Novel : Musuh vs cinta 17 ( akhir )

30 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : nasAida

Ariq menolak kaki Ariz yang terlunjur keluar dari sofa, agar dapat dia melabuhkan punggungnya. PSP dikeluarkan dari poket seluarnya. Ariz menjelingnya seketika. “Jiwa kacau ke?” soalnya. Ariq meraup wajahnya. Rasa marah, dendam, sayang, dan kasih mula bercampur baur. Aryana langgar Emy sampai mati. Mana aku nak bela? Dah dua-dua aku sayang. Dua-dua aku sanjung. Otak lagi nak kusut bila Aryana buat pengakuan yang dia langgar Emy. Ditambah lagi dengan kes pecah amanah yang melanda keluarganya. Kusut!
“Oi, sengal! Aku cakap dengan kau ni..” Ariz mematikan lamunannya. “Jangan ‘potong’ line bole tak? Mengganggu betullah!” Ariq mengomel. Dah lah otak dengan jiwa sama kusut…
“Dr Maya dah pesan awal-awal kat aku.., jangan biarkan kau termenung. Takut tekanan kau makin bertambah. Sebab tu lah aku ‘potong’ line kau..” Banyaklah kau, doktor punya pesan konon! Tahu lah kau cemburu, sebab Maya tu syok kat aku! “Aku ni dah lah tak sihat. Kalau kau buat aku sentap macam tu, lagi tak sihatlah aku! Nak sangat ke tengok aku ‘jalan’ dulu?” luah Ariq. Wajahnya kelihatan serius, walhal matanya sedang memandang tepat kearah PSP di dalam genggamannya.
“Tutup PSP tu. Aku tengah cakap dengan kau sekarang ni..” arah Ariz yang tiba-tiba bersuara tegas. Ariq akur. “What do you want to say?” soal Ariq. Sebaris giginya kelihatan. Cuba untuk menyorokkan wajahnya yang monyok tadi. “Dengar cakap aku. Buat operation tu, sebelum apa-apa terjadi, okey?”
Riak Ariq berubah. “Ni yang aku malas nak dengar. Boleh tak jangan cakap pasal benda tu? Aku menyampahlah! Kalau dah ajal aku kena mati dulu, kau boleh halang ke? Takkan? Relax lha brader..” Ariz pula tertunduk. Kata Ariq bagaikan satu panahan baginya. Abang mana yang mahu melihat adiknya menderita. Abang mana yang tidak mahu melihat kebahagiaan adiknya. “Better kau relakan hati kau, sebelum aku yang heret kau masuk wad. Atau… kau nak aku tolong roger kat mama and papa pasal kondisi kau? Kau nak ke dia orang tahu pasal kau?”
Ariz berharap ugutannya terhadap Ariq akan berjaya. Lagipun, ini semua untuk kebaikannya juga. Ariq terdiam. Bengong punya abang! Kalau bab nak mengugut aku, memang superb! Mentang-mentanglah hati aku ni cepat lembut, cepat nak mengalah.., senang-senang je kau nak psycho aku! “Ye lah toyol! Aku buat! Aku buat! Tapi.., kena ada dua syarat..” “Okey, demi kau! Apa syaratnya?”
“First, kau jangan roger kat orang lain pasal benda ni. Second, aku akan buat, lepas kau kahwin! Dengar?” ujar Ariq dengan laju. Tersentap Ariz. “Kahwin? Demi kau, Ariq.. memang aku dah sedia nak sekatil dengan Saph. Tunggu masa je!”
“Dasar tak tahu malu!”

**********

Ariq tersenyum sendirian. Demi aku seh, Ariz kahwin dengan Saphire sebab nak aku buat pembedahan tu. Mati aku! Ariq bertawakal, di atas sejadah yang terbentang.

