Novel : Salah mencintainya 46, 47

24 March 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 46

Sebaik balik dari rumah orang tuanya suamiku berwajah muram. Aku tidak jadi menghulurkan kad yang aku dapat pagi tadi. Sebelum suamiku berjumpa mama, aku meminta izinnya keluar. Dia hendak menemaniku, tapi aku menolak kerana dia pun hendak berjumpa mamanya.

“Abang nak makan?” tanyaku selepas menghulurkan segelas jus.
Azam menggeleng, sambil memejamkan matanya. Kalau dia sudah begitu, aku faham. Suamiku itu memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Aku meninggalkannya untuk meneruskan kerjaku di bilik membasuh. Aku menyidai pakaian yang siap bercuci. Petang tadi, Pak Daud dan Mak Siti membawa adik-adikku balik ke kampung. Mujur angah balik cuti pertengahan semester. Kalau Sabtu minggu memang Pak Daud dan Mak Siti selalu balik ke kampung.

Aku termenung panjang, memikirkan masalah yang suamiku fikirkan. Aku dapat menjangka, suamiku baru bergaduh dengan mama. Dan aku tahu, aku lah punca pergaduhan itu. Aku rasa bersalah kerana meletakkan suamiku dalam keadaan serba salah. Tapi…sanggupkah aku berundur? Hatiku tersentak, perutku aku usap perlahan. Tegakah aku memisahkan mereka? Aku resah, buntu. Tidak tahu, apakah jalan yang terbaik untuk semua orang.

Mama masih belum dapat menerima aku sebagai menantu. Sejak menyambut hari lahirnya dulu, aku tidak pernah lagi berjumpa mama. Azam sendiri tidak mahu membawa aku balik ke rumah keluarganya. Aku tidak menyalahkan suamiku, dia sedaya upaya menjaga hati aku dan mamanya.

Selepas makan malam, suamiku sudah membawa diri ke dalam bilik bacaan. Aku mengambil angin di taman. Sesekali aku mendongak memandang bilik bacaan, lampu di situ terpasang. Suamiku mesti masih di situ menenangkan diri. Selalunya, kalau dia susah hati, Azam akan ‘bertapa’ di bilik bacaan, membaca buku atau main game di komputer di bilik itu. Aku pulak hanya membiarkan dia di situ. Aku hanya akan masuk untuk menghantar air untuknya.

“Sayang…sayang nak jumpa nenek?” Aku bercakap seorang diri sambil mengusap perutku. Kehadirannya betul-betul memujuk hatiku. Aku tahu, aku tidak berseorangan.

Tapi…. dapat ke kehadirannya nanti, menjernihkan hubunganku dengan mama? Atau, dia akan menerima nasib yang sama seperti aku. Aku tidak mahu anakku nanti akan di benci neneknya sendiri. Aku mahu dia membesar dengan kasih sayang yang sempurna. Sangat sukar untuk hidup tanpa kasih sayang. Aku dan adik-adikku sudah merasai perasaan itu.

“Mama pun… kalau boleh nak sangat nenek terima kita. Mama pun kehilangan emak, mama nak sangat ada ibu.” Luahku sebak.

Aku tiba-tiba rindukan arwah emak. Kalau arwah emak masih ada, mesti emak tidak sabar menyambut cucu sulongnya itu. Abah pun mesti teruja untuk menjadi datuk.

‘Mak…abah… Anis bakal jadi ibu. Walaupun Anis ada anak sendiri nanti..Anis janji takkan abaikan adik-adik. Anis sayang mereka.’ bisikku seorang diri. Aku terus ke naik ke bilik. Aku terkejut melihat suamiku sudah duduk di sisi katil. Dia menggamit aku duduk dekat dengannya.

“Maafkan abang ye sayang… abang memang suami tak guna. Selalu buat Anis rasa serba salah.” Ucap suamiku sambil mengucup rambutku. Aku menggeleng.

