Novel : Puteri Maid 3

15 February 2013  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Aerith Michiko

Bab 3

UNIFORM sekolah Silver Stellar Private Academy (SSPA) dihulurkan kepada Rissa. Gadis yang bertocang satu sebelah kanan itu mengerutkan wajah. Uniform yang masih bersangkut dengan penyangkut baju terbabit diambil dari tangan Oliv.

“Apa ni?” Rissa memandang Oliv dengan penuh tanda tanya.

Oliv terkulat-kulat mahu menjawab soalan Rissa.

“Uniform sekolah, lah. Takkan lah kau ni bodoh sangat sampai tak kenal benda tu apa?” Tuan muda muncul dari belakang Rissa sambil tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Rissa bengang.

“Aku tahu lah!!” Erk! Terkeluar bahasa kasar, pula… Lantaklah!

Oliv berundur perlahan-lahan lalu berlari meninggalkan kawasan peperangan. Run, Oliv! Run!! Huhuu…

“Cepat tukar baju. Kitorang tunggu kau kat halaman.”

RISSA menapak laju ke arah kereta mewah Black Pearl yang sedia menunggunya. Tuan muda dan Pakcik Theo yang setia menunggunya di dalam kereta menoleh ke arahnya. Pakcik Theo keluar dari kereta dan membukakan pintu untuk Rissa.

“Ermm.. Perlu ke Rissa pergi sekolah dengan dia?”

Pakcik Theo tersenyum manis.

“Takkan Rissa nak pergi dengan Alvin? Dia tunggang motosikal. Lagipun, pemanduan dia teruk. Aiko dan Lizzie pula dah ke sekolah dengan basikal.”

Mahu tak mahu, Rissa terpaksa masuk ke dalam perut kereta Black Pearl. Beg sandang yang mengandungi buku-buku sekolah diberikan kepadanya oleh Pakcik Theo.

Kenderaan tersebut terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah agam bercat putih itu.

TUAN muda terus keluar dari kereta dan meninggalkan Rissa terkulat-kulat keseorangan. Gadis itu hanya melihat tuan muda berjalan memasuki perkarangan sekolah persendirian terbabit. Seketika kemudian, kedengaran tempikan dan sorakan daripada beberapa orang pelajar perempuan. Rissa kebingungan. Dia terus masuk ke dalam perkarangan sekolah.

Sekumpulan pelajar perempuan mengerumuni tuan muda sambil cuba untuk menegurnya. Tuan muda hanya terus berjalan tanpa mempedulikan pekikan dan panggilan gadis-gadis tersebut.

Rissa terjatuh ke tanah apabila dilanggar oleh beberapa orang gadis yang cuba untuk mengejar tuan muda. Huh! Kurang asam boi betul budak-budak gedik ni! Rissa menjelewehkan bibir mungilnya tanda marah.

Tiba-tiba, sepasang kaki berstokin longgar paras betis berada bersebelahan dengannya. Rissa mendongak untuk melihat siapakah gerangan gadis ini.

“Danniel Flynne, anak tunggal yang juga pewaris kepada Flynne Tourism Corperation. Digelar Ice Prince SSPA, merupakan seorang idola yang amat digilai pelajar perempuan. Pelajar jurusan perniagaan.”

Tangan dihulur untuk membantu Rissa berdiri. Rissa menyambutnya. Ah! Lembut betul tangan dia. Wajah gadis berambut merah itu diperhatikan. Rambut lurus dan panjang kira-kira beberapa inci melepasi bahu diikat satu tinggi. Sebahagian rambut di sisi dibiarkan terjuntai—rambut di bahagian kiri dihiasi sepit rambut hitam, manakala rambut depan dibelah kiri. Wajah bujur sirih itu dihiasi dengan mata hitam dengan pandangan matang dan serius, hidungnya sederhana mancung, bibir yang sedikit tebal di bahagian bawah dicalit dengan lip balm merah jambu pucat.

Rissa berdiri. Gadis cantik itu tersenyum ke arahnya. Rissa terpaksa mendongak untuk bercakap dengannya yang setinggi lebih kurang 1.65 meter, sedangkan Rissa hanya 1.45 meter. Gadis yang mempunyai tubuh bak model menghulurkan tangan.

“Saya Kelly Howard. Awak ni pembantu baru Dann, kan?”

