Novel: Red Rose, Saya Cinta Awak! 1

29 September 2016  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh: Zue Hasya

“Nina, Nina! Bangun Nina! Dah pukul berapa ni, haih nak jadi apa lah anak dara seorang ni! Matahari dah tegak atas kepala pun tak bangun-bangun lagi. Cepat bangun Nina!” Bebel Puan Saharah pada anak gadis tunggalnya sambil menarik langsir di tingkap bilik. Nina pula masih di tempat tidurnya sambil memeluk bantal busuk, lena diulit mimpi! Bebelan emaknya bukan mahu diambil peduli, sudahnya Puan Saharah juga yang makan hati!

“Yelah mama, okay okay Nina nak bangun lah ni. Mama ni tak penat ke asyik membebel je. Hmm Nina dengar pun penat tau mama.” Seloroh Nina sambil terpisat pisat bangun dari katilnya yang empuk. Tangannya ligat mengemas katil.

“Yelah mana mama tak membebel, Nina ni lepas balik Malaysia asyik bangun lambat je! Cuba Nina bangun awal tolong mama masak ke, kemas rumah ke, tolong mama siram pokok bunga dekat halaman rumah ke time Mak Kiah tak ada dekat rumah kita ni. Ini tak! Malam tidur lambat jadi burung hantu, siang bangun lambat.” Bebel Puan Saharah lagi. Tersengih sengih Nina dibuatnya dengan keletah mamanya itu. Rindu betul dia dengan bebelan keramat Puan Saharah!

“Baiklah mama Nina yang comel, Nina bangun sekarang ya! Nanti esok Nina bangun awal siap buat sarapan untuk mama lagi okay?” Nina tersengih seperti kerang busuk sambil memeluk mamanya kejap.

“Yelah tu anak mama seorang ni, okay mama nak keluar dengan Datin Sharifah ni, nanti Nina makanlah apa yang ada kat bawah ya!” Pesan Puan Saharah pada anak gadisnya sebelum beredar keluar dari bilik Nina yang yang agak luas dan bertemakan gaya Inggeris itu. Nina mengangguk.

Mesti mama dengan auntie Sharifah nak pergi kedai bunga lagi cari pokok bunga orkid. Waktu hujung minggu seperti ini bukannya akan ada orang di rumah. Papa pula awal-awal pagi pasti sudah keluar bermain golf dengan rakan-rakannya. Sejak sampai Malaysia dua minggu lepas, begitulah rutin harian mama dan papanya. Tinggal dia seorang terkontang kanting di rumah. Haih, bosannya! Keluar pergi The Mines lah macam ni. Hehee..Nina mula memikirkan aktiviti-aktiviti yang bakal dia lakukan pada hari itu.

Selepas bersarapan, Nina bersiap-siap untuk keluar. Dia mengenakan solekan tipis, gincu warna ala-ala oren peach dioleskan di bibir nipisnya. Wah! Meletup kau hari ni Nina, macam nak pergi bertandang kenduri kahwin pun ada! Lilitan shawl gaya Elfira Loy penat lelah hasil pembelajaran dari YouTube semalam diadaptasikan Nina menyerlahkan lagi wajah jelitanya. Destinasi Nina pada hari ini sudah tentunya The Mines, dia mahu jalan-jalan di situ. Sudah agak lama dia tidak menjejakkan kaki di pusat membeli belah terkenal itu semenjak dia melanjutkan pelajaran di Florida dalam jurusan busines tiga tahun lalu. Kereta Toyota Vios miliknya meluncur laju menampakkan pemiliknya sudah tidak sabar ke tempat destinasi pilihan. Puan Saharah sudah banyak kali kecut perut melihat gaya Nina memandu, bukannya tidak nasihat tetapi segala nasihat dan bebelan bukannya dia ambil peduli!

“Yahoo! sampai pun!” Nina melihat-lihat sekitar kawasan The Mines dengan perasaan seronok dan bangga kerana dia berjaya sampai tanpa sesat. Terkedek kedek Nina menuju masuk ke dalam pusat membeli belah itu, seronok gamaknya! Dari satu kedai ke satu kedai dia masuki, namun satu pun tiada yang berkenan di hati. Tiba-tiba dia ternampak satu butik pakaian yang menarik minat di matanya, apalagi bukan main ligat Nina meluru ke butik pakaian tersebut tanpa memandang orang di sekelilingnya.

