Novel : Lelaki Versi Dia 8

12 October 2012  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Aireen Aryana

AKU kata berhenti kat depan perhentian bas sebab pejabat aku seberang tu tapi dia senyum aje. Dari tadi senyum aku naik gelisah jugak. Wan Aakif senyum oo… Tak pernah aku tengok lebih-lebih lagi dalam keadaan awal pagi begini. Cair sikit…

“Saya berhenti depan syarikat tempat awak…” Dia terus memandu lalu macam tu saja depan perhentian bas tak sempat aku nak tahan. Aku kerutkan dahi memandang wajahnya. Masalah betul…

“Kenapa? Awak takut kawan-kawan awak nampak?” soal Wan Aakif selamba. Aku terkejut sedikit. Macam tau-tau je dia ni kan? Pandai menilik…

“Tak la… Saya tak nak susahkan awak…” balasku pelan. Wan Aakif gelak kecil.

“Jangan tipu saya Win… Air muka awak dah beritahu pada saya apa yang ada kat hati awak tu.”

Aku lirik wajahnya. “Pandai awak baca air muka saya…” Sindirku. Dia ketawa lagi.

“Sayakan tunang awak? Sebelum ini mesti saya lebih bijak membaca perasaan awak kan? Saya tahu apa yang awak suka dan yang awak benci…”

Aku rasa nak termuntah mendengar kata-kata Wan Aakif. Kalau tak kenangkan dia hilang ingatan, mesti aku dah terjun dari kereta sebab tak percaya Wan Aakiflah yang tengah bercakap dengan aku saat ini…

“Tapi saya minta maaf sebab sekarang saya dah lupa segala-galanya. Tentang awak, tentang perkara yang awak suka, tentang perkara yang awak benci… I’m sorry for that…” Suara Wan Aakif mencelah halus ke dalam hatiku. Aku rasa bersalah bila dia fikir dia dan aku pernah ada hubungan yang rapat berdua. Aku pandang dia penuh makna.

“Awak tak perlu nak minta maaf sebab itu bukan kesalahan awak…” balasku padanya. Aku nak dia tahu yang aku tak pernah rasa kecil hati kerana dia telah melupakan aku. Mungkin dia fikir aku mesti rasa sedih sebab dia sebagai tunang tiba-tiba melupakan segala-galanya tentang aku. Macam mana ni ek? Nak kasi dia sedar yang aku dan dia dulu bukanlah loving doving moving couple seperti yang diceritakan oleh mama dia susah sangat… Dia macam tak percaya yang kita orang tak berapa nak rapat. Aku rasa Auntie Zita yang master mind dalam kes ni. Auntie Zita ni pun agak-agaklah kalau nak menipu anak dia sendiri…

“Dah sampai…” Celahnya masa otak aku tengah berfikir secara aktif untuk mencari jalan memisahkan aku dan dia. Memisahkan aku dan dia? Ayat tak boleh blah.

“Hmm.. Thanks…” Aku kemaskan fail dan beg tanganku ke bahu. Aku pandang dia sekilas.

“Jangan ambil saya petang ni tau? Dan satu lagi, kita tak pernah serapat yang mama awak ceritakan pada awak. Kita biasa-biasa aje.”

“Win, awak frust sebab saya tak ingat awak sehingga awak tak mengaku hubungan mesra kita ataupun awak dah tak suka saya sebab ye lah… Saya dah macam ni?”

Aku pandang dia dari atas ke bawah. Apa kena dengan dia ni? Ada pula dia fikir benda yang aku tak terfikir.

“Tak ada kaitan dengan saya frust ataupun awak dah jadi macam tu. Anyway saya tak faham maksud awak yang awak dah macam ni tu.”

Aku nampak dia mengerut kening sebelum mengurut belakang tengkuknya.

“Saya selekehkan? Dulu saya tengok gambar-gambar saya semua handsome…”

Hukaloh! Perasan gila… Aku pandang dia serius walaupun sikit lagi hampir-hampir tersenyum. “Tau tak apa.” Aku balas selamba dan terus keluar.

“Thanks hantar saya Wan… Dan ingat saya kata, jangan cari saya lagi lepas ni…” Aku bagi warning awal-awal. Nasib baik dia buat muka selamba dan aku ingat memang dia tak akan cari aku lagi la lepas ni… Kalau dia cari juga mesti dia jenis spesies lelaki tak tahu malu. Masa aku nak tutup pintu kereta dia aku teringat sesuatu. Aku buka balik pintu kereta dia dan hulurkan tangan.