Ariq meneruskan kehidupannya dengan merenung kertas-kertas kerja yang berlambak di atas mejanya. Dasar Ariz! Pergi honey-moon lama-lama.. Kerja kat office ni aku jugak yang kena buat! Siaplah nanti bila kau dah balik! “Kau nak tenung kertas tu sampai kertas tu bercakap ke?” Rafi menegurnya. Ariq menjeling. “Kalau kau setakat nak tolong tengok je, tak payahlah.. Aku dah kusut nak bahagikan mana yang dah semak dengan yang belum semak ni..”
“Jangan risau.. jadual kau bulan ni padat. Dato dah suruh aku tolong kau buat kerja. Kerja-kerja penyeliaan tapak projek biar aku buat.. Bukan susah pun..” ujar Rafi. “Ooo.. pandai kau pilih kerja. Kerja yang senang je lah kau nak buat? Yang susah ni kau biarkan kat aku! Banyak kacak muka kau!”
“Chill lah bos! Aku gurau je! Ni nak aku bacakan ke schedule kau yang full ni?” soal Rafi. Ariq mengangguk perlahan sambil menandatangan beberapa keping cek yang hampir tamat tempohnya.
“30 September.., flight ke Melbourne.. seminggu..
27 September.., mesyuarat dengan syarikat Maju Berhad di Johor Bahru..
24 September.., mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan kekosongan jawatan Dato Azman dahulu..
20 September.., aku kena temankan kau ke Singapura.. sampai 23 Sept..
17 September.., today right? Aku kena temankan kau pergi Damansara, tengok projek yang bari siap last week. ”
“Apa yang jadi masa 19 September?” Rafi menyelak buku catatannya. “19… no anyhting, sir. Tapi, kalau tak salah, malam tu ada kenduri arwah Emy di rumah keluarganya.” Hati Ariq terasa sedih apabila mengenangkan kembali hal Emerald. 19 September.., birthday Emy.. 20 September, birthday Aryana.. Aduh! Ariq bangun dari duduknya. Dia memandang jam tangannya sekilas, 12.50 tengah hari. Alang-alang sangat! “Rafi, temankan aku shopping! Aku nak beli barang sikit!”

