Novel : Salah mencintainya 48, 49

3 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 48

Ikmal nampak gelisah di depanku. Sejak peristiwa lalu, ini kali pertama kali makan berdua seperti itu. Aku tahu, Ikmal takut-takut untuk keluar denganku lagi. Kalau Azam tahu kami keluar ni, mesti dia melenting. Aku rasa berdosa membohonginya. Aku tidak tahu hendak bertanya siapa lagi. Dik Za mengelak. Papa pulak, hanya diam. Azam sendiri lebih banyak diam. Setelah aku merayu pada Ikmal, baru dia setuju berjumpa denganku.

“Apa kak long nak tanya?” Tanya Ikmal.

“Hmm…tentang abang Azam.” beritahuku. Aku menghirup minuman.

“Kenapa dengan abang Azam?” Tanyanya. Dia menolak gelas ke depan.

“Mal tau apa sebenarnya masalah abang Azam dengan mama?” tanyaku. Ikmal berpaling ke arah lain. Dia diam.

“Mereka okey aje kak long.” Mata Ikmal meliar. Aku tahu dia berbohong. Aku mengeluh berat. Semua mahu berahsia denganku.

“Kenapa semua nak berahsia dari kak long?” Tanyaku kecewa. Ikmal nampak serba salah. Aku menekan dahiku. Pening kepalaku datang lagi.

“Kak long okey?” Tanyanya bimbang. Aku hanya angguk. Kesihatanku memang tidak menentu semenjak dua menjak ini. Mungkin kerana pembawakan budak.

“Kalau tak sihat, Mal hantar ke klinik…” Tawar Ikmal.

“Tak apalah..”

Ikmal memanggil waitress. Dia memesan air suam untuk aku. Dia menolak gelas jus tembikai aku ke tepi.

“Kak long jangan minum air berais.” Tegahnya. Aku tersenyum dan angguk. Tidak lama kemudian, waitress menghantar air suam. Ikmal menghulur padaku.

“Thanks..” Ucapku. Aku lega sedikit selepas minum air suam.

“Kak long macam sakit aje…muka pucat..” Tegur Ikmal. Aku hanya tergeleng. Aku masih memikirkan masalah suamiku.

“Kak long tak apa-apa…cuma…kak long sikit terganggu dengan masalah abang Azam. Dia tak pernah nak cerita pada kak long.” Serta merta wajah Ikmal berubah bila hal itu aku ungkit kembali. Dia serba tak kena. Ini menambah curiga di hatiku.

“Mal…” Aku menekan suaraku.

“Jangan desak Mal, Kak Long. Mal tak sanggup tengok kak long sedih.” ucap Ikmal. Dadaku berdebar mendengar kata-katanya. Apa maksud Ikmal? Apa yang akan membuatkan aku sedih?

“Kak long akan lebih terseksa hidup macam ni Mal. Hidup dalam teka teki. Suami kak long sendiri rahsiakan sesuatu dari kak long. Adik-adik pun macam tu jugak. Kamu semua tak anggap kak long macam keluarga kamu. Kak long tetap orang luar bagi kamu kan?” Aku terlalu kecewa di layan begitu.

“Kak long…please…kami buat ni sebab sayangkan kak long. Abang Azam sangat sayangkan kak long sebab tu dia tak setuju dengan rancangan mama.” ujar Ikmal.

“Apa rancangan mama Mal?” tanyaku. Ikmal diam.

“Terus terang dengan Kak long…kalau Mal masih anggap kak long, kakak Mal. Tolong terus terang dengan Kak long.” desakku. Ikmal menghirup minuman di depannya sampai habis. Aku tahu dia cuba menghalau kegelisahannya.

“Mal akan cakap, tapi kak long jangan sedih. Abang Azam sangat sayangkan kak long.” Ikmal terhenti sebentar, menarik nafas dalam-dalam. Dadaku berbebar menunggu apa yang di akan di perkatakan oleh Ikmal sebentar nanti. Perasaanku berperang sesama sendiri.

