Novel : Salah mencintainya 50, 51

9 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 50

“Anis benarkan abang kahwin dengan pilihan mama.” Azam pantas menoleh ke arahku sebaik mendengar ucapan itu.

Aku sudah memikir hal itu semasak-masaknya. Suamiku sudah banyak berkorban untukku, tidak salah aku berkorban untuknya pula kali ini. kalau dia berkahwin dengan gadis pilihan mama, mama tak akan mendesak lagi. Suamiku tidak perlu rasa serba salah lagi.

“Apa Anis cakap ni? Anis tak sayang abang?” Tanya suamiku sambil memegang bahuku kejab.

Aku berpaling ke arah lain. Tidak sanggup melihat wajahnya. Puas memujuk Dik Za untuk menceritakan hal sebenar, tapi Dik Za juga kuat menyimpan rahsia. Sehingga mendorong aku menelefon Ikmal, adik kedua suamiku. Ikmal memberitahu permintaan mamanya yang mahu abangnya berkahwin dengan anak sahabatnya. Tika itu aku menangis sehingga Ikmal pun tidak tahu buat apa.

“Anis…” suara suamiku keras.

“Kalau itu yang boleh buat mama gembira, Anis rela bang…abang dah bagi kegembiraan pada Anis dan adik-adik, tak salah kalau abang bagi kegembiraan kat mama dengan kahwin dengan gadis pilihan dia.” Ucapku menahan pilu. Aku tetap menundukkan wajah, tidak mahu menjamah wajahnya. Bimbang hatiku tidak kuat.

“Abang takkan buat keputusan bodoh tu…abang tak cintakan Fifi. Abang hanya cintakan Anis. Jangan buat abang macam ni.” Bentak Azam. Lantas keluar dari bilik.

Aku rasa bersalah dengan usulku. Aku keluar untuk mengekorinya. Tapi, aku tidak sangka dia terus keluar dari rumah. Adik-adikku terpingga-pingga melihatku. Aku turut mencapai kunci kereta yang di pandu pak Daud selama ini. Untuk mengekori suamiku. Aku rasa bersalah. Dalam keadaan marah, suamiku tidak patut memandu keluar. Kalau jadi apa-apa padanya aku tidak akan memaafkan diri sendiri.

Aku mengekori kereta suamiku sehingga ke rumah mertuaku. Sampai di depan pintu aku mendengar suara nyaring dari dalam rumah. Aku cuba buka pintu, aku terkejut melihat suamiku bergaduh besar dengan mama. Aku tidak berani untuk masuk. Tidak pernah aku melihat suamiku seberang itu.

“Kenapa kau nak sangat jaga anak yatim piatu tu?” marah Mama. Aku tersandar di balik pintu mendengar pertanyaan itu. Air maku makin deras mengalir.

“Mereka dah jadi tanggungjawab Azam ma…Anis isteri saya. Adik-adik dia juga adik-adik saya.” Balas Azam. Aku terharu mendengar ucapan balas suamiku.

“Mama ni mama kandung Azam. Sanggup Azam lukakan mama dengan tolak gadis pilihan mama.” Suara mama lirih. Aku serba salah, aku tahu suamiku di dalam turut serba salah.

“Azam tak cintakan Fifi mama…tolong la mama…pujuk Anis supaya tak desak saya terima Fifi..” Rayu Azam.

“Hah! Dia dah setuju…kau tak ada apa-apa halangan lagi. kau tak hutang apa-apa kat dia.” Ujar Mama, nampak gembira.

“Azam hutang banyak pada dia ma…Azam hutang nyawa kat Anis dan adik-adik..”

Aku tergamam, tidak faham dengan kata-kata suamiku. Hutang nyawa denganku dan adik-adik? Apa maksud suamiku? Aku rasa nak meluru ke dalam untuk tahu. Tapi, aku tahan hatiku. Aku mahu mendengar kebenaran itu dari mulut suamiku.

“Apa yang kau hutang? Kau bagi dia hidup senang lenang kat rumah kau tu…” balas mama.

“Azam yang buat mereka terpaksa keluar dari rumah ma…Azam yang salah…mama ingat lagi tak kereta yang Azam langgar dulu? Azam dah bunuh keluarga Anis ma…Azam yang bunuh mereka. Azam yang langgar kereta mereka. Azam mabuk, tapi Azam masih ingat achik ma…Achik terpaksa pakai tongkat seumur hidup. Anis dan adik-adik lain hilang tempat bergantung kerana Azam.” Aku mengurut dada, terkejut mendengar pengakuan suamiku.

