Novel : Ranjau hati seorang isteri 20, 21

24 September 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : syafriyana

Bab 20

“Bang, makan sikit yer, bang.” Pujuk Rin. Lagaknya seperti seorang ibu yang sedang memujuk anak kecil. Herry menggeleng. Dia hilang selera.

“Jangan macam tu, bang. Abang kan perlukan tenaga yang banyak untuk sembuh dari sakit ni,” Rin terus memujuk. Dia tidak mahu Herry terus melayan rasa tidak seleranya. Dia mahu Herry kembali sihat dan dapat menjalankan semula tugasnya sebagai seorang yang penting kepada syarikatnya.

“Abang nak sayang selalu dengan abang. Abang tak nak jauh dengan sayang.” Pintanya. Matanya berkaca. Entah apa yang menyebabkan dia tersentuh hati.

“Kan Rin selalu ada,” tukas Rin. Dia mahu Herry bahagia meskipun semua orang kata poligami itu suatu yang membebankan.

“Abang mimpi kehilangan Rin. Abang takut Rin. Takut!” beritahunya. Rin tertawa. Itu yang merisaukan hatinya rupanya.

“Semua tu mainan tidur jer bang. Rin ada kat sini. Kat depan abang,” pujuk Rin. Dia menyudukan bubur yang masih berasap lalu meniupnya sebelum menyuap ke mulut Herry. Herry mula menganga mulutnya. Dia menatap wajah Rin yang tenang. Hatinya menjadi kembali tenang.

“Assalamualaikum!” terdengar orang memberi salam.

“Waalaikum salam,” jawab Rin. Kelibat Fiza sudah tercegat di pintu bilik. Herry hanya tidur di bilik bawah memandangkan Rin tidak mahu menyusahkan suaminya.

“Baru balik, Fiza?” Tanya Rin cuba beramah. Wajah Fiza sangat gembira.

“Ya, kak. Abang dah makan ker?” soalnya berjalan menghampiri suaminya yang masih tersandar di kepala katil.

“Baru nak makan. Entah kenapalah dengan abang,” balas Rin. Senyuman tidak lekang di bibirnya.

“Rindu kat Fiza ker, bang?” soalnya sambil mengusap pangkal hidung lelaki Arab-Melayu itu. Herry menolak lembut. Dia menepuk-nepuk tilam di sisinya agar Fiza duduk.

“Kak Rin, kalau nak keluar pun takpe. Fiza kan dah balik? Fiza boleh layan abang makan dan berbual-bual dengan abang. Kan Kak Rin dah seharian dengan abang kan?” ayat itu seperti menghalau Rin sebenarnya. Rin terasa dengan kata-kata pedas Fiza itu. Namun, dia perlu mengawal agar Herry tidak susah hati. Herry hanya memandang Fiza dengan pandangan tajam. Rin tidak mahu terus melihat perbalahan. Dia segera beredar keluar.

************************************

“Kenapa cakap macam tu pada Kak Rin?” soal Herry, lembut walaupun dia tidak senang dengan bicara Fiza sebentar tadi terhadap Rin.

“Kenapa? Tak betul ker? Kan sekarang masa Fiza pulak nak bersama abang. Dia nak sibuk sangat asiyal?” bentak Fiza dengan wajah yang bengang. Herry menggelengkan kepala tanda dia tidak suka dengan cara Fiza itu.

“Abang tak pernah ajar Fiza macam tu tau!” suara Herry naik satu ton. Dia fikirkan Fiza akan berubah bila Rin sendiri melayannya dengan baik.

“Abang asyik-asyik Kak Rin jer yang betul kan? Fiza ni semua tak betul!” bentak Fiza, keras. Dia mengertap bibirnya, geram. Herry mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dia perlu menyabarkan hatinya. Fikirrkan kesihatannya, Herry tidak berdaya berbuat apa-apa. Ikutkan hati mahu saja ditampar mulut yang celupar itu.

“Okay… okay stop talking about her. Fiza kenapa nak marah-marah sangat ni?” Herry kembali merendahkan suaranya. Fiza menjeling, manja. Herry kembali tersenyum.

“Takdelah. Fiza penat sikit jer. Sebenarnya… i’ve something nak share dengan abang,” bicara Fiza memulakan perbualannya dengan Herry.

“Apa dia?” soal Herry tidak sabar. Pandangan tepat menikam ke wajah Fiza. Fiza mengusap-ngusap perutnya. Herry tersenyum.

