Novel : Hati Si Pesakit Cinta 4

19 July 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : nana billa

4

Hari seterusnya berlalu seperti biasa. Aku gembira bekerja di UiTM, Shah Alam sebagai pensyarah. Ternyata ianya sesuai dengan ‘jiwaku’. Hubungan aku dan keluargaku pula kembali rapat. Aku dah berjaya mengurangkan sedikit sifat ‘cengeng’ku yang sebelum ini terlalu sebati dalam diriku. Entah kenapa apabila teringatkan Izzat, air mataku akan mudah mengalir. Airmataku beraksi sama seperti remote control. Automatik! Tetapi kini apabila terkenangkan dia, aku hanya bersedih tanpa mengalirkan airmata.

Aku pun tak tahu kenapa. Persoalan ini sentiasa bermain di fikiranku tetapi entah kenapa sampai sekarang aku masih terkial-kial mencari jawapannya.Mungkin kerana aku telah berjumpa penggantinya. Arghh..tak mungkin aku mudah melupakan dia. Mungkin kerana rasa rindu kepadanya telah terubat. Tapi bagaimana?

Pintu bilikku di ketuk.

“Masuk.” Arahku. Gerangan yang muncul di sebalik pintuku mengundang senyuman di bibirku. Esyan Aryan!

“Saya ganggu awak ke?” Tanya Esyan Aryan teragak-agak. Mungkin melihat aku yang agak sibuk. Dengan beberapa fail yang elok terletak di atas mejaku dan beberapa fail lagi yang bertaburan di kerusi. Aku menggelengkan kepala. Menidakkan kata-katanya. Fail-fail yang bertaburan di kerusi tetamu ku susun lalu mengizinkan dia duduk.

“I’m so sorry Syan. Tengah semak assignment ni. Kenapa ya?” tanyaku ingin tahu.

“Saya nak ajak awak lunch. Jom.”

“Erm.. okey. Kejap ya, saya nak kemas fail-fail ni. Awak tak kisah ke tunggu kejap?” Pertanyaanku tidak di jawabnya sebaliknya dia melangkah ke arah rak-rak yang menempatkan gambar-gambar family ku. Aku turut memandang ke arah satu gambar yang menarik perhatiannya. Aku terkedu.

Sebelum sempat aku bertindak merampas gambar tersebut, dia terlebih dahulu mencapainya. Aku perasan senyumannya yang terukir tiba-tiba mati.

“Apa awak buat ni?” tanyaku cemas. Gambar tersebut ku rampas daripada tangannya. Dia kelihatan terkejut. Hanya satu doaku. Berharap dia tidak sempat melihat keseluruhan gambar tersebut. Aku tak sanggup lagi menahan malu sama seperti ketika ku kantoi dengan kak Nadia. Itupun aku masih belum menjelaskan perkara sebenar.

“Itu bukan Irasz Arman ke. Yang sedang menyarungkan cincin di jari awak?” nampaknya dia sudah melihatnya. Dahinya berkerut-kerut. Tapi itu bukan Irasz Arman. Ingin sekali aku menerangkan segalanya kepadanya tapi kerongkongku seperti di sekat sesuatu. Aku tak berupaya menerangkannya.

“Err..awak salah lihat tu. Itu bukan gambar sape-sape.” Jelasku tergagap-gagap. Dia cuba merampas kembali gambar itu daripadaku tapi aku lebih cepat menyimpannya di dalam laci meja.

“Jom makan.” Entah dari mana kekuatanku datang. Aku menarik tangannya keluar dari bilikku. Dia tanpa banyak bicara hanya menurut langkahku. Mungkin tak sangka ku seberani itu. Bukan hanya dia, malah aku pun tak sangka. Tak pernah-pernah aku memegang tangan lelaki ajnabi sejak aku mula kehilangan dia. Argh..dia lagi yang aku ingat!

Kami pergi menikmati makanan di sebuah restoran berhampiran kampus. Aku sangkakan perbualan kami yang tak di rancang tadi berhenti begitu sahaja. Aku yang mula menarik nafas lega mula sesak nafas. Alasan apakah lagi yang harus aku rekakan? Sedangkan Esyan Aryan sudah melihat bukti yang terbentang. Masih adakah lagi ruang untukku mereka sebuah cerita lain? Tapi bagaimana?