Rissa mengangguk lalu berjabat tangan dengan Kelly. “Saya Clarissa Dwayne. Panggil jek Rissa. Err.. Awak kenal tuan.. eh, silap! Awak kenal Dann?”

Kelly tergelak kecil.

“Kalau awak bermaksud ‘kenal’, satu sekolah kenal dia. Ibu saya kenalan mama dia, so, saya dengan Dann kawan sejak kecil. Saya tahu segala rahsia dia dan semua tentang dia ada dalam…” Kelly menggengam tangan kanannya dan menunjukkanya kepada Rissa. “..tangan saya. ?”

“Jangan lupakan aku kat sini, Kelly.”

Alvin yang bersandar santai di pagar sekolah berhampiran mereka berpeluk tubuh sambil mengukir secalit senyuman kepada kedua-dua gadis tersebut.

“Aku pun salah seorang yang menyimpan segalanya tentang Dann dalam sini.” Alvin mengetuk perlahan kepalanya dengan jari telunjuk sambil bibirnya tak lekang dengan senyuman.

“Alvin Leonard, pelajar tahun kedua SSPA dalam jurusan pengurusan rumah tangga (household management). Seorang yang obses untuk menjadi butler dan bercita-cita untuk menjadi seorang butler yang bertaraf sempurna dan serba boleh. Digelar Charming Butler dan merupakan peneman setia Dann. Turut digilai pelajar perempuan dan disenangi guru.”

Alvin tersengih geram.

“Boleh tak berhenti ceritakan semua tu pada setiap orang? You’re scares the crap out of me!”

Kelly tergelak geli hati. Rissa tersenyum cuma. Nampaknya, Alvin dan Dann merupakan pelajar berpengaruh besar di sini. Berdasarkan cara pelajar-pelajar lelaki yang asyik memandang Kelly sedari tadi, dia pasti Kelly juga pelajar yang popular di SSPA.

“Umm… Dalam ramai-ramai pembantu kat rumah agam tu; saya, awak, Aiko dan Lizzie saja ke yang masih bersekolah?”

Alvin menoleh ke arah Rissa sambil mengangguk.

“Senior Aiko dan Senior Lizzie belajar kat sini juga. Senior Aiko dalam bidang penyediaan makanan sementara Senior Lizzie dalam bidang teater. Ohya, Rissa! Awak dah pilih jurusan apa yang awak akan ambil?”

Rissa terkedu. Ha? Kena pilih ke? Ingatkan, cikgu yang aturkan… Rissa menggaru kepalanya.

“Berapa jenis jurusan yang ditawarkan kat sini?”

Alvin mengerutkan dahinya sambil memikirkan sesuatu. Kelly pula menyelongkar beg galas milik Rissa lalu mengeluarkan sebuah buku berketebalan 1cm dan menghulurkannya kepada Rissa.

“Dann dah letakkan buku panduan SSPA ni dalam beg awak. Awak boleh pilih jurusan kegemaran awak dan daftarkan diri dengan Puan Lee Bom di pejabat. Kalau awak nak, saya boleh temankan awak.”

Rissa mengangguk. Dia gembira kerana telah mendapat seorang sahabat yang baik pada hari pertama persekolahan. Buku panduan dibelek.

“Saya dah buat keputusan! Saya nak daftarkan diri dalam bidang muzik.”

Memang impiannya sejak kecil ingin menjadi seorang pemuzik terkemuka di dunia dan ingin membuktikan kepada bapanya bahawa dia bukan lagi seorang anak kecil yang sentiasa berkepit di bawah ketiak bapanya sahaja. Namun, motif utamanya ialah…

DANN leka mencatat setiap butir perkataan yang keluar dari mulut guru subjek pengurusan perniagaannya, Encik Thompson. Sekali-sekala matanya terarah ke luar tingkap, memerhatikan burung-burung yang berkicauan sambil terbang bebas di udara. Alangkah seronoknya jika aku adalah burung yang bisa terbang bebas di udara tanpa perlu memikirkan sebarang masalah. Indahnya jika aku dapat mengibarkan sayapku dan terbang setinggi yang boleh sambil menyentuh awan putih berkepul.

Tapi, aku bukan burung. Aku tidak punya sayap yang mampu membantu aku untuk terbang bebas di awangan. Hidup aku tidak ubah bagaikan burung yang kepatahan sayapnya dan tinggal di dalam sangkar emas. Dann mengeluh kecil. Lantas, dia berdiri. Encik Thompson menyedari fiil Dann lalu menoleh ke arah salah seorang pelajar terbaik SSPA tersebut.

