Novel : Salah mencintainya 53, 54

23 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 53

Petang itu aku terkejut di kunjungi oleh tetamu yang selama ini sangat membenci aku. Mama datang bersama papa. Aku tetap melayan mereka dengan baik. Mereka tidak salah apa-apa pada aku dan adik-adikku. Yang salah Cuma Azam. Dia yang membunuh keluargaku.

“Anis apa khabar?” Tanya mama memulakan bicara.

Pertama kali aku mendengar dia bertanya khabar. Papa segera minta diri membiarkan aku berbual berdua dengan mama. Mungkin papa mencari Azam di belakang rumah. Setahuku tadi Azam dan adik-adikku mengutip kacang panjang.

“Anis sihat aje ma..” jawabku. Perlahan-lahan mama duduk di sebelahku. Aku tergamam bila tanganku di gengam lembut.

“Mama minta maaf kat Anis…mama jahat kat Anis selama ni…mama..” Mama terhenti bila aku membalas lembut gengaman tangannya. Air mata mama mula mengalir. Aku menggeleng, tidak mahu orang tua itu menangis.

“Ma…Anis tak ambik hati pun… mama buat semua tu sebab mama sayangkan abang. Mama jangan risau…lepas kami berpisah abang Azam boleh kahwin dengan pilihan mama.” Pujukku.

Mama pantas mendakapku. Aku sebak dengan kelakuan mama. Pelukannya seperti pelukan arwah emak. Aku dapat rasai keikhlasan dia.

“Azam takkan kahwin dengan Fifi, Anis…dia sayang sangat kat Anis..” beritahu mama dengan esa tangisnya. Aku merungkaikan pelukan. Wajah mama aku renung lama.

“Nanti-nanti Anis tolong mama pujuk abang Azam supaya terima dia.” Mama tergeleng. Aku jadi hairan dengan mertuaku ini. Dulu dia beria mahu Azam berkahwin dengan Fifi…sekarang tidak mahu pula.

“Mama tak nak menantu lain selain dari Anis jadi isteri Azam… tak dapat ke Anis maafkan dia? Demi mama…demi anak yang kamu kandung ni..” pohon mama sambil mengusap perutku. Aku hanya membiarkan tangan mama di situ. Anak itu cucu dia jugak.

“Abang Azam dah buat salah kat Anis dan adik-adik ma…dia lari dari hukuman. Dia lari dari undang-undang. Mama jangan risau…Anis takkan dakwa dia. Cuma Anis nak berpisah dengan dia. Anis tak sanggup nak hidup dengan lelaki yang telah bunuh keluarga Anis.” Tegasku. Mama serba salah. wajahnya muram.

“Anis…semua ni salah mama…mama gagal didik anak-anak mama. Sehingga dia jadi pemabuk. Azam memang nak menyerah malam tu jugak…tapi…mama yang larang Anis… mama tak boleh kehilangan dia. Mama kena serangan jantung malam tu… Akhirnya Azam ikut cakap mama.” Cerita mama.
Aku sudah mendengar cerita yang sama dari pihak Azam. Aku masih tidak boleh menerima alasan itu. yang salah tetap salah. Tetap harus di hukum. Kalau dia boleh lari dari hukuman undang-undang seperti sebelum ini, tapi aku tidak akan melepaskan dia. Dia harus membayarnya.

“Kalau Anis maafkan dia…Anis takkan maafkan diri Anis sendiri. Anis dah hidup dengan orang yang bertanggungjawab atas kematian keluarga Anis sendiri.” Ucapku. Semangatku untuk lepas darinya seakan berkobar. Mama menggeleng kesal.

“Anis tak kesihankan anak Anis?” mama cuba memancingku dengan anak Azam yang ada di dalam kandunganku pula.

“Mama jangan risau…lepas dia lahir, Anis akan serahkan dia pada abang Azam. Mama pun boleh jaga dia.” Balasku.

“Bukan tu yang mama maksudkan…” pintas mama.

“Habis?”

“Anis tak kesihankan anak Anis…membesar tanpa kasih ibu…Anis dah rasa kan? Hidup tanpa ibu.. mama bukan nak ingatkan balik apa yang Anis tanggung. Tapi…mama nak Anis kenang nasib anak Anis nanti..” terang mama.

Aku diam, bohong kalau aku katakan aku tidak menyayanginya. Seluruh nyawaku seakan miliknya. Tapi…dosa yang papanya buat pada aku tidak dapat aku lupakan. Melihatnya nanti akan mengundang dendamku. Lebih elok aku meninggalkannya bersama papanya. Lagipun…aku tidak sanggup melihat dia hidup susah denganku nanti.

“Mama ada…mama boleh jaga dia… tak pun mama pujuk abang Azam kahwin lagi supaya boleh bagi mama baru kat dia.” Mama menggeleng mendengarku berkata begitu.

