Novel : SN & SM Setia Selamanya 8

20 June 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 8

HARI terakhir mereka berkampung di sekolah.Selepas sarapan mereka di minta untuk ke dewan sekolah.Seorang penceramah telah di jemput untuk hari terakhir ini untuk memberikan panduan melalui ceramahnya yang bertajuk ‘Teknik Bijak Belajar’ yang di sampaikan oleh Dr Shukri Abdullah – Salah seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia.

Selepas makan tengahari mereka di benarkan pulang.Horeyyy!!!,..semua pelajar menunjukkan wajah ceria apatah lagi bila di jemput ibubapa masing-masing.

Puan Habsah datang bersama Puan Mawar untuk menjemput Syahrul Nizar dan Saisah Mazeati.Kali ini Saisah tidak pula memprotes bila di minta duduk di tempat duduk belakang bersama Syahrul.Selamba saja dia masuk ke kereta walau ada mata yang memandang pelik kepada mereka berdua dan Saisah dengan selamba juga melambai kepada kawan-kawannya yang sedang memerhati.

”Duduk hujung sana sikit!” Saisah berkata pada Syahrul meminta Syahrul menjarakkan kedudukannya.Syahrul tidak mengikut apa yang di minta Saisah tapi sebaliknya Syahrul semakin mendekat hingga Saisah rasa terhimpit.

”Woit!!,.aku serius ni,bukan main-main!” Saisah bersuara separuh merayu.Puan Habsah dan Puan Mawar dah menoleh ke belakang bila mendengar anak dan menantu mereka seakan ingin memulakan peperangan.

”Kenapa tu? Syahrul? Zeati?” Puan Mawar menegur.Syahrul tersenyum dan terus menjarakkan dirinya hingga ke hujung tempat duduk.Saisah juga turut tersenyum kemenangan dan menjungkitkan keningnya beberapa kali dan sejurus kemudian Saisah terus merebahkan badannya dan kepalanya di letakkan di atas paha Syahrul dengan selamba.Saisah terus pejamkan matanya tanpa mempedulikan pada reaksi Syahrul yang nyata mempamerkan wajah terkejutnya.

Sekali lagi Puan Mawar menoleh ke belakang.Syahrul menjungkitkan bahunya bila matanya dan mata Puan Mawar bergabung.Puan Habsah turut melihat gelagat Saisah melalui cermin pandang belakang sambil mengelengkan kepala.

”Nampaknya sikit hari lagi timang cucu la kita,” Puan Mawar bersuara sambil tersenyum.Saisah langsung tidak berkutik seolah tidak ambil peduli dengan apa yang di katakan oleh mertuanya.Matanya masih di pejamkan,langsung tak beriak wajahnya.

”Rul okey ja!,..anytime!” Syahrul bersuara nakal sambil tergelak kecil.Di cuitnya hidung Saisah, langsung tiada respon.Sekejapan terdengar dengkuran halus Saisah.

”Ya Allah Zeati!!,..sedap kau berdengkur atas paha aku ni?” Syahrul pandang ke depan melihat reaksi mama dan ibu mentuanya.Ternyata keduanya hanya ketawa memandang mereka berdua.Terpaksalah Syahrul merelakan pahanya itu menjadi bantal sementara buat isteri tersayang.

Syahrul sandarkan tubuhnya di kusyen kereta dan mula melelapkan mata.Dua malam tidurnya tidak nyenyak.Letih betul tiga hari dua malam berkampung di sekolah.Bangun awal dan tidur pula lewat,dah tu banyak pula aktiviti yang terpaksa mereka lakukan.Dalam sekejapan saja dia pun turut hanyut di alam mimpi.Kedua orang ibu yang berada di depan hanya saling berpandangan dan mengukirkan senyuman.

Bila destinasi mereka tiba Saisah dan Syahrul di kejutkan.Selamba saja Saisah bangun dan menonong masuk ke rumah.Puan Habsah dan Puan Mawar keluar semula selepas itu menuju ke restoran.Tinggallah Saisah dan Syahrul berdua.Tanpa pilihan Syahrul juga yang mengeluarkan beg Saisah dari bonet kereta dan begnya sekali dan di bawa masuk ke dalam rumah.

Saisah terus masuk ke bilik dan menuju katil.Badannya terlampau letih dan mindanya hanya terfikirkan katil dan tilam empuknya.Di rebahkan tubuh langsingnya ke katil tanpa mempedulikan keadaan sekeliling lagi.

