Novel : Opps! Pintu Hatiku! 26, 27

23 July 2010  
Kategori: Novel

Oleh : Noraz Ikha

Bab 26

HAKIMI menggenggam stereng keretanya erat-erat. Memang bosan apabila semua ahli keluarganya out station. Hanya dia yang menghuni rumah mewah milik ayah dan mamanya kini. Mungkin dalam sebulan dua barulah keluarganya itu pulang. Malas dia mahu menurut keluarganya itu. Lagipun, dia punya kerja yang banyak di dalam menguruskan cawangan syarikat milik ayahnya. Hai… bosan… bosan…!

Tiba-tiba dia teringatkan Tengku Anis. Seorang wanita moden yang hidupnya dikelilingi oleh kemewahan, fesyen, dan tren masa kini. Aduh… Kenapalah wanita itu patut hadir di dalam hidupnya? Sungguh-sungguh Hakimi rasa meluat apabila berhadapan dengan kelakuan gadis itu. Terlalu materialistik dan gemar mengada-ngada pula itu. Hatinya langsung tidak terpikat. Hakimi terpaksa melayan kerenah Tengku Anis dengan kasar. Dengan harapan Tengku Anis tidak akan mengganggu hidupnya lagi. Dia tidak suka.

Namun wanita itu dengan tidak tahu malunya akan terus mengejar. Eika, kenapalah kau biarkan diriku terseksa dan terkapai-kapai? Puas aku tercari-cari. Di manakah letaknya cintamu yang tulus itu. Dan apakah kau sudi menerima cintaku? Dari dahulu…. dari dahulu aku masih tertanya-tanya. Apakah jawapanmu? Aku tidak pernah menerima cintamu sejak lima tahun lepas. Mungkinkah kita hanya mampu berkawan sahaja?

Apakah kau benar-benar membenci diriku? Tapi kenapa? Aku tidak pernah berbuat salah pada dirimu. Jika adapun, salah aku dahulu hanyalah selalu bertikam lidah denganmu. Tapi… takkan kau tak faham maksud aku berbuat begitu? Apakah kau suka kalau aku bersama Tengku Anis? Dia cukup menyukaiku. Mencintaiku. Ahh…. bodoh! Bukankah Eika tidak kenal Tengku Anis?

Kereta mewah berwarna biru metalik yang sentiasa cantik itu mula membelok ke perkarangan rumah. Dilihatnya lampu di dalam rumah terang benderang. Huh!! Hakimi mengeluh keras.

Inilah situasi yang dia tidak gemar. Hakimi tahu pasti orang itu telah memasuki rumahnya. Sudah seringkali Hakimi memarahi dan menegur orang tersebut agar tidak memasuki rumah tanpa kebenarannya. Sudah seringkali juga dia mengingatkan guard rumah ini agar tidak membenarkan sesiapa masuk tanpa kebenaran. Namun orang itu terlalu hipokrit dan degil pada pandangan matanya. Tidak makan saman! Hakimi mendengus kasar. Dia juga sudah penat melarang pembantu rumahnya agar jangan melayan perempuan yang seorang itu..

‘Kalau Eika yang datang, tak apalah! He.. he… berangan pulak!’ Dalam pada itu sempat juga Hakimi berbisik nakal di lubuk hatinya.

Hakimi berjalan lambat-lambat menuju ke arah pintu masuk utama. Dia tidak mahu ada sesiapa yang menyedari akan kepulangannya. Dia akan cuba memboloskan dirinya terus ke dalam bilik beradunya. Biarlah orang itu menantinya hingga ke pagi. Dia tidak akan peduli. Lantak kaulah!

Baru sahaja tangannya mula menghampiri pintu, tidak semena-mena tombol pintu tersebut terpusing dan daun pintunya mulai terbuka dengan sendirinya. Aik? Sejak bila pintu ini jadi ajaib? Hakimi terperanjat bukan kepalang. Kemudian dia mula melangkah untuk masuk ke dalam. Namun sekali lagi pergerakannya terbantut dek kerana makhluk yang sudah tercegat lama di hadapan matanya. Cuma dia yang tidak perasan.