Ariq melangkah masuk dengan senyuman dibibir ke Memory Lane. Berharap akan sesuatu yang dapat mencuri hatinya untuk membeli. Dipandang satu-persatu teddy bear, bunny dan segala jenis teddy yang dipamerkan. Malang, satu pun tiada yang dapat memikatnya. Rafi menarik bosnya ke Hinode Shop pula. Senyumannya melebar apabila terpandangkan sebuah teddy bear gebu berwarna krim. Teddy itu memakai topi koboi berwarna coklat, dan di tangannya ada sebuah bantal berbentuk hati tertulis ‘hey, girl.., i’ll be with you forever… <3' Dah lah comel, gebu pulak tu! Eei.., jangan sampai aku terjatuh cintan dengan teddy ni pulak dah lerr.. Di sebelah malam pula, Ariq mengajak Kiki ke butik Guess. Dipilihnya sebuah blouse putih, dipadankan pula dengan sehelai selendang putih bercorak bunga-bungaan berwarna hitam dan kelabu untuk Aryana. Setapak dia keluar dari butik itu, pegangan beg kertas yang mengandungi blouse untuk Aryana tiba-tiba terlepas. ********** 9 pagi 19 September. Ariq tersedar dari tidurnya setelah dikejutkan beberapa kali oleh Rafi. "Dari pukul 8 aku kejut kau. Tak reti nak bangun ea?" "Hah? Kenapa aku tak sedar pulak? Apasal kau tak simbah air je?" soal Ariq yang masih terpinga-pinga. Terasa kesal pula kerana terlepas solat subuhnya. Segera dia turun dari katilnya lalu berlari masuk ke bilik air. Rafi hanya memerhatikan gelagatnya sebelum tolong mengemaskan katil tuannya itu. Rafi mengeluh panjang. Peluh di dahinya dilap menggunakan tisu yang dibekalkan di dalam kereta Ariq. Dia baru sahaja menghantarkan hadiah dari Ariq ke rumah Aryana. Apabila tiba di pejabat pula, dia dikejutklan pula dengan berita Ariq pengsan di bilik mesyuarat. Huru-hara pejabat itu seketika. Hidungnya berdarah pula, sehingga terkena lengan baju Rafi. Kebetulan Rafi ada menyimpan sehelai baju kemeja di dalam bonet keretanya. Dapatlah dia mengganti bajunya. Rafi naik ke tingkat 3 hospital semula untuk bersama dengan Encik Arman dan Ariz. Mereka berjalan mundar-mandir di hadapan bilik Ariq. Beberapa minit kemudian, Doktor Haikal keluar dari biliknya. "Tak ada cara lain, pembedahan mesti dilakukan." kata Carl. Rasa bersalah mengganggu dirinya apabila melihat kondisi rakan baiknya dalam keadaan yang teruk. Jantungnya semakin lemah berikutan tekanan yang semakin mandatang. "Bila?" soal Ariz keberatan. "ASAP. Tak boleh nak ditangguh lagi ni." Carl memandang wajah Encik Arman yang mula merisaukan keadaan anaknya. Hantu mana pulak rajin sangat bagi hadiah pagi-pagi buta ni? Menganggu ketenteraman awam betulah! Nasib baik hadiahnya besar, tak ada lah aku nak mengamuk sangat! Pergh... teruja.. teruja! Aryana mengomel sendirian. Hampir 8 minit Aryana asyik merenung pemberian itu. Masih memikirkan siapakah gerangan yang menghantarnya. Di atas permukaan hadiah itu, hanya tertulis nama Aryana. "Hisy... Siapa seh? Zorro ke? Doremon? Nobita? Ultraman? Atau Mimo Zibeng?" "Apa yang kau tenung hadiah tu? Bukaklah..." tegur kakaknya, Asyura, yang sedang berdiri di muka pintu. "Hisy, sabarlah. Manalah tahu, kot-kot dalam hadiah ni ada bom ke.., racun ke.., siapa yang nak tanggungjawab?" balas Aryana. "Eh, toyol! Hari ni kan birhtday kau! Buat apa pulak orang nak bagi kau bom and racun?" marah Asyura. Fikir macam budak-budak! Budak-budak pun tak fikir macam tu. "Nak kena bukak jugak ke? Now?" soal Aryana, masih ragu-ragu dengan isi kandungannya. "Then? Nak tunggu kau beranak pinak ke baru nak bukak? Now! Sekarang!" beta Asyura. Dengan perlahan-lahan, Aryana menarik reben merah yang mengikat kotak itu. Penutup kotak itu dibuka, kelihatan isi-isi di dalam kotak itu. "Wah.. white blouse! Siap dengan shawl lagi! Tengok! Teddy pun ada..." becok mulut Asyura berceloteh. Rasa teruja pula dia melihat pemberian adiknya itu. Aryana membelek blouse putih itu. Pandai pulak dia cari saiz. Mentang-mentang body aku sama macam adik dia! "Ada kad..." Asyura menunjukkan sekeping kad kecil di tangannya. Aryana pantas merampas lalu dibaca kandungannya. 'The way to show my love, me, Ariq, would like to invite you fora lunch at 2 pm, at Dream Heart Bistro. Kehadiran diwajibkan!' Bengong! Putus fius ke apa mamat ni? Ajak lunch? Orang lain dating pergi dinner. Ni dia ajak lunch? Aneh-aneh betul! "Laa.. lunch je? Aryn, pakailah baju ni masa lunch nanti." cadang Asyura. "Kena ke? Nanti dia gelak pulak!" "Hesy, apa yang nak digelakkan? Bukannya kau pakai baju koyak pun.. Pakai je lah sayang oi..." balas Asyura. Aryana menunduk. Sudahlah dirinya penyebab kematian Emy, kali ini dia akan keluar berdua pula dengan bekas teman lelaki Emy. Layak ke? ___ 2.15 pm, Mana Ariq ni.. Dah 15 minit aku tunggu. Tak pernah pulak dia lambat macam ni. Nasib baik ada teddy cute ni. Boleh dia temankan aku.. Hesy, apasal lah aku tengok teddy ni macam muka kau hah Ariq?! Atau aku je yang gatal nak terbayangkan muka kau? Tak pe lah.. Selagi teddy ni ada.., aku tunggu kau Ariq... Doktor Haikal dan beberapa doktor yang lain keluar dari dewan pembedahan. Masing-masing menunjukkan wajah hampa. Seorang jururawat keluar untuk mengejar Doktor Haikal. Encik Arman, Puan June, Rafi, Kiki, Saphire dan Ariz serta beberapa ahli lembaga pengarah yang turut hadir bingkas bangun untuk mendapatkan berita selanjutnya. "Macam mana?" "Kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia. Ini je yang termampu. Harapannya untuk bangun, tipis. 