“Abang dah cukup baik pada Anis dan adik-adik. Anis dan adik-adik je yang selalu susahkan abang. Kami dah jadi beban abang. ” aku sebak tiba-tiba. Suamiku semakin mengeratkan pelukan.

“Abang tak pernah rasa Anis dan adik-adik beban abang. Kehadiran sayang dan adik-adik dah isi hidup abang. Abang bahagia sayang…jangan cakap macam tu lagi ye..” Pesannya. Aku mengangguk.

“Kita jumpa mama ye bang….Anis nak cuba pujuk mama.” cadangku. Suamiku menggeleng.

“Kenapa bang?”

“Mama masih degil Anis…entah apa yang dia akan cakap kat Anis nanti. Abang tak nak Anis sedih. Abang kenal mama abang tu. Abang pun kesal dengan sikap dia. Kenapa dia tak macam papa..” keluh suamiku. Aku mengusap lengannya lembut memujuk hati itu. Tangannya aku gengam erat.

“Walau macam manapun bang…dia tetap mama abang. Tanggungjawab anak lelaki ni besar pada orang tua dia.” aku mengingatkannya.

Aku tidak mahu pentingkan diri membiarkan suamiku melebihkan aku dan adik-adik, cuma aku sedar diri. Aku hidup dengan hasil dari anak mereka. Aku harus fikirkan perasaan mama jugak. 28 tahun dia membesarkan suamiku. Hidupku dan adik-adik sudah cukup baik kerana Azam mengambil aku menjadi isterinya. Dari hidup merempat, aku hidup selesa di rumah suamiku. Apa lagi yang aku hendak? Tidak salah aku mengalah pada mertuaku.

“Abang sayang Anis…sayang sangat-sangat. Abang takkan duakan kasih Anis.” Ucap suamiku tiba-tiba. Aku tersentak.

“Anis pun sayang abang.” Balasku. Suamiku tersenyum gembira. Aku betul-betul menyayanginya. Aku tidak sanggup berjauhan darinya. Aku tidak sanggup kehilangannya. Kasih sayangnya betul-betul menawan hatiku sehingga aku sanggup menyerahkan cintaku padanya.

Bab 47

Mak lang akan balik lusa. Begitu la berita yang aku terima dari panggilannya semalam. Selepas di halau keluar dari pondok kami dulu, aku mengutus surat pada Mak lang dan nombor telefon rumah suamiku aku bagi untuk di hubungi oleh mak lang. Marah betul mak lang dengan Mak long atas tindakan mak long menghalau kami adik-beradik.

Mak lang berjanji akan menuntut balik rumah itu untuk aku dan adik-adik. Tapi…bila aku fikir lagi, untuk apa? Aku dan adik-adik sudah ada tempat berlindung. Suamiku sudah menyediakan tempat berlindung terbaik untuk kami. Tapi, Mak Lang cakap rumah itu hak kami. Kalaupun aku tak mahu…rumah itu akan jadi milik adik-adikku. Mak lang akan balik… aku rindukan dia.

********

“Mak Lang akan balik lusa.” Ucapku ketika aku bersantai bersama Azam dan adik-adikku. Azam sedikit terkejut.

“Betul ke long? Angah rindukan mak lang…” Angah teruja. Cuti pertengahan semester begini, dia habiskan masa di rumah ini. Adik-adikku yang lain pun nampak teruja bercakap sesama sendiri. Cuma suamiku jadi pendiam.

“Mak lang cakap nak ambik balik rumah kita dari mak long.” Beritahuku lagi. Suamiku cepat menoleh ke arahku. Aku tidak tahu apa maksud pandangannya.

“Baguslah macam tu long…. Angah rindukan rumah kita.” Ujar angah.

“Angah tak gembira duduk sini?” perlahan pertanyaan itu keluar dari mulut suamiku. Angah dan aku kaget.