“Kimi! Kenapa You balik lambat sangat ni? Dah tiga jam I tunggu kat rumah You ni tau….! Hari pun dah lewat malam. You pergi mana tadi? Cepatlah masuk….!” Suara Tengku Anis dengan nada yang sengaja dimanja-manjakan separuh merajuk.

‘Cepatlah masuk konon! Banyak cantik muka kau! Ini rumah aku, bukannya rumah kau. Kau tu yang jadi tetamu tak diundang. Ada hati nak jemput-jemput orang masuk pulak. Perasan tak bertempat. Dah tiga jam tu, balik ajelah!’ Panjang lebar Hakimi mengomel di dalam hati sambil mengatur langkahnya.

“Kenapa kau datang sini?” Soal Hakimi pantas. Tak kuasa dia mahu berdolak-dalih lagi dengan wanita itu lagi.

Tengku Anis memandang manja ke arah wajah Hakimi. Badannya sengaja dirapat-rapatkan ke arah lelaki tersebut. Hakimi meluat. Terasa seperti mahu muntah pun ada. Rimas pula dia dibuatnya.

“Hai… Takkan saje-saje I nak datang sini pun dah tak boleh kot?” Sindir Tengku Anis dalam rengekannya yang seperti budak kecil itu.

“Bukannya tak boleh. Tapi aku rasa tak elok. Lagipun sekarang ni bukannya family aku ada. Tak manis kalau dipandang orang nanti. Silap hari bulan kena ‘tangkap’. Tak ke naya kita?” Hakimi menegur dengan perasaan yang tertahan-tahan. Dia semakin rimas dan amat berharap agar Tengku Anis cepat-cepat menghilang daripada pandangan matanya.

Tengku Anis hanya mencebikkan bibirnya. Bagi pihak Tengku Anis pula, semasa ketiadaan keluarga Hakimi inilah waktu yang memberinya lebih banyak peluang. Ya, peluang untuk mendampingi pemuda tampan itu dengan lebih rapat lagi. Jika keluarga Hakimi ada di rumah, pastilah Tengku Anis perlu menjaga tatasusilanya. Ahh… bosan! Ternyata dia memang hipokrit.

Meskipun Hakimi berasal daripada keluarga yang kaya raya, dia tidak pernah cuba meninggi diri. Malah, ayah dan mamanya juga tidak melarang jika dia mahu berkawan dengan sesiapa sahaja yang dia suka. Tidak kiralah apa pun taraf dan darjatnya.

Pandangan keluarga yang serupa itulah yang sering menaikkan semangat Hakimi. Menyemarakkan semangat lelakinya untuk terus memancing hati Eika. Dia pernah mendengar khabar angin yang mengatakan Eika juga anak orang berada sewaktu di sekolah dahulu.

Namun dia tidak tahu sejauh manakah kebenarannya. Secara senyap-senyap dia pernah melihat rumah kediaman Eika. Kelihatan sederhana tetapi unik dan istimewa. Hakimi tidak menafikan suatu masa dahulu keluarganya pernah lupa diri. Namun ternyata Tuhan masih sayang dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kedua-dua orang tuanya.

“Alah You ni, suka sangat marah-marah I tau!”

Ohh… Hampir-hampir Hakimi terlupa akan kewujudan Tengku Anis. Nampaknya terlalu jauh dia mengelamun seorang diri.

“Baiklah Tengku Anis Shaziyana. Sekarang aku tengah sibuk. Boleh tak kau tolong jangan ganggu aku? Aku nak bersendirianlah. Please!” Pinta Hakimi seraya menarik tangan Tengku Anis ke arah pintu rumah.

“Sibuk apa malam-malam buta ni?” Tengku Anis rasa tidak puas hati.

“Adalah. Maaf ya, Nis!”

Tengku Anis tidak berpeluang untuk mengelak. Dia terpaksa menurut kehendak Hakimi. Riak wajahnya jelas menggambarkan perasaan marah dan geram kerana tindak balas yang diberikan oleh Hakimi kepadanya tidak seperti yang diharapkan.

