Novel : Hi, Mr.Gardenia!!! 5

27 February 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Miss Amaryllis

5

WALAUPUN tak mahu, tetapi inilah kewajipan aku. Meski beribu kali aku cuba menidakkan kehadirannya, namun kebenaran yang satu itu membuatkan aku pasrah. Dia suami aku.

Aku menghulurkan secawan kopi pada pakcik Akram. Pakcik.. terlalu payah hendak aku ubah panggilan itu menjadi abang. Berkali-kali aku tersasul memanggilnya.

“Mai, sini.. duduk dengan pakcik.” Dia sendiri menggelar dirinya pakcik.

Aku menuruti arahannya, mengambil tempat disisi pakcik Akram yang sedang duduk dimuka pintu rumah. Aku toleh sekilas pada pakcik Akram. Biarpun sudah berusia, tetapi masih nampak tegap dan tampan. Apa yang aku tahu, pakcik Akram juga seorang peguam, sama seperti abang Syazlan. Dia mempunyai firmanya sendiri.

“Mai, tahu tak. Dulu pakcik dengan abah Mai baik sangat. Kami kawan dari kacil lagi. sampailah pakcik sambung belajar, pakcik mula renggang dengan dia. tahu-tahu dia dah kahwin dah. Masa abah Mai kahwin, pakcik tak dapat datang sebab masa tu pakcik tengah exam. Setahun lepas tu, pakcik balik sini, nak jumpa dia. Tapi atok Mai cakap abah Mai dah meninggal sebab accident.” Pakcik Akram menarik nafas dalam-dalam.

“Pakcik sedih sangat masa tu. tak sempat pakcik nak cerita kat dia yang pakcik dah jadi peguam. Sebab dulu dia yang bagi semangat kat pakcik supaya capai cita-cita pakcik tu. walau apa pun halangannya, dia nak pakcik jadi peguam. Kerana kata-kata tulah pakcik berjaya Mai sekarang ni.” Pakcik Akram toleh kiri, mencari anak mataku. Aku diam, tak berkutik.

“Apa cita-cita Mai?” soal pakcik Akram, lembut.

Serta-merta aku menunduk. Cita-cita. Ada lagi ke cita-cita dalam diri aku sedangkan aku rasa hidup aku sudah punah semuanya lepas kejadian malam aku dirogol itu.

“Mai tak tahu.” Aku geleng lemah.

“Mai, tengok sini.” Pakcik Akram mengangkat dagu aku, mengarahkan aku melihatnya. Dia mempamerkan senyumannya.

“Setiap orang ada cita-cita Mai, tak mungkin Mai yang dapat straight A’s SPM tak ada cita-cita.” Aku beliak biji mata, dari mana pakcik Akram tahu?

“Arwah tok Mai yang cerita. Dengar Mai dapat banyak tawaran tapi atok tak bagi Mai sambung belajar ya?”

Aku angguk perlahan. Tapi semua tu tak penting. Apa yang aku mahu dulu hanyalah duduk disamping atok. Menjaga keperluan atok. Tapi.. aku tarik nafas dalam, cuba menenangkan diri.

“Ceritalah kat pakcik, apa cita-cita Mai.” pujuk pakcik Akram. Aku menala pandangan keluar pintu. Suasana malam gelap seperti biasa.

“Kalau dulu Mai cuma nak bahagiakan atok aje, tapi sekarang Mai dah ada cita-cita lain. Satu, Mai nak jadi pereka fesyen. Dua, Mai nak cipta nama sendiri dalam dunia fesyen. Tiga, Mai nak cari siapa yang rogol Mai.” dalam tak sedar, aku menyuarakan keinginan aku dengan nada yang berkobar-kobar.

Pakcik Akram tepuk perlahan bahu aku. Aku kalih mata pada dia. Dia senyum, nampak bangga dengan apa yang aku katakan tadi.

“Pakcik akan bantu Mai realisasikan impian tu. Apa pun halangannya, pakcik nak Mai capai cita-cita tu. Ingat, pakcik dulu pun mula tanpa apa-apa. Apa yang pakcik ada, hanya semangat yang arwah abah Mai bagi. Itu yang pakcik pegang hingga sekarang.” Ujarnya, sekaligus memberikan aku semangat untuk bangkit meneruskan hidup. Pasti dia nampak aku hilang arah tuju setelah kehilangan maruah diri dan atok yang membela aku sejak kecil.

Aku senyum. Pakcik Akram menggosok kepalaku. “Mai, demi Allah pakcik tak boleh terima Mai jadi isteri pakcik. Pakcik anggap Mai macam anak pakcik sendiri Mai. Ya Allah..” keluhnya berat.

Dia bersandar tapi matanya masih melekat kat muka aku. “Terus terang aje Mai, apa yang Mai rasa sekarang?” jelas pakcik Akram mahu mendengar rasa hati aku ketika ini.

“Pakcik, Mai.. Mai.. Mai minta maaf. Sebab Mai pakcik dapat susah. Mai dah buat keluarga pakcik kelam-kabut. Mai tak tahu pakcik.. Mai tak tahu nak buat apa.” tiba-tiba tangisan hiba aku berlagu. Sejak pelbagai perkara menimpa, inilah pertama kali aku ditanya tentang isi hati aku. Perasaan aku.

Pakcik Akram menarik aku dalam pelukannya. Pelukan seorang bapa yang aku rindukan selama ini. bahu aku diusapnya.memujuk aku dalam diam.

