Novel : Ku Pinang Isteri Untuk Suamiku 1

29 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Azam Anuar

Mulanya sukar untukku tempuh…
Tapi terpaksa ku buat sejak kau tiada…
Sendirian ku tahankan dukaku…
Kepayahan memadam rindu…
Selama ini aku meyakini…
Kau bahagia dengan insan yang kau sanjungi…
Namun ternyata salah dugaanku…
Dengar khabar mu yang pilu…
Kini engkau menyesali…
Dan ubati lukamu sendiri…
Pengorbananmu jadi debu…
Saat hilang cintamu…

“Hoi ..pompuan…memekak pagi pagi ni kenape?Mimpi ape semalam? Mimpi esok kau jadi artis? Kacau orang tido je..” tiba-tiba satu suara berbisik.Eh ni bukan berbisik lagi, tapi mengaum dah. Cis gerangan siapakah yang mengganggu beta menyanyi? Alia memusingkan badan 180 darjah sepantas boleh kerana ingin tahu siapa gerangan yang membantutkan seleranya untuk berkaraoke di dapur tersebut.

“Elin….kau rupanya yang mengganggu beta berkarok di dapur indah rumah sewa ini. Apa punya kawan lah..Ni mesti kes jealous tergolek dengar suaraku yang merdu ni.” Alia membuat kesimpulan yang entah apa apa. Biasalah pompuan ni kurang seringgit sikit perangainya.

“Lia, nak muntah tergolek aku dengar statement maut kau tu. Suara merdu konon. Kau ingat kau retis yang masuk newspaper front page “Nur Alia diganggu ketika menyanyi”.Choi!!” balas Elin balik. Mereka berdua memang sudah lahiriah begitu. Bertekak tu kira kerja full time dia orang bila jumpa.

“Tu dengki lah tu. Retis retis. Sebut artis pun tak pandai. Ada hati nak mengata aku.” Serangan balas sedia mula dari Alia membuatkan muka Elin seperti asam keping.

“Dahlah Lia. Aku takde tenaga nak bertekak dengan kau. Aku sarapan dulu. Lepas sarapan sambung lagi ey. Kau masak pe?” balas Elin dengan muka macam kebulur tak menjamah nasi setahun.

“Kaki gatal aku garu,kau boleh tak jangan pura pura tak tahu?Dah aku hidang mi goreng,mi goreng lah yang aku masak. Takkan aku masak nasi jadi mi pulak kot?”balasan soalan yang tidak menjana minda dari Alia.

“Eh,best lah pantun kau. Kalau masuk match pantun boleh menang ni.” Kata Elin siap tepuk tangan lagi. Beria-ria minah ni tepuk tangan. Sudah-sudah lah tepuk tangan tu, kang bengkak kang.

“Amboi,cantik sangat mukadimah kau ye. Macam aku tak tahu kau puji aku nak makan mi goreng yang aku masak tu kan?Makan je lah. Tak payah malu-malu bulu.” Alia sudah duduk bertentangan dengan Elin di meja makan tersebut.

“Macam tau je kau kan?Sebab tu aku sayang sangat dengan kau.” Ucap Elin dengan mi penuh dalam mulut. Ish,tak senonoh pompuan ni. Kalau lelaki Nampak confirm reject jadi bini.

“Lia,lepas ni kita keluar nak.shopping ke?boring lah duduk rumah hari minggu ni.” Ujar Elin setelah menelan semua mi goring di dalam pinggannya.

“Ok jugak tu.Aku pun nak servey novel jugak. Kita sarapanlah dulu.” Ujar Alia lalu mula menjamah mi goring. Baju T-shirt merah lengan panjang dan seluar jeans hitam dikenakan dengan tudung pink colour. Ayu gitu. Alia menilik mukanya setelah siap berdandan.

“Cantik jugak aku ni kan? Hahahaha. Orang kata muka aku macam muka siti saleha. Orang kata ok, bukan aku. Aku takdelah desperate sangat nak puji diri sendiri ok.” Dah mulalah tu perangai gila dia.Cakap depan cermin.

“Lia,kau dah siap ke?cepatlah.”Elin dah tak sabar nak pergi shopping lagaknya. Shopping barang ke jantan tu?hehehehe.

“Dah.Let go..semangatnya kau..” Usik Alia yang membuatkan Elin mencebik apabila diusik. Sesampai di shopping mall The Summer mall berdekatan rumah sewa mereka. Biasalah, tu tempat tumpuan pelajar Uitm dan Unimas. Mereka memulakan upacara meliarkan mata untuk mencari barang yang hendak dibeli. Maklumlah, lusa Alia dah nak balik Sham Alam. Baru habis graduate minah ni. Elin ni tak payah cite sebab dia anak jati Sarawak.

