Novel : Rinduku Semanis Epal 1

5 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : Ilham Murabbi

1

Hati sakit menanggung rindu umpama layang-layang tiada arah untuk berpaut. Rindu ini seolah-olah mendustakan kata hati bahawa cintailah Pencipta melebihi segalanya. Tatkala hati mula merindu, hanya pilu anugerahnya. Tidak sesekali kupinta hati ini untuk berpaut pada hatimu. Apabila mula membenci, satu suara pula membisikkan kata sayang. Bibirku mengatakan benci, atmaku menjerit bahawa aku mula menyintaimu dalam kepasrahan dan kedukaan. Jodoh di alam ini, tidak menuntut untuk kita bercinta atas nama keluarga.

*****

“Mak tidak benarkan Along kahwin dengan Rayyan!”

“Mak…! Rayyan adalah cinta Along, mak…”

“Along tak ingat pesan arwah ayah?Apa yang keluarga Rayyan buat pada kita?”

“Mak, yang lepas…biarlah berlalu…kita bina hidup baru, mak…!” Ujar Dhiya sambil menangis teresak-esak.

“Kalau Along tetap berdegil, Along pergilah…tapi, lepas ini, Along bukan lagi anak mak!”Mak Uteh memarahi anaknya.

“Mak!” Tangisan Dhiya menjadi-jadi.

“Mak, biarlah Along kahwin dengan Abang Rayyan…” Ujar Dhija yang masih muda usianya.

“Dhija masih budak-budak, jangan masuk campur urusan orang dewasa!Mak lebih makan garam daripada kamu!”Dhija terdiam dan menarik muka.

“Mak,…mak tolong Along, mak…”

“Along pilih, antara keluarga ataupun Rayyan…!”

“Kedua-duanya hidup Along, mak…”

“Sudah!”Puan Mastika memberi isyarat sambil tangannya ditunjuk pada wajah Dhiya.

*****

Suasana perkampungan nelayan kampung Tanjong Kuala begitu damai sekali. Dhiya bersama Dhija berjalan-jalan di gigi air. Dhiya masih dilanda hiba episod pertengkaran dengan ibunya, Mak Uteh. Dhija adalah satu-satunya adik kesayangan Dhiya. Apabila Dhiya bersedih, Dhija yang akan memujuknya. Dhija amat memahami perasaan kakaknya walaupun usianya masih belasan tahun. Kulit siput mati dipegangnya. Dhiya mengambil kulit siput dan mengukir di pasir basah dengan tertulis namanya dan nama Rayyan.

“Along, Along sayang abang Rayyan?” Dhija memandang Rayyan.

“Dia cinta, Along yang pertama hingga akhirnya…Dhija…”

“Along, kenapa mak marah Along mahu kahwin dengan Abang Rayyan?”

“Semuanya kisah lama Dhija”

“Kisah tentang apa?”

“Tapak rumah kita sekarang, ayah Abang Rayyan mahu beli dengan arwah ayah kita…”

“Jadi?”

“Mereka bergaduh. Tanah itu satu-satunya tanah yang ayah kita ada…”

“Kenapa ayah Rayyan nak sangat tanah tu?”

“Ayah Rayyan bergelut dengan ayah kita dulu, ayah tidak mahu jual tanah tu…Ayah Rayyan mahu ambil tanah ayah dan buka resort”

“Begitu, sekali?”

“Ya, mereka hampir bertetak dengan!Peristiwa ni dah hampir 7 tahun yang lalu…”

“Mungkin sebab itu, mak tidak mahu Along kahwin dengan Abang Rayyan…”

“Dhija tahu kan…Along dengan Abang Rayyan dah lama berkawan?”

“Ya….tapi mak…?”

“Entah…Along keliru…amat sukar untuk melupakan Abang Rayyan…”

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Air pantai semakin surut. Kelihatan beberapa nelayan sedang mengutip kerang di kawasan air cetek. Tanah yang dipijak berbekas tapak kaki Dhiya dan Dhija. Pohon nyiur dipinggir pantai melambai-lambai. Kelihatan beberapa buah kelapa tua gugur. Dhija menggelek-gelek buah kelapa tua dengan kakinya. Tudungnya diikat kemas. Tangannya memaut tangan kakaknya yang sedang bersugul. Sesungguhnya aku tidak pernah sesekali ingin mencintai dan tidak sesekali aku menatap matamu ketika ingin berkasih sayang. Perasaan ini kuanggap hanya sebagai kebetulan. Namun, kebetulan itu telah membungakan rasa cinta dan aku mula menyayangi insan yang sepertimu sejak dahulu lagi. Dhiya berkata-kata keseorangan dalam hati. Bukan dia sengaja mencintai Rayyan. Cuma, sejak dahulu lagi perasaan itu terbit tanpa dipinta.

*****

“Kita terpaksa putuskan hubungan kita. Mak Dhiya membenci keluarga abang hingga sekarang”

“Abang…”

“Kita bawalah haluan masing-masing. Mungkin ini yang terbaik untuk kita…”

“Abang, Dhiya cuba pujuk Mak lagi…kita tidak boleh berputusa-asa…”

“Keluarga kita bermusuhan, hingga memusnahkan cinta kita…”

Pertemuan antara Dhiya dan Rayyan pada petang itu adalah secara sembunyi. Mereka bertemu di bawah pohon cemara. Jika Mak Uteh tahu, sudah pasti Dhiya akan dimarahinya. Petang itu hanya beberapa orang anak kecil sahaja sedang bermain bola di tepi pantai. Selendang Dhiya terjatuh ke tanah, lalu Rayyan mencapai selendang itu dan memberikan pada Dhiya.

