Novel : Pilihan Mama 22

23 July 2010  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Umie Nadzimah

BAB 22

” Hello, Haaa….Aliah, ada hal penting ke ? .Saya ada mesyuarat kejap lagi”.

” Encik , Dato’ Seri Khalid, salah seorang ahli Lembaga Pengarah Syarikat, datang ke jabatan sebentar tadi. Dia nak jumpa encik , macam urgent saja. Dia minta saya tanya bila encik free, dia nak ajak dinner”.

” Kenapa pula Aliah ?. Bukankah jabatan kita tak ada kena mengena dengan urusan dia?”

” Entah …..Saya pun tak ada idea kenapa ? Berkenaan dengan dinner tu, bila encik boleh ?. Saya kena bagi jawapan kejap lagi. Macam tegas saja orangnya, naik takut saya tadi encik”.

” Hissh….You.. ni, Aliah….macam-macam. You letak saja mana-mana tarikh yang sesuai dengan dia . Minggu ni, waktu malam I okay, tak ada apa-apa program. Tapi I ragu-ragulah……apa agenda dia….. ya ? Anyway, you buat sajalah dinner appointment tu, tak payahlah fikir yang bukan-bukan. Selebihnya biarlah I fikirkan”.

Ligat kepala aku memikirkan apa sebenarnya alasan Dato’ Seri Khalid ini ingin bertemu . Kalau berkenaan kerja , rasanya tidak bersangkut paut dengan dia. Walaupun dia salah seorang pemegang saham syarikat di Malaysia, tetapi sebarang arahan di bahagian jualan , tidak boleh dilakukan olehnya. Malah di bahagian-bahagian lain pun, dia tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan, kerana syarikat ini terdiri dari beberapa orang pemegang saham , termasuk syarikat pelabur luar negara.

Kringg! Kring ! Berdering lagi telefon bimbit, dengan paparan perkataan “office” di skrinnya, bermakna dari Aliah lagi. Apa lagi yang hendak di beritahunya. Ini adalah kali ketiga dia menelefon pagi ini . Nasib baik juga sesi taklimat yang aku lakukan di outlet luar ini singkat sahaja. Jika tidak, pasti menganggu kelancarannya.
” Apalagi Aliah…..You dah rindu sangat dengan .. I.. ke ?”

” Ha..ha..ha, encik Aiman, ni pasal kursus di Switzerland tu, encik dah bagi jawapan ke ?”.

” Belum lagilah Aliah…..I tengah fikirkan ni”.

” HR perlukan urgent encik. By today. HQ Zurich dah bising-bising”.

” Bising apanya?. Dia orang baru confirm dengan I semalam. I perlu masa juga nak fikir. Tiga bulan Aliah ……I ni memanglah belum kahwin , tak payah fikir hal anak isteri, tapi mama I tu…. kena difikirkan juga.Siapa pula nak tengok-tengokkan dia. Kejap lagi, I baliklah ke office uruskan perkara ini. You jangan risau”.

Dari Kelang, aku bergegas ke pejabat di ibu kota, semata-mata hendak mengesahkan kehadiran kursus di Switzerland itu. Ini kursus wajib, arahan dari ibu pejabat di sana. Tidak boleh menolak. Selesai mengisi borang disertakan dokumen-dokumen yang perlu, aku turun ke tingkat tujuh untuk menghantarnya sendiri ke bahagian sumber manusia. Malas menyusahkan Aliah yang nampak sibuk dengan kerja-kerjanya sendiri.

Namun, hajat hati untuk sambil menyelam ,dapat juga minum air. Walaupun melalui hari-hari yang sibuk, aku teramat rindu untuk melihat Adila. Dengan menghadirkan diri ke tingkat pejabatnya, dapat juga menjeling-jeling adakah dia berada di sana?. Aaahhh….hampa, dia tiada di biliknya. Sia-sia jugalah tenaga aku petang ini. Kecewa yang teramat sangat. Aku betul-betul rindu padanya. ….

” Encik, Dato’ Seri Khalid tu, dah tempah meja malam esok di Hotel One World. Encik okaykan ?”.

” Apa….malam esok Aliah ? One World ? Dekat rumah saya tu……Okaylah….”

Aliah mengalihkan rasa kecewa aku itu, kepada perkara lain. Melihat dia yang terkocoh-kocoh untuk pulang, mengingatkan diri aku untuk beransur pergi . Hari ini , perlu berbincang dengan mama mengenai tarikh perkahwinan aku , supaya ditangguhkan sedikit, kerana kursus yang tidak dijangka ini. Tangguh ? Atau membatalkan sahaja?

