Novel : Itu Isteriku Der.. 1

29 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Khai Ra

Wajahnya mula kemerah-merahan akibat terkena pantulan sang suria. Tangannya mula mengelap peluh yang membasahi seluruh muka gebunya itu, mulut merah bak delima terkumit-kumit membacakan sesuatu. Sekilas pandang lagak seperti tok bomoh menjampi sesuatu pula.

“Aqira! Buat apa kat luar tu, cepat naik!” laung Nek Jah.

“Alah, kejap lah nek sikit lagi ni..” rayu Aqira, mulutnya dimuncungkan persis mulut itik peliharaan neneknya.

Aqira menepuk-nepuk seluarnya yang sedikit kotor akibat terkena pasir. Dibetul-betulkan badannya yang sedikit lenguh. Reban ayam milik neneknya siap dikerjakan olehnya. Puas hati melihat hasil kerja nya akhirnya Aqira masuk ke dalam rumah.

“Nah,ambik tuala ni pergi mandi, nek tengok kamu pon nak sama seperti itik nek tu” ujar Nek Jah berjenaka.

“Amboi nek, sama kan kite ngan itik nek lak” ujar Aqira sambil tangannya mencari sabun untuk membasuh tangannya yang sedikit kotor. “

Nek jah tersenyum melihat cucunya, dialah satu-satunya yang masih tinggal bersama dengannya. Sudah banyak kali anak menantunya mengajak cucunya untuk tinggal di Bandar bersama mereka tapi Aqira dengan dengilnya itu bersekolah di kampung dan tinggal bersamanya.

Aqira nama yang diberikan olehnya ketika anaknya melahirkan cucunya di rumah usang ini. Ketika lahir lagi Aqira dijaga olehnya. Oleh kerana anaknya itu dapat menyambung pelajaran ke luar negara, dia mengambil keputusan untuk menjaga cucunya. Namun setelah anaknya pulang kembali ke tanah air Aqira masih lagi mahu menetap dengannya. Dek kerana mereka tidak dapat dipisahkan akhirnya anaknya membenarkan Aqira tinggal besamanya. Sehingga kini Aqira masih tidak boleh berenggan dengannya.

“Hah!” sergah Aqira.

“Allah! Terkejut aku.” latah Nek Jah Aqira ketawa terbahak-bahak melihat neneknya itu terkejut, siap dibuka langkah silatnya itu.

“Apalah nek ni, nak latah pon jangan dibuka silat nek tu. Qira tahu nek dulu juara silat kampung” ketawa Aqira masih bersisa.

“Kau ni Qira, kalau tak kacau nek tak sah!” marah Nek Jah,namun hatinya sayang pada cucunya itu. Nek Jah sibuk menyiapkan hidangan makan malam. Melihat telatah Aqira membuatkan dia sentiasa gembira dan bahagia. Selepas kematian suaminya Aqira tempat dia mencurah kasih sayang. Selesai mandi Aqira menjamu selera dengan masakan kampung neneknya itu. Berselera sungguh Aqira menikmati hidangan itu.

“Qira lepas ni nek nak pergi surau, kau nak ikut tak? Soal Nek jah

“Takpe lah nek, nek pergi je lah Qira nak siapkan kerja sekolah tu” ujar Aqira, tangannya pantas membuat kerja dapur. Kuliah maghrib yang disampaikan oleh ustaz Asri sedikit tercuit hati Nek jah. Perjanjian yang dibuat oleh suaminya empat tahun dahulu mula menjelma

“Jah..Jika sampai waktunya nanti, awak perlu pastikan cucu kita Qira mesti berkahwin dengan cucu tok ketua Nasir tu, keluarga diorang banyak berjasa pada kita” ujar Tok Aqil sambil terbatuk-batuk

“Abang ni dah kenapa, pelik jer Jah tengok semenjak dua menjak ni?. Dahla buat permintaan tak masuk akal. Ada ke patut berjanji bagai dengan tok ketua tu. Dahlah ramai cucu-cucu tok ketua, dari segi umur memang tak terkatalah. Mana taknya cucu tok ketua paling tua pun sudah masuk 30an dan paling muda pun 3 bulan. Takkan nak berjodoh dengan budak tiga bulan abang oiii ?” marah Nek Jah pula.

“Alah awak ni, sampai ke situ pulak. Takkan saya sanggup bagi cucu kita tu kat budak tiga bulan tu. Sekarang ni cucu kita pun dah masuk lima belas tahun lepas. Takkan saya dan tok ketua tu sampai gila nak pelaga mereka berdua” ketawa Tok Aqil mula pecah.

“Maksud kami salah seorang cucu Tok Ketua, tak kira la siapa pun tapi yang kami berkenan sangat anak pada si Azman tu. Anak-anak dia semua baik-baik, kalau balik kampung memang selalu ada anak-anak si Azman tu kat surau.” Ujar Tok Aqil lagi.

