Novel : Salah mencintainya 55, 56

30 April 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 55

Aku gelisah, tidak dapat tidur. Puas sudah aku pusing ke kiri dan ke kanan, tapi… mataku masih tidak mahu lelap. Azam di sebelah kananku tidur dengan pulas sekali. Sedikit cemburu melihat dia dapat tidur begitu.

“Tak boleh jadi ni..” Aku bangkit. Teragak-agak mahu mengejutkan Azam.

“Awak…bangun la…awak…saya tak dapat tidur ni…” Kejutku. Azam masih liat untuk bangun. Bahunya aku goncang kuat. Tapi, Azam tidak jugak jaga. Tidur mati ke apa dia ni..rungutku dalam hati.

“Abang….bangun…” Kejutku lebih kuat dari tadi. Azam pantas duduk, dia memisat-misat matanya.

“Anis…Anis tak apa-apa?” Tanyanya. Aku menarik muncung.

“Kenapa ni Anis?” Tanya Azam lagi.

“Saya…saya…” Aku serba salah untuk memberitahu. Tapi….sudah lama aku memendam rasa, kali ini aku tidak mahu bertangguh lagi.

“Ya..Anis nak apa sayang?” Tanya Azam. Wajahnya kerisauan.

“Saya nak makan pengat pisang.” Luahku. Azam garu kepala.

“Mana nak dapat malam-malam macam ni?” Azam nampak buntu.

“Itu saya tak peduli. Apa yang saya tau, saya nak makan pengat pisang.” Desakan hatiku lebih kuat dari semalam. Aku rasa serba tidak kena kalau tidak makan pengat pisang.

“Hmm…tunggu jab..abang cuba call mama.” Azam bangkit dari katil. Dia mencapai handphonenya di meja lampu. Dia menuju ke koridor bilik.

“Assalammualaikum ma…” Aku curi-curi dengar perbualan Azam dan mamanya.

“Sorry kacau tengah malam buta ni…” ucap Azam. Dia diam sebentar, mungkin mama sedang bercakap.

“Tak ada apa-apa…Azam sekeluarga okey… Cuma..Anis nak makan pengat pisang lah ma… mana Azam boleh dapatkan pengat pisang ye? Kat warung buka 24 jam ada jual tak?” Azam diam sekali lagi. Menunggu balas dari mamanya.Aku menahan gelak. Ada ke tanya dengan mama dia kat warung ada jual pengat pisang ke tak.. setahu aku.. mana ada.

“Ya…Azam tau…Anis sedang mengidam sekarang… Mana Azam nak cari?” Keluh Azam. Aku hanya berpeluk tubuh sambil tersandar di kepala katil.

“Hah! Buat sendiri? Azam mana reti…” Suara Azam tenggelam timbul aku dengar.

“Hmm…pisang ada kat rumah ni…Pak Daud bawak dari kampung…”

“Tak payah la mama datang..Azam try buat sendiri. Mama mesej Azam apa perlu di buat k.” Ucap Azam sebelum mematikan talian. Dia masuk sambil merenungku.

“Anis reti buat pengat?” tanyanya. Aku angguk, Azam tersenyum lega.

“Anis tolong abang buat k? Anis cakap aje apa yang perlu buat, nanti abang buat.” Uajar Azam. Aku angguk setuju.

Bab 56

Dua tiga kali aku berdesis, rasa sakit di pinggangku sekejab hilang, sekejab datang. Aku menjerit kecil memanggil mak Siti. Hendak meminta tolong dia mengurut pinggangku. Alang menjenguk ke muka pintu bilik bila terdengar jeritanku. Dia menghampiriku.

“Kenapa long?” Tanya adik ketigaku ini. Aku gigit bibir menahan sakit. Alang melabuhkan punggung di sebelahku.

“Along dah nak bersalin ke?” tanya alang cemas. Aku menahan senyum. Belum cukup bulan la..

“Belum lah lang…baru masuk bulan ke enam ni…” beritahuku..

“Habis tu…” Alang tidak mengerti apa.

“Hmm…tolong panggil mak Siti…” pintaku. Adikku itu patuh, pantas dia berlari ke tingkat bawah. Lima minit aku menunggu mak Siti datang sambil berlari anak.

“Kenapa Anis?” tanya risau. Wajahku berkerut menahan sakit.

