Novel : Lelaki Versi Dia 1

23 July 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Aireen Aryana

BAB 1

“JOM main kahwin-kahwin…” Ajak Syiha apabila terpandang Wan Aakif Akmani yang baru saja menapak menuju ke arah mereka. Hatinya berbunga riang.

“Jom!!” sambut Arwin Raisha kuat. Turut seronok melihat kelibatan Wan Aakif Akmani.

“Abang Wan jadi suami la…” Syiha tarik tangan Wan Aakif Akmani.

“Win nak jadi isteri!” Arwin Raisha berlari di sisi Wan Aakif Akmani.

“Win! Aku nak jadi isteri… Kau jadi orang gaji!” Syiha tolak tangan Arwin kuat sehingga Arwin hampir terjatuh.

“Tapi Win isteri Abang Wan!” bibir Arwin bergetar. Matanya mula kemerahan. Wan Aakif Akmani mendengus kecil.

“Kalau nak main kahwin-kahwin, ajak orang lain… Aku nak main dengan Izz.” Wan Aakif Akmani mula melangkah pergi. Syiha mengetap bibir geram.

Mata Syiha mencerlung ke arah Arwin. “Kau punya pasallah ni! Abang Wan tak nak main dengan aku!”

Arwin tercebik-cebik menahan tangis. “Tapi Win isteri Abang Wan…”

“Mana ada?! Aku la isteri Abang Wan!”

“Win dulu yang jadi isteri Abang Wan…” tangisan Arwin mula kedengaran. Syiha ikut menangis sama.

“Kenapa ni?” Izz Harraz muncul ke depan rumah dengan menjinjit kasut bolanya dengan kerutan di kening.

“Abang Izz, Syiha jahat!” Arwin mengadu sambil berlari mendapatkan Izz Harraz. Izz Harraz menoleh ke arah Syiha garang. Budak perempuan ni asyik mengganggu adik aku aje!

“Apa kau dah buat dengan adik aku? Hah?!” Tempelak Izz Harraz. Syiha yang terkejut terus berlari ke rumahnya bersebelahan dengan rumah Izz dan Arwin. Izz tersenyum puas. Tahu takut…

Dari dulu memang dia tidak menggemari Syiha kerana budak perempuan itu terlalu banyak bercakap. Sekali dia datang, bising satu dunia! Rasa nak cilikan mulut dia pun ada! Pasal dia kena tuduh mencuri buah mangga Pak Aji dulupun disebabkan mulut Syiha yang suka menfitnah.

“Ha, Syiha dah lari. Lain kali jangan main dengan dia lagi… Abang Izz nak pergi padang dengan Wan, Win jangan merayau-rayau. Duduk rumah dengan mak.”

“Abang Izz, Win ikut?” Arwin tunjuk muka kasihan.

“Tak boleh Win….”

Sekali lagi sendu Arwin kedengaran. “Win nak tengok Abang Wan…”

“Oh… Jadi inilah kes dia? Suka dengan Abang Wan ek?” Izz Harraz menggeleng kepala kecil. Adoii… Budak-budak pun dah reti main cinta-cinta…

“Win isteri Abang Wan…” suara tangisan Arwin mula kedengaran. Izz Harraz tercengang. Apa dah jadi ni? Budak baru umur 8 tahun dah nak menggatal kat pakwe umur 12 tahun? Gila!

“Oi Izz! Lambat lagi ke? Kang aku blah kau bising pulak!” suara Wan Aakif Akmani mencelah di hujung jalan. Izz terkebil-kebil.

“Weyh Wan… Kau punya hal lah ni! Adik aku tangkap cintan dengan kau lah bro…”

“Aku peduli apa? Dah la wey. Aku blah dulu.” Wan Aakif Akmani berjalan dengan selamba menjinjing kasut bola. Izz Harraz mengeluh kecil. Arwin yang sedang menangis ditepuknya berkali-kali sebelum dia turut pecut ikut langkah sepupunya si Aakif ke padang bola sepak.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Lelaki Versi Dia 1”
  1. muziamuziana says:

    banyak timbul tanda tanya pla..anyway,gud job..teruskan usaha,saya nantikan bab seterusnya

  2. RinsyaRyc says:

    Muziamuziana – thanks sokong karya rin~ ^^ insyaALLAH cerita ni dh pun siap dlm bentuk manuskrip penuh 😀 akan diupdate secepat mungkin …
    ~aireenaryana~

  3. Aliah Mohd Salleh says:

    Peringkat permulaan cerita nampak biasa tapi ia menimbulkan curousity pembaca untuk menunggu apa berlaku pada bab yang berikutnya.Tahniah Teruskan usaha.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.