“Rin. ”

“Apa kata kalau kita makan dulu. Mama saya kata depan rezeki tak baik berbual-bual.” Alasan yang paling bodoh ku ungkapkan dengan harapan dia akan makan tanpa bersuara. Lantaklah. Yang penting aku masih ada banyak masa lagi untuk mereka satu hikayat yang pasti tidak membabitkan lelaki sombong itu.

Esyan hanya tersenyum mendengar alasanku. Aku hanya memulakan aksi gadis melayu untuk menikmati makanan di hadapanku sedangkan neuron-neuron di otakku mula berlari pantas untuk memikirkan masalah yang sedang ku hadapi.

Selesai makan, kami beriringan ke kampus. Pelajar yang lalu lalang menyelamatkan aku dari di soal lelaki ini. Belum sempat Esyan Aryan membuka mulut untuk bertanyakan soalan, pelajar-pelajar yang lalu terlebih dahulu menegur kami.

“You owe me your explaination.” Bagai mengerti hatiku yang mula meloncat kegirangan, Esyan Aryan mula menggusarkan hatiku. Nampak gayanya, seorang lagi yang bakal tahu kisah sedihku. Aku mula mengeluh.

_______________________________________________________________

“Rin, saya cuma nak tahu sape dia tu. Awak dah kahwin or..”

“No! dia tu tunang saya. Izzat. But now.. he is not my fiancee anymore.” Ujarku perlahan.

“Clash?” tanyanya teragak-agak. Takut aku berkecil hati mungkin.

“Dia dah takde. Tu jer yang awak perlu tahu.” Aku mula bangkit dari sofa, ingin berlalu.

“Takde? Maksud awak.. tapi dia kan Irasz Arman?” langkahku terhenti mendengar kata-katanya yang agak lucu. Hmm, sorang lagi salah faham!
Aku tersenyum geli hati.

“Awak dah salah faham. Tunang saya ni 100% bukan Irasz Arman. Dia dah meninggal dunia. Depan mata saya.” Aku tekankan ayat yang terakhir itu. Cuba menerangkannya. Sesekali kepala Esyan Aryan terangguk-angguk seperti burung belatuk.

“Tapi.. macamana kalau dia betul-betul penyanyi terkenal tu.” Duganya. Memang jenis tak faham bahasa melayu agaknya Esyan ni. Aku bagi bahasa Spanish kan, tak pasal-pasal lalat buat padang bola kat mulut tu.

“Tak mungkin! Saya kenal siapa tunang saya.” Tanpa menunggu kata dua dari Esyan Aryan, aku mula beredar ke bilik pejabatku. Tak sanggup lagi aku mendengar sebarang kemungkinan yang ternyata menyakitkan hati aku. Aku tak suka di kaitkan dengan lelaki sombong tu. TITIK!

___________________________________________________________

*****

BUK! Satu tumbukan padu mengena pipi Irasz Arman. Irasz Arman yang bingung hanya bangun mengesat darah merah yang mula mengalir di bibirnya. Walau mukanya menyinga tetapi rasa hormat pada abang tetap menghalang dia dari menyerang balik.

“Apa abang buat ni? Dah gila ke, tumbuk-tumbuk macam ni?” ayat pedas tetap di semburnya. Panas hati dia apabila tiba-tiba di kejutkan dengan tumbukan di pipinya sedangkan rasa letih kerana baru pulang dari konsert masih belum hilang. Takkan abang dia tumbuk kerana dia pulang lewat. Tak mungkin. Lagipun dia selalu pulang lewat sejak menceburi dunia glamor setahun yang lalu.

“Kenapa kau buat anak orang macam tu Irasz?” Esyan Arman meraup mukanya. Rasa malu menebal tatkala Airin Izzah menceritakan kisahnya meskipun perempuan itu tidak tahu menahu hubungan antara dia dan Irasz.

“Buat ape? Apa yang abang merepek pagi-pagi buta ni? Abang dah kena sampuk ke?” soalnya bertubi-tubi. Sungguh dia tidak faham sebab abangnya berkelakuan sebegitu.

“Kau kenal Airin Izzah?” Tanya Esyan Aryan. Irasz Arman duduk di sofa yang berada di ruang tamu. Esyan Aryan turut melabuhkan punggungnya menyertai adiknya di sofa.

“Airin Izzah..” nama itu di ulangnya lagi seraya berfikir. Nama itu seperti pernah di dengarnya tapi di mana?

