Novel : Salah mencintainya 57, 58

7 May 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 57

Bangun pagi itu aku terkejut melihat Azam tertidur dalam keadaan duduk di sebelah katilku. Kepalanya di letakkan di atas katil, masih mengengam erat tanganku. Separuh hatiku terharu melihat keadaannya. Tetapi…separuh lagi rasa marah menjenguk hati. Tuduhannya masih dapatku ingati.

Dalam marah, ada rindu terbit di hati. Kesabarannya melayan kerenahku, betul-betul membuatku terharu. Dia suami aku, rasa cinta itu sukar untuk aku padamkan. Kenangan manis itu masih lekat di hatiku.

Perlahan-lahan aku mengusap rambutnya. Air mataku mengalir. Aku betul-betul rasa berdosa pada dia. Tapi…aku akan rasa lebih berdosa kalau melupakan dosanya pada kedua orang tuaku. Pada atuk, pak su dan achik.

Adik-adikku tidak tahu apa-apa, aku tidak akan memberitahu mereka. Biarlah mereka menganggap along mereka ini yang bersalah. Aku tidak mahu, luka lama dalam hati mereka berdarah kembali. Biar aku sorang yang berdendam.

Aku cepat-cepat mengalih tanganku dari rambut suamiku bila dia bergerak. Air mataku ku kesat. Pantas bibirku aku tarik. Azam mengeliat. Dia mengesat-ngesat matanya yang masih layu.

“Sayang dah bangun?” Tanyanya. Aku masih mencebik. Semalam beria-ia dia marah pada aku, hari ini boleh dia memanggilku sayang. Dia cuba mencapai tanganku, tapi aku tepis pantas.

“Abang minta maaf sayang..” Ucapnya.

“Buat apa awak nak minta maaf kat saya? Saya kan jahat. Nak bunuh anak awak..” sindirku. Azam menggaru-garu kepalanya. Dia memukul-mukul bahunya, mungkin lenguh.

“Abang minta maaf tuduh sayang melulu semalam. Mak Siti dah terangkan pada abang. Abang pun dah tengok minyak gamat dalam bakul atas almari tu…. abang rasa bersalah sangat..” Ucap Azam. Wajahnya penuh kesal. Tapi, aku tidak akan simpati pada dia. Masa dia marah padaku semalam, dia tidak terfikirpun perasaan aku. Dia tidak pernah percaya pada penjelasanku. Menuduhku melulu dengan tuduhan yang mengguriskan hati.

“Sayang…” Panggilnya.

“Sudahlah… jangan panggil saya sayang. Saya benci awak tau tak.” Hatiku jadi pilu. Pantang ada yang mengusik hatiku, cepat saja hatiku terluka. Air mataku mula menitis. Azam terus bangkit dan memelukku tanpa dapat aku tahan. Aku cuba menolak, tapi dia tidak mahu melepaskan aku. Aku teresak-esak di dadanya.

“Abang sayang Anis…sayang sangat-sangat.” Ucap Azam sebak. Semakin kuat aku menangis mendengar ucapannya. Kenapa harus jadi macam ni? Kenapa harus aku membencinya?

“Awak jahat..awak tuduh saya macam-macam.” Marahku memukul-mukul bahunya.

“Abang minta maaf sayang… abang takut kehilangan anak kita. Abang sayangkan dia kerana dia benih cinta kita. Anis nak tinggalkan abang, abang tak nak anak kita pun tinggalkan abang. Abang tak sanggup hidup tanpa Anis… tapi Anis tetap akan tinggalkan abang nanti. Sekurang-kurangnya…kalau anak kita ada, abang ada semangat untuk hidup. Bila tengok dia, abang akan rasa Anis ada dekat dengan abang.” Ujar Azam. Aku tahu dia turut menangis. Kata-katanya meruntun jiwaku.

“Saya lapar..” Hanya dengan cara itu aku mahu dia melepaskan aku dari pelukannya.

Aku tidak mahu mendengar kata-kata lagi dari bibirnya. Bimbang, hatiku tidak kuat. Sekarang pun hatiku sudah meraung untuk kembali pada dia. Aku tidak mahu lemah dengan perasaaan sehingga melupakan kesalahan yang dia buat.

