Novel : Salah mencintainya 44

19 February 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 44

Petikan gitar dari bilik sebelah menarik kakiku untuk melangkah ke situ. Bilik itu bilik tetamu, dan hanya ada katil dan cermin solek. Siapa pulak nak membuka radio di situ? Suara menyanyi macam aku kenal..

Perlahan-lahan tombol pintu aku pulas. Aku sedikit terkejut melihat suamiku memetik gitar membelakangi pintu. Aku tersenyum seorang diri. Tidak pulak aku tahu suamiku mempunyai bakat bermain gitar dan menyanyi..

Petikan di mulakan sekali lagi.

“Bidadari hatiku…” Ucap suamiku. Mungkin ini tajuk lagu yang dia akan nyayikan sebentar nanti. Aku masih curi-curi dengar di belakangnya.

Saat kau ku kenali… bahagia menjadi milikku..
Wajahmu lembut menunjukkan kasihmu..
Suara halusmu membuai hatiku..
Oh bidadari hatiku..

Inginku miliki cintamu..
Inginku dakap rindumu…
Menjadi penyeri hidupku..
Oh bidadari hatiku..

Kau di ciptakan untukku..
Akanku lindungimu segenap kudratku..
Akan ku sayangimu..setulus hatiku..
Oh bidadari hatiku..

Inginku milik cintamu..
Inginku dakap rindumu…
Menjadi penyeri hidupku..
Oh bidadari hatiku..

Bila kau mengetahui kenyataan itu..
Ku tahu kau akan membenciku..
Tapi satu saja yang aku ingin kau tahu..
Cintaku tetap milikmu..
Oh bidadariku…

Kenyataan tersembunyi kejam padamu..
Tapi akanku tebus dosa silamku..
Akanku lindungimu selagi dayaku..
Akanku cintaimu hingga nafasku yang terakhir..
Maafkan aku duhai bidadariku…

Aku tersenyum kecil mendengar suara garaunya menyanyikan lirik-lirik lagu itu. Tidak pernah aku mendengar lagu ini di dalam radio atau di mana-mana. Mungkinkah ia ciptaan suamiku? Betul-betul tidak aku sangka. Aku ingat, gitar Kapuk yang tersandar di bilik itu hanya hiasan selama ini. Dik Za tak pernah pulak bagitau aku tentang hal ini.

Tapi…untuk siapa lagu itu tadi? Untuk aku ke? Atau…untuk orang lain? Mana tau…untuk bekas kekasih suamiku sebelum ini. Tapi…hatiku kuat menyatakan lagu itu untuk aku.

Aku berdehem beberapa kali. Suamiku terus menoleh ke belakang. Dia tersipu melihat aku tersenyum. Dia menghulurkan tangan. Aku menyambut dan duduk si sebelahnya.

“Tak sangka pulak abang reti petik gitar..” ucapku. Suamiku tersenyum, jemarinya cekap memetik alunan lagu kau ilhamku.

“Sedap jugak suara abang..” Pujiku.

“Ala…tau la..suara abang bunyi suara katak panggil hujan…. jangan perli dalam memuji..” Ujarnya masih tersenyum.

“Orang puji betul-betul ingat kita kutuk..itu lah..malas cakap dengan abang ni..” Dengusku.

“Hehe..jangan la marah sayang… nak abang nyanyi lagi?” Tanya suamiku. Aku menggeleng. Aku mahu berbual dengannya.

“Hmm…lagu tadi abang sendiri tulis ye?” Tanyaku. Azam mengganguk.

“Untuk siapa?” soalku lagi.

“Untuk bidadari abang..” Jawabnya. Aku menarik muncung, tidak puas hati dengan jawapannya. Azam tersenyum simpul di sebelah.

“Untuk bekas mak we abang ye?” Tanyaku lagi. Azam tergelak kecil.

“Abang mana ada mak we sebelum kahwin dengan Anis… ” Beritahu Azam. Hatiku cuak..

“Habis…lepas kahwin dengan Anis..abang ada mak we lain?” Serkapku. Makin kuat suamiku tergelak. Aku menarik tangannya. Dia terhenti memetik gitar.

“Sayang ni..siapa lagi mak we abang selain dari isteri abang ni… Zahanis..bidadari hatiku..” ucap Azam. Aku terharu mendengar ucapannya. Hehe…tadi aku dah fikir bukan-bukan.

“Sorry ye bang..tadi Anis dah fikir bukan-bukan..” Ucapku. Sejak menjadi isterinya aku sukar membendung rasa cemburuku.

“Kuat jeles gak isteri abang ni.” Dia mencuit hidungku. Aku tergelak kecil. Malu juga kerana reaksi dan kata-kataku mengambarkan perasaanku padanya.

“Bukan apa bang…lirik lagu ni semacam aje..sebab tu Anis fikir abang buat lagu ni untuk orang lain.. tapi..sedap jugak sebenarnya.” Riak wajah suamiku berubah. Senyumannya mati. Aku sedikit hairan.

“Ni…kenapa pulak buat muka macam tu?” Tanyaku.

“Hmmm…tak apa-apa.. nanti..ada masa abang ciptakan lagu yang lebih jiwang untuk Anis..” Ujar suamiku. Aku tersenyum gembira.

“Tapi…tak nak yang jiwang sangat..” ujarku.

“Demand betul..” Kami sama-sama tergelak.

note: Salam… selamat membaca…


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

10 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 44”
  1. fatim says:

    mcm ada rahsia jer azam ni 😉

  2. me says:

    mmg ad pon..
    mst die yg langgar parents anis

  3. aida says:

    apsal makin lama makin pendek?
    sambung yea…. :smile: :smile:

  4. sang semut says:

    Azam yg langgar parents anis kot sbb tulah dia jaga betul2 anis n adik beradik anis 😉

  5. nuriz says:

    kenyataan y sgt memeritkn…
    azam xsanggup nk luahkn..
    sian anis,mst dye kcewa sgt lau dye tau..

  6. soffi says:

    mcm azam ada rahsiakn smthing dr anis.. mgkin dia p’nah bwt sht dgn anis sblm ni…. waaa, x sbr nk tgu smbunganya. crita ni pndek sgt la, bru nk layan da hbs~~~ cpt2x smbg ya :)

  7. mia says:

    bestnyer……….. cpt2 smbg……. tp still xpuas bc kat sini. knpa x d bukukan je? sy betul2 inginkn nvel ni. citer ni lain dr yg lain. citer lain kebykannya asyik isu yg sama.

  8. yankeneoz says:

    dia yg langgar kan??? kan???
    siannya anis, kalo btol2 azam yg langgar…
    paper hal..thanks for the entry..^^

  9. roseline says:

    mmg dia yg langgaar.dr episod2 awl lg dh blh agk.

  10. Idha Chunhyang says:

    sy suka ceritanya…. :) :) :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.