“Mama nak abang kahwin dengan pilihan dia.” Rasa berhenti degupan jantungku mendengar berita itu.

Aku gagal menahan air mata. Aku teresak-esak di depan Ikmal. Ikmal mati kutu untuk memujukku. Mujur tempat kami duduk agak tersorok dari pengunjung yang lain. Ikmal mengeluh berat melihatku.

“Abang Azam sangat cintakan Kak long. Sebab tu dia tolak cadangan mama. Kak long jangan risau, Mal, Dik Za dan papa semua tak setuju dengan rancangan mama. Cuma, sekarang abang tengah runsing dengan desakan mama. Mal harap kak long bertolak ansur sikit dengan abang Azam. Mal kenal abang Azam, kalau dia risau, dia perlukan masa bersendiri.” ujar Ikmal panjang lebar.

Aku menahan tangisku. Aku tidak menyangka masalah suamiku terlalu berat. Antara mama dengan aku. Patut ke aku berundur?

“Kak long..kak long tak apa-apa?” Tanya Ikmal bila aku membisu. Aku hanya angguk, wajah Ikmal risau.

“Mal hantarkan kak long balik.” ujar Ikmal. Aku menggeleng.

“Kak long drive sendiri ke sini tadi.” jawabku.

Aku meminta diri untuk balik. Ikmal menghantarku hingga ke kereta. Dari cermin sisi kereta, aku dapat melihat kelibat Ikmal masih memerhati. Aku terus memandu balik ke rumah.

Bab 49

Aku serba tidak kena. Sejak dari balik berjumpa Ikmal tengah hari tadi, kepalaku rasa berat memikirkan hal itu. Aku tidak mahu suamiku rasa tersepit. Dia sudah terlalu baik pada aku dan adik-adik. Aku tidak harus mementingkan diri. Aku tidak patut tamak.

Tapi…sanggup ke aku berkongsi? Redhakah aku bila suamiku menjadi milik perempuan lain? Sudah banyak yang aku dengar dan tonton sendiri di televisyen mengenai nasib wanita yang berpoligami. Kebanyakkannya kecundang, berakhir dengan kelukaan.

Aku mencapai handphoneku di atas meja lampu. Aku tekan butang handphone satu persatu. Mahu mencari nombor Norshahleha. Hanya dia teman paling rapat denganku. Aku segan dengan teman-teman yang lain.

“Assalammualaikum..Norsha..” Ucapku sebaik talian bersahut.

“Waalaikum salam..Anis.. apa khabar?” Tanyanya pantas. Suaranya sentiasa ceria seperti dirinya juga.

“Hmm…baik..kau macam mana?” Tanyaku.

“Aku sihat, sesihat-sihatnya..” Balasnya dengan tawa. Aku turut tergelak. Ada-ada saja kawan aku yang sorang itu.

“Hmm…ada apa-apa ke called ni? Kau ni..kalau tak ada apa-apa..jarang nak call. Kedekut sangat dengan bil handphone tu..” Dalam bertanya sempat pulak dia mengutuk aku. Aku tidak ambil hati, dari dulu lagi kami sudah biasa begitu. Aku jadi serba salah pulak untuk bercerita. Tapi…aku sangat memerlukan seseorang untuk aku berkongsi pendapat ketika ini.

“Kau ni..macam tukang tilik pulak ye..”

“Hehe…aku kan cucu tok bomoh kampung seberang..”Guraunya. aku tergelak. Ada-ada saja.

“Kau ada problem ye Anis? Apa? Cakap aje la.. aku boleh dengar ngan bagi advice sikit-sikit. Bukan tak biasa..dulu-dulu bahu aku la tempat kau meleleh air mata, air hidung..” Aku tergeleng mendengar kata-kata itu. Entah bila lah si Norsha ni bercakap dalam nada serius.

“Tapi…Aku segan la..” Ucapku.

“Aduh..nak segan apa? Kau nak kita cakap face to face?” tanya.

“Hmm..tak payah la..”