“Tidak sama dengan kasih dari ibu kandung sendiri…Anis…mama rayu sangat kat Anis…maafkan lah Azam…terimalah dia balik. Bina balik keluarga kamu… dia sangat sayangkan Anis, anak kamu dan adik-adik kamu…” Rayu mama. Aku mengeluh berat. Hatiku seakan terkunci untuk memberi kemaafan pada dia.

“Anis…”Aku menoleh mendengar namaku di panggil. Papa menghampiri dengan senyum tawar. Dia duduk di sebelahku sambil mengusap rambutku lembut. Papa memang baik denganku selama ini.

“Papa sayang Anis macam anak papa sendiri. Bukan papa nak sebelahkan Zam…sebab dia anak papa…Tapi…cuba Anis pertimbangkan balik hubungan kamu berdua. Kelak menyesal di kemudian hari…” Nasihat papa.

Aku mengeluh dalam diam. Bukan papa dan mama saja pernah memujukku. Mak Siti pun pernah memujukku. Orang tua itu berusaha agar aku berbaik semula dengan Azam. Pak Daud pun sama. Tapi, hatiku masih keras.

“Anis akan rasa bersalah kat arwah abah…arwah mak, arwah pak su dan arwah atuk, kalau Anis masih tinggal dengan pembunuh mereka pa..” Balasku. Papa nampak terkedu. Azam yang baru sampai turut sama riak dengan papanya.

“Tapi..Anis..”

“Pa…sudahlah tu…jangan desak Anis…kalau itu pilihan dia untuk kebahagiaan dia. Azam terima..” Pintas Azam pantas berlalu ke tingkat atas.

Walaupun agak terhiris mendengar kata-katanya sebentar tadi, aku tetap mengukir senyuman untuk papa dan mama. Buat apa aku hendak bersedih…memang itu pilihanku.

Papa dan mama meminta diri untuk balik selepas itu. sebelum balik sekali lagi mama mendakapku erat. Papa turut mengusap kepalaku lembut.

“Anis harap papa dan mama dapat terima keputusan Anis..” Ucapku sebelum mereka masuk ke kereta. Papa hanya tersenyum pahit, matanya berkaca. Mama mengalirkan air mata.

Bab 54

Aku menarik muka masam, tapi tetap juga bersiap untuk pemeriksaan rutin di klinik. Dari semalam Azam mengingatkan aku untuk pemeriksaan rutin ini. Agaknya tiada benda dalam kepala dia. Aku malas untuk keluar sebenarnya. Perutku makin besar, dan tambah berat membuatkan aku cepat lelah.

“Sayang…dah siap?” Tanya Azam menghampiriku. Aku memandang wajah di cermin solek di depanku. Bahuku di ramas oleh Azam di belakang.

“Lepaslah…jom la pergi..” Aku rimas. Azam membantuku berdiri. Selepas merapikan tudung, aku melangkah keluar. Azam berjalan di sebelahku, lagaknya berhati-hati. Beg tanganku pun dia yang bawak.

“Hati-hati turun yang..” Pesannya. Aku tergeleng, rimas di layan seperti orang sakit tenat. Mak Siti tersenyum saja di ruang makan. Aku mengeluh dalam diam melihat air susu dan sepotong roti sudah menantiku.

“Minum susu dan makan bread dulu.” Arah Azam. Aku menurut saja. Wajahku kelat menelan baki susu di dalam gelas. Hiys…loya tekak aku.

“Kami pergi dulu Mak Siti..” ucapku menyalami tangan wanita itu. Mak Siti menghantar kami sehingga ke pintu kereta.

“Hati-hati memandu Azam..” Pesan Mak Siti sebelum kami berlalu. Suasana di dalam kereta hanya di isi dengan suara DJ-DJ radio dari hot fm. Sesekali aku gagal menahan gelak mendengar celoteh Farah Fauzana, Faizal Ismail dan AG. Ada-ada saja yang lucu.

“Sayang ada teringin nak makan apa-apa ke?” Tanya Azam.

“Tak.” Balasku pendek. Potong aje..orang nak dengar radio..rungut hatiku.

“Awak tak kerja ke hari ni?” Tanyaku pulak. Azam ni selalu ponteng kerja. Mentang-mentang itu company papa dia. Sesedap rasa aje dia nak datang kerja atau tidak. Sebagai bakal peneraju syarikat itu, Azam seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik pada anak-anak buahnya. Berdisiplin dalam setiap perkara. Barulah timbul rasa hormat anak-anak buah pada kepimpinan itu. Kadang-kadang pekerja ini bukannya hormatkan ketua mereka, tapi takut.

“Abang cuti half day hari ni..” Balas Azam setelah lama berdiam.

“Kalau susah-susah ambil cuti baik saya pergi dengan pak Daud aje.. nanti kerja kat office tu tak jalan.” Rungutku. Azam mengeluh kecil.

