Novel : Salah mencintainya 42, 43

12 February 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 42

“Papa minta maaf atas apa yang Ikmal buat kat Anis.” Ucap papa. Aku menggeleng, papa tidak harus minta maaf. Semua itu sudah berlalu. Lagipun…papa tak salah apa-apa pada aku. Aku pulak rasa segan.

“Papa tak salah apa pun…” balasku. Hatiku sebak mendengar ucapan maaf itu.

“Papa tak pandai didik anak.” Aku terus gengam tangan papa bila dia bercakap begitu. Papa sudah ku anggap seperti abahku sendiri.

“Pa…semua tu dah berlalu. Papa tetap papa terbaik yang Anis kenal.” Ucapku memujuk hatinya. Suami turut menyertai kami duduk di kerusi laman. Gengaman tangannya di tanganku menunjukkan rasa kasihnya yang tidak berbelah bagi.

“Pa…di sebalik semua ni, ada hikmahnya jugak. Zam tengok Mal pun dah berubah jugak. Dia makin serius dengan kerjayanya.” Beritahu suamiku. Papa mengangguk. Wajah tua itu mula tersenyum. Aku senang melihat senyumannya.

“Itu lah yang papa harapkan dari anak-anak. Lepas Dik Za habis study, dia pun ikut sama dengan kamu bangunkan company kita. Papa rasa nak bersara.” Aku dan Azam terkejut mendengar keputusan papa.

“Kenapa cepat sangat pa? Zam belum habis belajar dari papa.” Keluh Azam. Aku mengangguk. Papa tersandar.

“Papa yakin kamu boleh uruskan company kita. Adik-adik kamu boleh tolong. Uncle Raud, Min pun ada. Ha! Anis…angah pun papa cadang nak bawak dalam company kita.” Aku terkejut bila papa mahu mengambil angah bekerja.

“Tapi…pa…angah tak ada pengalaman..” balasku serba salah.
Bukan aku mahu memandang rendah pada adikku, tapi…apa kata orang nanti? Kalau boleh memang aku hendak ketepikan cakap-cakap orang, tapi hati aku sering saja tidak boleh duduk diam bila adik-adikku pula yang di cemuh.

“Sebab tu papa nak dia mulakan kerja di company kita. Lebih senang nak didik fresh graduate sebenarnya. Kalau angah selesa kerja kat company kita lepas beberapa tahun, papa kekalkan aje. Kalau dia nak kerja kat lain lepas tu… terpulang pada dia.” Ujar papa.
Suamiku hanya angguk setuju. Aku jongket bahu, tidak mahu mengulas apa-apa. Kalau itu sudah kata papa, aku ikut aje. Lagipun..itu untuk kebaikkan angah jugak.

“Sebenarnya..Zam kesal jugak. Dulu…time habis study…Zam tak nak kerja dulu. Asyik nak enjoy sana sini…dah tua baru nak masuk company..”keluh Azam. Papa menepuk-nepuk bahu anak sulong itu. aku hanya memerhati dua beranak itu.

“Yang penting, Zam dah balik kat company kita. Itu sudah cukup baik Zam. Papa pun bangga dengan Zam. Dalam masa yang singkat Zam dah boleh handle banyak perkara.” Ucap papa.

Azam hanya diam, wajahnya masih sebak. Aku tahu, suamiku sedih dengan keputusan papa mahu bersara dari syarikat.

“Hmm…Anis minta diri dulu ye… papa dengan abang..berbual la..Anis nak ambik air.” Aku meminta diri untuk masuk.
Dari tadi berbual, aku terlupa untuk mengambil minuman untuk papa. Masa-masa begini pulak…Mak Siti masih di rumahnya sendiri di belakang. Alang dan acu ikut angah ke rumah yang dia duduki sekarang. Rumah itu milik keluarga suamiku. Achik pulak sedang leka menonton televisyen di atas.

Aku pantas menyediakan minuman. Aku letakkan sekali biskut kering. Selepas siap, aku membawa ke ruang laman.

“Zam nak berterus terang?” Aku dapat mendengar suara papa walaupun suara itu di kecilkan seperti tertahan. Suamiku menunduk.

“Zam tak sanggup pa…Zam rasa berdosa..” Dahiku berkerut. Aku melangkah ke arah mereka.

