Novel : Salah mencintainya 41

26 November 2010  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 41

Aku mengikut saja perancangan yang di buat oleh Inspektor Kumar. Beberapa anggota polis sudah menyamar di tempat aku di jadualkan bertemu untuk menyerahkan beg duit itu. suamiku turut memantau di dalam van berdekatan dengan tempat pertemuan itu.

Dari jauh, aku melihat seseorang duduk di kerusi panjang memakai pakaian serba hitam. Topi di kepalanya melindungi raut wajahnya. Aku takut-takut untuk menghampiri. Seluruh anggota badanku bergetar.
Aku duduk di sebelah lelaki itu. Lelaki langsung tidak menoleh pun. Dia mencapai beg yang aku bawa dan menilik isi beg itu.

“Bagus…cepat betul kau kumpul duit ye.” Aku cuba mengecam suara itu. Lain dari suara di telefon, mungkin masa menelefonku dia menggunakan kain. Tapi…aku rasa aku pernah mendengar suara itu.

“Mana baki-baki gambar tu?” Aku memberanikan diri bertanya.

“Buat apa?” tanyanya. Darahku mendidih. Nyata betul kata suamiku. Lelaki itu sekadar mahu mempermainkan aku. Lelaki itu tidak akan puas untuk mengugut aku.

“Awak dah janji nak bagi saya semua gambar tu.” Jawabku berani. Lelaki itu tergelak, dia bangun sambil menjijit beg.

“Kau memang mudah di tipu Anis..” Mulutku sediit terbuka. Aku rasa aku mengenali lelaki ini.

“Pak Long.” Jeritku. Gelak lelaki itu mati. Dia menyingkap topinya. Wajahnya bengis mahu menerkam ke arahku. Aku masih terkejut hanya kaku di situ. Kakiku menggigil gementar.

“Kau memang berani.” Marah Pak Long. Aku tidak sempat mengelak bila tangan kasar itu hinggap di pipiku. Pipiku perit di tampar, serta merta aku menahan pipiku. Keadaan di situ kelam kabut bila beberapa orang polis berpakaian biasa menyerbu pak long. Suamiku turut meluru laju ke arahku. Sebaik tiba di situ dia memelukku, aku menitiskan air mata dalam pelukannya. Perasaan takut yang menyelubungiku sebentar tadi beransur pergi. Aku rasa selamat dalam pelukannya.

“Sayang tak apa-apa?” tanya suami masih memelukku erat. Pipiku yang menjadi mangsa tamparan pak long sebentar tadi di usap perlahan. Wajahnya kerisauan. Dalam pada itu, dia sempat menjeling pak long tajam. Tubuhnya menggigil menahan kemarahan. Aku rasa..kalau tidak mengenangkan aku yang masih menggigil di situ. Azam mesti membelasah pak long secukupnya.

“Celaka kau Anis…berani kau report polis. Aku bunuh kau…” Jerit pak long. Dia cuba menyerangku, tapi dia tidak berjaya meloloskan diri dari pegangan dua anggota polis.

Aku dan suamiku mengucapkan terima kasih pada inspector Kumar dan beberapa orang polis lain. Kami ke balai sebentar untuk memberi keterangan.

Suamiku menghantarku sehingga ke bilik. Wajahku di belai lembut. Aku rasa mengantuk sangat. Dua tiga malam ini memang aku tidak lena tidur.

“Tidur ye sayang…” ucap suamiku yang duduk di sisi katil. Sebelum mataku tertutup rapat, aku sempat merasa kehangatan kucupan suamiku di dahiku. Aku tersenyum senang.

*********

Petang itu aku terkejut bila suamiku menolak Ikmal ke arahku. Wajah Ikmal lebam. Tahu, mesti suamiku puncanya.

“Pergi minta maaf kat kak long kau.” Jerkah Azam. Aku tergamam, tidak tahu apa yang harus aku buat. Ikmal mengeletar, takut melihat kemarahan abangnya. Aku serba salah melihat dua beradik itu.

“Kau diam tu buat apa?” marah Azam. Ikmal hanya menundukkan wajah memandang lantai. Dia sedikit teresak.

“Maafkan Mal kak long.” Ucap Ikmal. Pertama kali aku mendengar dia memanggilku kak long. Hatiku rasa sejuk kembali. Selama ini memang aku sudah menganggapnya seperti adikku sendiri. Cuma..sejak peristiwa pahit itu dulu, rasa sayang sebagai adik itu sedikit tercalar. Aku melangkah ke arah suamiku. Tangannya aku paut. Wajahnya aku tatap dan aku hanya angguk perlahan. Tanda aku sudah memaafkan adiknya.

“Kak long maafkan Mal.. jangan buat macam tu lagi dik.. kita dah jadi saudara. Kak long sayangkan Mal, macam adik kak long sendiri.” Ucapku ikhlas. Ya… aku ikhlas memaafkannya. Ikmal memeluk kaki Azam. Dia mengogoi menangis.

“Ampunkan Mal bang…Mal takkan buat macam tu lagi. Mal yang salah. Mal tak dapat kawal perasaan Mal pada Kak long. Mal janji takkan buat macam tu lagi..” pohon Ikmal sambil teresak-esak.

