Novel : Percaturan hidup 1

21 November 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : QASEH MADENA

seusai solat subuh, kurnia mempersiapkan makanan untuk adik-adiknya. begitulah rutin harian kurnia saban hari. mak kurnia, selepas subuh lagi sudah keluar pergi menoreh getah. kehidupan mereka yang susah tidak mematahkan semagat kurnia dan keluarga untuk meneruskan hidup.

kehidupan mereka sekeluarga seringkali diuji. di usia kurnia 8 tahun, kurnia diuji dengan pemergian ayah tercinta. bukan setakat itu sahaja, mak kurnia terpaksa pula berhutang semata-mata mahu melihat anak-anak pergi ke sekolah seperti anak-anak yang lain. abang hadi, abang sulung kurnia sudah 3 tahun tidak pulang menjenguk mereka di kampung.pada mula,katanya hendak mencari kesenangan untuk mereka .tapi, sehingga ke hari ini hanya penderitaan yang di tanggung oleh keluarga itu.

setelah nasi lemak dan air kopi terhidang di atas meja, kurnia naik ke atas rumah untuk kejutkan adik-adiknya yang masih tidur. pintu bilik di ketuk beberapa kali. namun tiada sebarang respon. kurnia masak benar dengan perangai adik-adiknya. selagi air tak di simbahkan ke muka masing-masing selagi tu lah adik-adiknya tak bangun.

“hah!” zarif tersentak… baru sahaja dia termimpikan puteri idamannya. zarif mengosok-gosok matanya yang sedikit kabur.

“apa akak ni…kacau betul la.”

” o..kacau, kejukkan adik-adik cepat!. ” arah kurnia dengan mencekak pinggang.
zarif akur dengan arahan kakaknya. shauqi dan soffi di kejutkan. kedua-dua kembar itu, bangun hampir serentak setelah di kejutkan oleh zarif. gelagat bersehaja dua kembar mencuitkan hati zarif.

” Alah… balik-balik nasi lemak. akak ni tahu masak nasi lemak je ke.?” zarif merungut apabila membuka tudung saji di atas meja .
manakala si kembar sudah siap dengan pakaian seragam sekolah mereka.

” Amboi… kita masak untuk dia penat-penat, bukannya pandai bersyukur. merungut je tahu.”
selepas makan, zarif dan si kembar berangkat ke sekolah. Alhamdulillah, zarif di hantar ke sekolah agama yang berdekatan dengan kampung itu. manakala si kembar pula di hantar ke sekolah rendah.
manakala kurnia pula, baru sahaja menamatkan persekolahan di sekolah menengah agama yang sama dengan tempat zarif menuntut sekarang. sekarang dia sedang bekerja sebagai guru kafa sementara di sebuah sekolah berdekatan kampungnya.

pengorbanan mak begitu besar untuk mereka. tiada erti penat dalam kamus hidup ibu tunggal seperti mak cik esah. kadangkala, jiwa juga meruntun kerana terpaksa melihat anak-anak hidup dalam kesusahan. namun kekuatan dan semangat arwah suaminya di ambil demi melihat anak-anak berjaya. pernah sekali dua kurnia melihat air mata ibu nya mengalir di pipi wanita itu.
kesusahan hidup menjadikan kurnia berdikari dan tekun untuk mencapai cita-citanya.
…………………………………………………….

getah di pungut dari satu pokok ke satu pokok. matahari terik yang tegak di atas kepala sedikit pun tidak menjadi satu halangan buat wanita itu.
setelah selesai memungut getah pada sebaris pokok getah, mak cik esah berehat sebentar.nasib baik, haji deraman berbaik hati mahu mengajikannya menoreh getah di kebun seluas sepuluh hekar ini.
kadangkala, haji Deraman bermurah hati menghulurkan bantuan kepadanya sekeluarga. rasa bersalah juga ada setiap kali hajah kasmah isteri haji deraman sering menuduh dia ada hubungan dengan suaminya .

” kau fikir apa ,esah.? kau ada masalah ke.?.”
suara Haji Deraman yang muncul tiba-tiba memerajatkan mak cik Esah. dadanya di urut beberapa kali. terkejut barangkali.

” Haji ni, terkejut aku. Haji dari mana.?”

” Aku datang pun kau tak sedar.kau ada masalah lagi ke.?” Haji deraman tidak menjawab seolan mak cik esah. sebaliknya soalan di balas dengan soalan.

” tak ada apa Haji. merenung nasib aku. kalaulah esok lusa tuhan ambil nyawa aku .tak ada, siapalah yang nak tengokkan anak-anak aku. ” mak cik esah mengeluh. Haji Deraman juga tempat dia meluahkan.

” ishhh..kau ni ,esah. tak baik cakap macam tu…”

” aku bukan apa, Haji.. aku rasa hidup aku dah tak lama lagi kat dunia ni.”

” kau dah bagitahu anak-anak kau dah ke pasal penyakit kau.?”
mak cik Esah mengeleng. tak sanggup dia melihat anak-anaknya hidup dalam keadaan tertekan sebaik sahaja mengetahui tentang penyakit yang dihidapinya. Mak cik esah mengidap penyakit kenser hati sejak satehun yang lalu.hanya haji deraman sahaja yang mengetahui tentang penyakit Mak cik Esah. itu pun kerana mak cik Esah pernah pengsan di dalam kebunnya.

“kenapa kau masih nak rahsia kan lagi tentang penyakit kau.?”

” Aku tak nak anak-anak aku rasa tertekan. biarlah…”

” Aku kagum dengan kau , Esah. kau besarkan anak-anak kau dengan tulang empat kerat kau. Hadi ada telefon kau.?”

” Ada.. katanya… minggu ni dia tak dapat masukkan duit. Bos dia potong gaji sebab lambat datang kerja.”

” Hadi pun satu, elok-elok kerja kampung… nak juga kerja kat bandar tu. kalau dia kerja dekat kampung ni kan senang. boleh juga dia tengok-tengokan kau.”

” Tak apa lah Haji.. Ashaaf bila nak balik.? aku dengar dia dah habis belajar. rindu benar aku dekat dia.” Ashaaf anak tunggal Haji Deraman yang menutut di University Al Azhar sudah di anggap seperti anaknya.rasanya, Raya tahun sudah dia dah balik.

” Insyallah, minggu depan balik lah dia. EH, lupa pulak aku.aku datang ni, nak jemput kau anak beranak datang kenduri kesyukuran anak aku Ashaaf. harap kau dapat datang.”

” Insyallah, aku akan datang.”
………………………………………………..

” Mak!Mak!” beberapa kali kurnia melaungkan nama mak cik Esah.perasaan gembira ingin segera di kongsi dengan maknya.
mak cik Esah yang sedang duduk berehat atas pengkin segera bangun mendapatkan satu-satunya anak daranya.

” Kurnia dapat sambung belajar dekat University. ” ceria Kurnia sambil menujukan surat tawaran yang baru dia dapatkan di dalam peti surat.

” Alhamdulillah… ” dahi dan pipi anaknya di kucup beberapa kali. sesungguhnya, impianya sudah tercapai untuk melihat anaknya berjaya.

“Kurnia janji dengan mak akan belajar bersungguh-sungguh.” tutur Kurnia dalam linangan air mata. air mata kegembiraan.
mereka berpelukan dalam linangan air mata..


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.