“Ada apa, Dann?”

“Saya rasa kurang sihat, nak ke bilik kesihatan.”

Dann berlalu pergi meninggalkan Encik Thompson terpinga-pinga sendirian. Apa kena budak ni? Tadi elok jek melantak dua batang aiskrim pagi-pagi buta lagi… Mungkin tu sebabnya, kot… Sakit perut la tu…

Kakinya melangkah ke bilik kesihatan yang terletak agak jauh dari kelasnya. Dia tak lar sakit, cuma terlalu bosan duduk belajar dalam kelas. Lagipun, chapter tu sudah dia kuasai. Dann mengeluarkan MP3 putih kesayangannya lalu memainkan lagu Fiction oleh Beast.

Ajik nan neol itji mothago (I still can’t forget you)

Modeun geol da mitji mothago (I still can’t trust everything)

Ireohke neol bonaeji mothago oneuldo (Even today, I can’t send you away like this)

Huh? Sejak bila pulak aku layan lagu jiwang ni? Ah! Layan je lah… Bibir Dann bergerak-gerak tanpa suara, cuba untuk menyanyikan bait-bait lirik Bahasa Korea tersebut. Boleh tergeliat otot lidah! Nasib baik aku dah menguasai dalam lebih kurang 7 bahasa termasuk Bahasa Korea. Chewah! Action lebih!

Dashi mandeuleo bolke uri iyagi (I will rewrite it again, our story’ll not end)

Salgacheul pago seumyodeuneun sangshilgameun jamshi mudeodulke (I’ll bury the fact that reality is seeping into my skin for now)

Saero sseo naeryeoga shijakeun haengbokhage utgo ittneun neowa na naege nal (I rewrite it once again, the start beginning with you and I smiling happily)

Ddeonaji mothage baekyeongeun chulguga eobtneun jobeun bang an (In case you’ll leave me, the background is a small room without an exit)

Dann tersentak. Suara siapa pulak yang rap sekali dengan Junhyung (Eh? Aku hafal nama rapper kumpulan Beast? Ajaib!) ni? Macam kenal, jek…

Dann memandang sekeliling bagi memastikan siapakah yang menyanyikan lagu tersebut. Boleh tahan juga bakat dia rap. Tiba-tiba, matanya tertancap pada sekujur tubuh kecil yang sedang duduk di sebuah bangku yang disediakan khas di koridor pada setiap 10 meter sambil mendengar MP3. Kakinya yang tidak mencecah lantai diayunkan ke depan dan belakang. Untuk makluman anda, dia bukan hantu, cuma seorang manusia yang tidak cukup ketinggian alias ketot. Dann mengerutkan dahinya. Takkan lar budak kecik ni yang rap tadi, kot?

“Dia ni, budak baru kat rumah aku, kan?” Dann berbisik sendirian. Matanya masih setia memerhatikan segala gerak-geri Rissa sambil bersembunyi di belakang dinding di sebalik sebuah lorong. Sebijik cam stalker!

Tiba-tiba, Kelly muncul dengan membawa dua tin air coffee latte sejuk, satu diberi kepada Rissa dan satu lagi dibuka lalu diteguk.

“Baguslah awak pilih jurusan muzik, sama cam saya. Barulah seronok belajar kalau ada kawan, kan?”

Rissa tersenyum comel lalu mengangguk. Selepas segala urusan pendaftaran kelas yang bakal diambil, mereka akan terus ke kelas. Dari jauh, Dann cuma mendengar perbualan mereka. Time ni lah pendengaran tajam yang aku ada sangat-sangat berguna. Manalah tahu si kepoh Kelly mengumpat aku ke…

“Awak pandai apa dalam bidang muzik ni, Kelly?”

Kelly diam sejenak. “Saya main drum dengan tulis lagu. Awak?”

“Umm… Saya main piano, keyboard dan yang seangkatan dengannya. Tu pun lepas kena paksa belajar oleh pap…” Rissa terdiam. Alamak! Terlepas cakap lar… Kelly terkebil-kebil. “Kena paksa dengan papa saudara saya. Dia cikgu piano,” bohong Rissa.

Kelly mengangguk faham. “Saya ingatkan, papa awak yang paksa.”

“Ahahaha… Saya orang miskin, lar… ‘Ayah’ saya, nak sebut piano pun tak reti…” Rissa pura-pura ketawa.

