Novel : Kekal Bahagia 1

27 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: TJ

Lagu ‘Jangan Pikirin Abang’ tengah sedap melalui corong corong Eustachian tube telinga Maisarah Arina. Tengok saja pinggulnya. Gelek yukk. Sikit lagi berkemungkinan dah bertukar menjadi Inul Daratista. Bezanya minah ni mungkin akan jadi Inul Batista. Itu yang terjadi andai stress menjengah kepalanya yang sentiasa biul. Bukan apa, sebelum ni dalam kelas terhangguk hangguk kepala bila pensyarah tanya faham ke tak. Confident saja lebih angguk. Dasar hati dah macam Coldplay tengah jerit lagu dangdut.

‘Sikit je lagi samdol! Lepas tu kau dah macam burung merak terbang megah diangkasa.’

‘Kelala bana kau! Celah mana burung merak tu terbang kat angkasa. Atuk kau punya burung boleh la terbang.’ Tengah berperang dalam hati. Arina duduk semula dimeja belajarnya setelah pinggangnya menerima tekanan yang melampau dari kepala.

“Macam dah kurus.” Omelnya seorang diri.

“Teruskan bermimpi. Masih panjang waktu kau nak ke kurus tu.” Sampuk Ayuni dibirai katil.

“Wehh kauu. Bab meruntuhkan institusi motivasi dalam diri aku cukup hebat. Hebat sekali permainan dia.” Terus mendadak Arina berpaling ke belakang.

“Tuuu. Atas meja kau ada apa tu?” Terjuih juih mulut Ayuni ke arah meja belajar Arina. Seraya mata Arina kembali ke mejanya.

“Makanan. Ada chipsmore, twisties dan…” Belum sempat dia senaraikan segala mak nenek barang atas meja, Ayuni terlebih dahulu menyampuk.

“Lagi mau bicara mahu kurus? Ohhh cantik angattt..”

“Malam ni cheat day. Esok aku start diet. Tu dalam peti aku dah beli wholemeal yang warna purple tu.”

“Kau hari hari cheat dah. Bila masa dietnya. Semalam sate ayam, tadi dominos. Esok bukan kau plan nak makan kat Alai ke? Dengan budak budak kelab kau?”Ayuni panggung kepala memandang Maisara yg memandangnga. Ayuni pula sedap baring sambil menelaah nota kuliahnya.Arina tepuk dahi. “Allah! Aku lupa weh. Ok cancel diet esok. Aku start lusa. Dannn kau jangan nak banyak bunyi. Bagi je la semangat aku nak start diet ni. Bising pulak dia.” Sambung Arina bila tengok Ayuni macam nak bukak mulut.

“Aku just nak cakap, Mama Syifa pada hari lusa.” Pen ditangan menggaris sesuatu di atas kerja dihadapan Ayuni.

“Aduhhhh bukak puasaa dengan mak tiri kitaaa!”

“Mama, adik dah datang!” Jerit Fahim bila kereta kancil yang dipandunya dah elok parking depan rumah pensyarahnya. Kelihatan ada lagi 3 lagi kepala tersembul keluar dari muka pintu. Seorang mcm dah berumur sikit tapi masih kategori bawah 30, seorang lagi kecik molek comel saja, yang seorang lagi tu badannya kering saja dan berkulit gelap sikit.

Masing masing muka penat sebab puasa tapi seronok. Kerana ini merupakan pengalaman mereka yang pertama berbukak puasa dirumah pensyarah atau penyelia projek akhir mereka.

“Pehal kau adik? Aku adik aahh.” Yang seorang kecik molek bernama Fashuri bersuara. Dah masing masing berebut pangkat adik pulak. Muka-muka masing dah muka manja. Belum masuk perangai. Budak umur 1 tahun pun surrender tengok perangai. Manusia ala-ala abang cukup sifat lagi seorang tu sedang melayan tawanya. Terhibur melihat gelagat rakan-rakannya yang sudah dianggap seperti adik beradik. Ditambah pulak mereka dibawah satu seliaan pensyarah yang sama dan mempunyai ciri-ciri seorang ibu yang penyayang tapi garang. Gojes tapi garang!

