Novel : Salah mencintainya 52

16 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 52

Selepas mak lang balik aku termenung di tepi koridor bilik. Aku tersenyum kecil melihat acu, achik dan alang bergurau sesama sendiri. Sudah lama aku tidak bergurau senda dengan mereka. Mereka seakan takut menegurku.

Aku rasa bersalah pada mereka. Aku sendiri tidak dapat mengawal rasa marah dan dendamku pada Azam dan kadang-kadang tersasar. Aku teringat balik saat aku hendak keluar dari rumah malam itu. Azam beria-ia menahanku.

*******

Aku mencelikkan mata semula selepas terlelap sebentar tadi. Selepas bergaduh dengan Azam, aku rasa penat. Akhirnya mataku terutup. Aku merungkai pelukan suamiku di pinggangku. Perlahan-lahan aku tarik beg lamaku di bawah katil. Aku membuka laci almari hati-hati. Bimbang Azam akan terjaga.

Aku menarik satu persatu pakaianku dari situ. Baju yang di beli oleh Azam aku tinggalkan. Aku tidak sudi membawa barangan pemberiaannya.

“Anis nak pergi mana?” terangkat bahuku terkejut mendengar pertanyaan itu. Aku telan liur. Jelingan tajam aku lemparkan pada dia.

“Anis nak pergi mana sayang?” ulang Azam. Matanya kuyu baru bangun tidur. Aku tidak menjawab, cepat-cepat menyumbat pakaianku ke dalam beg. Azam tergeleng dan menghampiri. Tanganku di pegang erat.

“Lepaslah…” Aku cuba merentap kembali. Tapi tenagaku tidak sekuat tenaganya. Aku merengus marah. Aku masih ingat setiap butir perkataan yang keluar dari mulut dia di rumah papa. Dia mengaku membunuh keluargaku. Dia pembunuh yang aku benci selama ini.

“Jangan pergi sayang..” Tahannya.

“Saya benci awak. Jangan panggil saya sayang.” Marahku. Azam merentap beg pakaianku. Aku menjeling geram.

“Sayang…jangan buat abang macam ni…abang tak boleh hidup tanpa sayang. Kesihankanlah abang…” rayunya. Aku tidak sedikit pun tersentuh dengan rayuannya. Dendamku lebih dalam dari kasih sayang yang dia ucapkan.

“Saya tak boleh hidup dengan pembunuh macam awak.” Aku mula berteriak. Melemparkan segala kemarahan di jiwa. Azam nampak terkedu.
Perlahan tanganku di lepaskan. Dia tersandar di depan almari.

“Anis nak abang buat apa lagi supaya Anis maafkan abang?” tanya Azam. Suaranya mula kendur. Aku mencebik sinis.

“Abang dah berusaha untuk tebus balik dosa abang pada Anis dan keluarga. Abang menyesal Anis…Abang betul-betul menyesal..” Air matanya mula mengalir. Aku tidak peduli semua itu.

“Kalau awak menyesal..kenapa awak tak serah diri kat polis masa tu? Awak lari macam tu aje… tak pun awak boleh call ambulance untuk selamatkan keluarga saya. Tapi…awak lari,… awak biarkan abah, mak, atuk dan pak su saya rentung macam tu aje…” Jeritku. Tangisku terhambur. Azam teresak kecil. Dosanya itu tidak dapat ku maafkan.

“Abang memang nak serah diri pada polis Anis…tapi mama abang… dia kena serangan jantung time abang cakap nak serah diri. Abang tak boleh tinggalkan mama…” tangisnya.

Aku mencebik. Tidak mahu mendengar apa-apa alasan darinya. Yang salah tetap salah. Tidak perlu dia memberi seribu alasan.

“Macam mana lagi abang nak buat supaya Anis tak tinggalkan rumah ni?” tanya Azam. Aku berfikir sebentar.

“Okey…. Saya tak akan tinggalkan rumah ni sebelum anak awak ni lahir…tapi lepas dia lahir, awak kena lepaskan saya. Setuju?” lama mendiam, akhirnya Azam mengangguk.