Selepas mengunci pintu Syahrul juga turut menuju ke bilik tapi langkah kakinya bukan di atur ke biliknya sendiri.Bilik Saisah di tuju tanpa rasa was-was.Tubuhnya di rebahkan di sebelah Saisah tanpa rasa bersalah dan tubuh Saisah di rangkul dalam pelukannya.Saisah pula hanya membiarkan saja perlakuan Syahrul.Rasa selesa dan tenang pula di perlakukan begitu.Keduanya terus memburu mimpi-mimpi indah mereka bersama hingga Saisah terjaga bila perutnya sudah mula berkerongcong.

”Syah!,.bangunlah!! perut aku sakit ni!!” Saisah cuba leraikan pelukan Syahrul yang kejap di pinggangnya.Patutlah tidur nyenyak ja.

”Oitt!,.bangunlah!!,..”panggilan pertama gagal.Saisah mendapat idea bila berulangkali mengejutkan Syahrul tidak berjaya.Saisah berpusing dan mengadap Syahrul.Jari-jarinya yang runcing itu bermain-main di wajah Syahrul.Dari kening turun ke mata,hidung,pipi dan akhirnya jatuh ke bibir.Sesekali Syahrul akan menepis.Saisah hanya tergelak perlahan.

”Abang Syah sayang,intan payung terjun,intan belian,permata belian dan yang sewaktu dengannya cepatlah bangun,.perut tuan puteri Saisah Mazeati ni dah berlagu,dangdut,rap,rock,berdongdang sayang dan sebagainya dah ni..” Saisah dah mula membebel yang entah apa-apa.

Masih tak berjaya.Syahrul masih nyenyak tidur.Saisah pegang pulak pipi Syahrul dengan kedua belah tangannya.Di goncangkan wajah Syahrul.Masih gagal!,.haih!! tidur mati ke apa? Saisah rapatkan wajahnya ke wajah Syahrul tanpa sedar bibirnya sudah menyentuh pipi Syahrul.Bergetar dadanya seketika.Spontan Saisah melihat ada senyuman terukir di bibir Syahrul.

”Syahrullll!!!,..kau pura-pura tidur ea??” Saisah melompat bangun dan menampar tubuh Syahrul bertubi-tubi.Syahrul mengekek ketawa.Sebetulnya dia terlebih dahulu terjaga dan merenung wajah Saisah tapi bila dia menyedari Saisah sudah mula tersedar dia pula berpura-pura tidur.Bukan dia tidak dengar perut Saisah yang berkeriut dahsyat tu.Dia sendiri pun sudah pedih perut menahan lapar.

Saisah muncungkan bibir bila Syahrul masih ketawakan dirinya.Syahrul menghampiri Saisah yang seakan merajuk itu.Dirangkulnya Saisah dari belakang.

‘Sori!!,.lain kali tak buat lagi! janji!!,.tapi,.” Syahrul tak meneruskan percakapannya tapi pipi Saisah pula yang menjadi mangsa bibir nakalnya.

”Okey!,.dah seri! kalau nak lebih lagi pun abang Syah tak kisah!!”

Syahrul pusingkan tubuh Saisah dan senyumannya masih bersisa.Nakal saja wajahnya.Kali pertama sejak bergelar suami dan menyentuh Saisah begitu membuat hatinya di ulit bahagia yang tak sudah.

”Dah habis merajuk? pergi siap!!,..abang pun lapar sangat ni” arahan sudah di keluarkan.Saisah yang sudah sedikit terpujuk hanya menahan senyum.Memang hatinya rasa berbunga sangat bila mendengar Syahrul membahasakan dirinya abang.Terasa di manjai dan di lindungi.Mereka sama-sama anak tunggal,sama-sama kesepian dari kasih sayang seorang ayah.Rasa bahagia terus menyelinap di sudut hatinya.

Saisah terus bangun dari katil untuk menuju ke bilik air tapi langkahnya terhenti bila terasa pergelangan tangannya di pegang.Syahrul bangun dan tubuh Saisah di tarik rapat ke arahnya.Sekali lagi tubuh langsing itu di rangkul.Lama mereka berkeadaan begitu hingga sama-sama merasa debaran yang sudah bernada irama balada di dalamnya.Saisah terus terpaku dan tanpa sedar tangannya turut membalas pelukan Syahrul.Sedetik,dua detik sama-sama tersedar dari rasa yang begitu indah untuk keduanya.Bila Syahrul meleraikan pelukan dan mengukirkan senyuman nakalnya wajah Saisah sudah berona merah.Sepantas kilat tubuh Syahrul di tolak dan Saisah berlari ke bilik air.Malunya!!!,.gembiralah Syahrul bila Saisah membalas pelukannya tadi.Hmm,.indahnya bila di landa perasaan cinta tapi lagi indah bila ikatan itu sudah di sahkan oleh ijab dan kabul namun keindahannya pasti tak ke mana kerana selagi hidup berterusan dugaan dan ujian pasti ada untuk menghalangi perjalanan.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.