Novel : Ini Cerita Aku 1

29 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Cover NovelOleh: Noorul

Selama aku berada di sini, aku hanya akan ikut apa yang orang lain buat. Diorang belajar, aku akan belajar. Diorang hangout, aku pun hangout jugak. Duit? Tidak ada masalah untuk aku. Aku lahir dari keluarga yang kaya-raya. Abah aku seorang arkitek terkenal di bandar Kuala Lumpur. Abah aku ada syarikat dia sendiri. Nama syarikat tu aku tak tahu. Buat masa ni, bukan urusan aku untuk tahu semua benda tu. Selagi aku dapat duit, aku akan guna sehabis baik. Mama aku pun arkitek juga.Mama bantu abah aku uruskan syarikat mereka. Done all those things. Aku tak nak cerita lebih-lebih sebab takde guna korang tahu pasal mereka. Bukan dapat duit pun kan? Okay seterusnya, aku kenalkan diri aku.

Nama aku Amilia. Mama dan abah aku panggil aku Lia. Member aku panggil aku Mel. Bukan aku nak pun nama Mel tu. Diorang yang taruk sendiri. Aku anak tunggal mama dan abah. Rumah aku takde lah besar sangat. Sebab mama dan abah tak suka rumah besar-besar. Bukan reti jaga pun masing-masing. Lagi-lagi anak dara mereka memang semulajadi pemalas. Kami duduk di kondominium yang bertempat di KL East. Member-member aku terdiri daripada anak orang kaya juga. Bukan aku minta, tapi memandangkan aku ni duduk berjiran dengan orang kaya, so tak boleh nak buat apa dah. Aku dulu sekolah agama swasta di Taman Melawati. Sekolah menengah di MRSM Langkawi. Sekarang sambung belajar di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai Johor. Aku ambil kursus keturunan iaitu lukisan kejuruteraan. Like mama abah aku, aku pun minat bidang ini. Well, aku ni bukannya spoil daughter. Hanya habiskan duit mama abah semata-mata. Tak. Aku harap aku boleh uruskan syarikat family aku. Lagipun, prinsip hidup aku, berseronok boleh, but make sure all those problems must be settled down before you go have fun. Mudah kan? Aku ni pun jenis tak suka simpan masalah.Benda boleh settle, kita settle kan, right?

“Mel! Kau tak siap lagi ke assignment kau tu?” Aku toleh ke arah member aku, Ain yang sedang bersandar di pintu bilik aku.

“Jap lah, aku dah siap dah. Tinggal nak masukkan dalam e-mel aku je.” Oh yes, aku lupa nak kenalkan member aku kat U ni. Ain is the only my bestfriend dekat U ni. Why only? Dekat U ni, aku tak boleh nak trust semua orang. They all know I am a rich girl. So, diorang kawan dengan aku sebab aku berharta. And semua tu seriously benda yang paling aku benci. Even masa mula-mula aku berkawan dengan Ain pun, dia kena lalui dulu macam-macam stage untuk berkawan dengan aku.Aku segera bersiap. Cukup lah pakaian menutup aurat. Tudung? Bagi aku selagi aku tak rasa nak pakai, aku takkan pakai. Aku tak nak sebab orang pakai tudung, aku kena pakai tudung. Aku tak suka buat secara terpaksa.

“Ain, jom!” Ain melompat turun dari katil aku. Susur jalan di Johor Bharu takdelah susah mana bagi aku. Aku memang jenis ingat jalan. Walaupun JB ni penuh dengan kereta, jammed sana sini, aku dah biasa. Sebab tempat aku pun macam tu.

“Beb, kita nak pergi mana?”

“Aku nak singgah dekat kedai warung depan tu boleh?” Belum sempat aku bertanya, aku terdengar bunyi perut Ain. Ain menyengih.

“Lapar, hehe” Mataku terarah pada jam di dashboard kereta. ‘9.45..’

“Okay jom pekena roti canai dulu..” Tangan memusing stereng untuk berhenti di parkir tepi jalan.

“Mel, kau perasan tak tadi?” soal Ain.

“Perasan apa?” Cawan berisi milo panas dihirup.

“Faris usha kau je dari tadi weh. Nak kata suka kau, muka dia macam nak marah..” Aku hanya buat dek. Tanganku mencapai surat khabar Metro. Berita tergempar menunjukkan cucu memenggal neneknya kerana tidak dapat wang untuk membeli dadah. ‘Haih.. budak-budak sekarang..’

“Beb kau dengar tak aku cakap??”

“Semalam aku reject dia..” Ain ternganga. Aku? Macam biasa. Buat dek.

“Mel kau reject dia? Mamat tu punya lah hensem. Macam..” Ain menyengih. Aku hanya senyum menyenget.

“Kalau muka macam Alif Satar tuu, cepat aje kau kata hensem..” Sehabis aku bercakap, Ain memukul aku dengan surat khabar. Aku hanya ketawa. Tanpa aku sedar, Faris telah pun meninggalkan warung bersama rakannya.

Aku dan Ain mengambil keputusan untuk pergi ke panggung wayang bertempat di Skudai Parade. Setelah membayar untuk tiket masuk panggung, Jam sekarang menunjukkan 11 pagi. ‘Tiket pukul 12 tengahari.. hmm..’