“Kita masuk Parkson dululah Lin. Aku nak beli baju sikit sebelum balik.” Ujar Alia lalu menarik tangan Elin masuk dalam kedai Parkson. Mereka mendekati kawasan pakaian wanita. Di sini senang je sebab pakaian wanita dan lelaki diasing kan tempat. Kira Utara menempatkan pakaian lelaki manakala selatan menempatkan pakaian wanita. Eh,mana belajar geografi ni?Hancusss

“Lia,kau tak sesuai dengan warna gelap. Sebab kulit kau cerah, putih melepak gitu.” Komen Elin apabila Alia mengambil baju berwarna coklat gelap.

“Ye ke? Habis aku nak beli warna apa ni? Takkan pink pulak?”

“Pink paling sesuai dengan kau. Ok pe, ayu gitu. Eh minah cepatlah pilih. Aku lapar ni. Kang kau aku telan kang. Kelak aku leput kat sitok kelak.” Hah…siap keluar bahasa Sarawak si Elin ni.Pekat pulak tu.

“Ye lah.” Nasib si Alia ni faham sikit dengan bahasa Sarawak. Maklumlah dah tiga tahun belajar di sini.

“Kita nak makan kat mane ni?”Tanya Alia.

“SCR….Aku dah lama tak makan kat situ tau.Teringin pulak. Pembawakkan budak kot.” Datang dah biol si Elin ni. Entah bila pulak dia mengandung.

“Ok..”.Mereka menapak masuk dalam SCR.

Dalam Alia husyuk mengunyah bolehkan pulak si Elin menampar tangannya sehingga jatuh sudu di tangan. Nasib baik jatuh ke dalam pinggan. Semua mata memerhati. Ayoyo,mana nak letak muka ni? Kalau aku sorok bawah meja nampak tak?Ni minah nilah punya angkara. Tak pasal-pasal dah malu.

“Hoi minah,kau apa hal tampar tangan aku? Dah lama tak merasa SCR pun janganlah nampakkan sangat kejakunan kau tu.” Tanya Alia dalam nada geram. Geram sangatlah tu ye.

“Hoi balik. Aku saje je main tampar-tampar tangan kau. Nak test kulit kau anjal ke tak” Elin selamba minum air. Terjegil mata Alia mendengar jawapan temannya itu.

“Okey…okey..tak payah buat senaman mata terjegil kat sini. Kang jatuh susah pulak nak kutip. Alah relaks lah kawan. Gurau pun tak boleh.”

“Kau teringin sangat ke gigi kau berlumba masuk ke dalam perut kau tu?”

“Ala,sorry lah Lia. Kau ni asyik marah je. Eh, Lia mamat tu bukan senior kita dulu ke? Dia buat ape ye disini?” Tanya Elin dengan jari menunjuk kearah mamat yang sedang makan berseorangan itu.

Alia memusingkan badan sambil mata mengikut kearah yang ditunjuk jari kontot milik Elin. Berdegup jantung Alia melihat mamat yang dimaksudkan Elin tu. Ya, dia takkan lupa pada lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya itu. Tengku Nadhif Aakif. Lelaki tu yang menyebabkan dia menjadi pemuja secara diam. Kenapa tak luahkan saja pada mamat tu? Tak mungkin dia dengan mamat tu bersama. Dia sedar taraf mereka bagai langit dengan bumi. Siapa tidak kenal dengan Tengku Nadhif Aakif anak kepada Tengku Adzam seorang jutawan. Dia pulak hanya berlatar belakangkan keluarga yang sederhana. Dia umpama pipit manakala Nadhif pula umpama Enggang. Masakan pipit boleh terbang disamping enggang?

Pappp…

“Oh mak kau cinta enggang.” Termeletah Alia bila lamunannya dibunuh kejam oleh sahabatnya.

“Oi, makcik, yang kau tenung mamat tu pasal pa? Jatuh cinta ye? Love at first sight lah tu.”

“Aku saja je tenung dia lama-lama, Lin. Aku nak check cili kat gigi dia sebenarnye. Mana tahu ada lekat kat celah gigi ke?” selamba badak
Alia menjawab. Ye lah tu. Ke nak cover line?

“Amboi, mata kau tu ada lensa untuk zoom ke? Kenapa kau tak tenung sekali anak bulan? Dapat tahu jugak bila nak raya.”

“Alah, tu dah selalu aku buat. Ni nak cuba benda baru pulak.”