“Guest what?” Fiza mahu main tarik tali lagi. Herry tunjuk wajah tak tahu.

“Ala…. tekalah, bang. Teka dulu kalau nak tau,” dia merapati Herry dan memeluk leher lelaki itu, manja.

“Fiza mengandung?” teka Herry kerana melihat Fiza yang asyik mengusap perutnya saja.

“Yes, true! Pandai abang,” katanya lalu sebuah ciuman hangat singgah di kedua belah pipi suaminya itu. Herry turut memeluk Fiza dengan sebelah tangannya yang tidak mengalami kecederaan.

“Congrats, sayang!” ujarnya dengan nada teruja. Senyuman paling manis dihadiahkan buat Fiza. Fiza menyandarkan tubuhnya pada dada bidang Herry. Kepala isterinya diusap, lembut.

“Abang, boleh tak abang pindah dan tinggal dengan Fiza?” soalan itu membuatkan wajah Herry berubah. Bukan dia tidak sudi tapi siapa yang akan mengambil tahu tentang dirinya. Fiza kan bekerja dan sedang mengandung. Peringkat awal mestilah mengalami muntah-muntah dan loya.

“Bukan abang tak nak tapi….”

“Abang tak nak tinggalkan dia kan, bang? Yerlah…. Fiza sedar siapa diri Fiza di sisi abang,” nadanya berbaur merajuk. Herry menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal dengan tangan kiri. Matanya dikecilkan untuk mencari kekuatan.

“Fiza jangan buat abang serba salah. Fiza tak faham,”

“Fiza selalu tak faham abang. Kak Rin saja yang faham abang. Fiza nak Tanya,” bicaranya terhenti seketika. Dia menikam pandangan Herry yang masih terkebil-kebil. Dia keliru sebenarnya.

“Tanya apa, Fiza? Kalo abang boleh jawab, abang jawab. Jangan Tanya soalan yang susah-susah tau, nanti abang takde jawapannya.” Tukas Herry, berseloroh. Dia mengukir senyum segaris. Fiza mencebik, benci.

Kaki Fiza dilunjurkan. Dia mengerut-ngerutkan kedua belah keningnya cuba mencari idea terbaik.

Tetiba pintu dikuak dari luar. Rin muncul di muka pintu. Dia melihat Fiza yang bersandar pada dada Herry. Suami aku tu belum pun sihat. Hish, kenapalah dia ni tak fikir langsung. Sian… abang.

“Kenapa, sayang?” soal Herry sambil meleraikan pelukan di bahu Fiza. Dia mendongak menentang pandangan kekasih hatinya itu. Senyuman mekar di dua ulas bibirnya.

“Bang, boss abang ada kat luar. Mungkin nak jenguk abang kot. Nanti abang keluar yer….” kata Rin lembut. Dia melemparkan pandangan kasihan boss abang. Jangan biar mereka tunggu.

“Baiklah, sayang. Kejap lagi abang keluar,” balas Herry sambil menyebak rambutnya ke belakang. Handsomenya suami aku! Jerit hati Rin sambil terus mengukir senyuman manis.

“Hish, dia orang ni tak boleh tengok orang senang sikit ker?” bentak Fiza sambil menumbuk-numbuk kedua belah tangannya tanda protes. Herry hanya diam. Wajah Fiza ditenungnya, minta pengertian.

“Pergilah… Fiza tak penting pun untuk abang!” katanya. Nadanya keras. Dia turun dari katil lantas berlalu ke sofa. Dia menghempas punggungnya ke sofa. Langsung dia tidak memandang Herry.

Dengan terkial-kial, Herry cuba turun dari katil. Dia berusaha berdiri. Sungguhpun, kakinya tidak cedera tatapi tubuhnya lemah sangat. Jadi, dia harus menopang pada dinding atau objek lain untuk berdiri. Dia mencapai kepala katil. Ketika dia sudah stabil, dia berjalan ke pintu.

Tombol pintu dipulas perlahan. Dia kembali menoleh pada Fiza di sofa.

“Fiza tak nak keluar ker?” soalnya sepatah sengaja mahu menduga hati Fiza. Dia tidak mahu terus mengguris hati isterinya itu. Dia terasa sangat berdosa.

“Pergilah. Fiza nak berehat…” jawabnya acuh tak acuh. Dia malas melayan suaminya.

“Hmm… abang keluar dulu,” katanya sambil kembali merapatkan daun pintu. Dia malas mahu melayan karenah Fiza yang entah apa-apa.