“Habis?”

“Sebenarnya…aku nak tanya kau…apa pendapat kau tentang poligami?” Tanyaku. Dari talian sebelah aku dapat mendengar Norshahleha terjerit. Aku menjauhkan sedikit handphoneku. Bingit telingaku mendengar jeritannya.

“Azam nak kahwin lagi satu ke? Tak guna punya suami..”

“Norsha..Hei..Dengar la dulu..” belum apa-apa Norshahleha sudah mengutuk. Aku geleng kepala. Serabut betul lah minah sorang ni..

“Hmm..apa?” Suaranya lebih tenang dari tadi.

“Abang Azam bukannya nak kahwin lagi satu…tapi…mama nak dia kahwin satu lagi.. aku tahu, suamiku tersepit antara aku dan mama. Aku tak sampai hati tengok muka dia.” Luahku. Norshahleha diam. Aku masih menunggu jawapan balasnya.

“Azam ada cakap dia nak setuju dengan cadangan mama dia?” Tanya Norshahleha.

“Tak..Mal cakap abang Azam tak nak kahwin dengan pilihan mama.” Beritahuku.

“Hah…kan Azam tak nak..yang kau nak pening-pening ni kenapa?” Tanya Norshahleha. Aku mengeluh berat. Tidak ada sesiapa yang faham situasi aku sekarang. Aku sayangkan suamiku. Tapi aku tidak mahu dia rasa tersepit antara aku dan mama.

“Aku tak nak suami aku rasa tersepit antara mama dan aku. Dia dah terlalu banyak berkorban untuk aku. Dia bagi tempat tinggal untuk aku dan adik-adik. Dia sayang kat kami.” Luahku lagi. Aku dapat mendengar keluhan Norshahleha.

“Anis..kau kena fikir masak-masak sebelum beri persetujuan. Kau dah rasa hati kau cukup tabah ke izinkan laki kau kahwin dengan perempuan lain? Kalau aku..tak sanggup aku. Tak pasal-pasal aku buat dosa besar bunuh perempuan tu..” ujar Norshahleha. Nyata dia tidak menyokong kalau aku membenarkan Azam berkahwin lain.

“Habis..abang Azam macam terseksa.” Keluhku.

“Anis…aku rasa dia terseksa sebab desakan mama dia. Bukan sebab kau. Aku nampak tau, cara renungan dia kat kau masa kita makan-makan hari tu…dia sangat sayangkan kau. Jarang tau dapat lelaki macam dia.” Nasihat Norshahleha. Aku terdiam.

“Hmm…okey lah Norsha..thanks…sebab sudi dengar and bagi advice.” Ucapku.

“Apa-apa pun keputusan kau. Aku ada di sebelah kau. Kalau ada apa-apa..call aje aku k.” Pesannya sebelum mematikan talian.
Aku berbaring merenung ke syiling. Bodoh ke aku kalau aku sanggup di madukan? Membiarkan suamiku mengahwini wanita lain.

Macam mana dengan Azam sendiri? Adakah dia akan setuju kahwin dengan wanita pilihan mama, kalau aku memberi keizinan?

Mama… aku tidak sampai hati melihat wanita itu berduka kalau Azam menolak pilihannya. Sudahlah aku bukan menantu pilihan dia, kalau aku masih pentingkan diri, mesti mama tambah membenci aku. Aku ingin merasa kasih tulus darinya. Aku ingin dia menganggap aku seperti anaknya sendiri. Aku sudah kehilangan ibu kandungku. Aku ingin berbakti pula untuk ibu mertuaku. Ya ALLAH…kentalkanlah hatiku.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 48, 49”
  1. fatim says:

    kasian anis,,azam pun kasian,,

  2. diza says:

    tolong dong pkai bhsa indonesia aku tak ngerti

  3. yatt says:

    bit.ly/dVu3ss

  4. lynaz kynaz says:

    best citer ni….sambng la cepat cikit….

  5. Yizuue says:

    Akak, buat lah blog yaa,. .

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.