Novel : Salah mencintainya 59

14 May 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

59

“Kita keluar ye ngah…along dah lama nak makan nasi dengan ayam masak paprik ni..” Aku memujuk angah untuk keluar makan.
Kedatangan angah hari ini pun macam satu rahmat buat aku. Jarang angah balik selain dari hujung minggu. Pak Daud masih belum balik ke rumah. Hendak memandu sendiri, Azam pasti marah kerana tindakanku nanti akan membahayakan bayinya.

“Along tu..dah sarat…biar angah aje pergi beli. Along tunggu kat rumah.” Tingkah angah. Aku tarik muncung mendengar kata-kata angah. Aku mahu ikut sekali. Kalau kena tunggu angah beli…kan makin lambat aku menjamah ayam masak paprik tu. Angah mengeluh, dia mengengam erat bahuku.

“Pergi lah bersiap..angah tunggu sini.” Akhirnya angah mengalah. Aku mengucup pipinya sebelum berlalu ke bilik. Angah hanya tergeleng melihat telatahku.

“Kita pergi kat restoran yang pernah abang Azam bawak kita hari tu k ngah.. kat situ paprik ayam dia sedap..” Aku sudah menelan liur berkali-kali.

Angah hanya patuh. Susah jugak angah mencari parking kosong. Dalam setengah jam jugak kami berpusing, baru ada kereta yang keluar. Jam pun sudah pukul 1.00 petang, memang sudah waktu makan tengah hari.
Angah memimpinku mencari tempat duduk. Mujur ada tempat di tepi tingkap. Angah melambai waitress membuat pesanan.

“Eh! Anis..”Tegur seseorang. Aku terkejut, melihat lelaki itu. Angah turut tergamam sama.

“Haris..” Ujarku perlahan.

“Eh! Ni ke husband you? Dulu I tengok dari belakang aje..” Tanyanya. Ya tak ya, ketika kami bertembung dulu dia hanya memandang Azam dari belakang.

“Hmm..Bukan ke you ada praktikal kat company bapa mertua I dulu?” Tanya Haris lagi. Tidak sempat menjawab soalan yang tadi, sudah ada soalan lain. Aku dan angah tidak tahu hendak menjawab soalan yang mana satu dulu. Alih-alih aku diam.

“Eh! Jemput la duduk..” Pelawa angah. Haris mengambil tempat di sebelah angah. Dia memanggil waitress dan membuat pesanan.

“Ni husband you ke Anis?” Ulang Haris lagi.

“Tak la..ni adik I. Faizul..angah..” Beritahuku.

Riak wajah Haris berubah. Aku buat tidak peduli. Mungkin dia tidak menyangka, lelaki di sebelahnya itu adalah orang yang pernah dia suruh aku tinggalkan suatu masa dulu.

“Oh..ingatkan husband you..Hmm.. berapa bulan dah tu?” Tanya Haris sambil memuncungkan bibir ke arah perutku.

“Enam bulan..” Beritahuku.

“You..berapa orang anak sekarang?” Tanyaku pulak. Dia mengeluh berat. Aku mengerutkan dahi, tidak faham mendengar keluhannya.

“Belum ada rezeki lagi Anis… isteri I tak bersedia nak ada anak..” Rungutnya. Aku dan angah saling berbalas pandang.

“Hmm…excuse me…nak jumpa kawan jab…long..angah jumpa Razak jab ye..” Angah memuncungkan mulut ke arah kawannya.

Aku mengangguk sempat berpesan padanya supaya tidak lama-lama. Sebenarnya aku tidak selesa tinggal berdua dengan Haris. Haris pun sengaja beralih tempat duduk di kerusi angah. Renungan lelaki ini menyebabkan aku gelisah, tidak selesa.

“You makin cantik sekarang Anis.. tambah-tambah dalam keadaan mengandung ni.” Puji Haris. Hatiku jengkel mendengar pujiannya.

“Oh ya, Macam mana dengan ayah dan ibu you? Mereka sihat?” Tanyaku sengaja menukar topic. Kalau boleh aku tidak mahu kami bercakap pasal diri masing-masing.

“Hmm..mereka sihat aje.. I pun jarang dapat jenguk mereka.. yelah..isteri I tak suka balik kampung. Dia kan biasa duduk bandar..” beritahu Haris. Aku rasa lelaki ini terlalu lancang bercakap pasal isterinya pada orang luar. Lebih-lebih lagi pada aku, bekas kekasihnya.

“Kalau dia tak nak balik..you balik lah sorang…kesihan mereka Haris..you tu satu-satunya anak mereka. Pada siapa lagi mereka nak mengadu.. sakit pening mereka..” Nasihatku. Wajah Haji Zulkipli dan Hajah Wan Mariam terbayang di mata. Aku sendiri pernah berkenalan dengan mereka. Mereka pun sangat baik.

“Kalau I kahwin dengan you dulu, mesti hidup ayah dan ibu I terjagakan? Ada menantu baik macam you…dan hidup I tentu tak sunyi dengan anak-anak kita. I menyesal kerana pentingkan diri sehingga tinggalkan you. Wang ringgit tak mampu beli kebahagiaan yang I cari.” Luah haris kesal. Aku hanya tergeleng.

