Novel : Jangan Tinggalkan Aku 1

11 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

Perwatakan luaran tidak menjamin perwatakan dalaman seseorang itu. Benarkah?Hurm, tidak layakkah aku untuk menaruh hati pada lelaki? Masih tengiang-ngiang suara jiranku yang menyatakan pada ibu, bahawa gadis seperti aku ini tidak layak untuk yang bernama lelaki. Malaikatkah jiran aku itu suka-suki sahaja melemparkan kata-kata nista itu. Sesungguhnya pembohongan itu amat menjijikkan. Mahu tumpah tahi telinga aku mendengarnya. Mana tahu kan, kalau Tuhan jodohkan aku dengan lelaki yang tulen dan cukup pakejnya barulah terbeliak mata jiran aku tu. Kalau dia mahu aku jadi menantu, cakaplah awal-awal, ni mengutuk aku pulak. Padahal anak teruna tua dia tu tidak laku. Teruntua. Haha. Teruntua a.k.a TERUNA TUA. Macam bunyi buah terung tua jer…haha!Kalau terung tua boleh juga buat benih!Hesh!Merepek tahap kritikal dah ni! Aku bahagia dengan cara aku, engkau berbahagialah dengan cara engkau…kan..?kan?Paling penting, aku bahagia dengan dunia dan jiwaku. Buat apa fikir hal kahwin, aku baru muda lagi. Sijil SPM pun belum ambil, ada hati berbicara soal jodoh!Hingus pun ibu tolong lapkan lagi. Muahaha.

*****

“Apa nak jadi dengan anak dara ni…pukul 12.00 pun masih tak bangun lagi!Bangunlah Comel!”

“Ibu, Comel mengantuk…hari ni Comel puasa sunat, kena simpan tenaga…” Comel menarik selimut tebal.

“Puasa apa ni comel, sahur tak bangun pun!” Suara Puan Dayang Hana bersuara bagai memecah gegendang teling Comel.

” Hari minggu ni, kenapa bising ni ibu…” Soal Tuan Hashim pada isterinya yang melewati bilik Comel. Kelihatan Puan Dayang Hana sedang menarik-narik selimut tebal Comel.

” Anak manja abang tidak mahu bangun lagi…”

“Biarlah Comel tidur ibu… ni kan hari minggu…”

“Yes!Yes!Yes!Thank you papa!” Terkejut Puan Dayang tiba-tiba Comel bangun melompat-lompat atas katil dan menyambung tidur macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kena sampuk ke apa budak ni!

Nasib baik ibu tidak koma 40 hari terkejut dengan aksi Comel yang ala-ala Mat Tyson menang acara boxing. Puan Dayang Hana menggeleng-gelengkan kepalanya. Seronok betul Comel apabila papanya bertindak sebagai back up assistant. Fuh!Papalah ratu hatiku kini dan selamanya. Oh, papa…lain kali papa back up lagi. Tentu indah dunia Comel. Papa memang rock!Kalau papa dengar aku cakap dia rock ni, pasti telinga aku disiat-siat buat singgang ni. Maklumlah papa aku ni ustaz sekolah rendah. Ustaz mana suka orang cakap dia rock. Benarkah?Oh, papa I’m sorry. Sambil tidur pun sempat mengumpat dalam hati pada papa. Comel meneruskan dengkurannya. Kalah anak jantan jiran sebelah apabila dengkuran Comel mendayu-dayu macam jentera kontraktor mahu beroperasi. Comel ni, kalau tengah tidur kena lempar dalam sungai pun belum tentu dia sedar. Mahu lempar?Cubalah jika mahu rasa tali pinggan hitam Comel.

*****

“Dayang Zara Marshella, mana buku latihan Biologi awak?”

“Buku latihan Biologi saya tertinggal di rumah…adik saya ter….terr…pinjam!”

“Sejak bila awak ada adik, Marshella?”

“Errr…errr….”

“Dah..!Berdiri atas kerusi…”

“Cikgu, saya kaki panjang…kalau saya berdiri nanti kipas rosak…”

” Kenapa kipas nak rosak…tinggi awak tu tak sampai 160cm pun…dah, berdiri!”

