Novel : SN & SM Setia Selamanya 11

11 July 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 11

LYNA melangkah laju menuju ke arah Syahrul yang berada di depannya.Payah benar nak menghampiri dan menjadi rapat dengan Syahrul ni.Sejak sekolah lagi Lyna sudah memberi macam-macam petanda bahawa dia menyukai Syahrul tapi Syahrul langsung tak melayan.Dulu ketika mereka ingin mengambil SPM dia pernah memberi surat pada Syahrul melalui Saisah tapi Syahrul memulangkannya semula dengan alasan dia nak tumpu sepenuh perhatian pada pelajaran.Selepas keputusan SPM keluar dia lulus semua matapelajaran tapi bila Syahrul menyambung pelajarannya ke tingkatan enam Lyna turut berbuat perkara yang sama menyambung pelajarannya naik ke tingkatan enam.Bila Syahrul mengisi borang untuk masuk ke USM dia juga mengisi borang yang sama tapi bila sudah belajar di universiti yang sama dan dalam jurusan yang sama Syahrul masih begitu.Masih sukar untuk di milikinya lagi.

”Syah!,.Syahrull!!,.” Lyna melaung Syahrul di hadapannya sambil cuba menyaingi Syahrul.Syahrul menoleh tapi langkahnya tetap laju seolah sedang mengejar sesuatu.Lyna berdecit geram.Penat dia mengejar dan melaung tapi Syahrul langsung tak berhenti.

Mereka sampai ke dewan kuliah.Dengan wajah yang masam Lyna menghampiri Syahrul.Syahrul beriak biasa,dia tahu apa tujuan Lyna.Dia pun sudah bosan melayan kerenah Lyna yang terlebih mengada-ngada ni.

”Kau ni kenapa Syah?” Lyna mula menyoal.

”Apa?” Syahrul pura-pura dungu.

”Aku panggil kau,.kau buat dek ja kan!” Lyna mendengus kasar sedangkan Syahrul masih berwajah selamba.Senyumnya cuba disembunyikan.Kalau nak di ikutkan hatinya memang dia nak gelak terbahak-bahak melihat wajah Lyna ketika ini.Wajah perempuan ‘terdesak’.Syahrul hanya menganggap Lyna kawan biasa saja sejak sekolah lagi tapi Lyna pula mempunyai perasaan istimewa pada Syahrul.Bukan Syahrul tak mahu berterus terang akan perhubungannya dengan Saisah tapi belum masanya untuk kawan-kawan mereka tahu semua itu.

”Kau nak apa sebenarnya ni?” Syahrul cuba berlembut walau dia rimas dengan kerenah Lyna.Terdengar Lyna mendengus kecil.Wajah Syahrul dipandang geram.Syahrul menjungkitkan keningnya beberapa kali mohon jawapannya di jawab.

”Kenapa kau selalu larikan diri dari aku?” soalan di ajukan.Syahrul ukirkan senyuman.

”Mana ada!!,..Lyna,.Lyna,.” Syahrul gelengkan kepalanya beberapa kali sambil ketawa kecil.

”Aku tahulah kau tak suka aku pun tapi janganlah buat aku macam ni,” Lyna sebak tiba-tiba.Dia memang sudah lama terasa hati dengan Syahrul.Walau pun dia selalu ikut ke mana saja Syahrul pergi tapi Syahrul buat dia macam tak wujud saja.Dengan perasaan sebal Lyna berlalu dari meja Syahrul dan melangkah ke mejanya sendiri.Tanpa Lyna sedari ada sepasang mata yang asyik memerhatikan setiap perilakunya selama ini.Sepasang mata kepunyaan seorang pemuda yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Lyna.

SAISAH Mazeati resah.Ajmal Idham lelaki perasan bagus tu takkan pernah kenal erti putus asa.Hari ini Ajmal datang lagi ke kedai kek Saisah.Bagaikan mencurah air ke daun keladi,segala rayuan Saisah pada Ajmal supaya jangan menganggu mereka anak beranak langsung tidak diendahkan.Ajmal memang degil.

