Novel : Miss Ugly Duckling 1

27 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Nurul Izzah

“Ara! Ara! Kat sini weh!” mata aku yang sedang fokus pada tablet segera beralih ke arah suara garau yang memanggil nama aku tadi. Setelah mengenalpasti punca dari mana datangnya suara tadi, aku mengecilkan lagi mata untuk menjelaskan pandangan aku. Aik? Siapa pulak mamat sesat ni? Dia panggil aku ke? Aku melihat dia sedang melambaikan tangan ke arahku atau mungkin ke kawasan tempat aku duduk. Salah orang ke mamat tu? Aku melihat di kawasan sekitar aku untuk memastikan tiada orang yang juga sedang melakukan aksi sama seperti mamat tu tadi. Yelah, takut perasan karang malu pulak. Tak pasal pasal kena gelak. Setelah memastikan tiada orang membalas lambaiannya, aku memandang lelaki tersebut dan menuding jari ke arah diriku sendiri. Isyarat badan yang membawa maksud, “saya ke?” hahaha.. okay tak kelako. Kemudian aku melihat dia mengangguk sambil melemparkan senyuman yang boleh bikin aku jatuh tak bangun bangun. Hiperbola gile ayat kau ek, Ara? Okay ketepikan tu. Yang penting sekarang ni, mana papa and mama yang dah janji nak ambik aku kat airport ni? Sebaliknya orang lain pulak yang muncul. Haih ni yang buat mood terbang ni.Mahu tak mahu, terpaksalah aku turuti langkah kaki ni yang berjalan menuju ke arah lelaki tersebut sedang berdiri. Makin dekat aku dengan dia, macam kenal pulak. Makin dekat, makin dekat, takkanlah…

“LUQMAN DARWISY?!”, jeritku sebaik sahaja aku berdiri berhadapan dengannya.

“Weh, kau jerit jerit ni apesal? Gila ke?”

“Kau, Luqman? Waaaaaah… lamanya tak jumpa. Kenapa kau tak balas email aku masa aku kat London, ngek? Kau ni memang nak kena kan?” aku lantas memukul lengannya dengan beg tangan bertali panjang yang aku pakai. Haaa hambek kau! Tulah, orang email taknak balas. 11 tahun di London, kami cuma dapat berhubungan melalui emel selama 8 tahun sahaja. Lepastu, kami terus putus contact. Tiga tahun aku tak dengar khabar berita dari dia. Tup tup, dia pulak yang muncul jemput aku kat airport ni. Berasap jugak la telinga aku sekarang.

“Aduh, aduh! Sakitlah. Jom kita sambung kat kereta. Kau nak lepaskan, lepaskan la puas-puas dalam kereta nanti ye sayang?” lantas dia mengenyitkan matanya. Sengaja Luqman menguatkan suaranya agar orang lain yang berada bedekatan dapat mendengar perbualan kami. Okay, ini dah lebih. Ya allah, malunyaaa!

“Siaplah kau lepas ni!!!!!” kedengaran ketawa Luqman yang sedang berlari membawa beg aku ke kereta. Dalam diam, aku juga terhibur dan tersenyum sendiri. At least, terubat juga rindu di hati aku ini sikit.

***

“BERAT gila beg kau ni. Apa isi dia? Batu dan bata ke?” Luqman merungut setelah memasukkan beg aku ke dalam bonet kereta. Aku tersengih.

“Haah, batu dan bata yang aku gunakan untuk hempuk kepala kau jap lagi.” Aku membuat aksi hendak memukul kepalanya dan dengan cepat dia tunduk. Aku ketawa. Hahahaha tau takut..

“Hish, semenjak jadi orang London ni, makin ganas pulak.” Aku tidak mempedulikan kata-kata Luqman, sebaliknya aku terus masuk ke dalam tempat penumpang depan. Setelah selesai memunggah barang, Luqman segera masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduan. Aku membuka tingkap dan melihat bangunan-bangunan besar tinggi yang telah dibina di Malaysia. Wow, how Malaysia have changed! Tak sangka, selama 11 tahun aku tinggalkan Malaysia dan menetap di bumi London, Malaysia telah berubah sejauh ni. Aku memejamkan mata, menikmati angin yang sedang menampar lembut pipiku.

“Weh, Ara!” aku tersentak apabila disergah Luqman. Ei dia ni, pemusnah mimpi di siang hari betulla!

“Apa dia?” aku yang tadinya menoleh ke luar tingkap sekarang ini sedang fokus pada sisi mukanya yang tengah memandu. Hmmm, makin kacak dan nampak makin matang..

“How was London?”

“Okay je. Tapi, tetap tak dapat kalahkan Malaysia. Malaysia tetap nombor 1.” Aku tersenyum menampakkan barisan gigiku yang putih tersusun. Luqman juga tersenyum menampakkan gigi taringnya yang terletak cantik. Uish, bahaya betul kalau Luqman ni senyum. Mahu tak tidur malam aku!

“Erm.. Ara..”

“Apa lagi?” soalku tak puas hati.

“Garangnya.. haha. Takdelah. Tak sangka, kau berubah sejauh ni. Kalau aku tak minta latest photo kau dari abah tadi, mesti aku tak cam kau. You’ve gotten much prettier. Did puberty hit you so hard?” Luqman ketawa setelah berkata begitu. Amboi guna puberty-puberty pulak dah.

“Jauh beza sangat ke aku dulu dengan sekarang? Same je aku tengok dalam cermin.”

