ilmu.” Puan Salima terus bangun.Ejan hanya memandang sambil menyengeh.Begitulah nasib orang perempuan.Nak jadi perempuan sejati ilmu ceruk dapur perlu ada.Emaknya selalu berleter jadi perempuan ni yang penting pandai ikat suami.Selain ilmu belaian mesra ilmu ikat perut pun wajib ada,dengan kata lain kemahiran memasak makanan sedap-sedap untuk suami la.Kalau dah masak nasi rasa beras.Masak gulai rasa rempah.Wajah secantik bidadari pun tak mampu menjamin kebahagiaan rumahtangga.Tapi Ejan pernah juga membaca kisah-kisah benar di majalah.Kebanyakan rumahtangga berantarakan berpunca dari suami isteri itu sendiri.Tiada sikap toleransi dan kurangnya komunikasi.Bila ada masalah masing-masing saling memendam perasaan.Bila dah tak tahan apa yang di pendam pun meletup.

Ejan membandingkan pula dirinya dengan Irfan.Apa yang menyebabkan hubungan mereka tidak menjadi.Kalau nak di ikutkan pengakuan Irfan bermakna mereka saling menyayangi.Adakah dia yang terlalu ego.Melarikan diri bila terluka.Sekali lagi Ejan buntu.Sukar juga untuk membentuk sesebuah hubungan ini rupanya.Untuk memiliki pasangan ideal dan serasi bukan sesuatu yang mudah.

“Ejann! Menung apa lagi tu? Cepat la mai tolong mak masak ni!” Puan Salima dah melaung dari dapur.Ejan segera mematikan laptopnya.Hal cari kerja lupakan dulu.Ejan segera melangkah ke dapur.Persediaan untuk menjadi isteri mithali perlu di tuntut.Ejan senyum sendiri.Persoalannya isteri siapa? Hurmm..hanya Allah saja yang tahu!


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.