Suamiku hanya membiarkan adiknya menangis. Adik-adikku yang ada di situ pun nampak tergamam melihat peristiwa itu. Mereka tidak pernah melihat Azam seberang itu. Tapi, ini kali kedua aku melihat Azam begitu. Pertama sekali masa aku berterus terang pasal gambar yang aku terima. Aku simpati melihat Ikmal menangis. Aku menghampiri suamiku. Tangannya aku gengam lembut.

“Bang…sudah la… Mal dah minta maaf tu.. Maafkan la dia.” Pujukku. Azam memandang ke arahku, aku angguk perlahan.

Azam pegang bahu Ikmal, menarik adiknya berdiri. Wajah Ikmal basah. Nampak menyesal dengan apa yang dia telah lakukan.

“Kau adik aku Mal. Aku sayang kau. Anis dah jadi kakak ipar kau. Kau sebagai adik sepatutnya jaga dia. Jangan buat dia macam tu lagi. tengok…apa dah jadi sekarang? Ada pihak ke tiga yang cuba nak ambil kesempatan kat kita. Janji dengan abang…jangan buat macam tu lagi?” Azam menagih janji Ikmal.

“Mal janji bang..Mal janji.” Lafaz Ikmal.

Azam memeluk adiknya. Ikmal turut membalas. Aku mengesat air mataku melihat kedua beradik itu berdakapan. Adik-adikkku turut menghampiriku. Wajah mereka keliru.

Aku bersyukur melihat keadaan itu. Aku mengajak adik-adikku minum petang di dapur. Membiarkan kedua beradik itu berbicara. Aku bersyukur kerana sengketa itu tidak lama. Aku berharap sangat jangan ada dendam dalam hati mereka. Hubungan persaudaraan sangat bernilai. Tiada perkataan dapat memutuskan ikatan itu.

“Kenapa dengan Abang Mal tu long?” tanya acu. Acu ni bukannya tahu apa-apa. Kalau dia ingin tahu, dia akan terus bertanya. Tidak seperti alang dan achik, mereka akan lebih berhati-hati untuk mengeluarkan soalan.

“Hmm…tak ada apa-apa la….” Balasku. Kening acu berkerut..

“Habis..kenapa muka dia lebam?” tanya Acu lagi. Tidak puas hati dengan jawapanku. Aku, achik dan alang saling berbalas pandang. Berbanding acu… achik dan alang lebih senang menjadi pemerhati. Tanpa mengeluarkan soalan-soalan yang membuatkan aku serba salah.

“Dia main gusti dengan abang long kamu la…macam main yang angah dan alang selalu main tu..” jawabku setelah lama berfikir. Acu tergelak.

“Oh…” balasnya. Aku menarik nafas lega bila si bongsu itu tidak menanyakan soalan-soalan lagi.

“Hmm…tak lama lagi result alang keluar kan? Macam mana alang rasa?” tanyaku.

“InsyaALLAH dapat result yang okey long….berkat doa along… alang dah berusaha sebaik mungkin.” Balas Alang. Aku tersenyum.

“Kalau dapat A banyak apa hadiah nak along bagi?” achik pulak yang beria-ia bertanya sedangkan tuan punya badan diam aje.

“Hmm…. Along akan bagi something special…tapi tak boleh cakap sekarang la..” jawabku.

“Ala…acu dulu tak dapat apa pun..”rengek acu. Aku cuit hidungnya dalam tawa.

“Siapa nak bagi dengan result macam tu… tapi along janji, kalau lepas ni acu dapat result yang cemerlang…along bagi yang lagi special..” janjiku.

“Betul ni long?” Tanya acu teruja.

“Betul la sayang..” ucapku. Acu menjerit kesukaan. Aku, alang dan achik sama-sama tergelak melihat keriangan adik bongsu kami itu. Aku bersyukur…semenjak aku berkahwin dengan Azam..belum pernah aku melihat wajah adik-adikku di singgah duka. Azam telah memberi sinar baru dalam hidup kami adik beradik. Kebaikkannya itu membuatkan rasa sayang padanya semakin hari semakin mendalam.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 41”
  1. fatim says:

    cpt smbung yer,,suka lah ngan azam tuh

  2. miezan luckz says:

    best la cite ney.. cpat2 sambung yer.. hehe 😀

  3. ezz_an says:

    emm….citernya best..tp tak fahamlah…knape tajuk ‘Salah Mencintainya’…….mungkinkah Azam yg langgar kereta aruah ‘Parents’ Anis?dan ianya masih belum terbongkar…..still confuse..cpat2 sambung yer..penat dah pikir hehehhe….. ❓

  4. ieqah says:

    hurrrmmm….betol2 ckp ezz_an tuh…..tpikan mesti best kal0w si ikhmal tuh reb0t anis sbl0m dier kawen..mesti lgi gempak…tpi dh mcm novel pabila cinta memanggilku pl0k..anyways..chaiy0rk!!best..x sabar nk tunggu str0snyerr!!ngeee~~ :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  5. mia says:

    nape lama x kluar bab baru? lama gilee tgu. xsabar dah ni.nak di terbitkan ke? kalau di terbitkan, cepatlah inform

  6. yna says:

    xsabar nak tunggu bab setrusnya… napa lama sgt? suka sgt dgn karya lc. best. sempoi

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.