“Anis…” Panggil papa. Aku keliru melihat suamiku dengan wajah muram. Papa pun nampak gelabah melihatku. Aku terus menghulurkan cawan pada papa dan suamiku.

“Thanks..” ucap kedua-duanya serentak.

“Kenapa abang muram je ni?” tanyaku hairan.

“Hmm…tak ada apa-apa Anis..” balasnya.

“Dia sedih papa nak tinggalkan company Anis.. itulah…suami kamu ni…sebenarnya dia ni anak manja. Mana nak jauh dari papanya…” gurau papa. Aku tergelak. Aku lega melihat suamiku sudah mampu menarik senyum.

“Dah tua-tua pun nak manja.” Usikku. Suamiku membeliakkan mata padaku. Hidungku di tarik lembut. Aku tersipu. Papa hanya tersenyum melihat gurauan kami suami isteri.

“Macam mana dengan pak long Anis? Anis betul-betul tak nak dakwa dia?” tanya papa tiba-tiba. Aku kembali teringatkan lelaki itu.

“Anis tak nak dia habiskan sisa tua dia kat penjara papa…lagipun dia dah janji takkan buat kacau lagi.” beritahuku.

“Inspektor Kumar pun dah bagi warning kat dia pa..” sampuk suamiku.
Aku malu pada papa dan suamiku. Aku sesekali tidak menyangka dia lah lelaki misteri yang mengugutku. Dia berjaya menjejak tempat tinggal aku selepas melihat aku bersama Azam masa aku menemani suamiku membeli hadiah untuk mama dan papa. Bila aku bertanya tentang mak long dan anak-anaknya yang lain, pak long hanya menggeleng tidak tahu. Aku pun hairan dengan keluarga mak long. Masa arwah atuk masih hidup pun mereka suka hidup berkelana, tidak kekal di satu tempat.

“Lain kali kamu kena hati-hati…manusia ni…pantang kita terleka..ada aje yang nak mengambil kesempatan.” Nasihat papa. Aku angguk setuju. Tidak semua manusia mempunyai hati yang sama.

Bab 43

Aku betul-betul merajuk pada suamiku. Ini kali ke tiga dia lupa untuk membawaku menonton wayang. Aku bukannya apa, sudah lama kami berdua tidak menghabiskan masa berdua. Sejak papa bersara, Azam semakin sibuk. Ini…hari Ahad pun tak ada di rumah.

Aku membawa hati di koridor bilik. Merenung ke luar rumah. Taman kecil di situ sedikit menyejuk mataku. Sekejab lagi aku dan adik-adik hendak berkebun kat belakang rumah, bersebelahan rumah Pak Daud dan Mak Siti. Sayang aku melihat tanah di situ kosong terbiar. Baik di manfaatkan untuk menanam sayur-sayuran. Anak benih dan baja sudah aku belikan. Tinggal nak membuat bakut dan tanam je lagi.

“Ehem…” Aku tidak berpaling mendengar deheman itu.

“Sorry… budak wangi…budak bucuk mintak maaf banyak-banyak…” pohonnya. Dia memelukku dari belakang. Aku cuba untuk meloloskan diri, tapi makin kejab tangannya memelukku. Akhirnya aku membiarkan saja.

“Budak wangi merajuk ye…” ujarnya dekat di telingaku.

“Huh! Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.” Balasku berpantun. Suamiku tergelak..

“Oh…budak wangi main pantun la pulak…ingat budak bucuk tak reti pantun?” tanya Azam. Aku mencebik.

“Kalau budak bucuk pandai…balas la..” cabarku.

“Okey… ikan tenggiri main layang-layang, abang minta maaf..sorry ye yang..” tawaku meletus mendengar pantun dari suamiku. Dia turut tertawa.

“Merosakkan bahasa..mana boleh campur aduk bahasa macam tu…” tegurku.

“Yela cikgu….” Ucapnya sambil mengucup pipiku. Aku tersenyum sambil mengusap pipinya. Hatiku terpujuk. Aku sendiri tidak tahu, sukar untuk aku merajuk lama-lama dengannya.

Terasa lucu pulak mendengar dia memanggilku cikgu. Teringat balik kisah-kisah lalu. Azam anak muridku yang nakal. Yang tak pernah membiarkan cikgu Anis dia ni senang di dalam kelas. Setiap hari mencari pasal.

