Novel : ISTANBUL: Cinta Eropah pada Asia 1

29 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Zurin ZH

PROLOG

Surat yang sedari tadi direnung dibuka perlahan-lahan lalu isi surat itu diteliti dengan air mata yang tidak berhenti mengalir. Sungguh dugaan kali ini begitu berat untuk dirinya tempuhi, dia tahu Allah swt tidak akan menguji jika dia tidak mampu untuk menanggungnya namun jiwa dan hatinya rapuh takala membaca setiap bait-bait kata yang tertulis didalam surat itu.

Salam awak…

Terima kasih untuk segala rasa cinta selama ini, sungguh bahagia saya rasakan takala mengetahui cinta saya tidak hanya bertepuk sebelah tangan namun… Jika kita bersama akan ada banyak hati yang terluka dan untuk itu saya tidak kuat, tidak mampu rasanya diri ini untuk melihat luka yang bakal saya berikan hanya kerana saya terlalu inginkan kebahagiaan.Bertemu awak satu anugerah namun kedatangan saya satu amanah dan demi amanah itu saya harus kuburkan keinginan untuk bersama awak selamanya.

Segala kenangan dan perasaan akan saya simpan di satu sudut dalam hati saya, tempat teristimewa yang mampu saya berikan.Demi Allah yang maha mengasihi saya mohon awak bangkit dari kesedihan dan jalani kehidupan tanpa saya dengan penuh kegembiraan dan kebahagian.

Demi cinta kita pada Allah swt dan juga demi mereka yang lebih mengasihi kita, saya doakan awak menemui bahagia dan sentiasa tersenyum menghadapi hari yang mendatang. Jika nanti satu ketika takdir menemukan kita semula hanya satu pinta saya buat awak, takala kita bertemu berikanlah senyuman terbaik awak buat saya kerana itu sudah cukup untuk saya mengetahui awak bahagia.

“Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.”

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan.Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian.Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut.Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia.

Surat itu dilipat semula dan sisa baki air mata disapu perlahan-lahan.

“Jika itu pinta awak saya akan tunaikan, demi Allah swt yang maha mengasihi dan demi kasih sayang yang tidak kesampaian saya akan mencari bahagia dan menemuinya.” Dia bangun dan berjalan menuju ke bilik air, setelah membasuh muka dia mengambil wuduk dan bersiap-siap untuk melakukan solat taubat, sungguh dia sudah terbawa-bawa dengan perasaan yang dia ketahui bukannya hakiki.

“Ya Allah maafkan hambaMu ini, aku mohon Ya Allah kuatkan hati ini untuk menempuhi dugaan mu ini.”

BAB 1: DARI MALAYSIA KE ISTANBUL

“Merhaba” (selamat sejahtera) “Cok Guzel”, (sangat cantik) “cok Pahala” (sangat Mahal) aku mula mempelajari beberapa perkataan dari bahasa turki, kurang seminggu aku akan pergi ke bumi bertuah Turki atau lebih tepat lagi ke Istanbul. Tak pernah aku bayangkan aku akan mampu menjejakkan kaki kesana setelah banyak susah payah dan ringtangan aku lalui, akhirnya aku berjaya menempatkan diri dikalangan enam lagi pelajar yang akan ke Istanbul.

Segala urusan sudah selesai, passport sudah aku sediakan, duit juga sudah aku tukar kepada turkish lira, beberapa kelengkapan lain juga sudah aku siapkan, aku teruja? Ya aku sangat teruja, ini adalah kali pertama aku akan keluar negara tanpa ditemani ibu dan bapaku, belajar untuk berdikari sendiri… moga aku mampu, bantulah hambamu ini Ya Allah swt.

Aku melihat sekali lagi senarai barang yang perlu aku bawa ke Istanbul nanti, setelah yakin semuanya sudah tersedia rapi barulah aku menarik nafas lega, aku tidak mahu ada apa-apa kekurangan disepanjang lawatan sambil belajar ke Turki ini, sungguh aku teruja.

Kamus bahasa Turki aku buka semula, aku perlu sekurang-kurangnya menghafal beberapa perkataan asas agar senang untuk aku berkomunikasi ketika berada selama 20 hari disana kelak. “Benim adim Aliyah ” (Nama saya Aliyah), “Seni Seviyorum” (Saya cintakan awak) aku tergelak kecil bila mendapat tahu makna disebalik perkataan Seni Seviyorum yang membawa maksud I love you, ‘perlu ke aku menghafal perkataan ini?’ getus aku didalam hati.

Setelah hampir setengah jam aku menelah kamus bahasa turki aku tutup dan memasukan kamus bahasa turki kedalam beg silang yang bakal aku bawa ke turki nanti, aku periksa sekali lagi tiket penerbangan dari KLIA ke TAV Istanbul Ataturk Airport aku akan menaiki flight Emirates Airline.

Perjalanan dari Malaysia ke Istanbul akan mengambil masa hampir 23 jam termasuk transit di Jordan, perjalanan memang sangat panjang mampukah aku untuk berada dia atas pesawat selama itu? Jika difikirkan memang tidak akan mampu namun bila mengenangkan perjalanan itu bakal memberikan kenangan yang terindah dan pengalaman yang baru dalam hidup aku sanggup untuk menghadapainya.

