Novel : Kakak Cinderella 1

21 January 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Arian Pega

BAB 1.

“Nana,bangun! Sampai bila kau nak tidur je ni hah?! Bukan kau ada kelas ke harini?” jerkah Mariam.Nana masih membekukan dirinya tanpa sebarang reaksi dari jerkahan Ibunya.Mariam menggeleng-gelengkan kepalanya.”Mariana Syahri! Bangun sebelum aku simbah air sejuk atas badan kau tu!” ugut Mariam.

Serta merta Nana bangun dengan rambutnya yang kusut masai dan mata yang masih lagi terpejam.Mariam tersenyum puas.”Hah,ni malam tadi buat apa? Keluar dengan jantan mana pulak?” soal Mariam sinis.”Alah,takkan ibu tak kenal Nana macam mana..” jawab Nana sambil mengorak langkah masuk ke dalam kamar mandi.

Balqis Sufya menyapukan kaya pada atas kepingan roti untuk diberikan kepada kakak tirinya,Nana.”Kakak,nanti boleh kita pergi kolej sama-sama? Kereta Balqis rosak lah,tengah repair.” kata Balqis perlahan bimbang jikalau Nana tidak membenarkan dan terus membentak.Nana masih tidak memberikan sebarang jawapan malah,dia merenung kosong ke dalam mata Balqis.Beberapa kali Balqis berdehem meminta kekuatan.

“Boleh tak kak? Harini je.Esok kereta tu siap.” Nana memasukkan roti kaya yang disapu oleh Balqis tadi kedalam mulut.Lalu beberapa saat kemudia dia mengangguk.”Kau jangan nak kotorkan seat kereta aku pulak nanti.” Nana memberi syarat dengan suara yang keras.Balqis mengangguk lemah.”Ok kak.”

Mariana dan Balqis adalah adik beradik tiri sama bapa lain ibu.Ibu Nana berkahwin dengan arwah bapa Balqis selepas pemergian mama Balqis yang ke 5 tahun.Akan
kerana arwah bapa Balqis terpikat dek wajah Mariam mereka berkahwin dan hilang terus rasa duka dan lara di dalam hati bapa Balqis.Selepas kematian arwah bapa Balqis,sikap Mariam yang bersopan santun dan penyayang terus hilang.Hingga kini Balqis tertanya tanya di mana perginya Ibu Mariam yang penyayang dulu? Nana pula,kadang kala melayan dia dan kadang kala juga tidak layan bagai ais beku.

“Kau nak duduk dalam kereta ni lagi berapa lama? Karang kalau kau lambat ke kelas jangan nak merungut pulak!” ucap Nana keras.Balqis terkocoh kocoh membuka tali pinggang keledarnya.”T..te…terima kasih Kak Nana!” Balqis keluar dari perut kereta dengan tangannya yang penuh membawa buku perubatan.Tiba-tiba entah siapa yang dilanggarnya habis buku buku berselerak di atas lantai.”I’m so sorry,so sorry.Saya tak sengaja terlanggar awak.I’m in a rush right now.”Berkali kali Balqis meminta maaf kepada lelaki yang baru sahaja dirempuhnya itu.”Careless nye aku!” bebel Balqis sendiri.”Hmmm tak apa,mari saya tolong awak.” suara garau itu membuat jantung Balqis berhenti seketika.Lalu perlahan lahan dia mengangkat wajah ke arah sang putera….’Haiqal!’ terbuntang luas mata bulat Balqis.

“Hey Nana! It’s been a long time since you ditch me at the club last night.” tegur Roy berbaur sindiran.

“I tak akan tinggalkan U kalau U tak menggatal dengan bestfriend I sendiri.” jawab Nana tenang dengan kaki yang tidak berhenti berjalan menuju ke cafeteria.

Roy merengus kasar.Nana mempercepatkan jalannya.Dengan tiba tiba Roy menarik lengan Nana yang terdedah hingga Nana terdorong kebelakang.

Nana merentap tangannya.

“What do you want Roy?! Enough is enough! I tak nak dengar alasan tak masuk akal daripada you! Hey Roy…” Perlahan lahan Nana mendekati Roy.”I kalau nak lelaki yang lebih hebat daripada you senang je.So,buat apa I nak melekat dengan you lagi? And one more thing,lelaki macam you ni boleh buat jadi permainan je sebernanya.” semestinya kata kata akhir Nana membuat hati Roy membuak buak dan seperti terbakar! Roy menggenggam penumbuknya.

“Kau tengoklah satu hari nanti Mariana! Aku akan buat kau melutut depan aku! Kau akan menyesal Mariana!!!!” teriak Roy kepada Nana yang telahpun jauh meninggalkannya.Pelajar pelajar kolej yang ada di situ berbisik sesama sendiri ada yang ketawa melihat babak drama yang dibuat oleh Roy dan Nana tadi.”Apa semua pandang pandang?!” tengking Roy yang sedang marah.

Shafi dan Ross serentak duduk berhadapan membuatkan Nana terpinga pinga melihat mereka yang membuat muka sedih a.k.a kesian.”Asal dengan korang ni?” soal Nana sambil ketawa kecil.Pelik gila tengok muka diaorang yang tiba tiba sedih kononnya ni.”Sorry babe,semalam kitaorang bukan nak layan si Roy tu.Dia yang mai datang dekat kitaorang lepastu sesedap ikan tiga rasa dia cium pipi kitaorang.” Shafi mengadu dengan muka yang tidak berpuas hati.Ross disebelah mengangguk je.Nana mengoyakkan sedikit senyuman buat rakan karibnya.”It’s ok.I know you guys very well.Roy tu nama pun dah tahu yang dia buaya darat.” Shafi dan Ross menghembuskan nafas lega.Nasib baik Nana tak melenting!

“I love youuu!! Lain kali korang dating kitaorang tak masuk campur lagi k.” janji Ross.

“Masuk campur? Hahaha,aku dengan dia dah tak ada apa apa hubungan lagi dah.Malam tadi masa aku tinggalkan dia maksudnya putus lah tu…” ucap Nana selamba.

“What?! Seriously?”

“Yup seriously.Chill lah guys…”

“Ta…tapi hubungan tu kan dah hampir…..3 tahun.Tak sayang ke nak putuskan?” soal Shafi tersekat sekat.

Nana menghadiahkan senyuman manis kepada kedua dua sahabatnya.”Buat apa aku nak simpan jantan yang flirt dengan kawan aku sendiri?”

“Ok lah,dah jangan sedih sedih.Aku yang putus kau pulak sedih.Jom kita shopping! Aku belanja.” kata Nana memberikan semangat buat mereka.Dengar je perkataan
‘Shopping’ mereka berdua mengangguk berkali kali.”Gembira pulak?”

++++

Ok,novel ni memang tak ada kena mengena langsung dengan drama korea yang bertajuk Cinderella’s Sister tu.Tajuk je ‘hampir’ sama tapi jalan cerita tak sama lah insyaAllah..Uhm,kalau nak kritik boleh tapi jangan maki hamun please :3 Saya sedang mencuba untuk menjadi penulis yang berbakat cewah 😉


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Kakak Cinderella 1”
  1. alia says:

    x ada blog ke?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.