Wajah Cikgu Essaki ditenung oleh Comel. Berdetup-detup juga hati Cikgu Essaki melihat Comel yang sengaja buat-buat mahu mencium cikgu Biologinya. Mata Comel dikenyit-kenyit menggoda Cikgu Essaki. Tergagap-gagap Cikgu Essaki mengajar di hadapan. Sudah sah, jiwa cikguku sedang kacau!Muahaha. Comel memang suka mengusik cikgu-cikgu muda seperti Cikgu Essaki. Cikgu yang cantik, anggun, dan berbadan cantik itu pasti ramai pelajar yang mahu mendekatinya lebih-lebih lagi cikgu masih muda. Sambil Comel berdiri, Comel mengerling-ngerling mata Cikgu Essaki. Siapa tidak kenal Comel, adakalanya menjadi jolokan pelajar lesbian. Dahsyat sungguh tohmahan itu buat diriku yang sememangnya Comel ini. Aku tidak tahu, pelajar perempuan yang datang dan minat padaku. Bukan aku yang lesbian! Comel seolah-olah lebih terkenal dengan gayanya yang diminati pelajar perempuan. Maklumlah sekolah berasrama penuh ini dihuni oleh semua pelajar perempuan. Rina, Adnin, Bella cakap aku lebih kacak. Hah?Kacak?Aku yang cantik ini dikatakan kacak, julingkan mata mereka itu?Ada katarak or selaput agaknya mata mereka itu.

“Cikgu, kaki saya lenguh lah…Cikgu, urutkan kaki saya…tangan cikgu cantik mesti seronok bila cikgu urut kaki saya…”

“Budak ni memang nak kena ni…”

“Cikgu…saya suka bila cikgu marah…”

“Hesyhhhhhhhh memang nak kena…” Cikgu Essaki mengangkat tangan.

“Kat sini cikgu…kat sini…” Sengaja Comel menyuakan mukanya pada Cikgu Essaki.

“Kamu ni memang nakal dan suka buat hal lah Marshella…” Muka Cikgu Essaki mula merah padam.

“Cikgu, please don’t call my name, Marshella,..only Comel or Shell” Comel menguis-nguis hujung rambutnya.

“Nama dah cantik, nak ubah-ubah pulak…”

“What ever lah, sayang…ehh..sayang pulak…sorry, tersasul lah…”

“Sudah!Esok hantar buku Biologi. Saya nak semak.”

” Demi cikgu pujaan hatiku, esok pukul 7.00 pagi saya dah jumpa cikgu…!” Mata Comel galak mengenyit pada Cikgu Essaki.

Cikgu Essaki kehilangan akal. Makin dilayan budak Comel ni, makin pening Cikgu Essaki nanti. Patutlah, Comel ni glemer sangat di asrama ni. Ada style rupanya budak ni. Kulit putih bersih. Rambut pendek, cara berjalan agak bergaya. Walaupun tinggal di asrama, rumah Comel hanya 5km sahaja dari asrama. Maka, Comel lebih kerap pulang apabila hari minggu. Arghh..kalau balik pun, tengok anak jiran tu jer. Macamlah anak dia tu perfect sangat. Dah umur 26 tahun pun belum kahwin lagi. Kira anak jantan tua la kan? Kalau ayam jantan yang dah tua dibuat sup memang liat. Tak lalu makan. Haha. Macam terasa panas lagi jer telinga apabila jiran sebelah rumah cakap aku ni, siapalah yang mahu nanti. Hesyhhh…termengumpat pula, minggu depan nak exam.

*****

“Bella, mana Adnin dengan Rina?” Comel merapati Bella sambil berbisik.

“For what?”Suara Bella memenuhi ruang bilik prep.

“Syhhhhh,..Perlahan la sikit volume tu…macam speaker nak pecah jer…Hesyhhh!Aku ada plan malam ni…”

“Plan for?” Bella mula perlahankan suara dan merapati Comel.

“Banyak soalan lah tuan hamba darheim ni…bagilah beta duduk dulu…” Comel bersila di atas kerusi.