“Hmm…abang minta maaf k.” ucapnya lagi.

“Di maafkan.” Balasku.

“Sekarang, bersiap la…kita pergi sekarang aje.” Ujarnya. Aku menggeleng, Mood aku untuk menonton wayang hilang.

“Habis…kita nak buat apa sekarang?” tanya suami.

“Hmm…kita berkebun kat belakang rumah. Barang-barang dah naik harga, baik kita sendiri tanam sayur… lagipun..kalau kita tanam sendiri sayur..lebih selamat.” jawabku. Suamiku mengeluh berat. Aku tahu, dia tidak pernah berkebun. Azam mana pernah hidup susah, sebab itu aku mahu dia merasai kesusahan sekejab.

“Tak larat la yang…” keluhnya dengan mimic muka kepenatan.

“Kalau abang tak nak tak apa. Biar Anis dengan adik-adik je tanam sayur. Abang tidur la..” ucapku sedikit merajuk.

Aku turun ke bawah selepas menyarung baju dan seluar yang sesuai. Adik-adikku sudah bersedia dengan cangkul dan parang.

15 minit merumput, suamiku datang dengan sengihan. Dia sudah bertukar baju. Aku buat tidak nampak kehadirannya. Entah apa yang dia bisikkan pada alang dan acu sambil tergelak-gelak. Achik yang memerhati menjongket kening padaku bertanya. Aku angkat bahu, tidak tahu apa yang di bisikkan tiga lelaki itu.

“Nak berkebun ke..nak berbual aje…” sindirku.

Alang dan acu cepat-cepat meneruskan kerja mereka. Azam turut sama mencangkul. Baru sekejab dia mencangkul membuat bakut, dia sudah termengah-mengah. Berkali-kali dia minta air pada achik. Aku dan achik hanya tergeleng. Wajah Azam yang putih nampak kemerahan.

“Buat apa nak tanam sendiri sayang….penat aje..” Keluhnya.

“Anis tak paksa abang joint sekali…kalau penat…rehat aje la..” balasku. Muka sengaja aku masamkan.

“Orang cakap…kalau tanam apa-apa la..dengan muka masam tak menjadi tanaman tu.” Perlinya. Aku ketap bibir geram. Alang, acu dan achik menahan gelak.

“Hmm…bagus jugak berkebun ni…boleh keluarkan peluh.” Ucapnya lagi. Sengaja mengumpanku berbual dengannya.

“Tadi nak sangat rehat…berkebun atas katil..” perliku pulak. Azam tergelak.

“Kalau dapat hasil nanti…kita jual, duit bagi sama rata ye..” sempat lagi dia berkata begitu.

“Baru buat bakut dah cakap pasal hasil… orang business ni memang macam ni ke?”

“Hehe…along dengan bang long ni…dari tadi gaduh..” tegur alang. Aku telan liur.

“Mana ada kami gaduh lang..” balasku. Malu di tegur adik-adik begitu.

“Ala..tau..along merajuk dengan bang long…” sampuk achik.

Aku berhenti merumput, melabuhkan punggung di sebelah achik. Azam turut mengambil tempat bersebelahanku. Aku mengensot menjauh, tapi dia makin mendekat. Aku marah di dalam hati melihat kerenahnya. Adik-adikku sudah tersenyum-senyum sesama sendiri.

“Tepila…busuk..” marahku. Suamiku hanya tersenyum.

“Busuk-busuk suami awak jugak..” usiknya mencuit hidungku. Aku berusaha untuk menepis.

“Janganla bang..malu adik-adik tengok…” marahku. Azam hanya tersengih, pantas bangkit mencapai cangkul. Aku hanya memerhati. Membiarkan Azam, alang dan acu membajak tanah untuk membuat bakut.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 42, 43”
  1. fatim says:

    lmanya bru ada smbungan cerita ni,hehehe 😉
    makin best,,cpt smbung yer

  2. LC says:

    Salam… dah lama LC htr. tp mgkn de kslhn teknikal. LC try htr lg, sbb dah ramai tya. kite bkongsi bc d sini je la..

  3. ezz_an says:

    tulah..dah rindu sgt ngan Anis dan Azam…. 😉

  4. ida says:

    salam LC…hehehe tahniah. best cita nie x sbr nk tggu kisah yg strusnya 😉 . kuatkan usaha….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.