“Beb.. Aku nak pergi toilet jap eh.. Tak tahan dah ni” Gelisah Ain.

“Hee, selekeh la kau! Pergilahh” Aku buat-buat muka annoying. Sementara menunggu Ain, aku masuk ke dalam MR. DIY.

“Selamat datang cik..” sambut pembantu kedai itu dengan mesra. Aku hanya tersenyum. Aku berjalan-jalan dan membelek barang-barang yang dijual di situ. Sekadar menghabiskan masa. Entah macam mana, nasib aku malang ketika itu.

“Sorry kak, saya tak sengaja langgar akak. Akak okay ke?”

‘Aduh, mahu lebam dahi aku ni..’ Ku usap dahi.

“Em, takpelah. Saya okay je. Lain kali hati-hati ye..” Aku melangkah pergi. Malas nak memanjangkan masalah lagi.

****

Haikal dan abahnya, berjalan menuju ke kedai MR. DIY.

“Abah, takpe ke abah jalan ni.. Nanti penat..” kata Haikal. Pakcik Hamdi hanya tersenyum.

“Takpelah Haikal.. Bukan selalu abah jumpa kamu. Nanti..” Terhenti Pakcik Hamdi. Batuknya masih lagi tak baik-baik.

“Abah.. Abah duduk jela dekat bangku luar ni.. Saya masuk kedai ni sekejap.. okay bah?”

“Ha yelah.. boleh juga..” Haikal membantu abahnya duduk di bangku yang berdekatan.

Setelah itu, Haikal segera mencari barang keperluannya. Tak sanggup membiarkan abahnya menunggu lama. Entah macam mana, lain pula yang jadinya. Ketika itu, Haikal mengambil spanar untuk membaiki keretanya nanti. Namun,sikunya terlanggar dahi seorang perempuan yang sedang lalu di situ.

“Eh, Ya Allah, sorry kak, saya tak sengaja langgar akak, akak okay tak?” kalut Haikal melihat perempuan itu. ‘Teruk tu, aku boleh nampak lebam kat dahi tu..’ Haikal melihat perempuan tersebut mengusap dahinya.

“Em, takpelah. Saya okay je. Lain kali hati-hati ye..” Perempuan itu melangkah pergi.

‘Huh, tak boleh jadi ni..’

“Kak, sorry, marilah saya bawa akak ke klinik.. Takpun.. saya belikan akak minyak gamat ke.. Teruk tu kak..” risau Haikal.

“Eh takpe takpe..” Perempuan itu segera melangkah pergi. Haikal hanya mampu melihat dia pergi. Mahu mengejar perempuan itu, tapi dia tak mahu lambat membeli barang. Segera dia pergi membayar. Selesai membayar, Haikal menuju ke arah abahnya.

“Sorry bah lambat. Tadi ada problem sikit..” Haikal memimpin tangan abahnya.

****

Aku membuka penutup botol minyak gamat lalu menyapu lembut pada dahiku.

‘Ergh, sakitnya..’ Gumam aku dalam hati. Ain baru keluar dari toilet. Apabila Ain melihat aku, dia ternganga.

“Mel! What just happened to you? Aku pergi toilet tak sampai setengah jam je, dahi kau dah bertelur?!” Ain terjerit kuat. Boleh la kuat sampai makcik yang duduk tak jauh dari 5 meter terpandang ke arah kami.

“It just a long story.. Erm takde lah long story sangat. Sebab aku malas nak cerita..” Ain buat muka cemberut.

“Pai ti.. hmm..”

“Alah, dahi aku kena langgar dengan siku jela..”

“Yeke? Siapa? Kat mana? Lelaki ke perempuan? Kalau lelaki, hensem ke tak? Macam muka Alif Satar ke?” Haa, ni bila makcik ni excited, mula lah dia.

“Alah, dah la, jom lah pergi. Dah pukul 11.55 ni. Dah gelap nanti susah.” Aku melangkah pergi.

“Eleh, cakap jela mamat tu hensem kan? Tak nak bagitahu aku takpe. Tak kisah pun..” Ain senyum menyenget.

“Aku bukan tak nak bagitahu, tapi budak tu umur muda lagi dari aku lah. By the way, takde muka Alif Satar kau pun.” Mataku juling ke atas.

“Eh mana kau tahu budak tu lagi muda? Takkan kau tanya kot lepas kena langgar? Dahsyat tu hahaha” Aku hanya tergelak.

“Budak tu panggil aku akak lah. So aku assumed dia bawah umur kita lah..”

“Oh la yeke.. hmm.. Takpe Mel, jodoh tak mengenal usia.”

“Beb, kau tak habis lagi ke cakap pasal budak tu?!”

“Tak! Selagi tak tengok muka dia, aku akan cakap sampai malam! hahaha janganlah marah. Just kidding la baby.. muah muah” Ain memeluk erat lenganku.

“Eww!!” serentak kami ketawa.

****

Sampai ke malam aku dan Ain keluar berjalan. Penat memang penat. Tapi aku tak kisah. Sebab kerja aku dah siap. So takde masalah untuk tidur awal malam ni. Esok pulak, aku ada kelas pukul 8 pagi.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.