Novel : Lelaki Versi Dia 4

15 August 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Aireen Aryana

BAB 4

SELEPAS aku solat, aku kemaskan telekung Auntie Zita di dalam almari. Memang telekung itu tersedia di sana kerana Auntie Zita kata senang kalau ada orang nak guna. Ye lah sebenarnya bilik ni kan bilik tetamu tapi aku buat macam bilik aku.

Selesai aku mengemaskan tudungku, aku masih lagi berfikir tentang Wan Aakif. Pelik gila lelaki itu. Takkan duduk luar negara boleh menyebabkan seseorang akan putus wayar otak? Tiba-tiba mengaku aku tunang dia, kan ke pelik bin ajaib? Tak pernah pun aku dengar dari mak ada orang datang merisik. Kut ya pun Wan Aakif berhalusinasi, takkan sampai teruk macam tu? Dia desperate nak kahwin ke? Kalau desperate sangat, minta maaf lah ye aku tak nak jadi calon isteri dia.

Tiba-tiba aku dengar ada orang mengetuk pintu bilik. Aku bergegas keluar untuk membuka pintu bilik. Mana la tau ada orang nak tumpang solat…

“Dah solat?” Auntie Zita rupanya… Aku angguk sambil tersenyum. Auntie Zita tarik tangan aku masuk ke dalam sambil memandang wajahku bersungguh-sungguh. Aku mula rasa curiga. Ni tak lain tak bukan mesti ada sesuatu yang penting perlu dibincangkan sebab Auntie Zita jarang buat muka suspen seperti itu. Cara dia pandang aku gaya macam orang tengah nak meminta sesuatu.

“Kenapa auntie?” soalku hairan. Auntie Zita menghela nafas dalam dan menepuk tanganku pelan.

“Auntie nak cerita pasal Wan Aakif…”

Aku terdiam mendengar kata-kata Auntie Zita. Serius aje bunyi nak cerita pasal Wan Aakif ni…

“Win ada rasa tak sesuatu bila bercakap dengan Wan?” Soal Auntie Zita. Makin berkerut keningku bila Auntie Zita buat muka sedih. Dadaku berdebar tiba-tiba.

“Kenapa auntie?”

“Masa kat US enam bulan lepas, Wan Aakif terlibat dalam kemalangan jalan raya.”

Aku beristighfar dalam hati. Nasib baik Wan Aakif masih bernafas sehingga sekarang. Kalau tak mesti Auntie Zita sedih gila.

“Dia hilang ingatan. Tapi masa tu auntie tak tahu sebab tak ada orang inform. Dua minggu dia dekat hospital tak ada yang pergi cari dia. Bila Wan tak muncul dua minggu, masa tu barulah kawan-kawan dia cari dia. Bila dah jumpa, kawan dia ni hubungi auntie yang Wan kemalangan tapi dia juga cakap Wan dah sembuh. Tak ada yang patah atau luka terukpun. Jadi auntie ingat kemalangan tu tak teruk sangat. Tapi kawan Wan ni tak kasi tahu kat auntie yang Wan hilang ingatan. Ingat tak masa auntie pergi ke US sebulan yang lepas?” Auntie Zita tanya aku. Tunggu respon dari aku. Aku angguk aje la walhal aku tak ingatpun.

“Masa tu auntie terkejut tengok Wan.” Auntie Zita menghela nafas panjang. Aku mulalah bukak telinga besar-besar. Nak tahu juga apa benda yang mengejutkan Auntie Zita.

“Dia orang lain, bukan Wan Aakif Akmani auntie. He was so rude. Tattoo sana sini. Muka serabai dan yang paling buat auntie rasa tak percaya, dia berpelukan dengan girl kat sana macam laki bini.”

Aku tersentak. Biar betul? Maknanya Wan Aakif tu tak teruna lagi la ye? Uish!

“Dia merokok dan minum depan mata auntie. I told him yang dia tu ada agama. Agama larang dia buat benda-benda tu semua. Dia tunjuk muka blurr kat auntie. Auntie hanya dapat menangis sebab masa tu dia tak ingat langsung pasal auntie. Sepatutnya dia balik tahun lepas tapi dia berdegil tak nak balik. Kalau auntie paksa dia balik, mesti benda-benda macam ni tak akan berlaku.”

Aku dengar sendu dari seorang ibu. Aku tak tahu bagaimana perasaan Auntie Zita tapi kalaulah satu hari nanti anak aku bertukar tiba-tiba macam dalam kes Wan Aakif ni… rasanya aku suruh laki aku yang settle kan. Hehehe… Hari ni je dah berapa kali aku berangan nak ada laki. Tapi normallah kan orang perempuan fikir benda-benda begini? Selalu juga aku fikir sape la jodoh aku yang telah ditetapkan sejak azali tu.