“Si Azman dan isterinya selalu bertanya khabar pasal Qira, nampak berminat juga mereka tu kat cucu kita ni” Tok Aqil meneguk air kopi kegemarannya.

“Saya yakin jodoh Qira dengan salah seorang cucu tok ketua akan berkekalan. Saya harap sangat awak dapat penuhi permintaan saya dengan tok ketua bertemu jodoh hendaknya.” bersungguh-sungguk Tok Aqil berbicara.

“Tengok lah abang yer, saya tak janji. Bukan apa budak sekarang ni bukan macam kita dulu boleh pakai matching jer” ujar Nek jah lalu bangun meninggalkan suami yang berangan jauh.

“Ewah, sekarang dah pandai speaking london nampak” peril Tok Aqil sambil ketawa.

Jam menunjukkan hampir Sembilan malam, mata Aqira sedikit mengantuk namun ditahannya.

“Mana nek ni dah kul Sembilan belum balik lagi ni?” rusing Aqira. Aqira membelek buku yang dipinjamnya di perpustakaan sekolah tiba-tiba secebisi kertas kecil jatuh ke lantai. Aqira mengutip cebisan kertas itu, dibelek-belek kertas yang ditulis dalam tulisan jawi.

“Cantik nye tulisan ni?” puji Aqira lalu dibaca.

“Tengku Faqrie” Aqira mencebik.

“Apa jenis manusia letak nama dalam buku, ingat ini zaman dahulu kala ke letak nama pastu ada orang baca pastu berkenan,”sindir Aqira pada sebaris nama.

“Assalamualaikum..” kedengaran sayup salam diberikan.

“Oi Tengku!..Waalaikumussalam..” terkejut Aqira. Dadanya dilurutkan lalu menuju ke pintu.

“Nek! nape balik lambat? Nek pergi mana?” soal Aqira tanpa henti.

“Kau ni Qira, nek kan baru sampai dah tanya itu ini…” Nek Jah mengelengkan kepala. Tersengeh-sengeh Aqira dimarahi nek Jah. Dia terus ke dapur. Beberapa minit kemudian Aqira menghulurkan segelas air kepada nek Jah.

“Hah, yang ni nek puji. Kalau kau kahwin nanti kau buat macam ni selalu kompem laki kau sayang,” ujar Nek Jah lalu meneguk air yang diberikan oleh cucunya itu.

“Apalah nek ni, Aqira taknak fikir pasal kahwin lah, Qira kan muda lagi,” dikipas kipas mukanya persis diva.

“Mudalah sangat, umur kau ni kalau nenek dah ada anak sorang tau!” marah nek Jah. Mana taknya sekarang umur Aqira sudah menjangkau 19 tahun. Aqira kembali ke meja untuk mengulangkaji pelajaran, malas untuk mendengar neneknya itu berleter. Cebisan kertas ditatap semula. Terbit satu perasaan aneh apabila menyebut nama itu kembali.

“Tengku Faqrie..” ujar Aqira dalam diam. Nek jah tersenyum melihat cucunya itu. Telekung solat dicabut dan dilipat, matanya masih melihat cucunya yang khusyuk mengulangkaji pelajaran. Jam menunjukkan hampir 12 malam, Aqira masih lagi berada di meja study nya. Matanya yang hampir layu digagahkan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh gurunya itu. Namun tanpa sedar masa berlalu dengan pantas, Aqira tenggelam dalam masanya itu.

“Qira.. sudah-sudah lah, dah lewat malam ni nanti esok kau ngantuk pula kat sekolah.”ujar Nek jah. Aqira berpaling apabila namanya dipanggil.

“Dah nek, Qira nak simpan buku ni yer. Lepas ni Qira masuk tidur, nek pergi lah tidur dulu.” Pantas tangan Aqira mengemas buku yang berselerak itu. Selesai mengemas, Aqira melangkah ke kamar tidurnya. Di tangannya masih dipengang secebis kertas yang tertera nama yang tidak pernah dikenalinya. Tubuhnya direbahkan, hatinya seakan diusik takkala menyebut nama tersebut. Adakah ini cinta!, namun pelik hanya nama membuatkan dia dilamun cinta sedangkan empunya badan tidak pernah dikenalinya.

“Isk!, gile ke ape aku ni, bukan aku pernah jumpa pon dengan mamat ni, mana tau sekali tengok spesis tenuk ke. Tak boleh jadi…tak boleh jadi….” Ujar Aqira sendiri. Aqira meletakkan kertas diatas meja kecil sebelah katilnya. Dimulakan dengan surah Al fatihah dan seterusnya surah tiga kul akhirnya dia terlelap.

Nek Jah masuk melihat cucu kesayangan itu, didikan agama yang ditinggalkan oleh suaminya selalu diikuti oleh cucunya ini. Walaupun melihat perwatakan cucunya itu sedikit kasar, degil dan keras kepala namun jiwanya selembut tisu. Doanya agar cucunya berjaya dan bertemu jodoh yang beriman nanti.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.