Novel : Ejan Mas Sayang 15

11 July 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 15

LETIH betul Ejan mencari kerja.Semua web yang memaparkan jawatan kosong dia masuk tapi semuanya tak memenuhi citarasanya,tak sepadan dengan kehendak jiwanya.

Cuma satu yang menarik perhatian jawatan kosong sebagai pekerja restoran di Pantai Cenang di Langkawi sebagai penjaga kaunter.Ejan berminat sangat dengan jawatan tu.Sambil bekerja boleh juga Ejan ambil angin di Langkawi.Lagipun kedudukannya pun di tepi pantai.Ejankan suka laut.

“Mak! Ejan nak reja kat tempat ni boleh dak mak?” Ejan menunjukkan jawatan kosong itu pada emaknya.Puan Salima hanya menjengok sedikit.

“Di mana plak tu?” wajah Ejan di tenung.Risau dia Ejan bawa diri lagi.

“Langkawi ja mak.Kat Pantai Cenang.Ada asrama untuk pekerja.Boleh la mak?” Ejan mencuba nasib.Untung sabut timbullah hendaknya.

“Hari tu mak dengar nak pi amik kursus menjahit.Ni dah nak pi reja di Langkawi plak.Mana satu ni Ejan?.” Puan Salima mengingatkan Ejan tentang hasratnya.Bimbang juga dia nak lepaskan Ejan.

“Alah mak! Hari tu baru perancangan.” Ejan cuba menerangan kedudukan sebenar pada emaknya.Dia sendiri sebenarnya masih keliru dengan pilihannya.

“Macam nilah Ejan.Jangan cari kerja dulu.Ejan rehat di rumah dulu nanti kita bincang lain.” Puan Salima keluarkan arahan.

“Ala mak ni! Takkan Ejan nak terperap ja kat rumah.Leceh la mak kalau macam ni.Boleh la mak bukannya jauh mana pun.Langkawi ja mak!” rayuan kedua.Tadi cubaan pertama tak berhasil.

“Sebenarnya Ejan,..” Puan Salima berat hati nak meluahkan tapi dia perlu juga beritahu Ejan.

“Apa mak?” terjungkit kening Ejan.Hairan! Kenapa maknya nampak macam susah sangat nak cakap.

“Sebulan sebelum Ejan balik dah ada orang masuk merisik dan kami dah terima Ejan.Minggu depan rombongan pihak lelaki akan datang untuk ikat tali pertunangan.Baik budaknya Ejan.Semua keluarga sudah setuju.Mak harap Ejan takkan menolak.” tersandar Ejan di sofa.Ejan pegang dahi, suhu badannya naik tiba-tiba.Ejan pandang emaknya dengan mata berkaca.

“Ejan! Ejan takkan tolakkan?” Puan Salima resah.

“Jodoh,ajal dan maut di tangan Allah mak.Ejan nak kata apa lagi.” Ejan pasrah.

“Alhamdulilah!” Puan Salima meraup muka mengucap syukur.Ejan di sebelah di rangkulnya.Kedua pipi Ejan di cium penuh kasih.

“Mak tak sabar nak bagitau kat semua.Ejan tau abang Hadi dah siap rancang kalau Ejan setuju nanti majlis akad nikah Ejan akan di buat serentak dengan kenduri kawen dia.” ceria Puan Salima bercerita.Ejan tersentak.Maknanya hujung bulan ni dia dah kena nikah.

“Mak! Tak cepat sangat ka?” Ejan rasa badannya semakin berbahang.

“Ejan! Nak dirikan masjid ni perkara mulia.Lagi cepat lagi elok.Mak dengan ayah pun dah tua.Kalau Ejan dah ada suami, emak dan ayah tak risau lagi kalau kami…” belum habis Puan Salima berkata Ejan dan menutup mulut emaknya.

“Okey,okey,.Ejan setuju tanpa syarat.Nak nikah esok pun Ejan tak kisah tapi mak jangan cakap macam tu lagi.” Ejan rangkul emaknya.Tak sanggup dia nak mendengar emaknya menghabiskan ayat yang akan merobek hatinya itu.Puan Salima tergelak.Dia tahu Ejan anak yang baik dan mendengar kata.

“Tahun depan mak dan ayah nak pergi haji.Kalau Ejan dah nikah kami tak risau sangat nak tinggalkan Malaysia.” Ejan pandang wajah emaknya.Puan Salima tersenyum kemudian terus menyambung.

“Itu yang mak nak cakap tadi Ejan.” Ejan tergaman.Otaknya cepat sangat berfikir yang bukan-bukan.Ejan rangkul emaknya lagi.

“Mak! Bakal tunang Ejan tu ada macam hero korea tak mak?” Ejan tergelak perlahan.

“Hmm..dengar kata ada kot.Sebab bakal mak mentua Ejan cakap mereka darah keturunan nyonya melaka.” Puan Salima memberitahu Ejan apa yang dia tahu.

“Alah! Mak ni.Ejan nak korea bukannya nyonya melaka.” Ejan pura-pura tarik muncung.

“Hiesy! Budak ni.Dah nak jadi bini orang pun masih nak tarik muncung macam tu.Nanti bakal mak mentua tengok terus reject nak buat menantu.”

“Takpa la,.. dia reject,nanti Ejan boleh pi korea kawen dengan Lee Min Ho.” Ejan gelak mengekek.

“Lawa sangat ka budak Li min ho tu.Dari dulu lagi dok minat sangat.” Puan Salima pun sampai dah hafal nama tu.Ejan terus search nama Lee Min Ho dalam google dan terus klik pada imej.Terpampang pelbagai gaya Lee Min Ho dalam tu.

“Mak! Nilah abang Lee Min Ho Ejan.Handsome tak mak? Handsomekan?” serentak menyoal Ejan juga menjawab soalannya sendiri sambil tersenyum manis.Alahai Lee Min Ho ku!

“Lagi lawa bakal menantu mak tu!” spontan Puan Salima berkata.

“Yalah tu mak! Bakal menantu mak.Bakal suami Ejan la kan! Tengoklah anak mak ni pun cute tentulah dapat suami ensem.” Ejan dah mula masuk bakul angkat sendiri.

Puan Salima hanya tersenyum.Lega hatinya kerana Ejan langsung tak menolak.Puan Salima yakin Ejan akan bahagia dengan lelaki pilihan mereka.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Ejan Mas Sayang 15”
  1. Giveaway says:

    Suka baca novel tak? Nak novel free tak? Jom join GA ni. Ada baaanyak novel best untuk dimenangi. And paling best, semua org boleh pilih hadiah yang disukai. Best kan? ^_^

    Come2! Jom join sini:
    http://violetsofia.blogspot.com/2013/07/hikayat-violet-sofias-giveaway.html

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.