Novel : Salah mencintainya 45

26 February 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

45

Suamiku balik ke rumah papa tanpa mengajakku. Aku sendiri pun tidak faham kenapa Azam enggan membawaku ke rumah itu. Kalau hendak berjumpa papa, papa akan ke rumah kami. Tak pun kami akan makan di luar. Tidak pernah mama ikut serta. Mungkin suamiku bimbang aku akan berkecil hati dengan layanan mama.

Sebagai anak menantu, aku tidak ambil hati dengan layanan mama. Aku sedar, aku menumpang kasih pada anak mama. Sebenarnya aku tidak bersetuju dengan tindakan suamiku ini. Kalau dia masih berkeras tidak membenarkan aku ke rumah, sampai bila-bila mama akan memandang serong pada aku. Tapi, aku tidak berani untuk mengingkarinya.

Pagi tadi, aku hanya memandang suamiku bersiap. Aku masih berbaring, kepalaku rasa berat. Selepas subuh aku masih berbaring. Mujur hari ini Mak Siti yang menyediakan sarapan.

“Sayang tak sihat?” Tanya suami sebelum dia bertolak tadi. Dia berbaring di sebelahku sambil membelai rambutku.

“Hmm…sikit aje bang…” Balasku. Suaraku serak. Suamiku segera merasai dahiku. Wajahnya cemas.

“Sayang tak sihat ni…jom abang bawak ke klinik..” Dia menarik tanganku. Badanku di sandar di dadanya. Aku menggeleng. Tidak mahu menyusahkan dia. Dia pun hendak ke rumah papa.

“Lepas bawak sayang ke klinik, abang ke rumah papa.” Aku masih menggeleng.

Suamiku tergeleng melihat kedegilanku. Aku sebolehnya tidak mahu menyusahkan suamiku. Dia sudah cukup penat dengan masalah di pejabat. Sebolehnya masalah di rumah aku akan uruskan sendiri.

Suamiku menyeluk poketnya bila telefonnya berbunyi. Dia memandang skrin. Aku sempat membaca nama di skrin. Mama..

“Assalammualaikum mama…” Ucap suamiku sebaik menekan butang hijau. Sebelah tangannya masih membelai rambutku.

“Ya…ya…jab lagi Zam ke sana.” balas suami. Kemudian dia terdiam.

“Anis tak sihat… Zam ingat nak bawak dia ke klinik jab.” Balas suamiku.

“Abang pergi aje la jumpa mama…Anis mintak tolong Pak Daud drive ke sana.” Bisikku di telinganya. Suamiku memandangku dengan wajah bersalah. Handphonenya masih melekap di telinga kiri.

“Okey….okey… Zam datang ke sana sekarang.” ucap suamiku sebelum mematikan talian. Suamiku membaringkan tubuhku ke tilam. Dia mengusap rambutku.

“Abang minta maaf ye sayang. Tak dapat temankan sayang ke klinik. Nanti abang cakap kat Pak Daud, tolong bawak sayang ke klinik.” ujar suami. Dahiku di kucup hangat, aku hanya mengangguk dengan senyuman.

“Hmm…Tak apa la. Anis boleh pergi dengan pak Daud.” Ucapku menghalau rasa bersalahnya. Sebaik saja suamiku keluar, aku bangkit ke bilik air. Aku menghalau rasa loya yang menjolok tekak.

********

Berita yang aku terima sebentar tadi membuah senyumku. Kata-kata doctor tadi bagaikan melodi indah yang menjadi hawa teingaku. Aku mengajak pak Daud singgah di pusat membeli belah sebentar.

Aku menjenguk ke kedai menjual barangan bayi. Aku tidak sabar untuk membeli kelengkapan bayi. Tapi, takkan nak beli awal sangat, hatiku bertingkah. Aku tergeleng dengan gelagat sendiri. Mataku hinggap pada sepasang sarung tangan yang comel berwarna putih. Aku mengambil keputusan untuk membeli sarung tangan itu. Tak salah rasanya nak beli satu.

Selepas membayar harga sarung tangan itu, aku cepat-cepat ke tempat parking. Pak Daud menunggu sambil membaca surat khabar. Aku mengambil tempat di sebelahnya. Aku membalas senyuman Pak Daud.