Keluar dari tempat letak kereta, menuju ke jalan utama,dengan tidak disangka-sangka ternampak si gadis yang aku rindui di tempat menunggu teksi. Tanpa berfikir panjang, aku memberhentikan kereta dan menjemputnya masuk. Walaupun dengan teragak-agak, dia melabuhkan juga tubuhnya di kerusi sebelah aku.

” Tak menyusahkan you ke ? Kereta I , hantar servis….tak dapat siap hari ini. Abang I pula out station”.

” Apa susahnya…. I lagi suka. Dah banyak hari tak tengok rupa you tau ! You pula macam merajuk nak online dengan I…… Sejak malam tu ”

Adila hanya tunduk , tanpa jawapan . Sebentar kemudian , memandang ku dan memberikan sedikit senyuman Ingin aku selami, apa yang membuatkan dia menyepi sejak aku bertanya jika aku ini tunangan orang lain, adakah dia masih ingin keluar denganku ?. Jawapannya, terpulang pada diri aku sendiri. Namun, selepas itu, dia sudah jarang membalas salam siber ku. Cukup mendera perasaan!.

Ingin sekali aku menyatakan hasrat hati ini. Mencurahkan rasa cinta yang sungguh mendalam terhadapnya. Memberitahunya, dialah cinta pertama aku. Dialah gadis yang dapat menggetarkan dada lelaki ini . Dialah yang membuatkan jiwaku kekadang melayang-layang, entah ke lautan mana. Mungkin ke lautan rindu yang penuh keindahan! .
Tiba-tiba, tanganku kiriku mencapai tangan kanannya .Meramas lembut Tangannya yang aku rasa amat halus dan sejuk . Ada tindak balas! .Tetapi sebentar cuma. Dia spontan manarik kembali tangannya, dari geggaman ku.

” I…. minta maaf….. Really-really sorry”

Adila tunduk .Mendiamkan diri. Aku menjadi serba salah. Jika diikutkan hati, ingin aku luahkan segalanya. Tetapi perasaan waras masih menahan. Jangan memberi harapan pada orang, kerana masalah sendiri belum diselesaikan. Takut nanti , banyak hati yang terluka ……

Setiba dirumahnya, keadaan agak sunyi. Rumah banglo dua tingkat sederhana besar itu, seperti tiada berpenghuni masa itu. Di sini rupanya kediaman keluarganya. Telah beberapa kali aku cuba untuk menjemputnya, tetapi ditolak. Hari ini kerana terpaksa, maka dapat aku mengetahui tempat tinggalnya.

” I masuk dulu. Nak jemput you masukpun, tak ada orang di rumah . Umi I keluar, ada kelas ugama. Abang belum balik lagi. Terimakasih banyak ya..”
” Adila”. Aku memanggil namanya, sebelum dia keluar.

” Yang tadi tu…..I…. minta maaf …ya”.

Dia mengangguk perlahan. Tiada komen tentang peristiwa tadi. Harap dia tidak menganggap aku mengambil kesempatan. Dan akan menjauhkan diri selepas ini. Aku bukan sengaja. Itu hanyalah rifleks spontan, hasil dari perasaan aku terhadapnya , yang tidak dapat dibendung lagi. Fikiran aku tidak henti-henti memikirkan kemungkinan akan kehilangannya , semasa perjalanan pulang.

Sesampai di rumah, didapati mama tidak keseorangan. Dia seperti amat mesra melayan tetamunya itu. Walau keletihan, terpaksa aku merapatkan diri juga kepada mereka. Kebiasaannya begitulah……tetamu mama, tetamu aku jugalah. Jarang aku berlagak sombong , jauh sekali untuk tidak bertegur sapa.

” Haaa…dah balikpun Ros , dapat juga engkau jumpa tuannya hari ini. Dah banyak kali engkau datang, tapi tak pernah pun terserempak. Hari ini rezeki kau lebih laah…. Man….inilah makcik Ros, bakal emak mentua Man….”.

Rasa tidak tertelan air liur di tekak, bila mama menyatakan bakal ibu mentuaku berada di hadapan mata. Sesungguhnya, aku belum bersedia lagi untuk semua ini. Apa harus aku buat ? . Lalu aku hulurkan tangan, mencium tangannya. Dia merenungku dengan penuh kasih sayang. Bila memandang wajahnya, hati aku juga menjadi sejuk. Wajahnya setenang dan seikhlas mama. Dan raut wajahnya seiras wajah seseorang, yang amat aku kenali…..Adila. Hissh……aku sudah gila bayang agaknya…. Wajah bakal ibu mentua, dinampaknya aku wajah… Adila. Memang sampai ke peringkat parah agaknya penyakit angau ini….