Seorang wanita kecik molek keluar dari rumah. Haa! Itu sudah keluar mak tiri gojes! Kain tuala tersemat elok dikepala menutup aurat. Bunyi bagi bising Fashuri dan Fahim membuatkan dia keluar dari rumah untuk menjengguk. Belum sempat apa-apa dah dapat mandat baru dari mak tiri gojes mereka, Puan Syifa.

“Jangan masuk lagi. Pergi bazaar dulu. Beli kuih. Nah duit.” Duit not 50 diserahkan kepada yang paling besar antara mereka.

“Banglong jaga adik-adik.” Arahan kedua dikeluarkan oleh pihak ibu tiri gojes.

“Berehhh..” Dian membuat tabik hormat. Bajet je mamat ni. Bajet paling matang. Choii. Padahal hakikatnya perangai mengalahkan yang paling kecik disitu.

“Salah tu. Adik-adik jaga banglong. Mata tu galak sangat.” Sampuk Fahim. Sambil buat u-turn ke kereta.

“Eh, aku pulak yang kena. Padahal dia yang kena jaga.”

“Sama jaaaa…” Fashuri menjadi penamat. Tapi hanya berkekalan sementara saja. Kemudiannya, bersambung di dalam kereta. Kereta sudah bergerak, tapi mereka masih dengan siapa mata paling galak. Benda kecil tapi makan masa untuk bertekak. Itulah mereka. Penuh dengan keakraban. Tapi kadang-kala menjengkelkan juga.Malam itu mereka berbuka puasa dengan penuh keberkatan dan rasa bahagia. Hubungan yang terjalin antara pensyarah dan pelajarnya sukar untuk diungkap. Umpama sebuah keluarga yang bahagia. Masing-masing memainkan peranan penting. Saling nasihat-menasihati. “Bagi sikit kuih tu.” Pinta Dian.

“Yang mana?” seorang lagi pensyarah perempuan muda menjawab. Amboi, laju saja menjawab. Dan rasanya umur mereka berdua tidaklah jauh beza. Berkemungkinan jarak hanya setahun dua. Tapi yang pasti Dian lebih muda dari Cik Ziqrul Ain. “Mohon bercinta jauh-jauh sikit. Nak beriftar pun tak senang.” Sempat Arina mengusik. Nampak semacam, ada apa apa ke?

“Eh, iftar la. Tak ada pulak saya pergi suap Dian ni.” Dian pulak tersengih-sengih.

“Alaaa tapi Miss bersweet-sweet kat sini. Bersemut nasi saya.”

“Heiii, pukul jugak budak ni karang. Makan jelaaa..” yang lain dah sengih-sengih. Cik Ziqrul Ain sedaya upada menyembunyikan senyuman. Padahal dah tersumbing sikit. Hati berbunga riang sebenarnya tu tapi malu malu. Eleh malu tapi mahu. Ada lagi tu yang nak turut menumpang mengusik tapi memandangkan semua lapar, dilupakan saja niat tu. Tapi tunggu sajalah nanti. Bakal bersambung. Sampai ke tengah malam. Dan lagi dasyat. Debat parlimen pun tak macam tu. Malamnya pula, laman rumah yang diterangi buluh pelita ditambah lagi warna cerianya dengan warna mercun yang berwarna warni. Sempat Dian beli bunga api memandangkan tadi ada lebihan duit kuih.

“Nadiah! Tudung aku. Wehhhh dah bocor?” Tetiba Zafiah menjerit. Semua terhenti sekejap main bunga api. Dah macam scene dalam movie disaat saspen. Zafiah mengibas tudungnya. Cik Ziqrul datang melihat tudung Zafiah. Termasuklah Ayuni, Atiah dan Farihah. Masing-masing serbu Zafiah.

“Alahhh sikit je tu. Bukan tudung yang harga 200 lebih tu kan? Oklah tu tak kalis api.” Dah sudah ruang depan rumah dipenuhi dengan gelak ketawa mereka. Sempat Ayuni bersuara. Zafiah antara nak marah ataupun tidak. Tapi tibai gelak sakan juga. Mungkin dia merasakan lucu dengan ayat Ayuni. Mentang-mentang taukeh tudung. Ok! Malam begitu seronok buat mereka. Kenangan tersimpul indah disitu. Beberapa minggu berlalu tapi mereka masih belum move on dari peristiwa berbuka puasa dirumah pensyarah mereka. Terlalu banyak kenangan manis disitu. Belum lagi part tersimpul kasih dua hati disitu. Gigih! Kita tunggu saja nanti.