“Auntie kata auntie nak bawa balik dia ke Malaysia tapi dia tak nak. Auntie pujuk dia tapi Wan nak terus hidup kat sana. Auntie paksa dia buat ujian HIV dan ujian lain-lain sebab takut sesuatu terjadi. Auntie tanya dia dah buat hubungan dengan perempuan dia kata belum. Auntie percaya la kat dia sebab buat apa dia nak tipu auntie kalau dah muka dia pun hampir sama macam penyangak tepi jalan. Lepas tu auntie kata kat dia… Yang dia dah ada tunang kat Malaysia sebelum dia terbang kat US.”

Ha? Tunang? Aku pandang wajah Auntie Zita tak percaya. Jangan-jangan Auntie Zita jual nama aku tak?

“Nama dia Arwin Raisha. I gave him your picture….”

Astagfirullahalazim! Darahku menyirap ke atas kepala.

“Dia kata dia nak jumpa tunang dia. Tapi dia tak nak balik lagi sebab nak settle banyak benda kat sana… Win, auntie nak Win tahu, dia balik Malaysia ni sebab dia nak tengok tunang dia.”

Aku hampir-hampir pitam mendengar kata-kata Auntie Zita. Biar betul ni?!

“Kenapa auntie tipu Abang Wan?” Soalku cemas. Gelabah gila bila teringat pandangan mata Wan Aakif pada aku sedari tadi.

“I’m sorry Win… Tapi auntie tak nak dia semakin jauh… Kalau Win boleh membuatkan dia balik ke Malaysia, apa salahnya Win tolong auntie?”

Memang tak salah tapi… Aku nak tolong apa? Menyamar jadi tunang Wan Aakif sampai dia dapat ingatannya balik? No no no! Kerja gila! Nanti kalau dia dah ingat balik kehidupan dia yang dulu, gerenti-gerenti aku dituduh gatal cuba ambil kesempatan!

“Auntie minta tolong sangat-sangat… Tolong tengok-tengokkan Wan… Kalau dia kata dia nak balik US semula, halang dia… Sebab sekarang dia memang percaya yang Win tunang dia…”

Sekali lagi aku rasa tubuhku disambar petir. Tak nak buat kerja gila ni. Aku tak nak! Kenapa Auntie Zita mesti pilih nama aku antara berjuta-juta nama perempuan dalam dunia ni? Macam la tak ada cousin-cousin perempuan aku yang lain?

“Tolong ya Win… Win aje anak buat auntie yang paling rapat…”

Aku terkedu tak terkata. Aku dah tak tahu nak fikir apa. Nak tolong ke tidak?

“Tolong balikkan Wan Aakif Akmani yang dulu pada auntie… Auntie nak Aakif yang dulu… Yang sayangkan auntie lebih dari segala-galanya.”

Aku lihat air mata Auntie Zita dah berterabur di pipinya. Aku jadi serba salah dengan diri sendiri.

“Nanti kalau Abang Wan ingat sejarah dulu-dulu?”

“Alhamdulillah…” Balas Auntie Zita terharu. Aku pula yang jadi bersimpang siur. Kalau dia ingat sejarah dulu-dulu, mana aku nak letak muka? Dah la dulu Wan Aakif tu tak suka kat aku….

“Tapi tak berdosa ke tipu dia?” soalku pening-pening lalat. Auntie Zita gelengkan kepala.

“Demi kebaikan dia tak apalah Win… Kalau Win takut dosa, apa kata kita betul-betul jadikan ini satu perhubungan. Anggaplah majlis malam ni adalah majlis pertunangan Wan dan Win.”

Aku ternganga mendengar cadangan Auntie Zita. Ni dah macam orang tak ada adat je…Takkan la…

Auntie Zita lurutkan cincin di jari manisnya dan terus disarungkan pada tanganku. Cincin emas putih berbatu sebiji sangat indah tersarung di jari manisku. Aku terpempan membalas pandangan Auntie Zita dengan rasa bercampur-baur.

“Mulai hari ini, Win tunang kepada Aakif Akmani. Dan Win juga lambat laun akan kahwin dengan anak auntie. Lepas ni panggil auntie mama aje.” Auntie Zita menarik tubuhku dalam pelukannya. Jari-jari aku terasa sejuk seperti dibenam ke dalam ais bila mendengar perkataan kahwin.

“Tapi kalau Abang Wan ingat semula?”

“Auntie tahu yang Win dah lama ada hati pada Wan. Kalau Wan ingat semula pun, mama akan paksa dia kahwin dengan Win juga.”

Aku memang dekat nak pitam dah ni. Tak sangka begitu sekali kesungguhan Auntie Zita sampaikan nak buat kahwin paksa. Aku lurutkan semula cincin di jariku dan aku letakkan di tapak tangan Auntie Zita. Auntie Zita memandang wajahku seperti kecewa. Mungkin dia rasa aku tak sudi nak tolong dia la kut. Aku hela nafas panjang-panjang sebelum memejam mata rapat-rapat. Minta pertolongan daripada ALLAH untuk kuatkan hati aku yang dah mula goyah ni.

“Auntie, tak perlu la buat benda ni semua untuk Win… Win akan tolong auntie tapi tang kahwin paksa tu, Win tak nak. Win tak suka paksa-paksa bila melibatkan kehidupan seumur hidup. Selagi Abang Wan tak ingat, Win tolong auntie tengok-tengokkan Abang Wan tapi jangan berharap sangat kat Win sebab Win pun tak tahu nak buat apa.”

