Novel : Mr. Stylish Cleaner 1

28 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Thira JonoIMG-20160710-WA0001

PROLOG

‘You?? Kenapa you buat I sayangkan you?? Dan kenapa dalam waktu yang sama you buat I benci sangat dengan you? Sekarang you tinggalkan I terkontang – kanting tanpa you? You kejam Abbas . You kejam sangat!!’ Erwin Abbas tersedar dari tidur lenanya. Dirinya mula bersandar di katil. Berkali- kali dirinya beristighfar. Mata di pejam untuk membayangkan wajah wanita di dalam mimpinya. Kini, wajah wanita yang baru muncul di dalam mimpinya langsung tidak di ingati walaupun samar- samar. Arghhhh, mainan tidur sahaja. Desus hatinya.Erghhh, ni mainan tidur atau petunjuk! Mindanya cuba berfikir ke hadapan. Tak mustahil mimpi itu petunjuk untuk masa depannya??!

“Naik bulu roma aku wei, bila teringat kata-kata minah dalam mimpi aku! Dah lah lidah orang putih, asyik you I you I je. Ergh, geli aku!! Hurm, dahlah panggil aku Abbas. Uhh aku dah lah tak suka orang panggil aku nama tu. Nak dekat-dekat sama macam nama perencah jenama babbas dah. Kalau ye pun mimpi, panggil Erwin sudah. ” Ngomel Erwin abbas sendiri. Dia mengetap bibir. Matanya yang sepet di gosok berkali- kali.

“Isyyy, masuk ni dah tiga kali mimpi benda yang sama, tapi masih tak ingat wajah minah dalam mimpi aku tu. pheuww, jangan macam-macam doh!!” tekanan Erwin Abbas di buatnya. Nafas di tarik di hembus berulang kali untuk mengosongkan minda yang sedang sarat memikirkan wanita misteri di dalam mimpinya. Nak tidur nyenyak pun payah bila mimpi menghantui mindanya. Nak kata jodoh tak mungkin. Tak pernah pula dirinya membuat solat istikharah untuk bersua jodoh. Bahkan tak pernah terlintas langsung di benak untuk berkahwin dalam masa terdekat. Maklumlah anak sulung, sejak arwah ayahnya meninggal dialah menjadi ketua keluarga dan bertanggungjawab menjaga keluarga yang tercinta. Argh, mana ada masa nak cari kekasih untuk menemani diri di kala sunyi.

Adik-adik kembarnya masih bersekolah, masih memerlukannya untuk menanggung perbelanjaan. Lagipun ibunya lumpuh , mana mungkin dia mampu berkongsi kasih bila dia berkahwin kelak?!! Now, family is number one. Girl tolong tepi sikit. Dia bukan hairan tanpa wanita, Maklumlah tak pernah bercinta seumur hidup. Baginya cinta kepada manusia tidak perlu berlebihan kerana cinta itu mungkin menjadi racun di dalam hidup yang mendatang walaupun mungkin ada madu yang manis dalam percintaan itu. Maka, cintailah Allah dan rasul sebelum mencintai manusia, kerana nescaya hidup tenang tanpa derita.

BAB 1

Tengahari begini, sungguh lega bila berdiri di bawa pendingin hawa yang segar dan menenangkan jiwa. Erwin Abbas khusyuk mengemop lantai di kawasan pendingin hawa. Panjang sungguh akalnya memilih port baik untuk meneruskan kerjanya mengemop lantai hari itu. Suasana Giant Kuala Lumpur di hujung minggu begini riuh – rendah tidak seperti hari – hari persekolahan. Berpinar jugalah mata Erwin Abbas di buatnya bila melihat para pelanggan dan pengunjung lalu di hadapannya untuk menuju ke destinasi yang ingin di tuju dan memilih barang keperluan yang ingin di beli. Maklumlah bulan Ramadhan menjelang tiba seminggu lagi. Tidak hairanlah bila ramai pengunjung singgah ke giant untuk membeli barangan untuk persediaan menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Erwin Abbas keletihan.