Sebaik sahaja Tengku Anis sudah berada di luar, Hakimi cepat-cepat menutup pintunya kembali. ‘Lantaklah kau nak balik naik apa. Tak kuasa aku nak hantarkan. Pandai datang pandailah balik!’ Hakimi membuat keputusan sendiri.

Lantas langkahnya dihayun menuju ke kamar bujangnya. Dia mahu menenangkan otaknya yang kini sedang berserabut. Lega sedikit rasanya kerana perempuan penyibuk itu sudah tiada lagi. Sesekali, terbit juga perasaan bersalah kerana layanan kasarnya terhadap gadis tersebut. Namun, apa boleh buat. Dia tidak mampu untuk berlembut dengannya. Nanti naik ke kepala pula perangai meluatnya itu. Hakimi terpaksa…. demi kebaikan.

Bab 27

“OOO… Begitu ceritanya ya. Eee… tak malu betullah perempuan tu. Cantik sangat ke muka dia, Sue?” Eida bertanya ghairah.

Sue hanya mencebikkan bibirnya. Manakala Lizz pula kelihatan menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak menyenangi sikap wanita yang telah menyerang Sue tempoh hari. Suehaila Syakilla Restaurant ditutup sebentar pada hari ini bagi menyelesaikan masalah Sue.

“Cantik sebab pakai bedak 6 inci. Make up dia tebal mengalahkan artis popular. Siti Nurhaliza pun tak pakai macam itu!” Suara Sue meluahkan apa yang terlintas dibenak fikirannya.

Mereka sedang menanti kedatangan wanita yang masih belum diketahui siapakah namanya itu. Ini kerana, wanita tersebut telah berjanji untuk menemuinya semula pada hari ini.

“Sorrylah everybody! Kita orang lambat sikit. Reza belum sampai lagi ke?” Tiba-tiba terdengar suara teguran dari Sheila dan Eika hampir serentak. Kelihatan nafas mereka agak termengah-mengah sedikit. Mungkin letih memandangkan mereka kelam kabut semasa hendak ke Suehaila Syakilla Restaurant sebentar tadi.

“Belum lagilah. Reza datang dengan Kimi dan Hazami tulah agaknya. Perempuan gila tu pun tak sampai-sampai lagi. Takut kot. Ha… ha…” Teka Lizz mewakili Sue.

“Hah? Takut? Hari tu bukan main garang lagi. Tak ubah macam singa betina,” kata Sue.

Kelihatan Sheila dan Eika terjenguk-jenguk ke arah dapur. Sementara mata mereka pula pantas melilau seperti sedang mencari-cari sesuatu.

“Ooii! Macam pencurilah kau orang ni! Kalau ya pun nak mencuri, janganlah depan tuannya oii. Apalah!” Sergah Eida kepada mereka.

Eika dan Sheila tersengih seperti kerang busuk.

“Bukan nak curilah. Dari tadi, aku tak nampak si Atin pun. Mana dia?” Soal Eika pantas.

“Oh, budak butik tu yek? Macam tau-tau ajelah kau orang berdua ni ya. Memang pun dia tengah mencekik kat dapur tu!” Jawab sue.

“Mencekik? Bukan cekik orang kan?”

“Hissyh! Takkanlah cekik orang. Cekik makananlah. Apa-apalah otak kau orang ini,” Lizz membetulkan keadaan.

“Hoi… amboi-amboi, sesedap rasa je kau orang panggil aku budak butik ya. Aku ni bos butik tau. Nanti aku betul-betul cekik orang kang baru tau. Kau orang nak tempah baju pengantin ke?” Suara Atin yang tiba-tiba muncul dari arah dapur.

Tangannya masih memegang sebungkus makanan ringan. Mereka tertawa serentak melihatkan mulut Atin yang agak comot. Memang sudah menjadi tabiatnya sejak dari bangku sekolah. Atin suka makan tetapi tidak pula gemuk-gemuk. Baguslah kalau macam itu.

Ramai yang jealous melihat berat badan Atin yang tidak naik-naik. Tidak kurang juga ada yang cuba mendapatkan tips kurus daripada Atin. Dan setiap kali Atin berhadapan dengan pertanyaan itu, dia akan tergelak-gelak. Namun dia tetap juga memberikan tips. Tips yang direkanya sendiri. Entah kan berkesan ke entah kan tidak. Lantaklah….