“Cepatlah makan, kejap lagi sambung shopping aku yang terbantut tadi gara-gara kau.” Alia memberi arahan umpama warden sekolah lagaknya. Elin hanya mencebik. Alia menanti Elin di depan berdekatan toilet. Lama gila minah ni melabur. Naik lenguh kaki aku ni. Ish, tak boleh jadi ni. Alia terus berpaling mahu masuk ke dalam toilet. Tiba-tiba badannya merempuh seseorang.

“Woi, buta ke? Mata tu letak kat mana?” Suara lelaki itu menyebabkan Alia terus berpaling mencari wajah gerangan orang yang dirempuhnya tadi. Dia?? Alamak, kenapa dalam banyak-banyak orang dalam shopping mall ni aku terlanggar dialah pulak. Langgar Adi Putra ke, Aiman Hakim ke, boleh jugak selfie dengan artis. Ye dak? Amboi lebih kuah dari nasi nampak. Bidas akalnya.

“Sorry, silap saya tak beri signal,” jawab Alia perlahan. Dia malu sebenarnya apabila bersua muka dengan jejaka pujaannya itu. Tengku Nadhif Aakif.

“Sorry, sorry. Memang perempuan macam ni ey? Suka langgar orang lelaki sebab nak goda ke ambil perhatian?” Perghh puakanya mulut dia ni. Insuran tamat tempoh ni. Dia nak tuduh aku sengaja langgar dia sebab nak goda dia lah ni? Hai, tak masuk akal langsung. Panas pulak hati aku. Alia membebel dalam hati.

“Weh cik abang aka mamat kekwat. Saya tak sengaja langgar awak. TAK SENGAJA faham. Takde masa saya nak goda awak ke nak ambil perhatian awak ke. Awak ingat awak siapa nak saya goda bagai? Muka tu dah cukup hensem sangat ke? Tak kut. Kacak lagi selipar jamban saya.” Hah, kan dah kena. Sapa suruh mulut puaka sangat. Ada ke kata aku nak goda dia? Memanglah aku suka dia tapi takdelah sampai tahap goda dan ambil perhatian bagai. Padan muka kau. Merah muka dia beb, panas gitu.

“Apa kau cakap? Kau samakan level kekacakkan aku dengan selipar jamban kau? Hah, kau buta ke apa?” Nadhif tersenyum sinis.

“Butalah jugak. Baru tahu ke?”Alia dengan selambanya menuturkan bicara.

“Tu lah perempuan zaman sekarang, takde sifat melayu langsung. Tak tahu bersopan santun. Cakap tu lain kali beradab sikit.” ujar Nadhif sinis lalu meninggalkan Alia yang muka mengalah The Hulk meneran tahi tu.

“Perghh, mulut mamat ni kan. Aku tak boleh hadam betul dengan jawapan mamat ni. Kalau aku tahu tadi baik aku peluk dia terus je time kami berlanggar tadi. Dapat jugak kahwin free dengan dia. Aku yang terlebih sopan ni mengalahkan perempuan melayu terakhir ni dia kutuk tak beradab? Memang mamat ni nak tempah batu nisan awal ke apa? Siapa tak beradab sebenarnya ni? Aku ke dia? Habis dia cakap main herdik sindir orang sampai tersembur air liur tu beradab lah? Ish, kang memang masuk tanah sedalam 7 kaki jugak mamat tu kang.” Alia membebel memerahi mamat aka Tengku Nadhif Akif. Khusyuk bebenor membebel tu.

“Aduh” Alia mengaduh pabila terlanggar dinding. Semua mata memandangnya yang sudah menggosok dahi akibat rasa perit itu. Alamak!!

“Cik tak apa-apa?” Tanya seorang jejaka yang lalu disitu. Amboi hensemnya dia. Sempat lagi tu.

“Eh, saya tak apa-apa. Kepala saya kuat. Setakat dinding batu ni mainan saya je, kacang gitu.” Alia membalas pertanyaan jejaka itu dengan idea otak sengalnya yang tak berapa betul tu. Jejaka itu hanya mampu ketawa dan berlalu pergi. Alia memandang sinis dinding di hadapannya.

‘Hey dinding, kau dengar sini. I declare we on war. Kau dah malukan aku. Mamat kekwat tu jugak. Aku juga tengah war dengan dia sekarang. Harap muka je kacak hati bingai buat apa?’ tercebik-cebik Alia membebel dalam hati.

“Hoi, kau buat apa tu?” sergah Elin baru habis membuat pelaburan.

“Hoi balik, kau buat apa dalam toilet tu? Kau melabur ke kau buat mesin pelaburan sampai berjam-jam aku tunggu kau kat luar ni tau tak.”