Peristiwa dua hari lepas merungkai segala persoalan yang bergayut di kepalanya.

“Argh.. perempuan itu lagi?” dia mengeluh. Tak habis-habis nak menyusahkan hidup dia. Apa sebenarnya perempuan tu nak?

“Jadi, memang betul kau tunangan dia yang di katakan mati tu?” ujarnya sinis. Bukan dia tak kenal adiknya, Irasz Arman yang kaki perempuan itu. Selepas menceburi bidang nyanyian, dia ingatkan adiknya akan berubah untuk menjaga imejnya sebagai seorang penyanyi tetapi tenyata dia silap. Perangai adiknya semakin menjadi-jadi. Dengan pakej yang cukup lengkap, Irasz Arman seolah-olah menyalahgunakan kelebihannya.

“Abang, kau ingat aku ni bodoh ke sampai nak mengikat pertunangan? Abang kan tahu, aku ni tak sukakan komitmen.”

“Habis tu gambar siapa yang aku tengok. Hantu? Abang tak suka kau mempermainkan perasaan perempuan, kau kena ingat mereka pun ada perasaan. Cuba kalau kau yang berada di tempat mereka. Apa kau rasa?” nasihat Esyan Aryan. Walau sebanyak mana nasihat yang dia taburkan, takde sekelumit pun Irasz Arman mendengarnya. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Telinga dia dah macam paip yang dah bocor. Tak mungkin akan sampai ke tempat yang di tuju.

“Memang nak kena lah perempuan ni.” Ujarnya geram.

‘Kalau aku jumpa kau, naya kau aku kerjakan. Kau tengoklah nanti..’ tekadnya. Sebab perempuan dari planet mana datang mengaku aku tunangan dia tak pasal-pasal aku kena tumbuk. Kalau tak sakit takpelah jugak. Tangannya di kepal-kepal menahan geram.

“Abang, kau kenal ke perempuan tu?” tanyanya.

“Kenapa? Kau jangan buat benda-benda tak elok kat dia.” Ujarnya gusar. Irasz Arman hanya tersenyum sinis.

“Abang jangan risau. Aku saja nak jumpa dia.” Dia tersenyum penuh makna.

“Nah! Kau datang ke kampus esok. Abang akan kenalkan kau dengan dia. Lagipun abang tahu kau lebih kenal dia dari abang. Kaukan tunangan dia.” Ujarnya sinis. Kadnya di hulurkan kepada adiknya. Irasz Arman memandang kad itu kosong.

“Nanti kau tunjukkan kad tu masa kau nak masuk perkarangan kampus.” Terangnya bagai mengerti apa yang Irasz Arman bingungkan.

“Kenapa abang tak bagi alamat rumah dia?”

“Abang ni belum cukup bodoh lagi. Kalau abang bagi alamat dia, mesti kau pergi serang dia. Kau tu bukan boleh percaya.”

“Tapi, saya ni bukan tunang dia.” Terangnya untuk kali yang ke berapa. Sabarnya semakin hilang.

“Dia pun cakap macam tu jugak masa abang Tanya. Tapi abang tahu, kau memang tunang dia.” Katanya yang mula mengingati perbualan antaranya dan Airin Izzah semalam. Mati-matian dia ingat Airin Izzah akan mengaku Irasz Arman sebagai kekasihnya tetapi Airin Izzah tetap mengatakan tunangannya itu sudah meninggal dunia. Dan yang paling dia kagum apabila Airin Izzah tidak mengalirkan air matanya walau setitis. Hah! Begitu tabahnya dia.

Irasz Arman mengeluh berat. Bercakap dengan abangnya sama seperti bercakap dengan tunggul kayu. Walau pelbagai alasan di berikan, abangnya tetap tidak mempercayainya. Ni semua sebab perempuan itu. Kita tengok apa yang aku akan buat. Dan aku akan pastikan ini lebih teruk dari semasa kau mengetahui berita kematian tunang kau. Dia mula ketawa jahat mengenangkan rancangan yang bakal di lancarkan

~~~~~~~~~~~~~~~


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Hati Si Pesakit Cinta 4”
  1. aida says:

    awesome….. like3

  2. sarah says:

    Nilah pdhnya xbaca dr awal..pening2 lalat…hahhahaha

  3. nana billa says:

    http://narnianana.blogspot.com
    mehlah singgah2.. 😛

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.