Novel : SN & SM Setia Selamanya 12

18 July 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 12

AJMAL mundar mandir di dalam biliknya.Perasaannya sakit sangat bila Saisah menolak dirinya mentah-mentah.Apa yang kurang dengan dirinya hingga direject oleh Saisah.Dia langsung tak boleh menerima penolakan yang Saisah berikan.Penat otaknya berfikir akan kebenaran yang dinyatakan oleh Saisah.Takkan Saisah sudah kahwin? Tidak!!!,.Saisah hanya akan menjadi milik Ajmal Idham.

”Hello,.” HP yang sedang berbunyi dijawab kasar.

”Ha,.kau!,.dah dapat apa yang aku nak?” masih bersuara kasar.Sesekali matanya dikecilkan.Tangannya dibawa ke kepala dan rambutnya diramas kasar.

”Kau pasti tak tersalah info?” orang di hujung talian disoal lagi.

”Siapa lelaki tu?” masih tak puas hati dengan apa yang didengar, orang di hujung talian terus disoal.Dalam masa yang sama wajah Ajmal semakin tegang.

”What? Syahrul Nizar? Kau pasti? Sejak bila?” Ajmal menuju ke balkoni biliknya.Hatinya bagaikan terbakar mendengar berita yang disampaikan oleh penyiasat upahannya.Selepas talian diputuskan HPnya terus dicampakkan di atas katil.Hatinya sakit bagaikan disiat-siat.Rasa nak menjerit dan segalanya terus menyerang dirinya.Aku tak boleh kalah dengan Syahrul.Syahrul dan Saisah takkan bahagia.Tidak!!!,.. Aku akan buat rumahtangga mereka huru-hara.Ajmal nekad!

ARIESYA melonjak kegirangan bila Syahrul menghubungi mereka.Saisah yang berada di sebelah Ariesya mengukirkan senyuman lebar bila melihat kepetahan Ariesya berbual dengan Syahrul.

”Iesya rindu kat abah tau.Mak tok,nenek dengan ibu pun rindu kat abah.Bila abah nak balik? Nanti Iesya nak jalan-jalan dengan abah.Nak makan ais krim dengan abah.Nak pergi main jongkang jungkit dengan abah,” laju Ariesya menyusun kata.Tanpa sedar Saisah sudah menyeka air mata yang sudah membasahi pipinya.Rindunya pada Syahrul bukannya sedikit.Lebih-lebih lagi bila membesarkan permata hati mereka tanpa Syahrul di sisi.

”Abah pun rindu sangat-sangat kat Iesya tau.Iesya jangan nakal-nakal tau! Tolong abah jaga ibu.Jaga mak tok,jaga nenek.Okey?” Syahrul bersuara sayu di hujung talian.Setiap kali dia nak menghubungi anak dan isterinya mesti dia akan memberi alasan untuk keluar berjogging.Jauh dari kawan-kawannya membuatkan dia bebas untuk berkata-kata.

”Alaa,.macam mana Iesya nak jaga ibu.Ibu la yang kena jaga Iesya.Iesyakan kecik lagi,” Syahrul dah ketawa di hujung talian.Terhibur dia seketika.Sambil berbual cuba dibayangkan wajah comel anaknya itu.

”Kalau macam tu bagi abah cakap dengan ibu pulak.Abah nak pesan kat ibu suruh jaga Iesya,” Syahrul mula bermain dengan psikologi.Anak rindu jugak tapi isteri lebih sikit rindunya.

”Alaa,.nanti Iesya bagitau la ibu,” Ariesya tak mahu mengalah.Saisah yang berada di sebelah sudah menghulurkan tangan.Sudah faham dengan kerenah Ariesya.Kalau dia sudah merengek sebegitu bermakna Syahrul mahu berbual dengannya pula.

”Abah!,.tengoklah ibu ni!”

”Ibu buat apa kat Iesya?”

”Ibu jeles dengan Iesya,” serentak Iesya habis berkata-kata Saisah terus mengeletek Ariesya.Apa lagi,.mengekek Ariesya ketawa.Akhirnya HP pun bertukar tangan.

”Abang!,.anak abang ni sebijik macam abang tau.Nakalnya Ya Rabbi!” asal melekap saja HP di telinga terluahlah segala pengaduan manja tu.

”Abang saja ke yang nakal? Bukan isteri abang ni lagi nakal ke?” Saisah kebam bibir.Sambil berbual kakinya melangkah menuju ke pintu belakang kedai sementara Ariesya di tinggalkan bersama pekerja-pekerjanya.

”Mula la tu!,.abang macam mana? Sihat? Exam okey? Boleh jawab?” Saisah lari dari topik mereka.Nanti masak pula dia di usik Syahrul nanti.

”Ermm,.isteri abang memang macam ni kan! Suka sangat tukar topik.Abang rindu sayang tau.Rasa macam tak sabar pulak nak balik.Kadang-kadang abang kesian jugak kat Iesya tu,.” Syahrul bersuara nakal.

”Kenapa pulak?” Saisah blurr,.tak pasal-pasal nama Ariesya pula yang berkait sama.

”Yalah,.kalau abang tak sambung belajar tentu dah lama Iesya dapat kawankan!” Saisah semakin blurr.Apa kena mengena pulak?

”Abang sihat tak ni? Cuba jangan putar belit!” berkerut dahi Saisah memikirkan kata-kata Syahrul.Sungguh! dia langsung tak faham apa maksud Syahrul.

”Sayang!,.kalau Iesya ada adik tentu dia ada kawankan!” merona wajah Saisah.Nasib baik Syahrul tak nampak kalau tak tentu lagi teruk dia di usik.

”Syahrul!,.hiesyy,.tak senonoh la dia ni!” terdengar tawa Syahrul di hujung talian.

”Tengok tu! panggil nama pulak!,.abang cakap betullah sayang.Bila sembang pasal anak ni abang lagi tak sabar nak balik.Dah jemu sangat dah asyik peluk bantal ja.Tak bestlah sayang!” Saisah dah tersenyum simpul.Haih,.suami siapalah ni!

”Yalah tu! Tak sabar nak balik.Jangan-jangan tak mau balik,” sekali lagi Saisah cuba tukar topik.Syahrul ni bukannya boleh dilayan sangat nanti semakin melalut-lalutlah dia jadinya.

”Syahrul Nizar bin Mohd Nizam,.right?” entah dari mana tiba-tiba Ajmal dah berada di hadapan Saisah.

”Siapa tu sayang?” Syahrul bertanya cemas.Seperti terdengar suara seorang lelaki.Saisah kaget.

”Err,.Zeati ada pelanggan ni.Okey bye!” belum sempat Syahrul menjawab balas talian sudah di putuskan.

”Apa kau nak lagi ni hah?” Saisah bertanya kasar.Wajahnya dah berbahang marah.Ajmal hanya merenung Saisah tanpa kata.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.