“Buat apa kita orang nak tempah baju pengantin. Yang kena tempah baju pengantin itu ini ha…. budak depan aku,” ujar Sheila. Mulutnya dimuncungkan ke arah Sue.

“Alah… kalau dia tak payahlah nak tempah-tempah. Dia tak tempah pun, memang aku dah sediakan baju pengantin untuk dia. Eh, perempuan tak tahu malu tu dah datanglah!” Tiba-tiba Atin terjerit.

Seragam mereka berpaling ke arah yang ditunjukkan oleh Atin. Memang benar. Kelihatan dua orang wanita sedang berjalan ke arah mereka dengan gaya yang sungguh meluatkan. ‘Aik, hari tu datang seorang. Hari ini dah bawak sekutu pulak. Tak boleh jadi ini,” desis hati sue.

‘Si Reza ni mana pulak perginya? Susahlah masalah ini nak selesai kalau dia tak datang!” Detik hati Eika pula. Dia memang tidak suka jika rakannya menjadi bahan permainan orang.

“Hoi, budak perasan!! Aku datang kali ini nak menuntut balik hak aku. Kaulah betina tak tahu malu! Perampas suami orang!” Tanpa menunggu lagi wanita tersebut terus menghamburkan kata-kata kesat. Serta-merta dada Sue berombak kencang. Darahnya terasa menyirap sampai ke kepala. Marah memang tidak boleh dinafikan lagi.

“Hei! Siapa yang merampas siapa ni? Kau atau aku? Eh, cerminlah sikit diri itu dulu!”

“Amboi, dah pandai melawan pulak betina ni ya! Hoi… aku ini isteri dia. Si Reza tu, hak aku tau tak? Hak aku! Kau tu siapa?” Tengkingnya lagi.

“Cup… cup…. Nanti dulu! Sabar. Eh, Eika, Atin, kau orang perasan tak, perempuan yang seorang lagi ini macam kita pernah nampaklah. Ha… dia inilah yang marah-marah masa kat butik Atin dulu kan?” Tiba-tiba Sheila mencelah. Eika dan Atin saling berpandangan.

“Eh, betullah. Patutlah kawan dia pun kurang ajar. Perangai dia pun serupa jugak. Dua kali lima sama dengan sepuluh aje diorang tu,” balas Atin. Mereka yang lain hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda menyokong kata-kata Atin. Kecuali dua orang wanita asing itu.

“Hei, tengok tu! Dia orang dah sampailah!” Teriak Eika.

Sekalian manusia yang berada di dalam restoran tersebut menoleh ke arah pintu utama. Kelihatan Hakimi, Shahirul Hazami, dan Reza sedang menolak daun pintu. Sue, Eika, Atin, Lizz, Sheila, dan Eida berasa lega dengan kehadiran tiga orang jejaka tersebut.

Dengan tidak semena-mena, dua orang wanita yang sedang sibuk mengatur kata itu berubah wajah. Riak wajah mereka jelas mempamerkan rasa takut dan serba tidak kena. Namun mereka cuba menyembunyikan perasaan dengan berlagak seperti biasa. Tetapi perubahan itu masih dapat dikesan oleh enam sekawan yang berdiri tidak jauh daripada mereka.

“Eh, apa hal ni? Apa dah terjadi? Kenapa terburu-buru suruh aku datang sini?” bertalu-talu soalan keluar daripada mulut Reza.

“Hah…. nak buat-buat blur pula. ‘Isteri’ dah ada depan mata pun tak ‘nampak’?” Getus Sue kurang senang. Tangannya pantas disilangkan memeluk tubuh. Sengaja dia menduga Reza.

“Eh, Reza! Rupa-rupanya di dalam diam kau cuba jadi duri dalam daging ya?” Tegur Lizz. Sengaja ditinggikan nada suaranya. Matanya pula dijegilkan.