“Mak dan ayah abang masih marahkan keluarga Dhiya?”

“Mak tidak marah, cuma ayah sahaja yang masih tidak lupakan peristiwa lalu…Ayah abang mengakui itu silap dia…dia cuba berbaik dengan arwah ayah Dhiya, tapi arwah ayah Dhiya tetap tidak mahu berbaik dengan keluarga kami…”

“Apa yang Dhiya harus buat?”

“Benar Dhiya cinta akan abang?” Soalan Rayyan pada Dhiya cukup mengesankan.

“Ya, Dhiya benar-benar mencintai abang…hanya abang dalam hati Dhiya…”

“Abang pun begitu…tapi…apakan daya abang…mak Dhiya tidak benarkan…”

“Apa yang harus Dhiya buat lagi, abang?”

“Kita kahwin?”

“Dhiya mahu, tapi keluarga kita….bagaimana?”

“Kita kahwin lari?”

“Tapi….”

“Itu sahaja caranya untuk kita hidup bersama…”

“Dhiya akan ikut abang ke mana sahaja…”

“Kalau macam tu, malam ni Dhiya tunggu abang kat sini ya,..abang datang…kita kahwin dan kita tinggal di bandar…benar Dhiya ingin hidup bersama abang?”

“Ya, Dhiya sanggup dan mahu hidup semati bersama abang…”

*****

“Along,ambilkan air untuk mak…”

“Baik mak…” Dhiya menuju ke arah Mak Uteh dengan segelas air”

“Cantik-cantik malam-malam ni nak ke mana?” Ujar Mak Uteh sambil menggosok-gosok betisnya dengan ubat urut.

“Eh, mana ada cantik mak…Along cuba-cuba baju ni…dah lama tak pakai baju kurung ni…”

“Hurm…urutkan betis mak…lenguh pula…”

“Mak berdiri lama sangat menjemur ikan kering…”Ujar Dhiya sambil mengurut betis Mak Uteh.

“Itu sahajalah mata pencarian untuk menyara hidup kita Along…adik kamu perlukan duit untuk sekolah nanti…”

“Mak, Along kerja di bandar boleh mak?”

“Tak payahlah Along. Along tolong mak buat ikan kering pun dah cukup…kita bukannya tak boleh makan pun Along…selagi mak ada..mak boleh sara kamu berdua…”

“Mak…Along nak ke tandas kejap mak…”

Dhiya memberi alasan pada Mak Uteh. Dilihat jam di dinding menunjukkan 9.50 malam. Janjinya dengan Rayyan untuk lari ke bandar dan memulakan kehidupan baru mungkin akan tercapai. Mereka cuma ingin bahagia. Dalam cinta harus ada pengorbanan dan sehidup semati. Dhiya melihat Dhija sudah pun tidur di katil usang. Dhiya meninggalkan sepucuk surat buat Dhija.

Assalamualaikum Dhija, adik kesayangan Along,

Dhija jaga mak baik-baik ya, Along terpaksa tinggalkan rumah ini buat seketika…

Along tidak berniat melukai hati mak dan Dhija,

Along pergi bersama Abang Rayyan.

Along akan kirimkan surat untuk Dhija selalu.

Belajar bersungguh-sungguh dan tengok-tengokkan keadaan mak…

Salam sayang, Along.

Sesungguhnya cinta ini telah membenarkan segalanya. Kerana cinta ini, ku lalui onak dan duri demi mencari kebahagiaan. Hati dan perasaan ini hanya pada Rayyan. Demi cinta suci ini, hanya Tuhan yang bisa memutuskan perhubungan kami.

*****

“Abang, betul ke apa yang kita buat ni?”

“Tidak ada apa yang perlu kita risaukan, Dhiya…InsyAllah tidak ada apa halangan…”

“Baiklah Abang Rayyan…”

“Jom kita gerak sekarang…nanti kelewatan…abang dah ambilkan tiket untuk ke Kuala Lumpur…nanti di sana kita sewa rumah…dan sebelum itu…esok bila dah sampai kita ke pejabat agama Islam untuk akad nikah…”Rayyan menggenggam erat tangan Dhiya.

“Baiklah…” Ujar Dhiya dengan kepasrahan. Matanya berkaca.

Mak, maafkan Along andai ini kesilapan Along. Namun, Along ingin mencari bahagia mak. Maafkan Along kerana membelakangi mak. Bukan niat Along untuk melakukannya. Mak, Along akan pulang nanti. Mak, halalkan makan dan minum Along, redhai pemergian Along buat seketika ini mak. Along berjanji akan membahagiakan mak apabila Along pulang nanti. Along sayang, mak!Mak akan sentiasa dihati Along buat selama-lamanya.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Rinduku Semanis Epal 1”
  1. super senior says:

    sedihnyer…

  2. asskum. novel ini jalan critanya ak berat sngat cuma kalau boleh nak tanya dalam bentuk buku ada ke

  3. Dili says:

    assalamualaikum.ilham murabbi,awk, pnulis bnyk tulis cte real y blaku dlm msyrkt kan. buku ada x nk beli.bykkn lagi y tulisan khdupan y real2. org blh ambik pgjaran.

  4. sYnystEraLEx says:

    betol2..ni byk blaku dlm masyarakat..kesian btol bile cinta lelaki yg baru shja berputik mampu beli cinta ibu yg sudah brtahun2 lamenya..ank2 muda, jgnlah jd begini..ish22..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.