“Sorry lah Lia, jalan raya dalam sistem elimentari aku jammed tadi. Tu yang lambat sampai.” Elin menayangkan symbol peace no war. Alia hanya mampu mencebik. Tiada maaf bagimu.

Alia sedang menonton drama aku pilih kamu slot samarinda setiap rabu dan khamis jam 10 malam. Wah, boleh jadi agent pengiklanan ni. Hahaha. Mata Alia focus ke screen televisyen manakala tangan tak henti memasukkan fries dan nugget ke dalam mulut. Ish, ish ish, manalah nak slim kalau macam ni gayanya.Helo, setakat makan, mengunyah, menyumbat dan perkataan sewaktu dengannya takdenya sampai boroi. Memanglah tak boroi tapi banyak minyak yang boleh menyebabkan kesihatan jantung terjejas. Dah kebal sangat ke jantung tu? Err..terdiam Alia mendengar jawapan otaknya. Oh tadi dia tengah bergaduh dengan otak dia rupa-rupanya. Suspen je lebih. Elin mendekat sebaik sahaja melihat kelibat Alia sedang bermalas-malasan baring di atas sofa.

“ Eh, Lia kau dah pack barang kau ke?” Elin membuka bicara.

“ Sudah, kau pulak dah packing ke belum?” Alia memulangkan soalan.

“ Mestilah sudah. Aku kan rajin. Bab-bab mengemas ni apalah sangat.” Japawan bongkak Si ELin membuatkan Alia membuat muka toya.

“ Benci betul aku dengar statement maut kau tu. Rasa bebelit pulak usus aku mendengarnya”

“ Alah,dengkilah tu. Haters make me famous.”

‘ Ya Allah perasan tahap dewanya minah ni. Ada siapa-siapa nak wakafkan plastic tak? Nak termuntah lah pulak.’ Alia berkata dalam hati dengan muka usah digambarkan meluatnya.

“Eh, Elin pemilik rumah ni nak datang pukul berapa esok?” Alia baru teringat mereka berdua harus memulangkan kunci pada pemilik rumah sewa tersebut sebelum balik ke kampung halaman.

“ Dia kata pukul 10 pagi. Tunggu je lah.” Elin berkata sambil mulut mengunyah fries. Eh, minah ni. Tak boleh ke telan dulu baru bercakap. Ada aku kisah? Elin bertengkar dengan otaknya.

“Lia, kau jaga diri kau tau. Jangan lupakan aku dekat sini. Pesan dengan Mai jugak. Minah tu mana nak ingat kat aku ni bila jumpa family dia.” Ucap Elin dengan nada sedih.

“ Aku takkan lupakan kau lah. Kau kan kawan, sahabat , teman merangkap kembar aku. Aku sayang kat kau sangat-sangat. Insya Allah aku boleh jaga diri aku. Kau pun jaga diri ya. Nanti update tau tentang isu semasa yang berlaku pada kau. Wajib tu.” Alia terus memeluk tubuh kawannya.

“ Insya Allah, nanti aku update dekat kau. Kau pun sama tau, wajib update dekat aku ni berita terkini kau.” Elin membalas pelukan kawannya.

“Eh, kau tak masuk lagi ke ni? Dah lambat ni?” Elin pelik pulak bila sahabatnya itu selamba badak masih berdiri disitu.

“ Aku sengaja lambat masuk ke dalam. Nanti dia orang announce baru aku masuk. Rasa macam popular pulak bila mereka siap announce bagai.”
Elin serasa hendak mengetuk kepala sahabatnya itu. Sengal tak sudah. Perkara yang tak dibuat dek orang tu lah yang dibuatnya. Akhirnya Elin hanya mampu menggeleng.

Di dalam pesawat Alia duduk di seat berdekatan dengan tingkap. Luas pemandangan katanya. Sebab itu dia memilih untuk booking seat di tepi tingkap. Penumpang di sebelahnya tidak dihiraukan. Alah bukan kenal pun. Sombongnya minah ni. Sebaik pesawat berlepas mata Alia pun mula merapat semasa sendiri. Alia menguap kesian kalinya. Terlentok-lentok kepalanya akibat tidur dalam posisi tegak begitu. Tanpa dipinta kepala Alia baik punya landing di bahu penumpang di sebelahnya.

“ Emm, empuknya bantal ni. Bestnya tidur.” Alia berkata dalam keadaan mata masih terpejam.

