Novel : SN & SM Setia Selamanya 9

28 June 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : szaza zaiman

BAB 9

Ajmal Idham melangkah pantas ke arah keretanya.Lima tahun di luar negara melanjutkan pelajaran membuatkan Ajmal teringin untuk mengetahui perkembangan teman-teman sekolahnya.Selepas SPM dia berjaya dengan cemerlang dan ayahnya Dato Huzaimi telah menghantarnya untuk belajar di luar negara.Orang pertama yang selalu di ingatinya adalah Saisah Mazeati.Dia tahu Saisah telah mengambil alih kedai kek milik ibunya.Itulah matlamat utamanya.

Kedai kek SAISAH KEK & PASTRY di tuju.Keretanya meluncur laju membelah kesibukan kotaraya.Tak sabar hatinya untuk menatap wajah itu lagi.Lima tahun sudah berlalu tentu Saisah sudah semakin cantik.Kalau dulu Saisah langsung tidak melayan setiap usikannya tapi kini Ajmal bernekad untuk terus merebut hati Saisah tanpa mengetahui Saisah Mazeati adalah kepunyaan Syahrul Nizar.

Terasa keretanya terlalu lambat bergerak.Ajmal terus menekan minyak.Hatinya terus meronta-ronta.Saisah!,tunggu kedatanganku! Ajmal menjerit di dalam hati.

Sementara itu di kedai kek SAISAH KEK & PASTRY yang di ambil sempena nama gabungan Puan Habsah dan suaminya Muhammad Saiful,kelihatan seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia tiga tahun sedang enak menjamu selera bersama ibunya.

”Ibu,.sedap kek coklat ni! pandai ibu masak!” petah kanak-kanak itu bersuara.Ibunya hanya tersenyum.Alangkah bahagianya kalau Syahrul ada bersama dengan mereka sekarang ni.Bersama melayan anak kecil mereka.

”Ibu! Iesya nak lagi!” Ariesya Iriana bersuara lagi menganggu lamunan Saisah seketika.Kepala Ariesya di usap mesra.

”Cukup untuk hari ini.Tak elok makan banyak sangat,nanti gigi anak ibu tak cantik dah,kalau makan kek banyak-banyak.Kalau dah bam bam nanti abah balik pun dah tak kenal lagi dengan anak abah ni,” Saisah tersenyum sambil memujuk anaknya itu.

”Alaa,.ibu ni,.Iesya nak sikit ja lagi!” Ariesya merengek manja.

”Anak ibu lapar ya? Nanti kita pergi restoran nenek ya,kita makan di sana,” kepala Ariesya Saisah usap lagi,penuh kasih dan sayang.Seawal usia sembilan belas tahun Saisah dah mengandungkan Ariesya dan terpaksa berkorban menangguhkan pelajarannya selepas Saisah di sahkan hamil.Saisah langsung tak menyesal bila tahu dia sudah mengandungkan zuriat mereka hasil perkongsian kasih dan sayangnya bersama Syahrul.

”Tak nak! tak nak!,.Iesya nak kek jugak!” Ariesya masih berdegil.Di hentakkan kakinya berkali-kali.Saisah hanya mampu mengelengkan kepala.Teringat pula dia ketika dia sedang mengandungkan Ariesya kek coklatlah yang di makannya hari-hari hingga di usik Syahrul.Memang,.ketika itu badan Saisah naik mendadak.

”Okey! okey,.sepotong ja lagi.Lepas ni kita pergi makan nasi pulak di restoran nenek.Janji!,.kalau tak! ibu tak nak kasi!” Saisah terpaksa mengalah.Anak sekecil Ariesya apa sangat yang dia tahu selain kehendaknya harus di tunaikan.Kalau tak memang merajuk panjanglah nampaknya.

”Janji!!!,.” jari kelingking Ariesya kaitkan bersama jari kelingking Saisah dan mereka terus ukirkan senyuman.Saisah bangun dan menuju ke peti sejuk yang menempatkan berbagai jenis kek di dalamnya.Sepotong kek coklat yang telah siap di potong di keluarkan.

Sedang Saisah melangkah untuk menuju semula ke meja Ariesya pintu kedai di kuak dari luar.Seorang lelaki yang cukup bergaya dengan cermin mata hitamnya masuk ke kedai.Saisah memberi isyarat pada pekerjanya untuk melayan lelaki tersebut dan dia pula terus melayan kerenah Ariesya makan.

”Encik nak beli kek ke?” Nadia pekerja Saisah terus menyoal lelaki tersebut.Lelaki tersebut mengeleng dan matanya terus meninjau dalam kedai kek dan terus terpegun lama pada seorang wanita bersama seorang kanak-kanak kecil.Langkahnya terus di atur ke arah meja tersebut.

”Saisah Mazeati Muhammad Saiful???” soalan di ajukan pada Saisah.Lama Saisah merenung wajah lelaki di hadapannya.Cuba mengimbas wajah dihadapannya namun mindanya langsung tak bekerjasama.

”Kita kenal ke?” Saisah ajukan soalan kembali.