“Eh! Tak adalah macam tu bang long….Cuma angah rindukan rumah tempat angah membesar selama ni. Rindu dengan kenangan arwah abah dan arwah mak kat rumah tu…” balas angah. Suamiku angguk.

“Hmm….bang long minta diri dulu ye..” ujar suamiku masuk ke bilik kami. Aku mengekori dari belakang.

“Abang ada problem ke?” tanyaku sebaik menutup pintu. Suamiku sudah berbaring sambil memandang syiling.

“Tak…tak ada apa-apa..” balasnya. Aku tahu, dia menyembunyikan sesuatu dariku.

“Abang…please bang….jangan sembunyikan apa-apa dari Anis…” Aku sedikit mendesak.

Aku tahu, dia tidak suka di desak begitu. Tapi….aku tertekan melihat perubahannya. Walaupun dia masih mesra melayaniku dan adik-adik, tapi aku tahu dia menyimpan masalah sendiri. Tidak percayakah dia pada aku sebagai isteri untuk dia berkongsi masalah?

“Abang tak apa-apa…” Tekannya.

“Anis isteri abang. Anis tau, abang rahsiakan sesuatu dari Anis. Anis tanya Dik Za pun dia macam rahsiakan sesuatu..” aku hairan dengan sikap suamiku dan ahli keluarganya yang lain.

“Anis please…beri abang ruang untuk diri sendiri.” Ujar suamiku. Aku terdiam, perlahan aku melangkah ke bilik bacaan di sebelah bilik kami. Kalau itu pinta suamiku, aku tidak akan mendesak lagi. Aku agak terkilan mendengar kata-katanya.

Aku meluahkan perasaan di bilik itu. Air mataku mengalir tanpa di tahan. Hatiku sensitif bila suamiku sendiri bercakap begitu. Azam lebih suka menanggung sendiri masalahnya. Ini membuatkan aku lebih susah hati.

Aku rasa tidak adil padanya, saat aku kesusahan dia sentiasa di sisi mendengar luahan masalahku. Tapi…bila dia di bebani masalah, aku tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantunya. Aku mahu sama-sama dengan dia susah dan senang. Dia sudah menjadi suamiku, aku mahu sentiasa ada di sisinya.

Aku tiba-tiba teringatkan anak kami di dalam kandunganku. Aku sering kali terlupa memberi tahu suamiku tentang kehadirannya. Tambah-tambah suamiku masih terbeban dengan masalah lain. Aku tidak mahu suamiku tambah bingung. Mungkin saja suamiku belum bersedia menerima kehadirannya dengan masalah yang mendatang sekarang.

Ya ALLAH…hanya pada-Mu aku meluahkan kegalauan hatiku ini. Semoga suamiku sentiasa bahagia.

Pintu di ketuk dari luar. Aku mengesat air mataku, berusaha mengawal perasaanku.

“Boleh angah masuk?” tanya angah dari luar.

“Hmm..masuk la ngah.” balasku. Aku menerapkan senyuman bila wajah angah terpacul. Angah menarik kerusi, duduk menghadapku.

“Along tak apa-apa?” angah seakan dapat mengesan kesedihanku. Wajahku di renung lama. Aku malu untuk bercerita pada adik keduaku ini.

“Hmm..tak ada apa-apa la ngah..” Dalihku. Angah mengeluh berat.

“Along selalu macam ni… selalu simpan sendiri. Angah adik along…angah sayang along. Angah tak sanggup tengok along tanggung masalah sorang diri.” keluh angah. Melihat aku diam, angah beralih duduk. Dia duduk bersimpuh di lantai. Kepalanya di rebahkan di pehaku. Aku sebak melihat adikku ini.

“Jangan anggap along keseorangan long…angah tahu, abang Azam mungkin sibuk dengan masalah lain. Jadi, along tak sanggup susahkan dia. Tapi along kena ingat. Along masih ada angah. Angah sentiasa di sisi along walau apa yang berlaku.” ucap angah.

Aku terharu mendengar kata-kata adikku. Masa telah banyak mengajar seseorang, kata-kata angah pun menampakkan kematangannya.