‘ Eh, sejak bila aku bawak bantal dalam pesawat ni?’ Alia terus membuka matanya. Kepalanya terletak elok diatas bahu seorang lelaki yang merupakan penumpang disebelahnya. Alamak! Macam mana boleh terkurang sopan pulak ni. Alia terus duduk tegak lalu memadang lelaki disebelahnya. Bagaikan hendak tercampak keluar biji mata Alia apabila melihat wajah lelaki itu. Tengku Nadhif Akif? Dia buat apa sebelah aku ni? Lelaki itu merenung tajam kepadanya.

“ A..awak…buat apa di sini?” tersekat- sekat ucapanya dek terkejut peringkat kritikal.

“ Saya buat apa? Saya naik pesawat nil ah. Tak tahu pulak saya yang seat saya sebelah awak. Siap sedap lagi awak landing kepala awak atas bahu saya.” Nadhif sudah tersenyum sinis memandang Alia. Alia menelan air liur yang serasa tersekat dikerongkongnya.

“ Saya…saya, minta maaf. Maaf ye. Saya tak sedar tadi. So sorry.”

“ Saya tahulah saya ni hensem sangat sampai awak boleh landing atas bahu saya ni” Nadhif masih lagi dengan muka kereknya. Entah kenapa setiap kali bertemu dengan perempuan ni terdetik dalam hati dia hendak mencari pasal dengan perempuan itu. Aku suka dia ke?

“ Eh, hello saya mengantuk sangat tadi tu yang terlanding atas bahu awak. Takde kena mengena langsung dengan muka awak kacak ke, hensem ke. So, jangan nak perasan sangat. Ramai lagi lelaki hensem kat luar sana, lebih hensem dari awak.” Alia berang jadinya bila dituduh begitu.‘Pantang betul aku orang main tuduh-tuduh ni tanpa usul periksa. Boleh mendatangkan fitnah tau.’ Amboi alim semacam Nampak. Otaknya membidas kata hatinya.

“ Awak ni memang banyak cakap ye? Macam burung murai tahu tak? Memekak je.” Nadhif masih lagi menyakat. Ai, comel pulak dia marah-marah macam ni.

“ Kalau saya burung murai, awak tu burung gagak tahu?” giliran Alia pula mengenakan Nadhif. Hah, padan dengan muka kau.Ada ke aku ni disamakan dengan burung murai. Buta betul mamat ni tak tahu beza burung murai dengan aku yang vogue cantik molek ni. Amboi ayat tak boleh blah.

“ Apa pasal pulak saya burung gagak?” Tanya Nadhif dengan nada tidak puas hatinya.

“Ye lah, yang selalu bising memekak kat telinga tu. Takkan tak kenal kaum kerabat sendiri kot?” Alia sudah tersengih. Padan muka. Nadhif hanya mampu mencebik.

“ Kalau ye pun bagilah yang elok sikit. Ni ada ke burung gagak nak disamakan dengan saya yang ternyata hensem ni? Tak patut, tak patut” Nadhif masih lagi dengan kereknya.
Alia membuat muka toya. Ada yang nak wakafkan baldi tak? Nak muntah hijau pulak dengar statement maut dia tu. Perasan yang amat.

“ Kesiankan awak. Desperate sangat sampai puji diri sendiri. Takpelah, saya puji awak ni sebab saya kesian sangat. Sedih tau hati ni mengenangkan apa yang jadi pada awak ni. Ok saya puji ni.” Alia membuat muka teramatlah sedih. Nadhif sudah mendengus.

“ Wow, kacaknya awak. Ya Allah, beruntungnya saya duduk sebelah awak yang hensem ni. Kalah ayam jantan dengan kekacakaan awak ni” Alia membuat muka ala-ala teruja pula. Siap pakage mulut tenganga lagi tu.Nasib tak terleleh air liurnya. Nadhif makin meluat pulak jadinya. Cis, kau kenakan aku. Takpe, hari ni hari kau. Baru Nadhif nak membalas Alia sudah memotong percakapannya.

“ Diam, diam. Saya nak tidur. Malas saya nak betekak dengan awak. K bye, assalamualaikum.” Alia terus melentok kepala dan memejamkan matanya.

“ Awak nak tidur tu saya tak kisah la, yang saya kisah sekarang ni mana kepala awak landing?” kata Nadhif terus membuatkan Alia membuka matanya. Aiyakk..Apa pasal aku buat lagi ni. Kepala ni memang tau nak bagi tuan dia ni malu 7 keturunan. Alia terus mengangkat kepalanya.

“ Sorry tak perasan. Mengantuk sangat tadi.” Alia yang sudah seperti ayam berak kapur tu membuatkan Nadhif ingin ketawa. Tapi ditahannya.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.