Semasa mengundur diri ke dalam bilik untuk membersihkan diri, terdengar bisik-bisik mama dan makcik Ros. Makcik Ros puas hati sebab bakal menantunya segak dan bersopan. Mama pula membalas mengatakan Aishah tidak kurang cantik dan baik. Jadi amat padan untuk disatukan! Lagi cepat, lagi bagus, tidaklah mereka pening kepala memikirkan. Kemudian, kedua-duanya ketawa-ketawa. Sesekali aku fikir, aku ini seperti jejaka di zaman dahulu pula…

Melihat telefon bimbit , ada mesej dari Adila. Aku ingatkan, dia sudah tidak sudi untuk mendekati aku lagi. Rupa-rupanya tidak. Kami akhirnya berbalas-balas mesej. Sungguh!. Aku rasa tidak bertepuk sebelah tangan ! .Perasaan yang wujud ini dikongsi kedua-dua pihak. Apa yang aku rasa, mungkin dia juga mengalaminya. Aku tidak berperasaan seorang diri. Bukan syok sendiri.

Namun, ayat ” Aku Cinta Padamu”, masih belum aku lafazkan. Bukan tidak berani .Tetapi menunggu masa yang amat sesuai. Kerana aku sudah ada janji dengan orang lain. Orang yang belum aku kenali. Urusan ini aku perlu selesaikan dahulu. Merungkai ikatan sedia ada, untuk sebuah ikatan yang baru. Bolehkah aku melakukannya ?.

Mama datang ke bilik memberitahu makcik Ros sudah mahu pulang. Aku keluar untuk mengucapkan selamat tinggal. Aaahhh….Sikapnya seakan-akan mama juga. Penuh keibuan ! .Hati anak muda, akan mudah terpujuk dengan layanan seorang ibu yang begini.

” Maaflah makcik, ada kerja sikit tadi. Makcik balik dengan apa? Nak Man hantarkan ?”.

” Tak apa Man , abang Aishah dah sampai di luar. Lagi pun Man tentu penat…….baru balik dari office”.

Wajah makcik Ros, betul-betul mengingatkan aku pada Adila! Aku tidak angau dalam perkara ini. Sememangnya mereka seiras !. Cuma Adila berwajah muda, dan makcik Ros pula , sepadan dengan usianya…

Bagaimana akan aku nyatakan mama, bahawa hati ini telah dimiliki seorang gadis lain?. Bukan anak makcik Ros. Aku ingin sekali memberitahunya bahawa aku telah jatuh cinta pada seorang gadis. Cinta pertama. Malangnya mama, gadis itu bukan tunang aku, yang menjadi pilihan mu.

Demi cinta aku yang telah hadir di hati, dan mula memekar, akan aku hadapi segala rintangan . Adila mesti aku miliki !. Aku mesti berusaha mendapatkannya. Walaupun banyak hati yang akan terguris ? . Dan cinta yang akhirnya menjadi api membakar hati –hati wanita-wanita yang aku kasihi ? . Aku tiada jawapan ketika ini……


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

18 ulasan untuk “Novel : Pilihan Mama 22”
  1. siti fadilah yahia says:

    adila n aisyah adalah org yg sama….jeng..jeng…jeng btl ker tak kita tggu sama2…

  2. soffi says:

    b’tambah b’semangat nk tau kesah seterusnya…..cpt smbg 😉

  3. syamizi azwaza says:

    best2x. cepat sambung ek. x sabo dah nih. mesti aisyah n adila 2 org yg sama.

  4. biey says:

    a’ah..adila n aishah org same…dlm bab sblm ni penulis dh bg hint dh..heheh.. jgn la lame sgt biar aiman tu dlm dilema..x syok r lame2 sgt..hehehe

  5. syud slumber_jer2002@yahoo.com says:

    haahaa.. nt lepas aiman tu btaw dia xmo kawen dg aishah, mungkin makcik ros x kecewa. pastu, bila aiman nk minang adila, huaaaaaaaa…..makcik ros xterima. wakakaka… sbb mempermainkan ikatan pertunangan yg tdahulu wlpun pd org yg sama, tp iktibarnya, jika aiman suka kt pompuan len,, haaaa… parah tuu

  6. azie says:

    cerita nya best.. tak sabar nak tunggu novel nya di pasaran..baca sampai bab 22 je rasa berdebar debar pula..suspen la pulak..siapakah adila..dan siapakah aisyah..

  7. Siti Soleha Yahaya says:

    hehehe….rasa2nya Adila 2 Aisyah kot….
    betul ker….

  8. rahmatnisha says:

    jeng!!jeng!!jeng!!akhirnye..adila n aishah same..”pilihan mama” huhu
    lgpun td adila kate umi die kuar ngan abg..so..t’bukti..t’nyata..jelas lg trg..wahh!!makin b’debar2 plak..he3.umie..cpat gtaw aiman..cian dier…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.