“Pembentang Terbaik Projek Akhir disandang oleh Maisarah Arina Binti Md Zahir.” Arina rasa nak melompat pada waktu itu walaupun sebenarnya dia target Laporan terbaik. Tapi apakandaya, itu pun sudah dia bersyukur. Dian di hujung dewan ketap bibir geram. Sebab dia nak menang untuk kategori tu. Arina pandang-pandang Dian dari jauh. Dian dah tayang muka seposen tak dapat. Arina rasa nak guling guling ketawa. Lenggang lenggok Arina turun dari atas dewan membuatkan ada yang bersiul.

‘Eh kau gatal. Kau tunggu.’

Seraya itu dia menoleh ke belakang dan bagi flying kiss seketoi. Arina main bedal saja arah mana dia terbangkan ciuman itu tapi satu dewan dah tergelak-gelak. Ada di satu sudut, ternampak ada yang buat buat pengsan sebab maybe berat sangat ciuman tu. Gamaknya sekilo gincu kot. Tiga lagi adik beradik tiri Arina, Fashuri dan Atiah dapat juga anugerah. Nak jugak. Sibuk! Jadi tiga kategori dari lima kategori dapat pada anak-anak tiri Puan Syifa. Habis habis saja majlis, seronok makcik tu kumpulkan anak-anak tiri tak berdaftar dia yang menang dan bergambar. Bangga la tu! Hampir kesemua anugerah anak-anak didiknya bolot. Kemahen tamak! Tapi tamak untuk pendidikan apa salahnya. Tiada yang rugi melainkan yang tidak merebut peluang untuk mendapatkan pendidikan.

“Mana aci! Arina rampas aku punya target.” Bising si pakcik Dian tu. Dia memang berharap dapat kategori tu. Tapi hampa. Hehe.

“Mohon buat surat aduan pada pihak penganjur. Sebarang caci maki tidak akan dilayan. Pujian akan dilayan.” Respon Arina sambil buat gaya ‘talk to the hand’. Dian stressed! Berlakon saja tu. Drama mau lebih. Biasalaaa… anak didik Puan Syifa macam mak tirinya. Kaki drama.

“Okey sekarang kita post gambar dalam group. Biar adik adik korang bersemangat sikit.” Terus Puan Syifa tekan butang send. Tak lama kemudian, telefon yang lain juga turut berbunyi. Masing masing ada juga dalam group Whatsapp tu. Segerombolan mesej telah pun selamat sampai.

“Cuba fikir nanti kalau dah tak kerja, sapa yang nak tolong? Kawan-kawan nak tolong ke bila dah susah?” Pen ditangan Aazad memutar laju. Kejap kiri kejap kanan. Silap hari bulan terpelanting juga pen tu nanti. Muka confident habis. Manusia di hadapannya terangguk angguk setuju.

“Kawan-kawan mampu nak berdoa jelah bila dah terlantar. Duit susah dah nak hulurkan. Masing-masing ada tanggungjawab sendiri.” Terangnya lagi dengan loghat Kelantannya tu.Tika itu, Aazad ternampak seorang lelaki dan perempuan yang kelihatan mesra. Maybe suami isteri. Nampak bahagia. Terdetik dihatinya, bila dia akan begitu. Dapat isteri yang menghormati suaminya, anak-anak yang comel. Siapa yang tidak mahu seperti itu. Terbayang seketika di layar matanya, dia juga seperti itu. Dipenuhi dengan gelak tawa anak anak. Mamat di depannya pelik melihat Aazad yang tetiba saja lost dalam dunianya sendiri. Tengah sedap-sedap bagi ceramah tetiba lost dalam dunia yang tidak berpenghujung.

“Aazad. Kau tengok apa tu? Kemain jauh lagi menung.”Aazad tersentak.Matanya kembali fokus dengan manusia di hadapannya.

‘Tunggu dululah. Dah sibuk berangan nampak. Tak menyempat..’ gumam hatinya sendirian. Impian harus ku gapai terlebih dahulu.


RUANGAN IKLANEKA



Comments are closed.