********************************

“Hai, dato’! apa khabar?” sapa Herry saat melihat kelibat majikannya yang sedang duduk di ruang tamu. Dato’ Sharul mengalihkan pandangan ke belakang. Wajah anak buah kesayangannya ditatap, simpati. Kurus sungguh lelaki ini sekarang. Dia belum sempat melawat lelaki ini memandangkan dia berada di Brunei selama dua minggu. Tempoh itu jugalah dia tahu Herry berada di hospital.

“Hai, Herry! Lama tak jenguk you. Sibuk sikitlah. Ni baru sampai di KLIA, terus suruh Pak Majid bawak saya ke sini.” Terangnya. Herry mengangguk, faham. Dia berjalan ke arah bossnya. Tangan kirinya dihulurkan. Lelaki lebih separuh abad itu segera menyambutnya. Senyum manis terukir di bibir lelaki itu.

“Duduk, Herry. Lama rasanya tak jumpa dengan you,” katanya lagi sambil mengusap belakang Herry yang sudah mengambil tempat di sisinya. Lelaki inilah antara orang yang menyumbangkan tenaga untuk kejayaannya. Dia cukup pasti itu.

“Dato’ ke Brunei melawat cite ker?” soal Herry setelah suasana sepi seketika. Pak Majid sibuk membelek-belek akhbar. Pak Majid juga telah lama berkhidmat dengan Dato’ Sharul. Lelaki ini bukanlah cerewet sangat. Cuma bab-bab kerja dia agak cerewet sedikit. Yalah, pastilah boss mana pun mahukan yang terbaik untuk syarikatnya.

“Ya. Hmm… so far, so good. Semua berjalan lancer. Sebenarnya nak suruh Herry yang pergi tapi kan Herry dah mohon cuti. Jadi saya kenalah turun sorang-sorang,” terangnya dengan senyum lebar. Herry hanya tertawa kecil. Dia menjeling kepada Pak Majid yang duduk di sofa yang bertentang dengan mereka.

“Jemput minum, Dato’. Bang minum bang. Pak Majid, minum.” Pelawa Rin, sopan. Air teh dituangkan ke dalam gelas yang bersusun di dalam dulang. Masing-masing mengangguk.

Rin melangkah ke dapur semula. Dia keluar dengan menatang sepinggan pisang goring lalu diletakkan di hadapan tiga orang lelaki yang rancak bersembang. Dengan isyarat mata, dia memohon pametan untuk ke dalam semula. Tiga lelaki itu tersenyum sambil mengangguk.

“Bertuah, Herry. Ada isteri yang cantik dan berbudi bahasa. Mana yang sorang lagi?” soal Dato’ Sharul. Herry hanya tersenyum dan terus mendiamkan diri. Jari telunjuknya diletakkan ke bibir tanda tidak perlu bercakap tentang perempuan itu. Dia tidak mahu Fiza terdengar perbualan mereka. Peratusan Fiza untuk mengamuk akan lebih tinggi. Sudahlah Fiza mengajaknya pulang ke UK Perdana saja boleh menggegarkan urat fikirnya. Dia masih keliru sama ada mahu mengikut atau menolak.

******************************

Setelah mereka berbual hamper dua jam, Dato’ Sharul dan Pak Majid meminta diri untuk pulang.

“Herry, nanti kami datang lagi. Boleh bawak Kakak Rashila. Dah lama Herry tak jumpa dia kan?” ujar Dato’ Sharul sambil mengurut belakang Herry.

“Yalah. Kirim salam kat dia ya, Dato’. Lama tak rasa masakan dia yang special tu,” balas Herry sambil tertawa di hujung katanya. Pandangan dia dan Dato’ Sharul berlaga seketika.

“Hmm… insya Allah. Herry tu jaga diri baik-baik.” Tokok Dato’ Sharul lagi. Herry hanya tersenyum, tawar. Mungkin menyesali takdir yang tersurat untuknya. Akibat dari kemalangan itu dia terpaksa berehat begini.

“Assalamualaikum,” kata kedua lelaki itu setelah bersalam dengan Herry. Herry menghantar keduanya hingga ke pintu pagar.

*****************************************

Herry menapak ke dalam bilik. Dia lihat Fiza yang terlena di atas sofa. Mungkin penat bekerja agaknya. Fikir Herry sambil berjalan menghampiri wanita itu.