20-80. Semuanya bergantung kepada keupayaaan Ariq sendiri." terang Carl. Rasa bersalah kerana tidak dapat membantu rakannya itu. Ariz bagai nak pitam apabila mendengar berita itu. Tidak dapat dia membayangkan sekiranya adik kembarnya pergi dahulu sebelumnya. ___ "Hisy, mana seh Ariq ni? Dah 3.15 ni. Bula mata pun aku tak nampak! Sesat ke?!" bebel Aryana. Menunggu Ariq, 3 cawan air oren sudah kosong. Baru dia hendak mendail nombor Ariq, Rafi sudah menghubunginya terlebih dahulu. "Aryn, kau sibuk tak?" "Tak.. tak sibuk langsung! Weh, mana bos kau hah? Dah satu jam aku tunggu!"terjah Aryana. "Dia ada kata nak jumpa kau ke?" soal Rafi kembali tanpa menjawab soalan Aryana. "Yes, he did. Mana dia?" tanya Aryana lagi tanpa bersabar. "Dia... dia ada dalam bilik ICU. You do better come here now." kata Rafi teragak-agak. "Apa dia buat dalam ICU tu? Siapa sakit?" "Just come here. Tengok sendiri." balas Rafi. ******** Aryana terasa bagai mahu terjun dari bangunan atau meminum racun sebanyak mungkin apabila diberitahu pemergian Ariq, 5 minit sebelum ketibaannya. Matanya sudah bengkak kerana menangis tanpa henti. Ya, Tengku Ariq Rayyan sudah pergi menghadap ilahi, menemani Emerald di sana. Semasa dia tiba, selimut putih hospital sudahpun menutupi wajah Ariq. Apa yang mampu dilakukan hanyalah menangis. Rafi yang kebetulan berada disebelahnya terpaksa 'meminjamkan' bahunya kepada Aryana. Majlis tahlil berakhir. Aryana buat-buat sibuk di rumah keluarga arwah Ariq untuk melupakan kesedihannya. Hakikatnya, rasa sedih, pilu, kecewa masih melekat di hati. Sedang dia sibuk membasuh pinggan juga, air matanya tidak henti-henti berjurai. Entah bagaimana wajah Ariq boleh terbayang pada permukaan pinggan kaca itu. Teringat dia akan perbualannya dengan Kiki pada petang tadi, selepas majlis pengkebumian arwah Ariq. "Kiki... akak still tak faham." "Tak paham apa?" soal Kiki dengan lembut. Suaranya sudah serak, dek terlalu kerap menangis. Aryana faham, arwah Ariqlah abang yang paling faham dan masak dengan kerenah Kiki selama ini. "Apa dah jadi dengan Ariq sebenarnya?" Kiki merenung sejenak untuk 'mereka ayat' kepada Aryana. "Sejak kak Emy meninggal, abang mengalami kemurungan. Teruk jugaklah. Selalu jugak dia ulang-alik ke Ireland, sebab nak buat terapi. Lepas jumpa kak Aryana, hidup dia mula normal balik. Tapi, tekanan tu datang balik, lepas kes pecah amanah dalam syarikat. Siapalah nak terima bila dengar ahli keluarga sendiri yang buat pecah amanah tu..." ujar Kiki dengan panjang lebar. Amboi! Lajunya cerita! Tadi bukan main sedih... Aryana menggelengkan kepalanya. Pada masa yang sama, hatinya rasa pilu mendengarkan cerita tentang Ariq dahulu. Sebentar tadi, Kiki ada menyuruhnya membuka blog arwah Ariq. "Akak bukaklah blog arwah. Baca last post dia. Kiki rasa, post tu memang ditujukan untuk akak." Aryana pantas bangun dari tempat baringnya, lalu dia mencapai laptopnya yang disimpan di dalam laci. Hanya menekan URL blog milik Ariq, terus terpampang wall blognya. Air matanya automatik berjurai apabila terlihat gambar Ariq yang menyatakan pemilik blog tersebut. Segera dia membaca postnya yang terakhir. 'Gud Mornink M'sia.. Gud Mornink Villa Harmoni.. Gud Mornink all.. hati rasa bosan bila terjaga pukul 4 pagi ni.. mata susah nak lelap.. ala, nanti bila nak mati, mata ni susah nak bukak pulak.. haha >.< ya, aku kena redha dgn apa yg berlaku.. aku kena redha dgn penyakit yg aku alami.. aku redha.. aku terima.. jantung ni akhirnya akan berhenti jugak denyutannya.. tak kira aku hidup lama atau tidak.. Carl dah ckp, hidup ni tak lama.. kalau aku tak nak buat operation, lagi teruk pnyakit aku.. buat yg TERSAYANG, ilysm.. much much ever! aku mmtak maaf sbb rahsiakn hal ni drpd kw.. aku tak nak kw risau.. aku tak nak kw sedih.. aku tak nak kw menangis dgn apa yg akn berlaku nanti.. oh, lupa! esok birthday kw.. jgn risau.. aku dah belika hadiaf utk kw.. harap2 kw hargai pemberian aku.. bkn senang aku nak belikan org hadiah.. kali terakhir aku bagi hadiah, 2 tahun lepas.. birthday Emerald. :) :)
buat yg TERSAYANG..,
ada org roger kt aku, ada staff kw minat kt kw ye?
semuanya sebab aku nampak kw dgn dia lepas aku belikan blouse uuk kw..
jgn buat tak tahu je.. mana tahu, dia mmg jodoh kw..
mungkin aku tak dpt nak bahagiakn kw,
sebagaimana dia dpt bahagiakan kw..
aku rela lihat kw dgn dia bahagia..