”Ajmal Idham bin Huzaimi,ingat tak?” Ajmal teruja bila Saisah sudah ada di depan matanya.Saisah kerutkan keningnya dan berjeda lama.

”Huzaimi or Dato Huzaimi?” Saisah masih beriak biasa.Langsung tak menyangka akan bertemu semula dengan mamat perasan bagus ni.

”Well!!,.whatever!!,.Dato ke apa ke I tak kisahlah.Yang penting you ingat siapa I,” Ajmal mula bersuara angkuh.Saisah mencebik.Hiesy!!,.tak habis lagi dengan perangai dia tu.Siap ber ‘I’ ‘YOU’ lagi.Ajmal terus menarik kerusi di sebelah Saisah dan mula melabuhkan punggungnya walau tidak di pelawa.Saisah rimas dan bangun dari tempat duduknya.Selamba saja Ajmal menarik tangan Saisah.Saisah tergaman.

”Ajmal!! apa ni?? lepaslah!! kau ni memang tak tau adapkan? suka suki hati kau sajakan nak pegang tangan aku ni?” Keras suara Saisah.Ariesya dah tercengang.Terkejut kali pertama mendengar suara ibunya segarang itu.

”Ibuu!!,.” Ariesya dah berubah riak.Dia seakan ingin menangis.Saisah mendapatkan Ariesya dan memeluk anaknya itu.Dia sendiri pun tak menyangka akan tindakan spontannya itu.

”Maaf sayang! ibu tak sengaja!” jelingan tajam Saisah hadiahkan pada Ajmal.Ajmal pula memandang Saisah dan Ariesya silih berganti.

”Kenapa budak ni panggil you ibu??” Ajmal tak puas hati.Dalam mindanya sudah merusuh.Tidak!! Saisah belum kahwin!.

”Kau peduli apa??” Saisah masih bersuara kasar lalu bangun dan mendukung Ariesya ke ruangan dapur.Ajmal pula masih terpegun di situ.Tak percaya.Saisah Mazeati hanya akan jadi milik Ajmal Idham.

”Ibu!,.tadi tu sape?” Ariesya yang masih dalam dukungan ibunya bertanya.Saisah hanya mengeleng sambil mengukirkan senyuman untuk Ariesya.Saisah sendiri bingung dengan kejadian hari ini.Untuk apa Ajmal muncul di depannya lagi.

”Saisah!!,.” Ajmal mengekori Saisah ke ruangan dapur.Ajmal tak puas hati selagi tidak mendapat jawapannya.Saisah mendengus kasar.Sudah lama dia mengenali Ajmal yang suka memaksa ini.

”Kau nak apa lagi Ajmal??” Saisah masih bersuara tegas.Malas melayan kerenah Ajmal ni.Ariesya yang masih di dukungnya di serahkan pada Faezah salah seorang pekerjanya dan Saisah menuju pula ke pintu keluar melalui pintu belakang.Rimas! Itulah yang Saisah rasa.Ajmal masih mengekori ke mana saja Saisah pergi.

”You tahukan,.I memang sukakan You sejak dari sekolah lagi.You tu saja yang jual mahal!” Ajmal berterus terang.Saisah menahan api amarah yang mula membakar hatinya.

”Okey!,.biar aku pula berterus terang dengan kau.Aku dah kawen dan Ariesya tu anak aku.Jelas sekarang??” Saisah memandang Ajmal dengan pandangan yang membuak dengan perasaan marah.Entah kenapa sejak sekolah lagi Saisah memang tak suka dengan Ajmal yang sentiasa berlagak dengan semua orang.Bagi Saisah Ajmal langsung tak layak untuk di buat kawan sekali pun.

”Kalau You tak suka I sekali pun You janganlah nak buat ayat yang tak masuk akal tu!!” Ajmal langsung tak percaya dengan pengakuan Saisah.

”Aku tak tipulah!!,.Aku memang dah kawen masa aku form five lagi,” sekali lagi Saisah cuba membuat Ajmal faham tapi pengakuan Saisah itu hanya di sambut dengan ketawa yang kuat oleh Ajmal.

”Cik Saisah Mazeati Muhammad Saiful! You takkan berjaya nak tipu I hidup-hidup.Biar apa pun You cakap I takkan percaya!!.Okey,.hari ni I bagi peluang dekat You untuk fikir masak-masak tapi ingat, esok I akan datang lagi dan I tak mahu dengar You mengaku budak tu anak You lagi.Faham!!” selepas berkata begitu Ajmal terus mengorak langkah untuk meninggalkan Saisah.

”Ehh,.Ariesya Iriana tu memang anak aku la BAHLUL!!!” Saisah bersuara lantang.Bertambah bengang dia dengan sikap Ajmal ni.Apa hak dia untuk paksa aku untuk tidak mengaku anak aku sendiri.Saisah bermonolog di dalam hati.Argghhh,..entah bala apa yang bakal datang ni?.Syahrul!! Aku perlukan kau!


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : SN & SM Setia Selamanya 9”
  1. baby mio81 says:

    BEST,KENAPA KAT BLOG X UPDATE.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.