“Fiza, bangun Fiza. Dah nak maghrib ni. Pergi mandi dan kita solat. Tak baik tidur senja-senja ni,” perlahan-lahan Herry menggoncang tubuh isterinya.

Fiza terpisat-pisat sambil menenyeh-nenyeh matanya. Perlahan-lahan dia membuka matanya.

“Abang, dah fikir ker?” katanya seraya ternampak wajah Herry di depan mata. Herry hanya tersenyum, hambar.

“Nantilah kita fikirkan. Fiza pergi mandi dulu.” Tukas Herry acuh tak acuh. Dia malas mahu menjawab pertanyaan yang memeningkan kepala itu. Fiza hanya mencebik, geram.

“Abang, Fiza tidur sini ya malam ni,” dia terus memasang strategi. Kalau boleh, dia mahu berdua-duaan dengan lelaki itu. Jika dia pulang ke rumah, pasti dia tidak dapat mendampingi lelaki pujaannya itu.

“Okay…” jawab Herry sepatah. Dia melangkah ke pintu.

“Abang nak ke mana?” soalan Fiza itu mematikan langkah Herry. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Fiza. Rambutnya disebak ke belakang dengan tangan kiri.

“Abang nak tengok televisyen kejap. Nanti lepas mandi Fiza keluar ya,” beritahunya dan menyambung langkahnya ke pintu. Fiza menjeling marah kepada suaminya. Herry tidak memandang kerana dia sudah meloloskan diri keluar.

Bab 21

“Assalamualaikum!” laungan suara orang memberi salam membawa langkah Rin ke pintu utama. Dia baru selesai menunaikan solat zohor. Kelibat Sarah kelihatan di depan matanya. Rin mengukir senyuman yang paling manis buat wanita itu.

“Waalaikum salam… Sarah… Syameel. Masuklah,” pelawanya sambil menekan remut pintu pagar itu. Pintu pagar elektrik itu terbuka.

Sepasang suami isteri itu melangkah ke dalam. Dua orang budak lelaki dan perempuan turut mengatur langkah ke dalam.

“Anak-anak kau orang ker?” soal Rin sambil menghulurkan salam pada Sarah. Dia tersenyum gembira.

“Anak-anak kita oranglah. Tak kan aku sanggup jadi baby sitter pulak kot…” usik Sarah sambil meleraikan pelukan yang bertaut seketika tadi. Rin menghadiahkan sebuah cubitan ke lengan Sarah.

“Auch! Sakitlah…. Masih tak berubah juga.” Sambungnya dan tawa mereka berderai.

“Duduklah, aku panggilkan Herry.” Ujar Rin. Suami isteri itu mengisyaratkan dengan jelingan manja dan anggukan untuk menyatakan persetujuan. Langkah dihayunkan ke sofa.

“Bang, Syameel datang. Keluar ya,” kata Rin pada Herry yang sedang membaca buku tebal. Entah buku apa, Rin kurang pasti. Herry mendongak saat mendengar suara insan kesayangannya berbicara. Pandangan inginkan kepastian pada butir kata wanita itu dipamerkan.

Rin tergelak dengan tingkah Herry.

“Syameel datang. Dia nak jumpa abang…” ulangnya. Dia membantu Herry untuk berdiri. Mereka beriringan keluar.

Dua orang anak kecil Sarah dan Syameel sudah lesap entah ke mana dibawa anak-anaknya. Mungkin bermain di luar sana agaknya.

“Hai, bro…. sihat dah ker?” Syameel berdiri dan berjalan menghampiri Herry.

Rin keluar dengan menatang dulang yang berisi jus mangga dan sepinggan keropok ikan. Ole-ole dari Sabah juga turut dikeluarkan untuk santapan kawan-kawannya. Dia tersenyum manis. Rona-rona kegembiraan terpancar di raut wajahnya yang bujur sirih itu.

“Jemputlah makan hidangan aku yang tak seberapa ni. Kau orang dah makan tengah hari ker belum? Kalau tak, jom kita makan nasi dulu,” ramah dia berbicara.

“Eh, takpelah. Kita orang baru selesai makan sebelum ke sini.” Potong Sarah. Rin ketawa senang. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Sarah. Panjang cerita mereka sambil mengunyah hidangan di atas meja.

***************************************

“Meel, aku peninglah dengan Fiza tu. Dia beritau aku berita gembira…” pandangan Syameel jatuh tepat ke wajah Herry. Dia menanti butir bicara seterusnya yang bakal keluar dari mulut temannya itu.

