Novel : Lelaki Versi Dia 2

31 July 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Aireen Aryana

BAB 2

AKU berjalan menuju ke arah perhentian bas. Seharian aku terpaksa menahan panas sebab bekalan elektrik tiba-tiba terputus dipejabat. Seksa gila… Ingatkan bos bagi cuti setengah hari tapi hampeh. Tak de nya dia nak kasi kitorang cuti-cuti Malaysia. Kedekut tak boleh nak kata apa. Tapi sebab aku tengah cari makan kat sana, kena redha aje la… Orang bawahan katakan…

Ni satu hal lagi kena tunggu bas lama-lama kat sini… Kalau ada putera raja yang jemputkan best? Aku terpaksa duduk di tepi sekali. Itupun dah cukup berasak-asak dan bersempit-sempit tumpang duduk dengan makcik makcik soksek soksek sedari tadi. Bingit. Tapi tak pe la… Aku cuba juga tahan sabar.

Teringat muka housemate aku yang tak berapa nak ayu tiba-tiba. Malam tadi dia marah sakan sebab aku panaskan nasi goreng seafood dia sampai nak terhangus. Masam mencuka okey lagi tapi dia siap mandremkan aku begini bunyinya, ‘Esok siap la kau… Nasib kau tak sebaik hari ini!’

Cismen punya kawan… Masin gila mulut dia… Huhuhu. Tapi aku tau dia bukan jahat mana just may be dia bengang tengok makanan dia jadi macam tu sebelum sampai waktu untuk dimakan.

Aku tersentak masa bunyi telefonku membingit tiba-tiba. Aku bergegas menyelongkar segala isi handbag jenama Gucci. Gucci bukan sebarang Gucci, ni Gucci penat aku cari kat pasar malam. Tolong la jangan ada sesiapa yang ikut perangai buruk aku yang menyokong dan membeli barangan jenama cetak rompak. Tapi nak buat macam mana kalau hati dah teringin nak pakai handbag jenama mahal dan kewangan pula tak mengizinkan?

Telefon bimbit jenama LG aku letak di tepi telingaku dengan senyuman yang mula mekar di bibir. Boyfriend telefon! Hihihi…

“Hai beb!” Kedengaran suara mesra dihujung sana.

“Sweet boy, kat mana?” Aku gelak nakal.

“Kat pejabat… Dah makan ke sweet girl?” Ada nada mengusik pada suara boyfriend aku tu. Aku gelak aje sebab dia puji aku sweet girl. Sweet la sangat!

“Belum… Dari tengah hari tadi tak makan lagi ni. Bos kasi kerja kipas dia sehari suntuk sebab elektrik tak ada…” aku gurau. Walhal tak ada pulak bos nak gatal-gatal suruh aku kipas dia. Kalau bos tau ni, gerenti kena kerat 15 bahagian!

“Biar betul?” Aku tersengih. Dia tak percaya la pula…

“Betullah! Takkan Win bohong kut…”

“Can’t be true dear… Takkan la kerja setiausaha tukar jadi kerja pengipas bos pulak?”

“Abang Izz apa tahu? Betullah tak ada elektrik sehari kat syarikat kita orang… Menyampah ah bos tak nak bagi kita orang cuti setengah hari. Kalau ada generator lain cerita… Lepas tu masa kita orang makan, dia suruh Win salin surat guna tangan. Penat nak menulis tak hilang lagi sekarang tengah duduk kat pondok bas sorang-sorang… Abang Izz tak nak jemput Win ke? Penat la bang…” Rungutku sedikit mengampunya. Mana la tau kalau Abang Izz sudi nak jemput aku hari ini, memang untuk juta-juta sebab Abang Izz kalau jumpa aku mesti dia belanja makan. Aku pula jenis yang demand sikit, dia belanja aku tak nak masuk kedai mamak. Apa kelas kan? Aku kalau kedai mamak tu hari-hari dah pergi… jadi kurang-kurangpun aku minta KFC atau McD.

“Tahan sikit la girl… You kan gangster Malaysia?”