Reza terpinga-pinga. Tidak mengerti mengapa Lizz mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa terhadap dirinya. Dahinya dikerutkan sambil memandang Shahirul Hazami dan Hakimi di sebelahnya. Shahirul Hazami yang sememangnya tahu situasi sebenar hanya membatukan diri. Tidak mahu masuk campur. Lain pula keadaannya dengan Hakimi. Hakimi masih tidak tahu akan cerita sebenar. Bingung.

“Apa kau cakap ini, Lizz? Duri dalam daging? Aku?”

“Ini ha! Depan mata kau ni! Tak nampak?” Sergah Eika pula. Sue hanya senyap meskipun perkara ini merupakan masalahnya. Inilah untungnya jika mempunyai sahabat-sahabat yang memahami.

Spontan Reza beralih pandang kepada dua orang wanita yang dimaksudkan. Perbuatan itu diikuti oleh Shahirul Hazami dan Hakimi. Reza bertambah hairan dan bingung. Hakimi berasa terkejut bukan kepalang. Biji mata Hakimi tepat memanah ke wajah mereka berdua.

“Anis…?”

“Apa kau kata tadi Kimi? Anis? Kau kenal ke dia orang ni?” Pantas Sheila bertanya. Mendengarkan pertanyaan Sheila itu Hakimi tersentak seketika.

“Apa yang sebenarnya berlaku ni? Bingung… bingung! Tak pasal-pasal je aku kena marah. Aku jadi mangsa ini. Aku dah buat salah ke, Sue? Bukankah rancangan masa depan kita berjalan dengan lancar? Tak ada angin tak ada hujan, tiba-tiba ribut pulak ini kenapa?” Luah Reza tidak tertahan lagi. Begitu banyak persoalan yang kini membelenggu fikirannya.

“Abang Reza… you dah tak kenal I lagi ke? Sampainya hati you…” Tiba-tiba salah seorang daripada dua orang wanita itu bersuara manja sambil berjalan ke arah Reza.

Terperanjat Reza dibuatnya. Serta merta dia mengerutkan keningnya seolah-olah sedang berfikir sesuatu.

Sue semakin berdebar-debar sambil cuba melihat reaksi Reza. Sungguh dia tidak dapat menerima hakikat jika benarlah wanita itu ialah isteri kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya sendiri. Eida yang duduk di sebelah Sue cuba menenangkan hati Sue yang sedang dilanda resah. Bahu sue dipegangnya erat seolah-olah seorang ibu yang sedang melindungi anaknya daripada ketakutan.

Tanpa diduga tiba-tiba sahaja Reza tersenyum sinis. Terbeliak biji mata masing-masing kecuali Hakimi.

“Eh! Kalau tak silap, you ni Zarinah kan? Apa yang you buat kat sini?” Ujar Reza kemudian. Zarinah hanya mendiamkan diri sambil menundukkan kepala.

“Sue, kau jangan salah faham. Si Zarinah dengan Anis ni ialah kawan seuniversiti kita orang!” Jelas Hakimi.

“Ya? Reza, kalau kau nak tahu, perempuan yang namanya Zarinah ini sudah membuat pengakuan tau. Kau masih nak rahsiakannya lagi??” Ternyata Sue sudah tidak dapat bersabar lagi. Mahu tidak mahu dia harus bersuara membongkarkan kebenaran.

“Pengakuan apa pulak ni, Sue?”

“Heh…! Diakan ‘isteri’ kau?” Terang Sue dalam nada menyindir.

“Reza… I…” Tiba-tiba Zarinah mahu bersuara. Namun suaranya terhenti sekerat jalan. Wajahnya kelihatan pucat.

“Apa yang kau orang repekkan ini? Dia ini… sejak bila pulak jadi isteri aku? Aku cuma suka kat Sue seorang aje dalam dunia ini tau!” Reza mempertahankan dirinya daripada tuduhan yang melulu itu

Tengku Anis mendekati Zarinah. Mereka berdua sememangnya bersahabat baik. Sebenarnya sikap Zarinah tidaklah seteruk Tengku Anis. Cuma kini dia semakin terpengaruh dengan sikap buruk sahabatnya itu.

“Jadi…. kau belum kahwinlah?”