Azam melepaskan pelukannya. Dia membantuku membetulkan sandarku. Wajahnya basah dengan air mata. Aku tahu, besar dosaku pada dia.

“Hmm…sayang tunggu jab. Nanti, pak Daud hantar sup kat sini. Abang akan tanya doktor, Anis boleh balik tak hari ni.” ujar Azam.

*****

Mak lang menjengukku selepas dia balik dari kerja. Azam pun cuti hari itu. Dia sibuk melayan kerenah sepupu-sepupuku. Aku nampak wajahnya yang penyayang. Aku yakin dia boleh menjadi ayah dan ibu yang baik pada anak kami nanti.

“Macam mana boleh jadi macam ni Anis?” Tanya Mak lang. Wajahnya berkerut, kerisauan.

“Anis jatuh lah..” balasku malas. Aku bosan mengulangi jawapan yang sama. Masa angah telefon pun dia sibuk bertanya itu ini. Bila dia hendak balik, aku menegahnya.

“Anis buat apa sampai boleh jatuh?” Tanya mak lang lagi.

“Anis cuma ambik minyak gamat kat atas bakul atas almari tu…tak sangka pulak boleh jatuh…” balasku. Mengucap panjang Mak lang mendengar jawapanku. Dia tergeleng-geleng, tidak percaya.

“Kenapa tak tunggu Azam je? Tak pun minta tolong acu.. tu nasib baik Azam balik awal..” Leter mak lang. Aku bosan mendengar setiap leteran pada aku.

“Pinggang Anis sakit sangat masa tu mak lang… tunggu mak Siti pun…lambat sangat.” Jelasku memberi alasan. Mak lang mengeluh perlahan.

“Jaga diri tu Anis… ni anak sulong kamu…”Nasihat Mak lang lagi. Aku hanya mengangguk.

Mak lang minta diri untuk balik setelah lebih sejam berbual denganku. Bila aku hendak menghantarnya ke muka pintu, dia melarang. Aku bosan berkurung dalam bilik. Bila aku hendak keluar, ada saja suara Azam menegah. Aku sudah sihat. Bentakku di dalam hati.

Bab 58

Perasaan ingin tahuku begitu mendesak diriku untuk menjenguk ke bilik sebelah. Selama ini, bilik itu hanya kosong dan di jadikan bilik tetamu. Aku pun jarang masuk ke situ. Tapi, dalam seminggu ini aku perhatikan Azam suka bertapa di situ. Alang dan acu pun ikut sama. Entah apa yang mereka buat di situ. Hatiku sedikit curiga.

Bila Azam ke pejabat dan adik-adikku ke sekolah. Aku mengambil kesempatan untuk menjenguk ke situ. Aku hampa bila pintu bilik itu terkunci. Aku mencari-cari kelibat Mak Siti. Dengan langkah yang perlahan aku menuju ke dapur. Mak Siti menghadiahkan senyuman.

“Hmm…alang mana ye mak Siti?” tanyaku berbasa basi. Mak Siti telah mengambil alih tugas di rumah itu sepenuhnya. Azam yang mengarahkan begitu. Sejak aku terjatuh hari itu. Dari memasak, mengemas dan apa-apa saja kerja di rumah itu Mak Siti yang buat. Aku hanya di benarkan mengemas bilik tidur kami. Azam memang tidak suka orang lain masuk ke bilik tidur kami.

“Alang ikut Pak Daud kamu ke pasar…” Beritahu Mak Siti.

“Mak siti tak pergi sekali?”

“Azam dah pesan Mak Siti dok rumah aje…temankan Anis… nanti apa-apa hal berlaku…” Jelas Mak Siti. Aku membuka peti sejuk mengambil air susu. Dulu, aku benci minum air susu, sekarang rasa ralat pulak kalau tidak meneguk air susu.

“Hmm…Mak Siti ada simpan tak kunci pendua bilik-bilik kat rumah ni?” Tanyaku. Mak Siti memandangku dengan keriut di dahi.

“Nak buat apa Anis?” Tanyanya.