“Anis ni…dari tadi sengih sampai ke telinga. Ada apa-apa ke?” Tanya Pak Daud sambil memandu. Aku diam sebentar, aku sengaja merahsiakan berita yang aku terima sebentar tadi. Aku mahu suamiku orang yang pertama tahu.

“Hmm..tak ada apa-apa la Pak Daud..” Balasku sengaja berahsia. Sengihku gagal di tahan. Pak Daud tergeleng.

“Apa doktor cakap tadi? Anis sakit apa-apa ke? Muka Anis pun nampak pucat aje.” tanya Pak Daud.

“Sakit biasa aje pak Daud.” jawabku tidak mahu berterus terang.
Aku berfikir macam mana mahu mengabarkan hal itu pada suamiku. Mesti suamiku akan melonjak kegembiraan. Sudah lama kami menantikan kehadiran bayi sulong kami. Suamiku memang sudah berangan-rangan mahu anak yang ramai. Tapi, tidak pulak dia mendesakku. Mungkin selama ini dia tahu, aku tertekan kerana belum mampu memberinya zuriat walaupun usia perkahwinan kami sudah hampir menjangkau setahun.

Mak Siti sudah siap memasak ketika aku dan Pak Daud sampai. Aku terkejut melihat angah bergurau dengan adik-adikku yang lain. Bila melihat aku, cepat-cepat dia menghampiri mengucup tanganku hormat.

“Bila angah sampai?” Tanyaku sambil menarik tangannya duduk.

“Hmm…baru aje long…Baru start cuti pertengahan semester.. Sebab tu angah datang sini.” jawabnya. Angah memeluk bahuku. Aku tersenyum senang, sengaja melentok kepala di bahunya.

“Mak Siti cakap along ke klinik tadi. Along tak sihat ke?” Tanya angah. Wajahnya berkerut risau. Dia masih memerhati wajahku.

“Hmm…tak ada apa yang di risaukan ngah.. biasa la..” Jawabku sambil menarik senyum.

“Hah…achik dengan acu tu…pantang ada cuti…asyik nak mendongak TV aje kerjanya.” tegur angah. Achik dan acu tersengih. Alang mencebik pada kedua-duanya.

“Angah tengok muka alang tu… dia serba tak kena dah tu…dua minggu lagi result nak keluar.” Angah tergelak melihat wajah alang. Alang menampar lembut lengan angah.

“Angah nak bagi apa kalau alang dapat result gempak nanti?” Tanya Alang.

“Belum apa-apa dah mintak hadiah… ada la..” Balas angah.

“Along?”

“Something special…” balasku.

“Boleh alang mintak sesuatu?” Tanya alang. Aku angguk.

“Nanti alang cakap.” balasnya. Aku dan angah hanya jongket bahu.

“Jangan mintak yang mahal-mahal dah la.. along tak banyak duit.” ucapku. Aku meminta diri ke dapur. Membantu Mak Siti menghodang juadah tengah hari. Achik turut membantu. Bau masakan membuatkan aku tidak selesa.

Mak Siti menyuruhku berehat saja melihat kelakuan. Aku menggeleng. Melihat keadaan aku, adik-adik lelaki cepat saja mengambil alih tugasku. Mereka membantu mak Siti menghidang juadah. Suamiku sudah memberitahu dia makan di rumah keluarganya. Aku duduk, sambil membetul selendangku. Sekejab lagi Pak Daud akan masuk. Kami makan bersama tengah hari itu.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 45”
  1. fatim says:

    pendeknya,,tk puas baca 😉

  2. ezz_an says:

    pendek sgt la…..

  3. aida says:

    suka la, bakal ada baby…..
    hope the baby will bring joy & happiness to everybody :-) ……

  4. Orange_Best says:

    sambung la lagi.. plss… sangat seronok cerita ni..

  5. gayathiri says:

    WOW DPT baby,,,,

  6. mia says:

    best. cpt la upload lg. kenapa pendek sgt? xpuas bc. susah bc kat sini.

  7. lynaz kynaz says:

    cepat la smbng citer ni…..tk sabar nak baca…tak pun keluarkan terus novel ni…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.