“Give me my phone…” Pintaku. Dia jungkit kening sambil tersenyum lebar.

“Ingatkan nak kasi saya jaga lagi?”

Mimpilah…

Aku terus ambil telefon bimbit aku sebelum dia betul-betul berikan padaku. Mana taknya cara dia hulur phone aku tu macam beri buaya makan petang. Slow.

“Ingat, jangan datang lagi!” Ucapku tegas. Dia angguk aje dengan membongkokkan tubuhnya untuk memandang wajahku sambil tersengih-sengih mempamerkan barisan giginya yang putih. Nasib baik cantik teratur.

Aku menghela nafas lega lalu menutup pintu kereta. Aku berjalan menuju ke dalam syarikat dengan perasaan huru-hara. Hari ini aje berapa kali dia senyum kat aku… Dan hari ini aku pasti jantungku berfungsi tidak seperti hari-hari lain. Aku mengerut kening bila jantungku terasa berdegup pantas. Tarra! What have I done? And why must it happens to me? Kenapa mesti hatiku kembali terusik disaat aku sudah melupakaan apa yang telah menjadi sejarah dulu… Aku mengeluh dalam diam.

“Arwin…” Berderau darah bila terdengar namaku diseru. Yang pasti pemilik suara itu adalah bos aku.

“Ya bos…” Aku tergugup sekejap. Itulah kalau dah banyak berangan, otak tak berapa ada ditempatnya.

“Pagi ni ada mesyuarat lembaga pengarah kan?” Encik Hisyam memandang wajahku macam nak makan orang. Aku dah tergagap-gagap tak tahu nak jawab apa.

“Ya bos…” Aku angguk laju-laju.

“Awak tengah mimpi ke Arwin?” soal Encik Hisyam sinis. Aku laju-laju geleng kepala. Dengan bos aku seorang ni, aku rasa macam tengah berjumpa dengan singa hutan. Seriau semacam. Cara dia pandang aku aje dah boleh ketar lutut.

“Awak dah siapkan bilik mesyuarat ke?”

“Dah semalam…” Aku rasa macam Encik Hisyam pula yang jadi secretary sekarang ni.

“Make sure semua berjalan dengan lancar. Saya tak nak ada lembaga pengarah yang merungut nanti. Bilik tu kena bersih betul-betul.”

Eh, banyak songeh la pula… Dia ingat aku tak reti buat kerja ke? Tapi nak memprotestu aku tak berani la sebab terang-terang aku ni penakut. Lagi-lagi dengan encik singa ni. Hiii….

Encik Hisyam berlalu ke dalam bilik dia, aku terus urut dada. Jane tersengih memandang wajahku yang sedikit pucat.

“Stress ke?” soalnya tergelak kecil. Dia boleh la tergelak, aku nak gelak pun hanya boleh sampai ke paru-paru.

“Kalau I tau susah begini kerja under orang, I nak buat syarikat sendiri.” Rungutku pada Jane. Jane gelak besar. Mesti dia fikir aku tengah naik gila sekarang ni. Ye la awal-awal pagi dah kena sound siapa yang tak terkejutkan?

“Kalau macam tu I nak jadi salah seorang pemegang saham dalam syarikat you la…” Usik Jane.

“Kenapa pula?”

“Pemegang saham sekurang-kurangnya berdua dalam satu syarikat tu…” Jane angkat-angkat kening mengada. Aku sengih aje sambil menunjukkan jari hantuku goyang ke kiri dan ke kanan.

“Pemegang saham memang kena berdua tapi tak semestinya manusia…” Aku berlalu menuju ke bilik mesyuarat sambil berlenggang di depan Jane. Jane tercebik sebelum tergelak kecil. Jane orang campuran Cina dan Thai sebab tu muka dia putih macam kapas. Lain la aku ni, nak kira putih tak la putih… Hitam jauh sekali. Kira muka tipikal Melayu la. Hihi…

***

Nota :: Thanks for reading this simple story .. 😀


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Lelaki Versi Dia 8”
  1. Naza Samsudin says:

    ok….best…santai…..cuma pendek sangat la….lama pulak tu nak tunggu N3 baru…. 😉

  2. Kakizz says:

    Akan ku tunggu Wan Akif 😀

  3. Naza samsudin – tq naza.. next epi akan cuba hantar double epi. 😀

    Kakizz- menunggu jugok. hiii! ^^

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.