ALVIN menoleh ke kiri dan kanan. Clean and clear. Bagus! Dengan pantas Sang Charming Butler berjalan meninggalkan kelasnya. Setakat ini, tiada tanda-tanda kelibat perempuan yang muncul di sekelilingnya. Namun, dia masih belum boleh menarik nafas lega. Perjalanan yang perlu ditempuhi masih panjang. Tiba-tiba…

“Kyaa!!!? Charming Butler ada kat sini!!”

Ah, sudah! Habislah aku!! Apa lagi? Tanpa berfikir panjang, kakinya membuka langkah seribu (eh! Silap! Seribu mana cukup! ‘Langkah sejuta’, lar!). Setibanya di depan kelas jurusan penyediaan makanan, dia terlanggar seseorang. Adehh… Sakit, siot… Kepalanya yang sakit digosok-gosok berkali-kali.

Alvin menoleh ke arah orang yang dilanggarnya tadi. Seorang gadis!, jeritnya dalam hati tatkala terpandangkan skirt yang dipakai oleh pelajar itu. Habislah aku!!

“Takkan kau dah bertukar jadi lelaki miang, sekarang?” Gadis itu membetulkan skirt paras lutut yang terselak menampakkan sebahagian dari pehanya.

Erk! Macam kenal jek suara dingin bak ais, ni… Alvin mendongak memandang wajah gadis yang telah berdiri itu.

“S… Senior Aiko! M..maaf! Saya tak sengaja!!”

Kelam-kabut Alvin berdiri sambil tertunduk-tunduk meminta maaf.

“Alvin!!! Kyaa~!!?”

Alvin tersentak.Terlupa pula dia pada perempuan-perempuan yang mengejarnya tadi. Aiko menarik tangan jejaka tersebut masuk ke dalam bilik stor yang menyimpan alatan memasak milik jurusan penyediaan makanan. Alvin membuka sedikit pintu stor tersebut. Pelajar-pelajar perempuan yang mengejarnya tadi berlari melepasi bilik stor terbabit. Huisy! Apsal makin ramai? Dahsyat betul!

Alvin mengeluh lega lalu tersenyum ke arah Aiko. Seperti biasa, tiada secalit senyuman pun yang terpancar di wajah dingin Aiko.

“Terima kasih sebab tolong saya… (Sekali lagi)”

Entah kenapa setiap kali dia dikejar peminat fanatiknya, pasti dia terserempak dengan Aiko dan kisah ini berakhir dengan Aiko membantunya melarikan diri daripada perempuan-perempuan itu. Macam jodoh pulak. Heh heh heh…

“Aku tolong pun sebab tak nak ditimpa malang kena belasah dengan peminat kau.”

Whoa! Dingin betul jawapan dia! Sampai beku hati dan seluruh tubuh aku! Alvin tersengih.

“Aku harap kau tak sebarkan nasib malang kau pada aku pulak. Lepas ni, kalau nak keluar, keluar ikut tingkap. Kalau tak, tak pasal-pasal timbul gosip aku berdua-duaan dengan kau.”

Alvin mencebik lalu terus memanjat tingkap. “Yelah, yelah… Hish! Tolong pun macam tak ikhlas…” Dia terus terjun ke bawah (takkan ke atas kot?) dan berlari ke sebuah pokok besar. Matanya terpandang susuk tubuh Dann di belakang pokok itu. Nasib baik jumpa.

“Kena kejar lagi?”

Alvin duduk di sebelah Dann sambil tercungap-cungap.

“Of courselah! Diorang ni memang sengaja nak suruh aku exercise ke? Semput, aku!”

Dann ketawa kecil, tawa yang mampu membuat setiap perempuan—termasuk makcik-makcik— pitam dalam kebahagiaan sambil senyum meleret. Alvin bengang.

“Yang kau ketawa ni, apsal?! Aku dah separuh mati kat sini!”

“Relax lar, bro… Bengang, bengang jugak. Makanan aku mana?”

Alvin membeliakkan matanya.

Dann mengeluh. Tch! Terlupalah tu.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Puteri Maid 3”
  1. baby mio81 says:

    MAAF YA X BLOG KE .

  2. Sakurahime says:

    Seronok sangat! Rasanya.. mungkin watak yang paling kita suka ialah Aiko!! Cool sangat! Sugoi!!

  3. violet says:

    novel ni dah kluar blom?

  4. odyaad says:

    xbest

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.