“Angah…bila angah dah kahwin nanti, angah tau. Biasa la… dalam rumah tangga.” Jawabku. Angah angkat kepala, mendongak memandangku.

“Abang Azam sakiti along?” tanya angah pantas. Matanya tajam memandangku. Aku tersenyum dan menggeleng.

“Tak ada la ngah… abang Azam baik sangat. Cuma along je rasa bersalah kat dia… angah tau mama macam mana. Along tau abang Azam rasa tersepit antara along dengan mama. Dia nak jaga hati along, tapi mama terasa.” luahku juga. Angah mengengam tanganku.

“Along bahagia?” Aku tidak tahu apa motif dia bertanya begitu.

“Kenapa?”

“Angah takut along terluka. Angah terlalu sayangkan along.” ucap angah. Aku usap rambutnya penuh kasih.

“Along bahagia jadi isteri abang Azam. Along tak menyesal kahwin dengan dia.” beritahuku. Aku tidak berbohong pada dia. Memang aku bahagia menjadi isteri Azam. Aku sangat mencintainya.

“Baguslah macam tu…angah doakan along dan abang bahagia hingga akhir hayat. Kalau ada apa-apa..jangan teragak-agak untuk cakap kat angah.” Pesan angah. Dia bangkit.

“Angah minta diri dulu.” ucapnya sebelum berlalu. Aku hanya memandang angah melangkah.

p/s: Salam….selamat membaca. Wat ms ni LC blm kuarkn pe2 karya terbaru. LC tgh berusaha wat nvel ‘kerana terlupa’ kisah tentang anak kpd psgn ‘room mate yang romantik’ sbg watak utama. Hope dpt siap.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 46, 47”
  1. fatim says:

    apa masalah azam yer,,ermmm,,next plss

  2. noriah binti karab says:

    citeni best tp lambt smbg kalau ada blog boleh juga layr

  3. LC says:

    Salam… citer ni mmg dah siap. lc de emailkn smua rsnya.. tp lc jg akn upload stiap bab setiap smgu.. psl lmbt 2.. bkn d bwh kwln lc, stiap nvel de turn sendiri. x adil bg penulis lain, kalo asyik novel yg sama kuar. tq sbb sudi bc n komen.. psl blog 2.. lc busy sgt skrg.. blog nvel Demi Cinta Liyana 2 pun lc hnya smpat post bab baru stiap mgu, lc xsmpt nak wat blog utk nvel ni. insyaALLAH.. kalo xbusy sgt nanti. tp xbrani nak jnji

  4. faranie says:

    sukanyer….harap2 lc dpt wt blog tuk novel nie…

  5. LC says:

    salam… blog lc utk cerpen n nvel Demi Cinta Liyana(DCL) ade la.. tp malunyer cz blog 2.. he2.. xlgkap.. hnya stiap mgu lc htr bab bru je.. utk nvel DCL.. kalo nk komen.. biasanya.. kwn2 pmbc akn email lc.. xpun.. kat fb lc. FB lc ‘lc nurazna’ email (lc.jombaca@gmail.com). biasa chat dgn kwn2 pmbc kat ctu.

  6. Nana says:

    Akq ada blog x?
    Sambung cpet citer ni ya. .

  7. lynaz kynaz says:

    cepat2 la smbngkan cerita ni…best sgt…tk sbr nk tahu apa masalh azam….tk pun keluarkn terus buku nyer…

  8. LC says:

    Salam.. blog nvel Demi Cinta Liyana (DCL) ade la… (http://demicintaliyana-lc@blogspot.com).. tp 2 la.. blog 2 xlgkap.. wat malu jer..he3.. utk nvel ni.. lc minta maaf sgt2.. lc xdpt wat skrg. busy sgt2..lgpun.. xreti sgt dah.. dah 2 thn hbs study..suma lupe. thanks..cz sudi bc.. n komen..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.