“Bila pulak aku kahwin? Hei Zarinah! Apa yang kau dah cakap kat Sue, hah??” Herdik Reza.

“Aku… aku… Anis…” Tergagap-gagap suara Zarinah.

“Tengku Anis? Eh Anis, kau jangan cuba-cuba nak buat sembarangan ya! Ooh… kau cuba nak memecah belahkan hubungan Reza dengan Sue ya? Hah? Tak puas-puas hati lagi dengan apa yang kau dah buat selama ini? Kau cuba pengaruhi ayah dan mama aku, sekarang kau cuba pengaruhi Zarinah pulak? Eh, perempuan jenis apa kau ini hah? Cukup-cukuplah tu Cik Anis oii!” Marah Hakimi panjang lebar.

Kelihatannya Tengku Anis seperti tidak mempedulikan kemarahan Hakimi. Malah dia terus berpaling ke arah lain.

“Baiklah, cukup setakat ini wahai Encik Hakimi. Aku dengan cara aku, kau dengan cara kau yang kolot tu. Awas ya!!” Balas Tengku Anis lantas menarik tangan Zarinah mahu keluar dari Suehaila Syakilla Restaurant.

Reza terus menghampiri Sue. Digenggamnya bahu Sue erat-erat. Beransur-ansur hati Sue yang panas sebentar tadi menjadi sejuk. Eika tergesa-gesa bangkit dari tempat duduknya tatkala menyedari Tengku Anis dan Zarinah mula mengorak langkah.

Amboi…. kau orang ingat senang-senang kau orang boleh keluar dari tempat ini. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia menyumbatkan mereka berdua itu ke dalam peti ais. Biar beku jadi patung. Kih… kih…kih… masih sempat lagi Eika berfikir seperti itu. Dia ketawa di dalam hati sambil mengenangkan apa yang sedang bermain-main di dalam fikirannya nakalnya saat itu. Kini tibalah saat untuk dia melaksanakan rancangannya sendiri. Biar padan muka dengan Tengku Anis dan Zarinah. Eika mahu memberi sedikit pengajaran.

“Eh… eh… eh…. nanti dulu! Siapa bagi kau orang berdua kebenaran untuk keluar dari restoran ini hah? Kau orang tak nampak ke pintu itu berkunci… tak nampak? Nak aku bagi cermin mata besar? Or nak aku bagi contact lense? Meh sini patah balik!” Tegur Eika dengan suara yang agak lantang. Terkejut Tengku Anis dan Zarinah. Serta merta pergerakan mereka terhenti.

“Aku kata datang sini. Bukan suruh tercegat kat depan pintu itu!” Eika meninggikan suara. Ewah… dah terasa macam bos pulak ini. He he he…

Tengku Anis dan Zarinah tetap tidak bergerak. Eika dapat melihat riak wajah Tengku Anis yang sedang mencebikkan bibir. Sudah serupa macam bibir itik. Muncung benar. Eika tahu bukan mudah untuk membuatkan Tengku Anis mengikut arahannya. Zarinah pula sudah pasti hanya mengikut jejak langkah Tengku Anis. Agaknya jika Tengku Anis terjun ke dalam sungai pun Zarinah mahu mengikutnya.

“Tak apa. Kalau tak nak datang sini pun tak apa. Kau orang berdirilah kat situ sampai penat,” sambung Eika lagi. Rakan-rakannya hanya menjadi penonton. Mereka tidak sabar mahu menyaksikan apakah yang bakal Eika lakukan.

“Cepat buka kunci pintu ini. Aku tak ada masa nak layan kau oranglah!” Tengku Anis melenting.

“Ewah… bukalah sendiri. Ha ha ha… tapi kau orang tak ada kunci kan? Kesiannya. Kau orang ingat boleh senang-senang nak keluar dari sini? Kirim salam. Sekejap ya!” Eika menulis sesuatu di atas kertas. Sudah merah padam wajah Tengku Anis dan Zarinah menahan perasaan marah.

“Sekarang, aku nak kau orang baca apa yang aku tulis kat kertas ini,” arah Eika sambil menayangkan kertas yang berada di tangannya.