”Aku memang dah kawen la Ajmal.Untuk apa aku nak tipu kau!” Saisah masih cuba membuat Ajmal faham.Tiga orang pekerjanya diminta untuk membawa Ariesya ke ruang dapur sementara Saisah dan Ajmal berada di ruang depan.Kedai kek terpaksa ditutup buat sementara waktu.Dengan adanya Ajmal di kedai itu Saisah terus hilang mod untuk melakukan sebarang kerja.Apatah lagi Saisah bimbang kalau Ajmal membuat perangai yang bukan-bukan.

”Kau dengan aku sebaya.Anak kau tu mungkin dah berusia tiga or empat tahun.Macam mana aku nak percaya cakap kau tu!” Ajmal masih berkeras dengan pendapatnya itu.Erkk,..tak ada pulak ber’I’ ber’you’ macam sebelum ni.

”Kan aku dah cakap,aku dah kawen sebelum kita ambil SPM lagi,” sekali lagi Saisah cuba berterus terang tentang hakikat yang sebenarnya.Ajmal mengukirkan senyuman sinis sambil itu tangan Saisah yang berada di hadapannya cuba dicapai.Dengan pantas Saisah menarik tangannya dan menyembunyikannya di bawah meja.

”Kau ingat aku akan percaya! Kalau betul kau dah kahwin bagi tau aku,siapa suami kau! Sejak kali pertama aku datang sini tak nampak pun suami kau!” sehabis saja Ajmal berkata begitu Saisah mengeluh perlahan.

”Kau kenal dia.Dia bersekolah di sekolah yang sama dengan kita.Sekarang dia sedang belajar di USM.Tahun akhir,” mendatar saja suara Saisah.

”What? Aku tak percaya!!!,.kau jangan cuba tipu aku Saisah!” Saisah tersentak dengan jerkahan Ajmal.Sekali lagi Saisah melepaskan keluhan.Payah betul nak berinteraksi dengan orang yang tak faham bahasa ni.

”Untuk apa aku nak tipu kau Ajmal? Tak ada faedah pun untuk aku!” Saisah mengigit bibirnya sendiri.Tangannya yang berada di bawah meja dikepal geram.Kenapa harus ada manusia macam Ajmal yang wujud dalam dunia ni?

”Siapa? Siapa dia? Siapa lelaki tu?” Ajmal menyoal.Saisah gelisah.Dalam hatinya terdetik rasa bimbang kalau Syahrul diapa-apakan.

”Kau nak buat apa?” Saisah menyoal cemas.

”Kenapa kau cemas? Kau tipu aku kan?” lain pula yang difikirkan Ajmal.Saisah mengetap bibirnya.Balik-balik itu juga yang disoal Ajmal.Kalau nak diikutkan hatinya yang sedang mengelegak Ajmal sudah lama dihalau keluar tapi bila mengingatkan tentang adat, tetamu harus dilayan sebaik mungkin Saisah cuba bersabar.

”Ikut suka kau la Ajmal nak percaya atau tidak tapi tolonglah jangan ganggu hidup aku lagi” Saisah putus ikhtiar untuk membuatkan Ajmal faham.Tak tahu lagi ayat apa yang harus diungkapkan.Dalam hatinya hanya berdoa agar Allah melindungi keluarganya dari diapa-apakan oleh Ajmal.Manalah tahu hati manusia ni bukannya boleh nak diduga.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : SN & SM Setia Selamanya 11”
  1. o says:

    ada blog x?

  2. fatimah binti aznan says:

    best sangat…nak baca yang seterusnya pulak..

  3. Giveaway says:

    Suka baca novel tak? Nak novel free tak? Jom join Giveaway ni. Ada baaanyak novel best untuk dimenangi. And paling best, semua org boleh pilih hadiah yang disukai. Best kan? ^_^

    Come2! Jom join sini:
    http://violetsofia.blogspot.com/2013/07/hikayat-violet-sofias-giveaway.html

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.