Tuala di poket di keluarkan untuk menyapu peluh yang membasahi pipi. Dirinya mula mengeluh berat kerana kepenatan. Dalam waktu yang sama dia meminta hati untuk bersabar. Rilekslah Erwin dari lepas SPM kau kerja mop lantai kat Giant ni, takkanlah penat sikit nak mengeluh kot. Rileks, rileks. Bicara hatinya. Fahami konsep redha dan sabar. Erwin mula memandang manusia sekeliling yang meneliti, merenung dan berbicara di hadapannya. Dia tersenyum tanpa di sedari. Mula terdetik di minda bagaimana dunia tanpa manusia??? Pasti sunyi tanpa penghuni. Kelihatan seorang gadis berumur lingkungan pertengahan 20-an berulang – alik lalu lalang di kawasan yang baru di mop. Erwin mula ternganga. Ada juga manusia yang tak Nampak notis sebesar – besar nya menulis awas !! di larang lalu. Isyyyy ni yang tak gemar ni. Orang dah mop dia slumber lalu tanpa wajah bersalah. Ini menguji kesabaran namanya! Mengganggu kerja betullah. What is this! She’s Blind?? Dengus hatinya yang geram.

“Assalamualaikum Sis.” Erwin memanggil lembut gadis yang memakai kasut bertumit tinggi di hadapannya. Gadis itu hanya merenung dan menjeling. Jawapan salamnya langsung tidak di jawab. Arghhhhhh, sombongnya. Fikir lawa sangat mata tu nak jelling orang! Cungkil biji mata baru tahu.

“Dia tak dengar kot. Tulah tak jawab salam aku,” ujarnya nada perlahan. Dia cuba bersangka baik. Erwin menapak selangkah untuk menghampiri Gadis bernama Xiandra Medina.

“Sis? Excuse me! Saya tengah mop lantai ni. Boleh beranjak sikit tak?” Masih lagi tenang nada suaranya. Xiandra Medina terus mencerlung tajam setelah menerima teguran dari Erwin Abbas.

“Ada aku kisah?” Pendek saja jawapannya. Menyakitkan hati betullah. Kalau adik dia dah lama dah penampar hinggap di pipi.

“Sis, saya tengah mop lantai ni, saya cakap baik- baikkan? Sis balas teguran dengan jelingan kenapa? Ergh, kalau nak ulang- alik tayang body, saya rasa sis lalu di laluan hadapan tu. Tolong jangan lalu kawasan sini ye.” Erwin mula hilang sabar. Kata-katanya mula tidak bertapis walaupun bicaranya masih tenang tanpa kedengaran intonasi marah.Xiandra Medina mula menapak selangkah ke hadapan. Matanya mula merenung Erwin dari hujung rambut hingga hujung kaki.

“Ek eleh apek ni, apahal you kecoh sangat ni?? Kerja you kan? Buat jelah. Tak perlulah nak mengeluh. And one more thing, you takyah semak nak tegur- tegur . I don’t like it. Stupid men!” Erwin mula ketap bibir. Stupid men??? Dia panggil aku bodoh! Kesabaran makin menghilang. Ini manusia ke anak jin ni? Ikutkan hati mahu saja di simbah air kotoran di dalam baldi ke muka gadis bertumit tinggi tersebut. Bedak dahlah tebal berinci- inci. Gincu tebal macam nak pergi event dengan Dato Datin. Padahal pergi Giant je pun. Kalau aku ni tak berhati perut dah lama lencun perempuan ni kena simbah air kotoran. Sedap mulut bodohkan orang!

“Kau stupid ke aku yang stupid ni??! Kau dah buta ke notis sikit punya besar kat tepi ni, kau tak nampak? Cantik je aku letak notis awas kat sini supaya orang tak faham bahasa macam kau boleh faham wahai perempuan. Tapi masih tak faham lagi rupanya. Ke kau tak pandai membaca? Nak aku bacakan ke apa ni!” Pertengkaran sudah bermula. Xiandra Medina hanya memekakkan telinga malas ingin mendengar bebelan lelaki di sisinya. Bingit betul suara.

“Respect sikit ek?!” sambung lagi Erwin. Mulut masih lagi tidak berkunci untuk membidas gadis di hadapnnya.

“Who are you? You anak dato? Dato Sri? Anak VIP atau anak VVIP nak kena respect you? You tu cleaner je tau? Taraf kuli! Kalau you nak taraf you tinggi sikit I boleh panggil you mr. stylish cleaner . sesuailah juga dengan pakaian you kan. Hahahahahaha, nak I respect you pula, this is so funny!” mop Erwin di tolak hingga jatuh ke lantai. Terasa maruah di pijak-pijak bila di perkatakan sebegitu rupa. Erwin mula menarik nafas sedalam-dalamnya. Akal berkata sabar, Hati berkata lawan Erwin lawan! Kali ini dia mahu mengikut kata hati. Gadis begini perlu di ajar. Biar dia tahu siapa Erwin Abbas. Pantang di hina!! Ingat cleaner tak ada maruah???Erwin tersenyum senget. Dia mula panjang akal untuk membalas perlakuan biadap gadis di hadapannya. Erwin Abbas mula membongkok sambil menghadiahkan senyuman sinis kepada Xiandra. Kelihatan gadis tersebut ingin melangkah pergi meninggalkan Erwin.