“Tak ada la…Anis cuma nak jenguk kat bilik paling hujung tu…Anis ada simpan barang kat situ.” Beritahuku. Rasa bersalah pulak berbohong pada dia.

“Kalau Anis nak ambik barang…Biar Mak Siti aje yang ambik..” Tawar Mak Siti. Aku menggeleng.

“Barang tu dalam laci je mak Siti…Mak Siti tau mana abang Azam simpan kunci pendua?” tanyaku.

“Kat bilik bacaan rasanya. Selalu kalau nak kemas bilik-bilik kosong, Mak Siti ambik kat situ. Tak tau la kalau Azam dah alih ke tempat lain.” Beritahu Mak Siti.

“Hmm..Terima kasih Mak Siti… Anis pergi ambik dulu ye…” Aku minta diri.

“Baik-baik melangkah tu Anis…” Pesan Mak Siti. Aku hanya mengangguk.

Aku menarik senyum melihat gugusan kunci ada di dalam laci seperti yang Mak Siti beritahu sebentar tadi. Aku mencuba satu persatu anak kunci di situ. Anak kunci ketiga aku masukkan, pintu itu dapat di buka. Aku memulas pintu bilik dengan debaran. Sebaik saja ruang bilik itu menyapa mataku, hatiku jadi sebak.

Bilik itu sudah di cat dengan warna ceria dan cantik sekali. Gabungan warna-warna ceria membuatkan bilik itu kelihatan indah sekali. Tentu saja untuk anak yang ada dalam kandungan yang belum di ketahui jantina ini. Aku melangkah ke dalam. Pintu bilik aku kunci dari dalam.

Aku menjenguk katil bayi. Sudah tersedia tilam, bantal, bantal golek yang tersusun cantik. Anak-anak patung pun ada. Almari pakaian sudah ada. Cuma bajunya belum ada. Aku tidak menyangka Azam berbakat menghias bilik. Bilik itu kelihatan comel sekali.

Air mataku mengalir tanpa dapat ditahan. Nampaknya Azam tidak sabar menunggu kelahiran anaknya. Anak itu nanti akan di sayangi oleh papanya. Aku yakin, anak itu nanti tidak akan kurang apa pun. Azam seorang yang penyayang.

Tendangan di perutku membuatkan aku berdesis. Anak Azam aktif seperti papanya jugak. Anaknya menyakitkan aku secara fizikal, tapi…papanya menyakitkan hatiku. Anak dan bapa sama aje, rungutku di dalam hati. Tapi…cepat pula amarahku hilang bila terasa si kecil di dalam.

‘Maafkan mama ..’Ucapku sambil mengusap perutku.

Aku keluar dari situ. Tidak mahu berlama-lama di situ. Hatiku sebak melihat segala persiapan bayi di situ. Aku takut naluri keibuanku lebih mengusai.

p/s: Salam… tq cz sudi bc. Lc hrgai setiap tguran pd krya lc. kbykn kwn2 lc xtau pun lc mnulis. Jd lc xdpt nak suruh sesape yg semak. Sbb tu lc kongsikan karya2 lc kat p2u… kalo de silap..tlg tegur. Lc msh byk bljr, tmbh2 utk nvel slh mncintainya ni, nvel ptama lc jd ‘aku’ dlm jln citernya.(xtermsuk cerpen roommate yg rmntik) Sbb tu pendek je stiap bab.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

16 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 57, 58”
  1. nuriz says:

    best3… jgn risau,jln cerita pon ok.gaye penceritaan pon ok.

  2. miss_BZbody says:

    suke sangat…. pandailah lc buat cerita… nak lagi boleh ? N’ lc ada x blog utk cerita nie mcm kebanyakan penulis membuka blog utk pembaca2 menjeguk, mengintai, menjeling karya2 mereka… lc ada? kalau ada boleh x siarkan address blognye boleh saya masuk 😀

  3. nurul ain says:

    cpt la smbung cter nie….xsbr da nk bace cter nie…plezzz…..

  4. impirika_08 says:

    best lah lc..cepat sambung ye…

  5. yana says:

    plz…cpt la tls lg…xsabar nak bc…

  6. siti says:

    bestnye citer ni ada suka dan duka…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.