Aku bersyukur pada Allah swt kerana memberikan aku peluang untuk menikmati pengalaman indah ini, semakin hampir tarikh aku ke turki semakin hati aku teruja dan gembira. Aku bukan lah orang yang kaya untuk semudahnya membelanjakan wang melancong kesana sini mengelilingi dunia.

Aku sangat berterima kasih pada Mama dan Abah kerana sudi menampung pembelanjaan aku ke turki pada awalnya aku tidak mahu dan segan ialah untuk mengeluarkan duit ribuan ringgit hanya untuk aku mengikuti study trip ini seolah-olah menyusahkan mereka, namun Mama menegaskan pada aku bahawa duit yang bakal aku guna adalah duit yang memang sudah Mama dan Abah sediakan untuk kegunaan pembelanjaran aku dan semestinya study trip ke turki ini akan memberikan aku banyak pengalaman dan juga kenangan yang indah.

Pengorbanan ibu dan bapa itu sungguh tiada nilainya, wang ringgit bukanlah satu masalah jika itu mampu membuatkkan anak-anak mereka bahagia. Kebahagian itulah yang sungguh aku menghargai, aku tidak mampu untuk membalas segala apa yang sudah Mama dan Abah berikan namun aku berjanji untuk sentiasa menghargai mereka tidak kira didalam apa jua keadaan.

Aku bangun dari baring dan menuju ke bilik air dalam berasa gembira dan teruja aku harus sujud syukur pada yang satu, Allah swt yang maha merancang dan maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Aku mahu memohon agar perjalanan aku nanti diberkati dan juga meminta untuk aku sihat kesihatan dan terjaga keselamatan ketika berada di turki nanti.

Esok adalah harinya, tepat jam 8 malam aku akan memulakan perjalanan menaiki Emirates airline ke Jordan dan transit untuk beberapa jam sebelum aku memulakan perjalanan dari Jordan ke Istabul menaiki Turkish Airline.

“Aliyah,Boleh ke Mama nak masuk ni?” Mama menegurku dari ambang pintu biliku.

“Eh Mama, masuklah Ma” aku memandang Mama yang sedang tersenyum memandangku. Mama masuk dan berlalu duduk disebelahku bahuku Mama pegang Mama hanya melihat aku yang sedang sibuk mengemas barang-barang buat kali terakhir, aku memandang Mama yang hanya diam dan tanpa bicara.

“Mama, kenapa ni? Mama okay ke” aku berhenti dari mengemas barang, aku memandang Mama

“Mama okay sayang, tak ada apa saja Mama nak tengok anak Mama ni sebelum Aliyah berangkat ke Turki esok” Mama memegang tangan aku lembut.

“Aliyah, Mama nak pesan sikit” Aku mengerti maksud Mama.

“Boleh ma, Mama nak pesan apa? Nanti Mama try google apa yang Mama nak Aliyah belikan di sana nanti” aku senyum memandang mama, mestilah Mama mahu aku belikan cenderamata dari Turki. Mama tergelak kecil mendengar reaksi aku, Mama mengeleng dan memegang tangan aku.

“Bukan pesan baranglah sayang, Mama tak nak barang-barang semua ni, Maksud Mama yelah Mama nak bagi nasihat sikit pada Aliyah, nak beri pesanan”. Aku tersenyum malu, gelojoh sungguh aku, tak menyempat menunggu Mama habis bicara terus aku mencelah tanpa mengerti maksud sebenar Mama.

“Maaf ma, Aliyah salah anggap dengan maksud Mama, baiklah Aliyah sedia nak dengar nasihat mama”. Aku duduk bersila dihadapan Mama bersedia untuk mendengar segala nasihat yang Mama mahu berikan padaku.

“Mama nak pesan pada Aliyah supaya sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang Aliyah berada disana nanti, Jangan sesekali lupa solat, jaga aurat dan juga makan minum Aliyah juga dan yang paling penting Aliyah kena selalu update pada Mama setiap hari, Aliyah boleh Whatsapps atau email pada Mama dan yang paling penting sekali Mama nak Aliyah sentiasa ingat yang Mama dan Abah sayang pada Aliyah dan Aliyah jangan rasa terbeban mengenai duit semua tu, itu hak Aliyah”.

Aku memandang Mama dan senyum “Ma, Aliyah faham semua nasihat Mama tu dan kalau Mama tak pesan pun Aliyah akan buat semua tu, Mama terima kasih banyak-banyak sebab beri Aliyah peluang untuk mengikuti study trip ke Turki, Insya Allah Aliyah akan gunakan peluang ni sebaik mungkin untuk belajar menimba ilmu di Turki nanti”.

“Baguslah kalau Aliyah faham maksud Mama, senang sikit hati Mama nak lepaskan Aliyah esok”. Mama menarik aku kedalam pelukan Mama dan aku mengemaskan lagi pelukan itu dan agak lama juga kami berada didalam keadaan begitu.

‘ Kasih ibu… kasih sepanjang waktu ‘


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.