“Bamm!!” Nina terlanggar seseorang, ada barang yang terjatuh hasil dari perlanggaran tersebut. Terkejut Nina dibuatnya,

“Hey! What’s wrong with you girl! You ni jalan tak pakai mata ke?” Tengking seorang perempuan yang baru dilanggarnya sebentar tadi. Berdesing telinga Nina mendengarnya. Sebentar tadi dia agak terkesima dengan kecantikan wajah perempuan yang memarahinya, namun cepat-cepat dia sedar diri. Sekarang ini dia sedang berada di tengah-tengah permasalahan yang dibikinnya sendiri! Terlanggar orang sehingga mengakibatkan ada harta benda yang menjadi mangsa dan membuatkan dirinya malu!

“Sa..saya minta maaf, saya betul betul tak sengaja!” Nina memandang muka perempuan yang sedang berang di hadapannya. Kecoh betul perempuan ni pada matanya! Itulah lain kali jalan jangan ralit tengok phone, kan dah terjatuh bila kena langgar! Eh, kata orang aku pun macam tu jugak. Jalan tak pandang kiri kanan!

“Oh my god! Look what you have done!” Perempuan cantik itu menunjukkan I Phone 6 nya yang telah retak skrin kacanya kepada Nina. Mukanya merah padam. Nina pula sudah senak perut secara tiba-tiba. Mak ai, nak buat apa ni. Adoi, kenapa kau ni cuai sangat Nina sampai terlanggar orang! I Phone 6 dia kut yang kau bagi jatuh tu. kau ni banyak sangat duit ke nak ganti I Phone 6 dia tu! Matilah nak, habis duit poket aku macam ni, aku ni dahlah penganggur sejati dekat rumah tu. Tanam anggur pun tak dapat hasil lagi! Menangis Nina di dalam hati mengenangkan duit poketnya. Jika dikira, dah berapa banyak emoji muka sedih seperti dalam Whatsapp tu memenuhi segenap ruang perut, jantung dan paru-paru Nina.

“You jangan nak sorry sorry dekat sini, I nak You ganti balik phone I! Skrin dia pecah..” Bebelan perempuan cantik tadi disampuk oleh suara seseorang yang datang dari arah belakangnya.

“Marie, what’s wrong dear? Apasal kecoh-kecoh dekat depan ni? Malu la orang tengok?” Jejaka tinggi, berkulit cerah dan sasa itu menghampiri perempuan yang dipanggil dengan nama Marie itu. Adam Rayyan Bin Tan Sri Muhsin? Gulp! Tersentak Nina dibuatnya. Apasal kecil sangat dunia ni, dalam banyak-banyak tempat, dekat sini jugaklah aku boleh terjumpa dengan mamat ni. Dah tu pulak Marie? Marie ni siapa pula, muka melayu nama Marie. Girlfriend dia ke? Hmph dasar playboy tak habis!

“You tengok ni sayang! Perempuan ni langgar I, habis jatuh phone I. Mata letak dekat lutut agaknya!” Tuding perempuan yang bernama Marie itu pada muka Nina. Nina pula selamba sahaja mukanya. Malas mahu berlama lama di situ. Apatah lagi jumpa pula dengan mamat di depannya itu. Nina sudah berkira-kira mahu pergi ke ATM berdekatan, pasrah mahu mengeluarkan duit di dalam bank simpanan miliknya untuk mengganti I Phone milik si Marie ini. Selesai semua, dia mahu pulang. Boleh demam seminggu kalau berlama lama di situ!

“Hey, Hold on! Amanina Syahirah? Is that you? What a small world!” Ketawa Adam Rayyan. Meremang tengkuk Nina dibuatnya.

“Sayang, ni kawan sekuliah I masa di Florida dulu, it’s okay nanti I beli kan you yang lain, by the way we need to hurry. Mom is waiting for us!” Adam Rayyan menarik lembut tangan Marie.

“Nice to meet you again Nina!” Adam Rayyan senyum sinis. Walaupun dengan senyumannya yang sinis tetap menampakkan raut wajahnya yang kacak persis seperti model. Siapa yang tidak tergilakan Adam Rayyan! Semua wanita pasti akan cair hanya dengan senyuman dia sahaja. Huh! Dia? Minta simpang, mata dia masih okay lagi untuk terpaut kepada Adam Rayyan, seorang playboy jadian itu. Marie menjegilkan matanya kepada Nina. Nina sudah berasa mahu muntah hijau!

Hembusan bayu malam meniup perlahan pipinya yang putih bersih tanpa sebarang cela dan jerawat itu. Menyedari hari sudah lewat malam, Nina menutup tingkap di biliknya dan kembali menghamparkan diri di atas katilnya yang empuk. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera perkataan “BFF” di skrin telefonnya. Nina mengangkat panggilan telefon dari “BFF” dengan muka yang ceria.