Aku terduduk di depan pintu. Azam yang bunuh abah, mak, atuk dan pak su? Aku bersuamikan lelaki yang membunuh keluargaku? Lelaki yang membuatkan aku dan adik-adik menjadi yatim piatu dan menjadi anak merempat?

Aku tolak pintu yang tidak bertutup rapat itu dan meluru ke dalam. Azam dan mama terkejut melihatku.

“Aku benci kau Azam….kau bunuh keluarga aku. Kerana kau aku dan adik-adik merempat. Kerana kau…keluarga aku mati. Aku takkan maafkan kau.” Jeritku sambil memukul-mukul dada Azam.

Aku benci melihat wajahnya. Aku benci kerana jatuh cinta pada dia. Aku benci…Azam langsung tidak membalas. Dia hanya membiarkan aku memukul-mukul dadanya. Hatiku rasa sakit dengan bebanan perasaan itu. Benci, geram, marah bercampur gaur. Aku jadi penat, mataku rasa layu. Kakiku rasa lemah.

“Anis….” Aku sempat mendengar suara Azam dan mama sebelum pandanganku gelap.

Bab 51

Sebaik aku tersedar, semua ahli keluargaku dan Azam ada di situ kecuali Ikmal. Aku tidak tahu, bila mereka membawaku balik ke rumah Azam. Wajah Azam nampak lesu, tapi nampak ceria. Aku benci melihat wajah itu. Aku masih ingat setiap butir ucapannya sebelum aku pengsan tadi. Sampai bila-bila aku akan ingat. Dia pembunuh. Dia bunuh orang tuaku.

“Anis tak apa-apa sayang?” Aku berpaling ke arah lain mendengar pertanyaan itu. Aku tidak sanggup melihat wajahnya. Betul-betul tidak sanggup.

“Along….” Panggil acu.

“Kita pergi dari sini acu… kita tak patut duduk rumah ni. Nanti along cari tempat tinggal baru untuk kita. Esok mak lang pun sampai sini.”
Aku cuba bangun. Tapi kepalaku rasa perit. Aku tersandar semula. Azam cuba memegang tanganku. Aku tepis pantas. Aku tidak malu lagi pada ahli keluarga kami. Tapi mereka diam, tidak mahu ikut campur.

“Anis tak sihat… rehatlah dulu.” Pujuk Azam.

“Angah…cepat kemas barang kita. Kita mesti pergi dari rumah ni hari ni jugak.” Tegasku. Angah memandangku serba salah.

“Angah…apa tunggu lagi? Cepat siap.” Marahku bila angah tidak berganjak.

“Abang takkan benarkan Anis dan adik-adik pergi dari rumah ni.” Azam juga bertegas. Malah dia mencengkam erat lenganku.

“Saya tetap akan keluar dari rumah ni.” Lawanku. Papa mencuit ahli keluarga kami keluar. Aku tahu, dia membiarkan kami menyelesaikan masalah kami sendiri.

“Tepilah…saya nak keluar dari sini.” Aku cuba merentap tanganku dari pegangan lelaki itu.

“Abang takkan benarkan Anis bawa anak abang dan adik-adik abang keluar dari sini.” Tegas Azam.

Aku terdiam. Anak? Ya! Aku sudah mengetahui hal itu. Cuma aku belum berkesempatan untuk memberitahunya hal itu sebelum ini. Aku jadi marah. Marah kerana anak itu akan mengikatku dengan lelaki yang membunuh keluargaku.

“Lepas anak ni lahir saya akan bagi dia kat awak. Saya benci awak dan apa-apa yang berkaitan dengan awak.” Jeritku. Aku kembali memukul-mukul dadanya sambil teresak-esak.

“Please Anis…. Jangan buat abang macam ni…abang sayangkan Anis, anak kita dan adik-adik…jangan tinggalkan abang. Please…” rayu Azam memelukku erat. Aku cuba meloloskan diri, tapi pelukannya terlalu erat. Aku menghambur tangisku di dadanya.

“Awak yang buat saya dan adik-adik jadi anak yatim piatu. Awak dah bunuh keluarga saya.” Tangisku.

“Abang tak sengaja sayang…abang tak sengaja.” Esak Azam. Tangis kami bersatu. Aku rasa penat untuk bergaduh dengannya. Perlahan-lahan mataku kembali tertutup.