” Plan apa ni, malam-malam dah ni…jangan buat pelik-pelik, warden tahu nanti, habislah…”

” Cuba terbalikkan sikit otak tu Bella, korek tahi-tahi otak yang negative tu buang jauh-jauh…”

“Otak ada tahi ker?”

“Addaaaaaaa…” Suara Comel mula ala-ala melawak…

“Besar ke kecik?”

“Halusssssss….” Comel menyapu-nyapu rambutnya meniru aksi dalam iklan televisyen.

“Sudahlah Abang Comel..!”Bella ala-ala merajuk.

“Oooo..bila merajuk panggil aku abang ya….kau nampak tak kat dada aku ni ada bonjol? Jangan panggil aku abang…tidak tidur malam aku nanti…!”

“Sebab…bonjol tarak adda la ayang panggil Comel…”abang”…perasan, bonjol pun tak nampak”

“Hesyhhh geli aku!Dah!”

“Apa plannya tu?”

“Kena ada Adnin dan Rina, baru syok aku bagitahu plan!Cepat, cari dia!”

*****

“Merayap malam-malam ni nak ke mana?Bukan ke sepatutnya awak berada dalam bilik prep?”

“Errr…kami mahu ambil kotak pensil di dorm…” Comel berbicara apabila disoal oleh Cikgu Hazman. Kecut perut bila disebut nama Cikgu Hazman.

” Cepat sikit…jangan ponteng prep!”

“Yes, Sir!” Lawak spontan Comel ala-ala sedang berkawat tiba-tiba beraksi. Cikgu Hazman mengerutkan kening. Bella mahu tergelak.

Bella dan Comel menghayunkan langkahnya. Rina dan Adnin perlu ada untuk misi malam ini sebelum jam 11.00 malam. Jika tidak, melepas segala yang dirancang dalam fikiran Comel. Pintu dorm terkunci rapat. Comel mengetuk pintu dorm. Pasti ada orang didalamnya, jika tidak masakan berkunci. Bella sudah kecut perut. Intai kiri dan kanan. Bimbang dan risau terserempak dengan Cikgu Hazman lagi. Bagi Comel, apa nak ditakutkan, mereka hanya mahu ambil pencil case sahaja. Bukan mahu jadi pemberontak yang salah di sisi undang-undang. Wah begitu sekali perumpamaannya.

“Weh…korang berdua rupanya tidak pergi prep…”

“Macam mana boleh lepas diri ni?”

“Rahsia…” Adnin bersuara dalam kain selimut.

“Buat apa cari kami?” Rina menyoal.

“Amboih soalan, macam kami ni Along mahu minta duit jer…tak boleh cari ker…?”

“Mestilah boleh, kami kan buat hati comel…” Mereka saling bergelak ketawa.

“Macam ni….aku ada rancang untuk…” Comel mula bersuara.

“Rancang apa malam-malam ni. Kejap lagi…kamu, kamu, kamu dan kamu! Jumpa saya di bilik warden, tepat jam 10.00 malam…tidak boleh lewat satu minit pun…!” Wajah bengis Cikgu Hazman menakutkan mereka berempat. Getar di hati apabila Cikgu Hazman menunding jari pada setiap pelajar. Apabila tundingannya itu pada setiap pelajar, maka tunggulah apa dendaan bagi kami.

Oh, Kanda Hazman, tak bolehkah dikau berbicara lembut sedikit sahaja dengan kami. Kami!Kami!Kami!daannn Kami…amat berdukacita pada kanda Hazman yang macam singa tua!Comel bersajak ala-ala mabuk apabila Cikgu Hazman berlalu. Aduh!Benci sungguh apabila Cikgu Hazman marah!


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Jangan Tinggalkan Aku 1”
  1. missie89 says:

    haha..cool je..next 😉

  2. nakal gak Comel ni ek…… tak sabar nak tunggu sambungan dia

  3. ain says:

    menarik la….agak over…

  4. sYnystEraLEx says:

    teringat zaman skolah.kite budak asrama..wakakaka..XD

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.