Novel : SN & SM Setia Selamanya 10

4 July 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 10

Syahrul tersentak jaga dari tidurnya yang seketika.Selepas menyiapkan assignment yang di berikan oleh pensyarahnya Sir Syarafuddin sebentar tadi dia merebahkan badannya dan terlelap.Tahun ini adalah tahun terakhir Syahrul di USM ini.Letih,.teramat letih dengan pelbagai aktiviti.Mana nak menyiapkan assignment yang berlambak-lambak.Mana nak menghadapi peperiksaan akhir lagi.Minda pun dah tepu untuk berfikir.

Selepas tamat SPM Syahrul meneruskan pelajarannya di tingkatan enam.Manakala Saisah pula memasuki kolej Kulinari membuat kek,biskut dan roti.Rezeki mereka murah kerana dalam sibuk belajar Saisah di sahkan mengandung dan terpaksa menangguhkan pelajarannya.Saisah terus mengambil alih kedai kek ibunya sepanjang kehamilannya itu dan hingga sekarang kedai kek itu sudah jadi miliknya dengan di bantu oleh tiga orang pekerja.

Syahrul tersenyum bila mengingatkan itu semua.Umur tujuh belas tahun dah jadi suami.Dengan usia remaja begitu mana Syahrul mampu bertahan dengan hanya melihat saja Saisah di depan mata.Segalanya bermula selepas Saisah memasuki kolej dan perpisahan itulah yang menyebabkan kerinduannya pada Saisah tidak dapat di bendung lagi.Bila setiap kali bertemu akhirnya mereka terbabas juga dan mereka sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri yang sebenar dan lahirlah permata hati mereka yang pertama Ariesya Iriana yang kini sudah berusia tiga tahun.

Mungkin takkan ada orang yang akan percaya bahawa dalam usia dua puluh dua tahun Syahrul sudah menjadi suami dan ayah kepada seoarang anak perempuan yang sudah berusia tiga tahun.Syahrul meraup wajahnya.Terbayang pula wajah anak kecilnya itu.Tentu semakin keletah sekarang.Kali terakhir Syahrul menghubungi Saisah dua minggu lepas.Rindu pula dia dengan anak dan isterinya itu.Bagaimana agaknya mereka sekarang? sihatkah mereka? Bagaimana pula dengan mamanya dan ibu mertuanya? Harap-harap mereka dalam lindungan kasih Ilahi.Sentiasa sihat dan bahagia.Kadang-kadang Syahrul bimbang juga dengan keluarganya.Namun apakan daya dia terpaksa juga membuat pilihan demi masa depan mereka bersama.

”Wey Syah!!,.jom makan!” tanpa sebarang salam Ammar rakan sebilik Syahrul menegurnya.Entah dari mana datangnya pun Syahrul tak perasan.Itulah kalau badan saja ada di situ sedangkan hati dan jiwa sudah merewang pada anak dan isteri mana nak perasannya.

”Tunggu!,.aku mandi dulu” Syahrul terus bangun, mencapai tuala dan pantas berlalu ke bilik air.Ammar hanya mengangguk.Mereka menuju ke kedai makan yang berdekatan dengan rumah sewa mereka.

Saisah Mazeati resah sendiri.Sudah berkali-kali nombor Syahrul Nizar di dail namun tiada yang menjawabnya.Selepas Ajmal pulang Saisah teringatkan Syahrul.Sudah dua minggu Syahrul tidak menghubunginya.Mungkin Syahrul terlalu sibuk belajar hingga menyebabkan Syahrul terus mendiamkan diri.

HP di masukkan kembali ke dalam handbagnya.Ariesya Iriana yang sedang bermain dengan pembantu kedainya Nadiha dihampiri.Riuh suara anaknya itu bergelak ketawa bersama pembantunya itu.Nadiha ni memang sukakan kanak-kanak berbanding dengan dua orang lagi pembantunya Faezah dan Nadia.Selalunya kalau dia sedang sibuk membuat kek Nadihalah yang selalu menawarkan bantuan menjaga Ariesya.

”Iesya!,.jom,.kita ke kedai nenek pulak!.Anak ibu ni laparkan?” Saisah duduk di sisi anaknya itu dan mengusap sayang kepala Ariesya.

”Diha!,.tolong tanyakan Ijah dengan Nadia nak makan apa.Nanti Zeati tolong bungkuskan,” pandangannya di arahkan pada Nadiha.

”Ibu!,.kita nak pegi makan di kedai nenek ya ibu?” petah Ariesya menyoal.

”Yalah sayang!” Saisah menjawab pertanyaan Ariesya sambil mendukung Ariesya dan menghadiahkan ciuman di pipi kiri dan pipi kanan Ariesya,Ariesya ketawa mengekek bila Saisah turut melagakan pipinya dengan pipi Ariesya.