******

Azam akur dengan syarat yang aku kenakan. Selepas bayi yang aku kandung ini aku lahirkan dia akan membiarkan aku dan adik-adik keluar dari rumah itu. Aku akan meninggalkan bayinya kepada dia. Aku tidak sudi mahu menjaga bayi seorang pembunuh sepertinya.

Mama pun aku tengok sudah berubah. Tapi, perubahan itu kiranya sudah terlambat. Aku tidak mungkin akan bersatu semula dengan anaknya. Adik-adikku yang lain sudah aku ingatkan supaya bersedia keluar dari rumah ini.

Mak lang pun ada datang sesekali ke rumah Azam. Aku terkejut bila di beritahu Mak Lang, rumah kami sudah menjadi milik orang lain. Bukan lagi Mak long atau pembeli sebelum ini. Tapi, mak lang tidak dapat mengesan pemilik baru rumah itu.

“Habis…macam mana kita nak tau pemilik baru rumah tu?” Tanyaku. Aku kecewa dengan berita ini. Mak lang mengusap lembut bahuku. Sudah lama aku merindui kehadiran mak lang. Dulu kami memang rapat.

“Entah lah Anis… Mak lang pun tak tau.” Keluh mak lang. Sedih bila teringat balik rumah itu. Rumah tempatku membesar.

“Nisa.. Dina…jangan lari-lari..” Mak lang sedikit berteriak melihat teletah anak-anaknya.

Aku hanya tersenyum. Walaupun duduk di negeri mat saleh, anak-anak mak lang fasih berbahasa melayu. Cuma ada slanga omputihnya. Kedua-dua gadis comel itu hanya tersengih. Achik memanggil kedua-duanya ke dapur.

“Biarkan je lah..diaorang tu..budak-budak..” Aku tersenyum melihat keriangan mereka. Dulu, masa mak lang ke Australia, Nisa dan Dina masing-masing berumur tiga dan lima tahun.

“Anis macam mana mengandung ni? Ada mengidam apa-apa tak?” tanya mak lang prihatin.

“Biasa-biasa je mak lang..” balasku.

Aku sendiri tidak kisah tentang kandunganku. Ada pun aku teringin hendak makan sesuatu, aku tidak pernah menyuarakan pada Azam. Pagi-pagi aku terkejut, makanan yang aku idamkan ada di rumah. Mungkin jugak aku mengigau masa tidur menyebut-nyebut makanan yang aku inginkan. Entah..

“Mak lang tengok Anis ni masam aje.. tak elok macam ni Anis..time mengandung ni la kena sabar.” nasihat Mak lang. Aku telan liur. Dendamku pada Azam membuatkan aku berubah. Aku perasan adik-adikku pun makin takut untuk menegurku.

“Pembawakan budak kot mak lang..” itu aje alasan yang aku bagi.
Aku tidak mahu rahsia itu terbongkar. Marah mana pun aku pada Azam, aku tidak sanggup untuk membiarkan dia merengkok ke dalam penjara. Nanti, tiada siapa akan menjaga bayinya.

“Itulah Anis kena sabar. Mak lang tengok Azam sabar je dengan Anis. Untung Anis dapat suami macam dia.” Hatiku membuak mendengar mak lang memuji Azam begitu.

Mak lang tidak tahu apa-apa bolehlah Mak lang bercakap seperti itu. Macam mana kalau mak lang tahu Azam pembunuh abah, mak, pak su dan atuk? Ada lagi ke pujian untuk lelaki itu? Atau cacian yang Azam akan terima? Hatiku sakit dengan penipuan yang Azam buat. Aku marah pada semua orang. Aku tidak sangka aku hidup dengan lelaki pembunuh.

P/s: Salam.. Thanks kat pembaca sudi bc n komen nvel ni.. lc tgh ptimbgkn nak htr 1 lg nvel lc.. Masih adakah yg syg.. cuma..tgu ms yg sesuai.. n jgn riso..nvel2 yg lc htr..smuanya mmg dah siap.insyaALLAH..xde yg tgantung. psl.. nvel ‘Kerana Terlupa’.. lc msh b’usaha..
lc suka berkongsi cerita..sbb dari sini..lc tahu klmhn yg de pd diri.. lc jg hrp..pmbc leh ambik pgajaran dlm stiap citer lc.. sma2 b’ingat..


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 50, 51”
  1. nuriz says:

    hah, harap anis ley maafkn azam..azam pon dh insaf kn..tp hati mane y xkecewa lau tau kisah sbnr..

  2. roseline says:

    rs2 nyer azam pmilik
    br umah anis tuh,…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.