Spontan biji mata Tengku Anis dan Zarinah menjadi kecil. Mereka tidak pernah menduga Eika akan bertindak begitu. Begitu juga dengan rakan-rakan Eika yang lain. Tiada siapa yang dapat menduga. Memang sudah lama Eika berhajat mahu ‘membelasah’ Tengku Anis. Tidak sia-sia malam tadi dia memikirkan rancangan nakal untuk mengenakan musuh perkahwinan Sue. Tidak sangka pula musuh itu merupakan sahabat Tengku Anis.

“Ingat cantik sangat tulisan kau itu? Sudahlah tulisan kecil,” kutuk Tengku Anis. Zarinah hanya mendiamkan diri.

“Cantik ke…. tak cantik ke…. kau orang tetap kena baca. Inilah kunci untuk kau orang keluar dari tempat ini,” balas Eika. Dia tidak peduli dengan kutukan yang baru dilemparkan oleh Tengku Anis. Tangannya terus menayang-nayangkan kertas tersebut. Sudah kelihatan seperti promoter pula gayanya itu.

Tengku Anis dan Zarinah saling berpandangan. Perlahan-lahan mereka berdua melangkah mendekati Eika. Tangan Zarinah mula bergerak mahu mengambil kertas tersebut.

“Opps! Jangan sentuh. Baca aje! Kau dan kau a.k.a Tengku Anis dan Zarinah, baca sama-sama. Kuat-kuat” Eika memberi amaran dan arahan. Sekali lagi pergerakan Zarinah terbantut dek kata-kata Eika itu.

“Hei! Kau ingat kita orang ini budak tadika ke?” Tengku Anis mendengus kasar.

Rakan-rakan Eika mula ketawa di dalam hati. Eika juga sudah terkekeh-kekeh ketawa di dalam hati. Sedaya upaya dia cuba menahan perasaan geli hati. Aku akan ajar kau orang kali ini! Eika terus berdesis di dalam hati.

“Eh… eh… aku tak pernah kata pun kau orang budak tadika. Baca cepat kalau nak keluar dari sini,” desak Eika lagi. Sekali lagi Tengku Anis dan Zarinah saling berpandangan. Dan beberapa saat kemudian Tengku Anis dan Zarinah mula membaca.

“Kami minta maaf. Kami takkan buat lagi. Kalau tidak kami akan…..” bacaan mereka terhenti setakat itu.

“Teruskan ayat itu! Ulang sekali lagi” Tegur Eika sambil mengerutkan kening. Tengku Anis dan Zarinah berpandangan sekali lagi sebelum mengulangi apa yang telah ditulis oleh Eika di atas kertas.

“Kami minta maaf. Kami takkan buat lagi. Kalau tidak kami akan dipanah petir!” Akhirnya Tengku Anis dan zarinah berjaya juga menghabiskan ayat tersebut.

“Bagus. Pandai pun! Aku nak kau orang baca kuat-kuat semua yang aku tulis ini sebanyak lima kali. Cepat!” Eika memberikan arahan baru.

“Mengarut!!” Tengku Anis menjerit marah.

“Nak keluar ke tak??” Sengaja Eika menyakat Tengku Anis.

Nanti kau Eika, suatu hari nanti aku akan kenakan kau balik. Tak apa…. hari ini hari kau. Apabila tiba hari aku nanti, nahas kau aku kerjakan!


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Opps! Pintu Hatiku! 26, 27”
  1. lynn says:

    Jaga-jaga Ika ,Tengku Anis pasti akan membuat serangan hendap.

    Next,next,next dah rasa mcm cerita thrill lak. Best,best tak sabar nak tunggu sambungannya.

  2. anum93 says:

    hahahahaha….. 😆 😆 😆
    klakar r eika tue…
    pdan muka tngku anis n zarinah…

  3. soffi says:

    hihii..kelakar la c eika 2..cpt smbg 😉

  4. elle says:

    hehe.. oklah jugak cerita nie.. lucu pun ada… tak sabar nak tau cerita selanjutnya..

  5. Siti Soleha Yahaya says:

    hehehe…
    cam perangai budak2 lak Eika nih….
    Best….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.