Selepas mengambil pesanan dari Nadiha Saisah keluar dari kedai dan berjalan menuju ke restoran ibunya yang jaraknya hanya berselang lima buah kedai dari kedai kek SAISAH KEK & PASTRY.Hari ini sengaja Saisah bermurah hati untuk tolong membelikan pekerja-pekerjanya nasi untuk makan tengahari.Kadang-kadang Saisah akan memberi kelonggaran untuk pekerja-pekerjanya keluar makan sendiri.Terpulang pada kehendak pekerjanya.Adakalanya kedai akan di tutup sementara dan mereka akan keluar makan bersama-sama.Saisah selalu memberi kelonggaran kepada pekerja-pekerjanya asalkan mereka tidak mengambil kesempatan atas kebaikannya.

Langkah di atur kemas sementara Ariesya yang masih berada dalam dukungan masih petah berkata-kata.Saisah turut melayan kepetahan anaknya itu sambil sekali sekala ketawa bersama.Terubat juga rindunya pada Syahrul bila ada buah hati mereka yang comel dan petah ini.

”Nenekkk!!!,..” masuk saja ke dalam kedai Ariesya sudah meronta untuk turun dari dukungan Saisah.Saisah meletakkan saja anaknya itu dan sebaik di turunkan Ariesya sudah berlari menuju kepada Puan Habsah dan Puan Mawar yang sedang makan di meja berdekatan dengan kaunter.

”Alaa cucu nenek,.dah makan belum ni?” Puan Habsah mengangkat Ariesya lalu di ribanya.Pipi Ariesya yang gebu di ciumnya juga.Arisya Irianalah penawar hati mereka sekeluarga.Sejak Saisah di sahkan hamil kebahagiaan mereka berganda apatah lagi selepas Ariesya lahir.Gelak dan tangis Ariesya adalah irama merdu yang sentiasa menceriakan mereka sekeluarga.

”Iesya dah makan dah kek coklat.Sedap!!,.tapi ibu tak bagi Iesya makan banyak-banyak.Ibu kata nanti kalau abah balik dah tak kenal Iesya lagi.Kenapa pula nenek? Kalau makan kek coklat banyak-banyak nanti muka Iesya akan berubah ke nenek?” lancar Ariesya menjawab dan menyoal serentak mengundang tawa Puan Habsah dan Puan Mawar.

”Meh sini,.dok atas riba mak tok pulak!” Puan Mawar menghulurkan tangannya untuk mengambil Ariesya dan kini Ariesya sudah beralih berada di atas ribaan mak toknya pula.Panggilan nenek dan mak tok sengaja di adakan untuk mengelak dari Ariesya menjadi keliru dan untuk mengelak Puan Habsah dan Puan Mawar berkalih serentak seandainya di panggil Ariesya.

”Kek coklat memang tak boleh makan banyak-banyak sayang sebab tak berkhasiat.Lagi pun kek tu manis nanti gigi Iesya cepat rosak.Bila senyum dah tak cantik lagi.Macam mak tok ni ha,” Puan Mawar menjawab soalan Ariesya tadi.Bila Ariesya rancak bercerita dengan nenek dan mak toknya Saisah Mazeati pula menuju ke ruang depan yang di khaskan untuk mengambil makanan.Macam biasa nasi dan lauk di ceduk sendiri manakala air di order pada pekerja ibunya.

”Tadi ibu cakap kalau makan kek banyak-banyak nanti jadi bam-bam.Bam-bam tu apa nenek? mak tok?” Puan Habsah dan Puan Mawar saling berpandangan dan akhirnya terburai lagi tawa mereka.Kanak-kanak sebesar Ariesya memang suka menyoal.Pada tahap umur beginilah mereka ingin tahu segalanya.

”Bam-bam tu macam ni ha,..” Puan Habsah menjawab sambil mengelembungkan pipinya.Mereka ketawa lagi.

”Dah la tu Iesya.Jangan kacau nenek dan mak tok lagi,Meh duduk sini,ibu suapkan nasi ni,” Saisah datang bersama dua pinggan nasi.Ariesya di ambil dari pangkuan ibu mertuanya dan di letakkan di kerusi yang di khaskan untuk kanak-kanak sebesar Ariesya.Puan Habsah dan Puan Mawar terus menyambung makan yang tergendala tadi.Hai!,..beginilah gayanya kalau dah jumpa cucu.Kalau dah dapat jumpa cucu yang lapar pun terus jadi kenyang.Penangan melayan cucu ni memang buat hati rasa ceria selalu.Mungkin sebab itulah orang selalu cakap bila dah jadi tua lagi sayang cucu dari sayang anak.Betul agaknya tu!


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.