“Hmm…pinggang Anis sakit sangat ni Mak Siti… tak tau lah kenapa…boleh tak tolong urutkan?” pintaku. Mak Siti nampak mati kutu. Aku tahu, dia sendiri tidak pernah mengandung. Tentu dia tidak tahu macam mana untuk mengurut.

“Tunggu kejab..Mak Siti ambik minyak gamat kat rumah.” Sebelum sempat aku menegah Mak Siti sudah berlari menuju ke tingkat bawah.
Aku tergeleng. Aku ada menyimpan minyak gamat dalam bakul di atas almari.

Alang pun sudah lesap entah ke mana. Aku memandang jam di dinding, pukul tiga. Alang mungkin sudah ke pusat tuisyen untuk mengantikan tempat aku. Sejak dari hari itu dia yang menganti tempat aku mengajar budak-budak. Dengan hati-hati aku melangkah ke arah almari. Aku cuba mencapai bakul di atas almari. Tapi, aku gagal.

Aku menarik kerusi meja solek. Aku mendaki kerusi meja solek untuk mengambil bakul tersebut. Entah mana silapnya, aku gagal mengimbangi tubuhku.

Aku menjerit kesakitan bila tubuhku terhempas ke lantai. Aku panic bila melihat darah di betisku. Ya ALLAH…aku sudah ketakutan.

“Anis…”Suara Azam di pintu bilik mengejutkanku.

“Kenapa ni?” tanyanya cemas. Aku gigit bibir menahan sakit.

“Saya jatuh..” Beritahuku. Azam tidak menunggu lama. Dia pantas mengendongku ke bawah. Aku berdesis kesakitan. Mak Siti yang datang membawa minyak urut tergamam.

Azam membawaku ke hospital. Aku menangis bila tidak dapat menahan kesakitan. Sampai saja di hospital aku terus di bawa ke bilik kecemasan.

****

“Saya tau awak bencikan saya…tapi..jangan la cuba nak bunuh anak saya.” Aku tergamam mendengar tuduhan Azam. Sejahat-jahat aku tidak pernah aku terfikir untuk membunuh anak di dalam kandunganku. Aku menahan tangis agar tidak lepas.

“Saya tak sejahat tu..” Balasku. Doktor telah menyuntik sesuatu untuk menguatkan rahimku. Syukur…keadaan bayi Azam selamat. Tapi, hatiku terluka bila Azam menuduh aku hendak membunuh bayinya.

“Habis tu…awak buat apa naik atas kerusi? Awak memang sengaja terjun dari kerusi tu nak bunuh anak saya kan?” tuduh Azam lagi. Aku membaling bantal ke arah Azam melepaskan kemarahanku. Dia tidak mengelak.

“Kalau saya nak bunuh dia…tak payah saya nak terjun dari kerusi..saya boleh minum herba ke..apa..ke..” lawanku.

“Alasan. Tak dapat ke awak biarkan dia hidup sebentar dalam rahim awak tu?” Azam tetap dengan tuduhannya. Aku rasa penat memberitahunya perkara sebenar.

“Saya tak cuba bunuh dia…saya nak ambik minyak gamat atas almari je…pinggang saya sakit sangat tadi..” Jelasku. Suaraku sudah bertukar sebak.

“Nak karang cerita dongeng apa pulak kali ni?” tanya Azam sinis. Aku meluat melihat wajahnya.

“Kalau tak percaya sudah. Awak boleh keluar dari bilik ni..ye…saya memang nak bunuh anak awak..hah dah puas hati?” suaraku sedikit menjerit.

“Ingat Anis…kalau apa-apa terjadi kat anak kita…siap la..” Ucap Azam. Aku pulak tersenyum sinis.

“Apa awak nak buat? Awak nak bunuh saya macam awak bunuh keluarga saya?” tanyaku. Azam menumbuk dinding. Geram dengan jawapanku. Aku tidak gentar dengan amarahnya. Malah…aku semakin benci pada dia.

“Saya pastikan awak lahirkan anak tu dengan selamat.” Ucap Azam sebelum keluar dari bilik. Selepas Azam berlalu. Aku terus menghambur tangisku. Hatiku betul-betul terluka dengan tuduhannya. Nampak sangat dia tidak mempercayai aku.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

11 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 55, 56”
  1. roseline says:

    byk jg salah ejaan.tp
    luper la part mana

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.