‘1…. 2….3….. dushhhhhhhhh,’ kayu mop mula di hambat memukul tepat di bahagian kasut tumit tinggi Xiandra Medina. Terjerit kecil gadis itu di buatnya. Terkejut, tergumam, termencarut semua ada.

“What are you doing??? Oh no! my hills, Omg !! patah, Crack!! So rude!! What the Hell!” Xiandra mula menunjukkan reaksi marahnya. Erwin slumber tertawa riang.

“Opsssss, sorry sengaja.” Puas hati Erwin di buatnya. Dia mula tertawa kecil melihat reaksi marah dan kesakitan Xiandra Medina. Muka macam ayam berak kapur dah. Ada aku kisah?? Kau buat aku sakit hati , kau pula yang sakit sekarang.

“Sis? Kasut patah ye?? Kesian.” Tanya Erwin sambil membuat riak wajah bersahaja. Dia mula menunduk untuk berbicara dengan Xiandra yang merintih kesakitan.

“Lain kali mulut tu jangan biadap ye sis?? Kalau boleh muka tak lawa tu sama ratakanlah dengan perangai supaya orang tak meluat. Ada faham sis??!” sempat Erwin mengenyit mata dan tersenyum senget.

“Woi siapa kakak you?? Muka tua Panggil I kakak. Celaka!!” hampir saja tangan Xiandra ingin menampar wajah Erwin kerana geram tetapi pantas Erwin menepis. Terbahak dia melihat aksi berkobar- kobar gadis itu. Dengan lipstick tebalnya, dah macam badut dah Erwin lihat.

“Penat pula perut ni asyik gelak je. Okeylah Mr. cleaner nak sambung kerja. Sebelum aku chaw aku nak bagi tarbiah sentap sikit ye? Ingat, muka kau tu dah lah buruk tak lawa, so ubahlah perangai tu jadi lebih beradab sikit!”dengan lagaknya Erwin Abbas berlalu pergi tanpa merasa sikit pun belas kasihan terhadap Xiandra Medina yang masih kesakitan dek terkena penangan pukulan padu menggunakan kayu mop.

“Arghhhh, kurang ajar punya jantan!! You kutuk I? Hei lelaki kat luar sana berlambaklah rebutkan aku! I am pretty okey?! And you are ugly!!” teriaknya sekuat hati. Orang sekeliling mula memandang mendengar jeritannya. Ahhhhhh, peduli apa Xiandra, asalkan dapat melepaskan geram.

“Sayang? Are you okey?” Dato Jamal yang menjadi stok di kala bosannya muncul di hadapannya. Xiandra di kenali sebagai Playgirl licik. Sasarannya, Dato, Tan Sri dan jejaka kaya. Yang tiada duit, poket kosong harapanlah ingin mendekati Akauntan Syarikat Violet Holding yang berwajah melayu Asli, tinggi lampai bertubuh menawan ini.

“Biy, mana you pergi? Lamanya you pergi bank . You tahu tak kaki I sakit. Ada jantan muka cina apek jual sayur mana tah pukul kaki I dengan mop . habis crack my hills.” Rengek Xiandra Medina. Tubuhnya di peluk erat oleh Dato Jamal. Kononnya ingin memujuk hati yang duka dan jiwa yang lara. Erwin yang masih memerhatikan gadis itu dari jauh seperti ingin muntah hijau melihat tingkah laku begitu rupa. Memalukanlah! Menjatuhkan maruah umat islamlah berpelukan di khalayak ramai. Dengus Erwin sendiri.

“Eh Win, tak baiklah kau bersangka buruk. entah- entah lelaki yang peluk dia tu suami dia kot. Tapi takkanlah taste dia rendah sangat nakkan muka pakcik- pakcik macam tu.”Erwin bermonolog sendirian sambil tertawa kecil.

“Eh tapi aku rasa perempuan macam tu tak sesuai buat isteri. Kalau buat stok geli- geli bolehlah. Hahahahahaha…” seloroh Erwin Abbas sendirian.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.