“Abang suami Anis…kalau boleh abang nak berada di samping Anis sepanjang masa Anis mengandung ni. Tapi…abang tau, semua tu mustahil. Jadi…abang luangkan masa temankan Anis buat pemeriksaan rutin aje..” Balas Azam. Aku terkedu seketika.

“Suka hati awak la..” Ucapku malas untuk mengulas lebih lanjut. Aku lebih gemar mendengar celoteh DJ dari berbual dengannya. Aku tahu, setiap kali kami berbual, pengakhirannya nanti kata-katau akan melukakan hatinya. Entah berapa banyak dosaku pada dia. Aku tidak sabar untuk mengakhirkan perhubungan ini, daripada aku terus berbuat dosa sepanjang menjadi isterinya.

*****

Sampai di klinik, Azam menyuruhku duduk. Dia mendaftarkan namaku di kuanter. Aku berbalas senyum pada wanita yang lebih kurang berusia pertengahan 40-an, yang sedang mengendong bayi di sebelahku. Azam duduk di sebelahku tidak lama kemudian.

“Cucu ke mak cik?” tanyaku beramah. Wanita itu tersipu.

“Tak..anak mak cik ni..” Balasnya. Azam di sebelahku menahan gelak. Pantas pehanya aku cubit bimbang mak cik itu berkecil hati. Tidak nampak pulak suami mak cik itu.

“Comel..lelaki ke perempuan ni?” Tanyaku. Bayi itu masih terlalu kecil. Dari tadi aku cuba mengecam.

“Hmm.. lelaki..ni anak bongsu mak cik..” Beritahunya. Aku mencuit hidung si comel. Azam turut sama mengulangi tingkahku pada si kecil. Wanita itu tadi tersenyum senang.

“Anak sulong ye?” Tanya wanita itu.

“Ya mak cik..tak sabar nak tunggu dia lahir..” Balas Azam bagi pihak kami. Aku masih ralit merenung wajah si comel.

“Hmm..Sabarlah.. ni..kalau anak kamu perempuan mesti comel macam ibunya. Kalau lelaki..mesti kacak macam ayahnya..” Ujar mak cik itu tadi. Aku dan Azam tersipu. Perasanlah dia tu..aku mencebik pada Azam yang tersenyum.

“Mana ayahnya?” Tanyaku menyembunyikan malu.

“Ada kat dalam kereta..malas nak tunggu kat sini katanya.” Aku sedikit simpati melihat mak cik itu. Seketika aku menoleh ke arah Azam. Kalau dia tidak menemaniku ke situ, mesti aku menunggu seorang diri seperti mak cik itu. Tapi aku cepat-cepat mengalih pandanganku bila Azam membalas pandanganku.

“Amirul Hisyam..” Seorang jururawat terjerit kecil memanggil nama seseorang. Mak cik itu tadi bersiap-siap.

“Giliran anak mak cik tu..” Ucapnya sebelum pergi.

********

Namaku di panggil juga setelah setengah jam menunggu. Azam memimpinku hati-hati masuk ke bilik doctor Siti Hasnida. Aku memang sudah kenal dengan doctor itu.

“Darah okey… puan Anis baring kat katil..kita nak scan tengok baby jab.” Aku patuh. Bajuku di selak, wajahku hangat melihat Azam memerhati dengan penuh minat. Perutku di letak dengan sejenis cecair kemudian dia meletakkan sejenis alat dan di gesel lembut di perutku.

“Baby you nampak aktif dan sihat..bagus..bagus..” beritahu Doktor Siti Hasnida. Azam mengengam tanganku dan tersenyum memandang skrin alat yang seperti televisyen. Aku tidak dapat memastikan riak itu. Mungkin juga bangga.

“Hmm…jangan lupa untuk pemeriksaan seterusnya.” Pesan doctor Siti Hasnida sebelum kami berlalu keluar. Aku dan Azam perlu menunggu sekali lagi untuk menunggu ubat.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 53, 54”
  1. jiao xiu says:

    keras tul hati anis. hmm anis ni jenis tak dapat terima takdir tuhan nih. apala dia ni. sepatutnya redha dengan ketentuan Allah s.w.t. takdenya org mati nak salahkan anis tu kalau dia kawin gan azam. dah jodoh tu tercipta sejak di loh mahfuz lagi kan. ni still nak salahkan azam. kan azam dah insaf, siap mama azam pun dah dpt terima dia apa. dah dpt family baru yg baik tu.
    hehehe teremosional lak. -maksudnya cter ni best.

  2. ann says:

    sedeyh.. klulah sy d tempat anis mcm mna sy nk hadapinya?? walaupon azam pembunuh dye dh brubah n dh jd suami anis.. dh takdir mcm 2.. pa2 pown mmg menitis air mata.. hihii… gud job

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.