“Kita memang tak berjodoh Haris.. you cuba la pujuk isteri you. Terangkan pada dia kehendak you” nasihatku. Makanan yang kami order sudah sampai. Bayang angah pula belum sampai, mana pulak pergi budak bertuah tu..di meja kawannya pun tiada. Aku merungut di dalam hati.
Tidak sempat aku menyuap makanan ke dalam mulut, lenganku di pegang seseorang. Pantas aku mendongak.

Azam! Aku terkejut. Haris pun terkejut dan merenung kami silih berganti. Wajah Azam merah, tegang. Aku faham sangat, dia memang menahan marah.

“Excuse me… hi…saya Azam.. suami Anis..” Aku telan liur melihat Azam menghulurkan tangan pada Haris. Azam sengaja menekan perkataan ‘Suami’ ketika memperkenalkan dirinya sebentar tadi. Haris nampak serba salah menyambut.

“Haris.” Balas Haris. Wajah Azam merah.

“Hmm..sekejab ye…I nak bawa my wife kat sana jab..ada hal..” Ujar Azam lembut. Nampak sangat di buat-buat. Aku segera mengekori langkah Azam. Dia berdiri sambil menyisir rambutnya dengan jari. Wajahnya tidak puas hati.

“Kenapa Anis keluar tak cakap kat abang?” Tanya dengan suara tegang.

“Saya nak keluar makan aje..” Jawabku. Malas untuk melayan kerenah Azam yang cemburu tidak bertempat.

“Dengan jantan lain?” Aku terkejut mendengar pertanyaan itu. Aku menggeleng kesal.

“Anis keluar dengan angah tadi..kebetulan terserempak dengan dia..” Jelasku. Azam tersenyum sinis.

“Terserempak ke..memang dah janji nak berjumpa kat sini… lagi satu..jangan nak buat cerita angah ada kat sini..” Perli Azam. Aku sudah geram mendengar tuduhan lelaki di depanku ini. Kalau tidak mengenangkan dia suamiku, sudah lama aku menampar mulut lancangnya.

“Awak memang tak pernah percayakan saya..” Tingkahku.

“Nak percaya apa? Dah jelas-jelas awak makan dengan dia berdua kat sini..” Tingkahnya pula..

“Awak..”

“Along..bang long..”Angah menghampiri. Azam nampak terkejut, wajahnya berubah melihat angah mendekati kami.

“Sorry long..angah sakit perut tadi..” Ucap angah. Azam memandangku sekejab, kemudian dia tertunduk.

“Eh! Bang long buat apa kat sini? Jom la makan sekali dengan kami..kebetulan terserempak dengan abang Haris tadi..” Pelawa angah.

“Along..jom la..tadi beria-ia sangat nak makan ayam masak paprik..” Angah menarik tanganku.

“Kita balik je ngah..along dah hilang selera.. ni duit, angah tolong bayar..minta kunci kereta.” Angah memandangku hairan. Tapi tetap menyambut wang dan menghulurkan kunci kereta pada aku.

“Sayang..” Panggil Azam dengan wajah bersalah.

“Jangan panggil saya sayang..” Marahku. Dia mengekoriku sampai ke tempat parking. Bila aku hendak masuk dia menahanku.

“Maafkan abang sayang..abang salah..jom la pergi makan dulu..abang minta maaf sangat-sangat..” Ucapnya lagi.

“Tepi lah…orang dah hilang selera nak makan.” Tegasku terus meloloskan diri di tempat bersebelahan pemandu.

Aku tidak mempedulikan ketukan dia di tingkap kereta. Angah berbual sebentar dengan Azam sebelum masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan balik aku dan angah membisu. Sampai di bilik, aku menghambur tangisku. Sedih kerana di tuduh begitu oleh suamiku.
Aku masih sedar, aku isteri orang. Aku tidak akan sesekali curang di belakangnya. Aku tahu salahku juga tidak memberitahunya hendak keluar, tapi aku keluar bukan dengan orang lain. Aku keluar dengan angah. Kebetulan saja kami terserempak dengan Haris.

Malam itu menu masakan pun mengikut seleraku. Mesti Azam sudah memesan Mak Siti supaya menyediakan ayam masak paprik untuk aku. Aku pun makan aje, rajukku tidak dapat melawan keinginanku untuk makan ayam masak paprik.

p/s: Salam.. pd yg tya blog nvel ni.. lc xwat blog. xsmpat rsnya. sorry ye, mgu ni 1 bab je. tgh serabut,lab top lama de prob.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 59”
  1. green apple says:

    pendek nye entri kali nie..xpuas nk bace

  2. rieda says:

    pendek sgt!bila nak sambung?

  3. yuna says:

    bile nk baik2 ni??

  4. impirika_08 says:

    pendek la..
    cpt2 smbg ye LC..
    suke sgt follow citer ni..
    :)

  5. shafiyah says:

    LC bile nak wat novel 1 book ni? :)

  6. jiao xiu says:

    ha tu la, kan dah cakap, klo kawin, nak keluar kena ckp kat husband dulu. ni tak main redah je. even keluar makan pun ckp la kan. ni dh jd cmni. salah siapa?salahkan diri sendiri la anis ooii..
    oo ye lc ejaan tuk ‘sekejab’ ialah ‘sekejap’. tgk lc asyik pakai sekejab. hehehe try check ye.

  7. fatim says:

    pendeknya tk puas baca,,hehe

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.