“Tapi Wan tengah fikir yang sekarang ni Win adalah tunang dia…” Auntie Zita nampak macam kecewa habis sebab aku dengar suara dia yang mula tertekan.

“Win tak cakap Win tunang dia. Tapi kalau dia anggap Win tunang dia, Win tak kisah.” Balasku sambil mengusap tangan Auntie Zita untuk meringankan beban hatinya. Mata Auntie Zita bersinar-sinar bila aku kata begitu.

“Terima kasih Win! Mama sayang Win…”

Erk? Mama? Aku mula rasa tak sedap hati tapi aku diamkan aje.

“Jom turun, nanti tunang Win tunggu lama kat bawah tu.”

Aku tercekik saat itu juga. Oh sekarang Arwin Raisha dah ada tunang la ya? Aku telan air liur pahit kerana tersedar yang aku dah terperangkap dek rancangan gila Auntie Zita.

Patutlah Wan Aakif kata aku tunang dia… Suweii betul!

Aku melangkah ke tingkat bawah dengan muka serabut. Bila mata Wan Aakif melekat pada wajahku, rasa kejang satu badan. Seram sejuk pun ada. Oh betulkah ini realiti? Am I his fiance? Stop dreaming Win… Tak jauh mana kau boleh hidup dalam khayalan tu…

“Win, come here…” Dia panggil aku dengan lagaknya. Mataku tak lepas memandang wajah Wan Aakif. Betullah, lain gila lelaki ini. Tak macam Wan Aakif yang sombong dulu. Sekarang mata Wan Aakif seperti tercari-cari sesuatu. Dia seperti berminat untuk mengkaji diriku. Er? Mengkaji? Oh, Win… Jauhnya fantasi otak kau…

“Pergi mana tadi?” Soal Wan Aakif menghampiri aku.

“Solat. Awak tak solat ke?” Sekelip mata aku tukar panggilan aku pada dia. Ye la tadi Wan Aakif juga yang hairan bila aku terabang-abang bila dengan dia kan? Aku lihat muka dia dah berubah.

“Err… Jom la makan. I dah ambilkan makanan untuk you.”

Aku kerut dahi seribu. Wan Aakif betul-betul ingat aku tunang dia ke? Oh kesiannya!

“Hmmm…” Aku diam saja masa dia ambilkan aku sepinggan nasi dan lauk campur serta mengajak aku duduk di ruang tamu. Walaupun ramai orang di sini, tapi aku rasa tak ada orang langsung sebab mata Wan Aakif betul-betul tak lepas memandang wajahku. Nasi yang aku telan serupa macam pasir.

“Kenapa pandang saya macam tu?” Tegurku padanya. Wan Aakif sekadar geleng kepala.

“Somehow I tak sangka yang I ada tunang sesopan you. You tak rasa yang I ni jahat sangat ke?”

Mak aih! Apa aku nak jawab ni? Aku blurr pandang muka dia. Sumpah aku bukan la pelakon yang hebat! Rasa janggal gila. Rasa nak teriak kat dia yang aku ni bukannya tunangan dia. Aku ni adik sepupu dia je. Tak lebih malah terkurang…

“Tak.” Balasku jujur. Sepanjang aku kenal dia, dia memang sombong tapi dia tak pernah jahat padaku. Sikap dia itu yang membawa jurang perbezaan antara kami tapi tak apalah sebab sekarang aku dah sedar betapa jahilnya aku waktu dulu. Mengharap pada yang tak sudi…

“So bila kita nak bincang pasal tarikh perkahwinan kita?”

Aku tersedak-sedak mendengar kata-kata Wan Aakif. Apa dia? Tarikh kahwin??

“Lima tahun lagi kut…” Jawapan paling selamat.

“What?! Are you kidding?” Spontan Wan Aakif menggenggam tanganku. Aku terkesima bila melihat wajahnya yang mula merah menyala.

“I dengar kita dah bertunang dekat 6 tahun… For sure dalam masa terdekat ni kita kena kahwin.” Tegas. Tegas dia seperti menghunus parang di leherku.

Aku toleh ke tepi dan aku nampak Auntie Zita tengah perhatikan kami berdua. Aku lirik Auntie Zita minta simpati pada dia tapi Auntie Zita buat-buat tak nampak berlalu ke dapur begitu saja.

“Tapi lebih elok sampai awak dapat ingatan awak balik…” Aku cuba beri alasan. Tak lama aku tengok dia termenung jauh. Wajah dia dah beransur tenang. Dia pandang wajahku seperti mengiakan kata-kataku.

“I akan cuba ingat memori lama I…” Balasnya pelan.

~~>> bersambung <<~~ Heyaa readers.. Lev you alls for reading this simple story... ^^ XoXo! - rinsya ryc @ aireen aryana-


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Lelaki Versi Dia 4”
  1. balqiz says:

    sambung please..

  2. balqiz – dah anta kat p2u tpi x tau bila nak keluar. :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.