“Gangster? Hello… Win wanita Melayu terakhir okey…”

Kedengaran tawa dihujung talian. Perli la tu… Izz Harraz tak de nya nak percaya yang aku boleh bertukar jadi wanita Melayu terakhir. Dengki betul.

“Sendiri kena fikir la… Hari tu bukan main lagi mengata Harriz mengada sebab mengorat dia. Wuiii.. Mau nangis cik abang seorang tu.”

“Padan muka dia. Win tak suka dia,” balas aku jujur. Bergelombang sejenak apabila terfikir pasal Harriz seorang tu. Setiap sehari mesti ada satu panggilan daripada dia. Kalau handsome tak apa juga… Ni muka macam tong karam! Tersengih-sengih miang 24 jam siapa yang dapat tahan. Ih, tak nak aku…

“Amboi… Harriz tak suka, Danny tak minat… Cerr bagitahu kat Abang Izz, lelaki yang mana satu pilihan hati Arwin Raisha ni?”

“Nak kena kasi tau Abang Izz jugak ke?” Aku jungkit kening.

“Of course la girl… Kalau Abang Izz dah dapat ciri-ciri pakwe idaman Win, senang Abang Izz nak carikan calon suami…”

Aku menyeringai kecil. “Boleh blah la Encik Izz oi! Awak tu yang kena cepat-cepat cari calon isteri…”

Takkan nak bagitahu ciri-ciri lelaki kegemaran pada abang sendiri kut? Taulah Izz Harraz tu boleh tahan poyo tapi aku tak nak la kongsi-kongsi rahsia hati kat dia. Aku bukan jenis yang suka nak bagitahu kat orang lain apa yang ada dalam hati aku. Kalau boleh aku tak nak orang lain tahu. Bak kata Datuk Siti, biarlah rahsia…

“Hahahaha! Abang nak kasi adik abang dulu kahwin. Kalau Abang Izz kahwin dulu sapa nak jaga adik abang yang nakal ni?” Tu ayat cover. Aku dah tahu sangat perangai Izz Harraz. Selagi boleh mengelak berbincang pasal jodoh, selagi tu la dia tak nak fikir pasal nikah ke kawen ke. Dia kata yang penting sekarang ni enjoy.

“Sengaja keluar dari topik ke?” Usik aku gelak. Abang Izz berdehem kecil.

“Win, lusa Wan dah balik rumah…”

“Sape?”

“Wan la… Wan Aakif Akmani… Takkan dah lupa kut?”

Aku tersentak mendengar nama itu meniti dalam deria aku setelah sekian lama. “Wan Aakif?”

“Ha’ah la… Baru 6 tahun tak jumpa Win dah lupa?”

“I can’t remember him clearly tapi dia tu sepupu kita kan?” aku teragak-agak. Nama itu membuahkan satu perasaan ganjil dalam diriku. Bukannya aku tak ingat dia tapi aku memang tak nak ingat pasal dia. Aku pun tak faham kenapa dulu aku tergila-gila mamat seorang tu.

“Nak jumpa dia esok tak? Auntie Zita buat makan-makan tengah hari esok…”

Berkerut dahiku. Buat makan-makan sebab Wan Aakif Akmani pulang dari oversea ke? Untunglah si Wan Aakif tu…

“I have my own work… Kerja hari-hari kecuali hari sabtu ahad la bro…”

“I know.”

“So?”

“So what?” soalku hairan.

“So pity…” Izz Harraz gelak bagai nak rak. Memang nak kena dia ni… Saja nak mencabar kesabaran Arwin Raisha.

Bunyi dia gelak tu macam tengah perli aku. Ye lah kan dulu aku tergila-gila kat Wan Aakif sampai sanggup taruh gambar dia kat dalam dompet. Kantoi pula kat Abang Izz, memang kena bantai gelak la lepas tu. Sampai sekarang kalau Abang Izz nak usik aku, mesti dia ungkit balik kejadian dolu-dolu tu. Hish… Aku dah lupakan kisah jahiliah aku dulu la!