“Tapi…saya ada beberapa syarat yang perlu awak patuhi.” Sambungku.

“Apa?”

“Pertama …awak tak boleh sentuh saya lepas ni. Saya benci awak.” Wajah terlopong Azam tidak aku pedulikan.

“Kedua… Saya tak nak awak campur urusan saya. Mak lang saya boleh datang sini bila-bila masa, dan saya boleh ke rumah mak lang saya bila-bila masa aje.”

“Ketiga… lepas kita berpisah…jangan pernah hubungi saya lagi.” putusku.

“Abang pun ada syarat.” Ujar Azam tiba-tiba. Aku berdengus.

“Awak nak apa?” tanyaku kurang senang.

“Pertama…abang boleh tidur sebelah Anis. Abang janji takkan sentuh Anis kecuali Anis nak.” Aku menjeling geram mendengar syarat pertamanya. Azam buat tidak tahu.

“Kedua….Anis kena makan makanan berkhasiat, minum susu untuk kesihatan anak kita kat dalam tu… Anis kena patuh dengan rutin pemeriksaan doctor. Pendek kata, Anis mesti buat apa saja untuk memastikan anak kita sihat.”

“Ketiga…izinkan abang temankan Anis dalam bilik bersalin nanti.” Aku jadi sebak mendengar syarat ketiganya. Tapi cepat-cepat aku halau perasaan itu.

“Apa-apa aje…asalkan awak lepaskan saya nanti.” Aku setuju.

*****

“Sayang…minum susu ni…” Aku tersentak mendengar suara Azam dari belakangku. Dia menghulur segelas susu kepadaku.

Aku hanya menyambut huluran Azam dan meneguk dengan kerutan. Aku tidak suka susu. Tapi, saban hari Azam memaksaku minum susu. Katanya supaya bayinya sihat di dalam rahimku. Bayinya memang sihat dan aktif sehingga aku pula yang kesakitan bila bayi itu menendang perutku dari dalam. Aku rimas dengan perut yang kian memboyot. Tapi, aku sabarkan hati kerana hanya empat bulan lagi dia akan di lahirkan dan di serahkan kepada papanya.

“Saya nak keluar, jumpa mak lang.” ujarku sekadar memberitahu.
Sudah seminggu aku tidak berjumpa dengan mak lang. Hanya dia saudara arwah abah yang masih dekat dengan kami. Kehadirannya dapat mengurangkan kerinduanku pada keluarga yang telah pergi.

“Abang akan temankan.”

“Tak payah, saya boleh pergi sendiri.” Marahku.

“Abang takkan biarkan sayang pergi sendiri. Bahaya untuk sayang dan anak kita.” Tegas Azam. Aku mencebik.

“Kalau macam tu tak payah.” Rungutku. Aku keluar kerana mahu lari sekejab dari dia, tapi sebaliknya dia yang beria mahu ikut.

“Sayang ajak je mak lang datang sini.” Azam memberi cadangan. Ya tak ya jugak…mak lang pun free masa ni… boleh juga dia datang ke sini.

p/s: Salam…sorry..agak pendek kali ni.. busy sgt.. pe2 pun..thanks cz sudi bc


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 52”
  1. Dyatie says:

    best betul citer ni..tak sabar nak tau kesudahannya…

  2. LC says:

    Salam.. blog utk nvel lc (Demi Cinta Liyana) ada la.. tp malunyer sbb blog 2 byk kekurangannya. lc cuma update stiap 1 bab smgu. (http://demicintaliyana-lc.blogspot.com) pe2 pun.. thanks.. lc tgh ptimbangankn nak htr nvel2 lain. cuma.. tgu ms yg sesuai. msh de komitmen lain yg perlu lc dahulukn.

  3. gayathiri says:

    best..tapi kesian azam..

  4. rieda says:

    kalau dah hati dah sakit, payah nak diubati…tapi kesian gak dgn azam…

  5. Idha Chunhyang says:

    tambah seru ye…. 😉

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.