“Nina! Kau kat mana ni beb? Cuba teka aku kat mana sekarang?” Ceria betul bunyinya. Terkejut Nina dengan suara separuh menjerit itu.

“Ya Allah Hana, kau ni salam pun tak bagi tiba-tiba je menjerit macam tu. terkejut aku tau! Kalau aku ni ada lemah jantung dah lama aku jalan, suara dahlah nyaring semacam..Eee seram!” Bebel Nina pada kawan baiknya yang selalu bersama tatkala susah dan senang itu. Sepanjang tiga tahun berada di Florida, dia dan Hana ibarat belangkas. Pergi ke mana-mana pasti ada mereka berdua, tidak pernah lekang! Maklumlah, mereka berdua mengambil jurusan yang sama, berada di kelas yang sama dan tinggal di rumah sewa bersama-sama. Mana mungkin boleh berpisah. Hana ketawa berdekah dengan bebelan Nina itu. Rindu bertaut kepada Nina. Sejak pulang ke Malaysia dua minggu lepas dia tidak berkesempatan lagi untuk berjumpa dengan Nina. Dia yang berasal dari Johor sibuk menguruskan perniagaan butik mamanya di Johor Bharu buat sementara waktu kerana mama dan papanya bercuti ke China.

“Assalamualaikum Nina. Hehe sorryla aku excited sangat ni nak bagitahu kau sesuatu!” Nina sudah tersengih mendengar ayat Hana.

“Eleh, aku dah tau dah, kau cuba nak bagitahu aku yang kau dah ada di KL kan? Jadi kau nak ajak aku jumpa kita gossip-gosip kan?” Balas Nina. Dia yang sedang memintal-mintal rambutnya yang lurus itu tersenyum memandang bingkai gambar dia dan Hana semasa berada di Florida. Rindu betul bila terkenangkan kenangan bersama Hana dan rakan yang lain semasa berada di Florida.

“Wah! hebatnya kau Nina. Aku baru sampai tadi. So, jom esok kita pergi Cameron Highlands. Pukul 8 aku datang ambil kau. Jangan risau aku drive okay!” Usul Hana memberi cadangan. Mahu tersedak Nina dibuatnya dengan idea gila si BFF!

“Apa! Hehe..kau ni dah buang tabiat ni! Demam ke Hana sayang? Meh sini akak legend nak ubatkan. Kau tak penat ke, baru hari ni sampai KL, esok nak bawa aku bersiar-siar pulak ke Cameron Highlands?”

“Ala, tak penatlah! Untuk kau atas jalan tar tu pun aku sanggup jalan tanpa pakai selipar tau! Jomlah Nina.” Hana sudah mula memujuk.

“Yelah tu! Okay jom! Aku pun dah lama tak pergi Cameron Highlands ni. Tak sabarnya nak terjah ladang strawberry dengan ros dekat sana!” Bercahaya mata Nina mengenangkan bunga ros yang cantik dan buah strawberry yang merah ranum di sana. Selepas mematikan talian, Nina baring sambil memeluk patung Tweetynya. Dia mula teringat tentang pertemuan yang tidak dijangkanya dengan Adam Rayyan semasa berada di The Mines siang tadi.

“Macam mana lah aku boleh terjumpa dengan mamat playboy tu! Harap-harap lah lepas ni tak jumpa dia lagi. Meluat tengok gaya dia yang acah-acah macho tu!” Getus Nina. Tiba-tiba telefon bimbit Nina berbunyi menandakan mesej masuk. Terkejut Nina membacanya. Perutnya senak tiba-tiba. Kepalanya pusing tiba-tiba.

“Hi Nina! It’s me Adam. Off course you do remember me right? I ada benda nak discuss dengan you. So, I nak jumpa you dekat Bukit Bintang next week. By the way, you must come Nina. hutang you dengan I tak settle lagi okay!” Berderau darah Nina membacanya. Macam-macamlah,hutang apa pulak yang mamat ni minta ni! Ah sudah, ni mesti pasal iPhone si Marie ni! Dia sendiri yang kata nak belikan baru, memang cakap tak serupa bikin! Ingatkan nak hadiahkan dekat kekasih hati. Lain pulak yang jadi, aku pulak yang berhutang dengan dia. Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku cabut pergi ATM keluarkan duit untuk ganti baru I Phone tu. Ni tak pasal-pasal nak kena berhadap dengan dia balik! I hate you Adam Rayyan!


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.