Novel : Jangan Tinggalkan Aku 2

27 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

2

Comel, Adnin, Rina dan Bella, lari bertempiaran menuju ke bilik warden. Belum sempat berhenti di bilik warden, Comel tercium bau pau kukus dari dewan makan. Kaki di brek secara tiba-tiba. Gaya tu penting. Kalah Micheal Schumacer brek kereta Ferari nya. Isyarat berhenti mengejutkan Bella, Rina dan Adnin.

“Apasal ni weh!Dah pukul 9.30 malam dah ni.Terlambat mati kena sula dengan cikgu Hazman tu.Bukan kau tak tahu dia tuh!”

” Rileks laaa..kita positif la pada Cikgu Hazman tu…dia bukan nak sula kita sampai mati pun…Pikir dengan akai boleh tak?” Comel sengaja merasionalkan kawan-kawannya walhal kes terbau pau dari dewan makan membuatkan perutnya bergendang mengalahkan muzik crazy frog.

Perkataan “sula” sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan pelajar sekolah berasrama itu dengan erti kata lain mencuci mangkuk tandas sambil pakai kain pelikat orang lelaki. Sudah menjadi kepelikan dan apabila ada sahaja para pelajar kena pakai kain pelikat, mata-mata pelajar lain mula menerjah sinis. Hukuman sudah bermula!Malu, malu dan memang memalukan!

“Jom, kita goda mak cik kantin…sekurang-kurangnya pau sebijik seorang pun dah jadi…okey?” Comel mengangkat kening.

“”Abang”, ko ni nak kena pinggan terbang kat mak cik kantin macam hari tu ker?” Bella mula membuat aksi ala-ala bermain sukan lempar cakera.

” Dah, jom ikut aku…kalau tunggu korang pergi mintak ni, jangan harap boleh makan free..!” Comel mengatur langkah dengan luas sedepa. Kalau sekali tengok macam tomboy tua. Haha!Ops!

*****

“Mak cik, mak cik sihat ker….mak cik cantik malam-malam ni….mak cik sihat, mak cik beli mana lipstik yang mak cik pakai ni,..cantik…mak cik ada anak…mak cik cantik pakai selendang ni…mak cik….” Belum sempat Comel menghabiskan kata-kata panjangnya, Cikgu Hisyam muncul di hadapannya.

“Dayang Zara Marshella, sila ikut saya sekarang…sekarang!Sekarang!Sekarang!” Cikgu Hazman memang suka ulang ayat terakhirnya tiga kali. Maklumlah sunat apa-apa pun baik tiga kali, termasuklah kata-kata dan arahannya semua dia mahu tiga kali.

“Baik.Baik.Baik.Saya menurut perintah…!” Ujar Comel dengan ketakutan dan turut mengamalkan sunat tiga kali Cikgu Hazman.Haha!

“Kamu ni macam-macam hal!” Cikgu Hazman membengiskan muka. Takut.Takut dan memang takut sungguh!Muka Cikgu Hazman kali ini seolah-olah kartun Hulk Hogan pun ada aku tengok.Wakaka.Ops!Tak baik, dia cikgu saya.

“Cikgu…sebelum saya dihukum…biarlah saya melafazkan kata-kata terakhir pada mak cik ni…”Comel seolah-olah mahu memberi kata-kata terakhir, ala-ala memberi wasiat cinta.Kahkahkah!

“Apa dia?”Tanya Cikgu Hazman.

“Saya nak cakap…mak cik, selipar jepun yang mak cik pakai cantik, satu merah, satu hijau.” Sambil Comel menekupkan mulut ingin tergelak. Mak Cik kantin yang sedang memegang tudung periuk di tangan, perlahan-lahan menundukkan kepala melihat di kakinya. Benar, dia tersalah memakai selipar.

“Aih..kamu ni…mak cik duduk di dapur ajer…bukan keluar outing macam kamu semua ni….”Merah padam muka mak cik tu. Comel memang suka mengusik. Lepas mengusik ada sahaja makanan diambilnya.

“Mak cik, saya dah nak berlalu…mak cik doakan saya mati dalam beriman ya mak cik…” Ujar Comel pilu sambil mata dikenyitkan.Adush!Sempat lagi.

Cikgu Hazman menarik hujung baju Comel untuk mengikutinya. Adnin, Bella dan Rina gugup dan sepi. Mereka benar-benar takut. Comel memang suka cari padah. Mak Cik kantin menggeleng-gelengkan kepala. Satu sekolah memang kenal perangai Comel. Gila memang gila tapi otak cerdik dalam ranking top 5 dalam kalangan pelajar tingkatan 3.

*****

“Saya perlu ambil tindakan kepada kamu!Kamu!Kamu!dan kamu! Atas kesalahan ponteng prep dan pergi makan ketika waktu prep dan kamu tidak ikut waktu ditetapkan faham?” Cikgu Hazman menghentak mejanya dan keempat-empat gadis sunti itu terkejut kambing. Kalau betul-betul kambing pasti tertelan rumput di halkum. Eh, kambing ada halkum ker?Kekeke.

“Apa dendanya cikgu?”

“Kamu berdua selepas sesi persekolahan, dikehendaki membersihkan tandas di keempat-empat buah koridor sekolah dan asrama. Semuanya ada 8 tandas. Arahan saya wajib dipatuhi. Jika tidak, surat amaran akan dikeluarkan. ”

“Saya menurut perintah” Comel dengan gayanya ala-ala setiausaha muda mahu mengorat bos pun ada. Dah kali ketiga dah aku kena cuci jamban hancing ni. Kalau dah boleh rasuah, dah lama aku rasuah cikgu Hazman ni. Oh, tidak mengapa, ramai yang akan membantu aku nanti. Rakan-rakan Comel masih muka tidak puas hati dan dalam keadaan sugul.Namun, Comel masih selamber!Memang selamber badak si Comel ni.

Bersambung dengan aksi gila-gila remaja Comel lagi.Sekian.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.