“Pakcik faham Mai, Mai buntu. Mai keliru. Semuanya berlaku dalam masa yang sama. Tentu Mai terkejut. Pakcik faham kenapa arwah atok Mai nak Mai kahwin, dia nak ada orang yang jaga Mai. Tapi sayangnya, Raff dengan Syaz langsung tak nak volunteer. Pakcik jadi buntu. Jodoh kamu bukan dengan orang tua macam pakcik ni Mai. Auntie kamu pun senang-senang aje terima kamu jadi madu dia. Entahlah Mai..”

Kalau pakcik sendiri tak mampu menerima aku sebagai isterinya, aku apatah lagi. sedikit pun aku tak terasa hendak mengaku pakcik adalah suami aku.

“Macam nilah Mai, kalau Mai setuju, kita balik KL ni kita uruskan penceraian. Pakcik betul-betul minta maaf sebab pakcik memang tak boleh terima Mai. Pakcik taknak rosakkan masa depan kau nak.”

Aku duduk menegak. Nyata apa yang dikatakan oleh pakcik Akram tadi membuatkan aku terkejut. Meski hati terasa senang, tapi terbit juga rasa gusar sekiranya orang kampung dapat tahu. Pasti berbagai kata hinaan dan fitnah ditabur.

“Mai jangan risau. Lepas kita cerai, Mai duduk dengan keluarga pakcik. Cumanya, pakcik nak kita rahsiakan hal ni dari sesiapa pun termasuk keluarga pakcik. Kita buat macam biasa aje. Esok atau lusa pakcik daftarkan Mai dekat kolej, Mai amiklah course yang Mai nak. Setuju?”

Aku tersenyum mendengar rancangan pakcik Akram untuk masa depanku.

BEBERAPA helai pakaian aku masukkan dalam beg. Cukuplah bawa apa yang perlu. Barang aku pun bukanlah banyak mana. Hanya beberapa helai baju kurung dan keperluan lain sahaja.

Aku menjengah bawah almari solek bila terasa ada sesuatu yang menyilau pandangan. Benda apa pulak yang terperosok bawah tu? plastik gula-gula agaknya. Aku panjangkan tangan, menggapai barang halus yang mengeluarkan cahaya putih.

Aku mengangkat tangan, menayang benda tu depan mata. Rantai? Tengok dari warna rantai tu, macam emas putih. Seingat aku, aku tak pernah lagi mempunyai rantai semahal ini. Aku memerah ingatan bersama mata masih terpaku pada rantai tersebut. Loket yang digunakan berbentuk ukiran huruf. Hanya ada dua huruf iaitu KA. KA? Tak pasti apa maksudnya tapi yang penting bukan milik aku.

Kejap.. kejap.. macam pernah nampak huruf ni. Kat mana ya? Mai, fikir Mai. Fikir.. Dan ingatan aku terseret pada kejadian hitam kelmarin. Dada aku berdebar hebat. Inilah rantai yang perogol tu pakai. Ya, aku pasti sangat sebab aku memang nampak dengan jelas loket ni sebelum aku pengsan.

Tapi masalahnya, siapa dalam kampung ni yang pakai rantai emas putih yang dah tentu beribu harganya? Aku pejam mata rapat-rapat. Cuba memaksa diri mencari klu. Tapi sumpah tak nampak apa.

Nanti.. aku pernah nampak huruf ni kat tempat lain. Kejap, kat mana ya? Aku bangkit dari duduk. Berjalan ke tepi tingkap yang terbuka sedikit. Aku berdiri disitu bersama rantai ditangan. Entah bagaimana, aku terpandang celahan tingkap yang terkuak. Dalam samar-samar cahaya, aku ternampak kereta pakcik Akram yang terparking ditepi rumah arwah atok ni.

Sesaat kemudian, aku kembali menjatuhkan pandangan pada loket kat rantai tu. Eh..!! aku tersentak. Aku angkat mata semula, menala pandangan pada kereta CRV hitam milik pakcik Akram tu. Aku picingkan mata, cuba memastikan huruf pada nombor plat kereta tu. KA 555. KA?

Aku angkat rantai tadi, loketnya aku pandang silih ganti dengan plat kereta tu. Kebetulan ke? Tak mungkin. Pakcik orang KL, tak kan tanpa ada sebab dia beli nombor plat huruf K. Kan plat KL huruf W.

Aku cuba mengaitkan rantai ni dengan plat kereta tu. Tapi tak jumpa dimana kesinambungannya. Apa yang pasti, lelaki yang merogol aku bukan orang kampung ni. Ya, aku pasti tentang tu. Aku genggam rantai tu sekuat hati dengan rasa dendam yang mendalam. Apa pun yang berlaku, rantai ni akan membawa aku bertemu dengan lelaki yang telah menghancurkan hidup aku.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Hi, Mr.Gardenia!!! 5”
  1. ayush says:

    suka cerita ni.. sis ada blog tak? x sabar nak baca next chapter..p2u update by week..loading.. XD haha

  2. Miss Amaryllis says:

    ayush..tnx still fllow k..
    http://bilakambingmandishower.blogspot.com/

    tu blog sy..sudi2 la fllow..bt xupdte lg..
    anyway,tnx sudi bce..:)

  3. nurul says:

    cerita yang agak menarik…. best, boleh mintak penulis cepat2 update bab 6 tak… good luck

  4. Miss Amaryllis says:

    nurul, chap 6 dah pun sy hntr…
    rse nye another 2 weeks bru msuk..
    xpn awk msuk blog sy..sy da updte..hehe

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.