“Yes. Very, very different. Memang la sama, sebab kau selalu tengok diri kau sendiri. So, tak la ketara sangat perubahan tu bagi kau. Tapi, pada orang lain yang pernah jumpa kau dulu, mesti takkan cam kau punya. Macam aku tadilah. Nampaknya aku kena berusaha lebih untuk dapatkan kau..” ayat terakhir yang diungkapkan oleh Luqman seolah-olah dia sedang berbisik pada aku. Aku salah dengar ke?

“Apa kau cakap tadi?”

“Nothing..” Luqman memandang ke arahku dan memberikan senyuman versi pencair hati namun seperti ada maksud tersirat di sebalik senyuman manis itu. Ini yang lemah ni. Hold yourself, Ara!

“Hish, jangan senyum camtu lah! Ngeri aku! Macam muka hantu Bathsheba!” sengaja aku menyamakan mukanya dengan hantu dalam cerita The Conjuring agar dia berhenti tersenyum. Parah aku kalau sepanjang hari ni nak kena hadap senyuman dia tu. Eeeei, time kecik tak macam ni pulak. Apa dah jadi ni, Ara?

“Amboi, jahat betul kau ni. Aku yang ada banyak peminat ni kau cakap macam hantu? Ke kau sebenarnya takut terpikat ni? Hmm?” Luqman menjungkitkan kening dan senyum nakal mula terbentuk di bibirnya.

“Tak kuasa!” aku menoleh ke luar tingkap. Tiba-tiba, jantung aku berdegup pantas. No, once is enough! Jangan jatuh cinta, Ara! Ingat apa yang dah jadi sebelum ni! Luqman ketawa apabila melihat reaksiku. Eeeee, makin geram pulak dengan mamat sewel sebelah aku ni. Ada jugak orang yang jadi arwah ni kang. Aku segera berpaling ke arah Luqman dan jelingan tajam aku berikan.

“Tak kelakar okay, Luqman?”Beberapa saat kemudian, barulah Luqman berhenti. Haaaa, baru tau berenti ketawa. Aku memandang ke depan dan menyilangkan tangan ke dada. Okay, mode merajuk on! Krik krik, krik krik.. suasana sunyi di antara kami selama beberapa minit. Sehinggalah Luqman berdehem.

“Ehem.. Ara,”

“Ape?” acuh tak acuh aku menjawab.

“Kau tau tak ugly duckling syndrome?”

“Nope.”

“And.. kau tau tak kau penghidap penyakit tu?”

Aku yang tadinya ingin meneruskan rajukanku terus membatalkan niat tersebut setelah mendengar ayat Luqman sebentar tadi. Ugly Duckling syndrome?! Ya Allah, penyakit apa pulak yang ada kaitan dengan itik ni… aku tidak berpuas hati dengan kata-kata Luqman. Macam mana pulak dia tau aku ada sakit? Aku yang lama dah hidup dalam badan sendiri pun tak tahu aku ada penyakit. Muka tidak puas hati aku tunjukkan.

“Macam mana kau tau? Kau jangan main-main eh. Benda ni tak kelakar.”

“Erk.. Aku tak main-main laa. Takkan kau tak pernah dengar cerita Ugly Duckling kot?”

“Cerita apa pulak tu?”

“Alah, pasal anak itik laa. Anak itik yang akhirnya membesar menjadi seekor angsa yang sangat cantik..”

“Apa kaitan dengan penyakit Ugly Duckling?” Musykil pulak aku. Takkan penyakit tu sama macam selesema babi pulak? Dan.. mungkinkah penyakit Ugly Duckling ni bermaksud selesema angsa yang dia dapat dari itik? Eh, tak masuk akal langsung! Aku pun tak faham dengan apa yang aku tengah fikirkan sekarang.Luqman ketawa kecil sebelum meneruskan kata-katanya.

“Well, it’s not really a disease.. Cuma gelaran yang diberikan untuk orang yang masa kecik dia kureng dari segi fizikal, tapi bila dah besar jadi menawan, charming, beautiful.”Aku menjungkitkan kening sebelah kananku tinggi.

“So? Apa kaitan dengan aku pulak?”

“Kau, kau ada penyakit tu la. Ugly Duckling Syndrome. Dulu kau tak cantik pun, sekarang pergh… kalah Emma Maembong kot!”Erk! Terkedu jap.. Malu siot kena puji tak berlapik oleh bestfriend sendiri. Padahal tak pernah-pernah dia puji aku macam ni. Aduh, panasnya rasa pipi ni… Aku menutup pipiku yang aku rasakan sekarang tengah memerah.

“Hish! Takdenye lah Luqman. Penyakit Ugly duckling pulak dah..”

“Kau tau tak, disebabkan kau ada Ugly Duckling syndrome ni, aku ada nama baru untuk kau.” Luqman ketawa jahat. Dapat aku lihat ekor matanya sedang memandang ke arahku.

“Nama? Nama apa? Cantik dah kot nama yang mama bagi. Adrianie Fakhira..”aku tersenyum sendiri mendengar namaku. Pandai betul mama pilih nama! Heeee, ni yang buat makin rindu ni! Mama! Ara rindu mama!

“Miss Ugly Duckling..” tersentap terus kata-kata hati aku tadi selepas mendengar ‘nama’ yang dirasmikan oleh Luqman.

“What?!” Luqman ketawa kuat apabila melihat reaksi yang aku berikan. Sabar aje lah dapat kawan sewel macam ni! Kereta yang dipandu Luqman laju membelah jalan dan aku, telah pun mendapat nama baru tak sampai satu jam aku di Malaysia.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.