“Apa yang kau tak puas hati sebenarnya?” soal Syameel setelah melihat Herry memicit-micit kepalanya sendiri.

“Dia kata dia mengandung. Lepas tu, dia ajak aku balik sana. Bukan aku tak nak. Aku pun sian jugak kat dia tapi… aku ni belum sembuh lagi….” lambat-lambat Herry menuturkan ayat terakhir. Nampak benar wajah dia tegang.

“Apa kau jawab?” soal Syameel ingin tahu. Rasa teruja benar dengan jawapan yang bakal keluar dari dua ulas bibir yang kemerahan itu. Herry melepaskan keluhan yang amat berat. Pandangan dilemparkan pada sang isteri yang sedang rancak berbual dengan teman lamanya.

“Aku beritaulah alas an macam aku kata tadi. Tapi… langsung dia merajuk. Aku pun buntulah, Meel.” Jawabnya sambil memandang kakinya sendiri.

“Hish, biasalah orang membawak. Tak kan kau tak pernah lalui dengan Rin. Kau kena bersabarlah sikit.” Pujuk Syameel. Herry hanya terdiam. Pandangan diredupkan.

“Masalahnya… dia tak nak memahami aku. Dia nak aku saja yang faham dia. Tulah yang buat aku bengang sangat tu,” tokoknya lagi. Syameel mengangguk sambil mengelus lembut bahu temannya. Dia melakukan demikian untuk menenangkan lelaki kacukan itu.

“Macam ni… kau kena cakap dengan dia. Siapa yang nak layan kau sebab dia berkeadaan macam tu dan dia bekerja. Kalau kau di sini… Rin boleh membantu kau. Dia pun boleh ke sini kalau dia rasa tidak selesa bersendirian…” Rin memandang pada dua lelaki di hadapan mereka ketika terdengar namanya disebut.

“Apa hal dengan Rin?” tanyanya. Mereka berdua pura-pura tertawa. Herry cuba menyembunyikan riak tegang di wajahnya. Dia tidak mahu terus melukakan perasaan Rin. Bagaimana penerimaan Rin jika mendengar permintaan Fiza nanti. Dia sendiri kurang pasti.

***************************************

Lewat petang itu, Fiza memandu pulang ke rumahnya. Hatinya merajuk dengan lelaki bernama Herry itu. Terasa pilu benar bila permintaannya tidak dilayan. Adakah aku sudah tidak berharga lagi? Detik hati kecilnya. Air mata tidak henti-henti mengalir dari kelopak matanya yang sedikit sepet itu.

“Abang rasa kali ni abang tak boleh memenuhi permintaan Fiza. Abang mesti terus di rumah Kak Rin untuk keselamatan abang. Jika Fiza ada tidak ngapalah. Jika Fiza bekerja, siapa yang akan datang membantu abang. Kalau Fiza rasa sunyi bersendirian, datanglah sini. Abang rasa Kak Rin pun tak kisah,” kata-kata itu benar-benar mencantas tangkai hatinya. Mana mungkin dia berlama-lama di rumah itu. Mestilah perhatian lelaki itu pada isteri kesayangannya.

“Maaa, maafkan Fiza. Kalau dari dulu Fiza tak ikutkan kata hati pasti semua ni tak berlaku.” Rintihnya perlahan-lahan. Dia meraup wajahnya berulang kali. Bibit-bibit penyesalan mula tumbuh di laman hatinya.

Hope kekawan sudi membacanya. Bukan apa, bab ni baru saja saya tulis. Lagi pun saya agak bz sikit minggu ni. Sorrylah kalau tak seberapa.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Ranjau hati seorang isteri 20, 21”
  1. anor says:

    nka lagi… cepat sambung… itulah Herry tak ada masalah cari masalah kan sendiri
    yg susah. ada seorg isteri yg baik pasang lagi satu… kalau kedua-dua nya
    memahami tak ape juga ni si Fiza dia je nak lebih tak sedar diri yg awak tu dhlah
    merampas hak org beralahlah sikit ape yg patut sedangkan Rin dah banyak beralah
    pada dia. itupun si Herry tak pandai menilai lagi ke?

  2. fsya95 says:

    da abik laki org pun byk soalnya<3

  3. k.mimi says:

    Tengok yana cite ni dah ada banyak peningkatan …dah ada pembaca yana yg rasa hot dgn si Fiza tu dan dah ada pembaca yg menanti n3 baru .Good teruskan usaha yana ok.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.