“Abang Izz!”

“Kenapa? Something wrong?” Tawa Izz mula reda.

“Sampai hati ketawakan Win… Win tak ada perasaan pada dia lagi la. Kosong! Zero! Error! Jangan nak usik-usik Win dengan dia lagi! Win tak suka…” Awal-awal aku bagi amaran sebab kalau tak mesti mulut Izz Harraz yang laser tu terlepas cakap pada Wan Aakif tentang sejarah-sejarah lama kisah cinta bertepuk sebelah mata. Siapa yang malu? Aku juga…

“Konon… Dulu hari-hari nak bertempek kat abang Wan dia…”

Berapi aku mendengar kata-kata Abang Izz. Saja nak cari pasal! “Abang Izz jangan… Kang ada juga yang masuk hospital patah tulang lepas ni…”

“Amboi… Garang!” Izz Harraz gelak lagi. Aku langsung tak suka dengar dia gelak begitu. Rasa terperli pun ada. Wajahku berubah merah sebab tak puas hati dengan usikan Abang Izz. Sampai hati Abang Izz tak percaya pada adik sendiri…

“Win tak suka kat Abang Wan laa… Tak percaya tak apalah! Suka hati abang.” Balasku berkecil hati. Abang Izz aku dengar seperti menghela nafas panjang bersama sisa-sisa tawanya.

“Sebab Abang Izz dengar dari Auntie Zita yang Wan balik sini sambil terus pinang Arwin Raisha.”

Hampir-hampir rahangku jatuh dari mulut. It can’t be true!

“Abang main-main lagi. Win tak suka!” Aku terjerit kecil.

“Hello Arwin Raisha, buat apa nak malu-malu kucing dengan abang ha? Dah orang tu suka kat awak, awak terima aje la… Tak suka konon… Win ingat abang main-main ke soal jodoh ni?” Suara Izz Harraz serius pada pendengaranku dan aku tak rasa yang dia tengah menipu sebab Izz Harraz walaupun suka mengusik, apa yang dia katakan selalunya betul.

“Tapi Win tak dengar apa-apapun dari sesiapa?” soalku lurus. Izz Harraz ketawa. “Jadi Win masih mengharapkan Wan lagi la ni? Jangan lupa datang rumah Puan Zita malam esok, kita nak jumpa dengan Encik Wan Aakif. Salam Win… Balik terus jangan nak merayau-rayau lagi.” Klik! Talian tutup. Aku tergamam.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Novel : Lelaki Versi Dia 2”
  1. ayu says:

    best la,, ader sambungan yer lagy ta,, ape3 pon cerita yg menarik.. chayok3

  2. fasliena says:

    sambung…citer ni menarik..tak sabar nak baca sambungan dia…

  3. RinsyaRyc says:

    ayu – thanks.. insyaALLAH ada smbungannya dlm masa terdekat 😀

    Fasliena – akan disambung.. terima kasih for your nice comment… ^^

  4. rieha says:

    nak sambungan???baca je la kat blog apa susah…

  5. RinsyaRyc says:

    rieha – hehehe 😀

  6. si gadis says:

    assalam…nak tanya bila ada sambungannya??? tak sabar nak baca…menarik sangat la crita ni…kalau nak buat novel pun xkesah…rasa nak beli trus…harap karang yang lebis menarik dalam cerita ini…
    terimakasih ^_^

  7. si gadis – wasalam ^^ . insyaALLAH ada sambungan . thanks sbb suka . oh memang nak buat manuskrip terus pun .. insya ALLAh manis masin saya karangkan ^_______^

  8. Aliah Mohd Salleh says:

    Curiousity terhadap cerita masi ada,jadi pembaca dah mula tertarik dengan karya anda .Best .Teruskan usah

  9. Aliah – terima kasih aliah. :DD insyaALLAH akan berusaha lagi untuk cerita yg lain 😀

  10. soka says:

    ade blog tak?saya rasa cite makin menarik .cayok2..teruskan berusaha.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.