aku terpaku melihat senyumannya...
sehingga membuatkn rasa cinta mekar di hati...
namun aku terpaksa merahsiakannya...
kerana aku tahu, ku bukan yg terbaik untuknya...

p/s: Ya Allah.. cuma satu permintaan terakhirku,
aku ingin melihat dia bahagia selamanya... <3 :)

Menangis Aryana tak terucap. Sedihnya terasa. Air mata tidak mahu berhenti keluar. Sedunya kian memuncak. Dasar kau Ariq! Kenapa kau rahsiakan semua dari aku?! Monyet! Macam mana pulak kau tahu si Adam, staff aku tu nak ushar aku?! Hati Aryana memarahinya. Apakan daya, kata-kata itu hanya kedengaran di hati. Kalaupun dia marah betul, mustahil Ariq boleh membalas kata-kata itu.

********

"Termenung lagi?" Sapaan itu membuatkan Aryana tersentak dari lamunannya. Isy, Adam ni. Kerja nak buat aku terkejut je! Nasib baik aku tak ada heart attack! "Kau jangan buat aku sentap lagi boleh tak?! Nak sangat tengok aku mati cepat ea?!"
"Laa... marah?! Sorry. Aku sedih lah tengok kau tenung kubur arwah tu lama-lama. Manalah tahu, kau asyik tenung je kubur tu, lama-lama boleh tembus kubur tu nanti!" seloroh Adam. Dengan tangan yang menyerupai ketam, tangan Aryana mencubit kuat pinggang Adam. Mengaduh kesakitan dia. "Kesian arwah.. mesti dia menderita dulu sebab selalu kena cubit!" gurai Adam lagi. "Eeeii...dah lah Adam! Masuk kereta cepat!" arah Aryana geram.
Sebelum dia melangkah pergi meninggalkan kubur arwah Ariq, Aryana sempat 'berpesan' dari hatinya..
"Aku pergi dulu. ILYSM... Tengku Ariq Rayyan!"

******** TAMAT********
p/s: tamat? sorry atas 'kelembapan' saye hantar cerita ni.. lama tunggu ea? sorry bnyk2.. semuanya disebabkan saye tak sempat nak siapkn cerita ni sebelum saye masuk asrama.. ye, i'm still a student. form 4 student. enjoy u'r reading keyh?! :) :) :)


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

25 ulasan untuk “Novel : Musuh vs cinta 17 ( akhir )”
  1. sha says:

    sad….:( sambung r lg citer ni…good story…

  2. nurul azmina says:

    sedih..tapi best…x sangka budak form 4 boleh buat novel sama taraf dgn penulis novel yg ade sekarang…teruskan usaha..buatlah banyak2..good story..:D

  3. abc says:

    npe mksud ILYSM??

  4. zezra says:

    Sedihnya…kenapa hero mati….nak nangis je nihhh….ape2pon best sgt2…;)

  5. zezra says:

    ILYSM is short form for i love you so much

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.