Novel : Bukan Aku Tak Cinta 2

5 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : jeje / Qash Irdina

2

Tengku Dania cuba menolak tubuh dua orang pengawal peribadi kakaknya yang dihantar khas untuk ‘mengutip’ dirinya. Namun pegangan kedua-dua orang lelaki bertubuh sasa dan bercermin mata gelap itu lebih kuat. Apalah yang mampu tubuhnya yang cekeding itu lakukan. Umpama mencurah air ke daun keladi. Eh? Betulkah pepatah itu sesuai digunakan? Maksudnya, kalau aku menjerit, meronta-ronta macam orang gila memang takkan ada peluang untuk aku melepaskan diri. Argh!!!

”Eh, Nana. Apsal kau bagitahu dengan singa betina tu aku ada kat sini? Apa kau buat kat sini hah?” marah Tengku Dania sambil menendang apa sahaja yang berada di hadapannya.

Nana hanya tersenyum manis mengemaskan barang-barang Tengku Dania. Melipat baju-baju Tengku Dania dan memasukkannya ke dalam beg. Manakala passport dan beg duit comel berwarna merah hati milik Tengku Dania dimasukkannya ke dalam beg tangannya.

”Okey, macam nilah Dania kusayang. Oleh disebabkan tuan puteri mayang mengurai nilah aku diterbangkan ke sini untuk menjemput kau balik ke Teratak Bourgainvilla pada hari ini juga. Aku bukan suka-suka nak paksa kau macam ni. Tapi kakak kau yang garang macam singa betina dah mengamuk kat office pagi tadi. Yang kena amuk bukan kau, tapi aku. Banyak cantik muka kau. Aku macam nak tercabut kepala lutut kena marah bagi pihak kau. Kau senang-lenang bercuti kat sini ek! Dah! Jom balik,” bisik Nana rapat di telinga Tengku Dania.

Nana pun berlalu ke muka pintu dengan selamba tanpa memandang Tengku Dania. Hahaha. Bukan selalu boleh arah-arah anak manja Tengku Mikael. Selalu aku sahaja yang kena dengar cakap kau kan? So, hari ini hari aku. Walaupun kita adalah bestfriend forever atau BFF, itu tak bermakna aku kena bagi muka kat kau kan?

Wajah Tengku Dania yang tegang sebentar tadi sudah mula tersenyum. Hampeh punya BFF. Ooo, kau ambil kesempatan ek? Takpe. Takpe. Kaw, kaw kau buli aku sebab ada ‘badang’ dua ekor ni ek. Takpe Nana. Takpe. Ada ubi ada batas. Kejap lagi aku balas!!

Tengku Dania berdehem kuat.

Kedua-dua ekor”badang” dan Nana memandang dirinya. Drama apa lagi ni Dania??

Tengku Dania menarik lembut tangannya dari ‘badang-badang’ tersebut. Wajahnya kembali tersenyum dan dia melemparkan semanis-manis senyuman buat Nana. Saat itu, wajah Tengku Dania kelihatan sungguh tenang sekali dan pandangan matanya diarahkan kepada Nana.

”Wey, Naim!! Mus!! Apsal kau lepaskan Tengku Dania?” marah Nana. Dia sedikit gerun dengan renungan Tengku Dania. Terlalu tenang. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya!

”Tengku cakap dia akan ikut kita. Dia takkan lari.” Jawab Naim. Mus turut menganggukkan wajahnya mengiakan kata-kata Naim.

Nana sudah mencebikkan bibirnya. Huh, macam tak sedap hati sahaja bila Tengku Dania mula berjalan mendahuluinya. Tengku Dania berwajah selamba berjalan mendahului Nana. Begitu juga Naim dan Mus turut meninggalkan Nana di belakang. Nana sudah mengerutkan dahinya.

”Eh, Naim!! Mus!! Beg Tengku Dania kat belakang tertinggal la.” Ujar Nana sudah mula mempercepatkan langkahnya untuk berjalan menyaingi Tengku Dania.

Tengku Dania yang mendengarnya mengerutkan dahinya. Bibirnya sudah mula tersenyum.

”Eh! Apasal pulak kami pulak yang kena bawak beg Tengku Dania. Kami ditugaskan untuk mengiringi Tengku Dania sahaja. Selebihnya tugas Cik Nana.” Ujar Mus serius.

Nana mula gelabah. Hah? Gila ke aku nak bawak beg Tengku Dania yang macam beg orang nak pegi haji ni? Bukan satu tapi dua!!! Hisy, patah pinggang aku ni.

”Alah korang ni. Tak gentleman langsung. Takkan aku yang perempuan ni nak bawa beg Dania yang besar gedabak ni. Koranglah bawak,”

Mus ingin membuka mulutnya namun ditahan oleh Tengku Dania.

”Cik Nana yang sibuk-sibuk kemas beg saya tadi kan? So, Cik Nana la yang kena bawak beg saya yang besar gedabak tu. Dah, tak payah nak buat muka blur tu. Tolong bawakkan beg saya. Saya tak nak satu pun tertinggal okay!” sindir Tengku Dania sambil tersenyum manja. Yes! Aku dah kata dah. Aku mesti balas punya lah. Tengku Dania memakai spek mata hitamnya.

Nana mencebikkan wajahnya. Dia sudah terkena. Argh!!! Nak lawan tokey, kang tak pasal-pasal aku tak balik Malaysia pulak. Eeei, adik-beradik ni memang kejamlah. Rania atau Dania. Sama sahaja! Dia menyeret beg beroda milik Tengku Dania. Terkial-kial dia cuba membawanya. Mus dan Naim langsung tidak memandangnya. Dengan hati yang panas membakar, dia berjalan mendahului Tengku Dania dan dua ekor ‘badang’ tersebut. Sempat dia menghadiahkan jelingan buat Tengku Dania.

”Hai marah nampak. Jangan marah-marah. Nanti kena jual. Tak boleh balik Malaysia baru tau!” Sengaja tengku Dania meninggikan suaranya agar didengari oleh Nana. Tengku Dania mengenyitkan matanya ke arah kedua-dua orang pengawal peribadinya. Sengaja dia mendera hati teman baiknya itu. Tidak sampai hatinya untuk membiarkan temannya itu membawa beg-beg bajunya. Tidak mungkin. Nana adalah teman baiknya dari zaman sekolah. Tidak mungkin dia akan memperlakukan temannya seburuk itu.

Nana terkejut dengan tindakan Mus dan Naim yang tiba-tiba datang menghampirinya dan mengambil beg-beg Tengku Dania. Dia cuba menoleh ke arah Tengku Dania yang sudah memeluk tubuhnya dari belakang. Tahulah Nana bahawa temannya itu telah mempermainkan dirinya. Ciss. Tangan Nana sudah mula menyentuh pipi Tengku Dania. Dia mencubit pipi yang mulus itu. Nakal ek! Nana tertawa begitu juga Tengku Dania. Kalau dengan Tengku Dania, memang tak boleh marah lama-lama.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.