Novel : Salah mencintainya 62, 63

28 May 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 62

Mak lang mengajak aku menziarahi pusara keluargaku. Sejak aku mengandung, memang aku jarang berziarah di situ. Aku rasa bersalah. Hanya doa yang aku kirimkan pada keluarga yang telah pergi. Aku merindui mereka. Aku hendak memberitahu Azam, bimbang dia tercari-cari aku. Tapi, dia telah keluar pagi-pagi lagi. Walaupun sedikit hairan, tapi aku malas untuk ambil tahu.

Aku hanya berpesan pada Mak Siti untuk memberitahu Azam kalau dia bertanya ke mana aku dan adik-adik pergi. Puas juga aku menelefon, tapi telefonnya di matikan. Aku hanya menghantar mesej saja.
Pak Lang memandu. Alang duduk di depan bersama pak lang. Mak lang duduk bersama aku, achik, Acu, Dina, Lisa dan Amirul. Mujur kenderaan itu muat dengan bilangan kami.

Dari jauh kami melihat kelibat seseorang kami kenali. Aku terkejut melihat dia berteleku di depan puasa arwah abah. Aku berbalas pandang dengan Mak lang.

Azam! Aku jongket bahu tidak tahu bila Mak lang memandangku. Azam menoleh bila kami sudah hampir. Dia terkejut melihat kehadiran kami.

“Eh! Azam…lama dah kamu sampai?” Tanya Pak lang. Dia menepuk-nepuk bahu Azam. Alang membantu Mak lang menghampar tikar untuk kami.
Aku duduk perlahan-lahan. Bertentang dengan Azam di depan pusara arwah abah. Aku menahan pilu di hati mengenangkan arwah abah. Arwah abah selalu memanjakan aku. Jarang dia menolak permintaanku. Tambah-tambah aku anak yang tua.

Arwah sentiasa mengingatkan aku agar memberi contoh teladan yang baik pada adik-adik. Arwah abah juga selalu berpesan agar menjadi pelindung kepada adik-adikku.

“Abah….Anis rindukan abah..” Terluah juga ayat itu dari bibirku. Mak lang di sebelahku memeluk bahuku.

“Anis…tak elok macam ni… sedekah fatihah dan baca surah yasin untuk arwah abah.” Tegur Mak lang. Aku buat tidak nampak melihat Azam merenungku. Nampakkah dia perderitaan di mataku. Aku rindukan arwah abah, arwah mak, arwah atuk dan arwah pak su.

***

“Sudah besar nanti Anis nak jadi apa?” Aku masih ingat soalan itu. Tika itu aku masih berumur 10 tahun. Aku memang manja dengan arwah abah.

“Anis nak jadi anak abah..” Jawabku dengan tawa riang. Abah turut tertawa, hidungnya di gesel dengan hidungku. Aku suka sekali bila abah berbuat begitu.

“Sayang..abah tanya betul-betul dia main-main pulak…”ujar abah.

“Anis nak jadi doktor. Kalau abah sakit, Anis boleh cucuk lengan abah dengan jarum.” jawabku. Abah tertawa senang.

“Tak nak la abah jumpa Anis… asal sakit kena cucuk dengan jarum…” balas papa. Aku memuncungkan mulut mendengar kata-kata abah. Abah menarik tubuhku ke dalam dakapannya. Pipiku di kucup, memujukku. Aku menarik senyum.

“Cantiknya anak abah ni… kalau Anis nak jadi doktor…Anis kena belajar rajin-rajin.” Ucap abah. Aku tersenyum bangga mendengar pujian abah.

“Kena jadi pandai baru boleh jadi doktor ye abah?” Tanyaku. Abah angguk.

“Anis kena belajar pandai-pandai…baru boleh jadi doktor…boleh rawat abah bila sakit nanti..” Terang abah. Aku angguk faham.

****

Aku mengesatkan air mata bila teringat kembali kenangan dengan arwah abah. Minatku bertukar bila aku menginjak usia remaja. Aku lebih seronok melihat abah menguruskan kedai runcitnya. Aku bercita-cita mengembangkan kedai runcit arwah abah selepas aku keluar dari universiti. Tapi…semua itu hanya angan kosong selepas mak long mengambil alih kedai runcit arwah abah.

“Anis…” Mak Lang memanggilku. Bersusah payah aku bangkit, Azam menghulur bantuan tanpa di pinta. Dia memimpinku sampai ke kereta.

“Anis naik la dengan Azam..” Mak lang membuat keputusan. Aku melambai alang, achik dan acu ikut sama. Azam membantu aku mengatur sit belt sebelum dia memulakan pemanduan.

“Hmm… kenapa tak cakap nak ke kubur?” Tanya Azam. Aku mengerling adik-adikku di tempat duduk belakang. Mereka berbual sesama sendiri.

“Dah abang hilang pagi-pagi. Phone pulak tutup..” Bila di depan adik-adik, aku dan Azam berhati-hati untuk mengeluarkan bicara. Aku memanggilnya ‘abang’ seperti selalu kalau di depan orang lain. Bila kami tinggal berdua, aku akan ‘bersaya’ dan ‘berawak’ dengannya.

“Oh ya tak ya jugak…batteri phone abang low.. ” beritahu Azam. Aku hanya jongket bahu.

“Kita makan kat luar hari ni nak tak?” Ajak Azam.

“Hmm…malas la…tak larat nak jalan..” Keluhku. Perutku makin memboyot menyukarkan pergerakanku. Azam nampak kecewa. Aku kesihan pulak melihat wajahnya.

“Kalau awak nak makan kat luar…ajak adik-adik aje..” Cadangku.

“Tak best la kalau along tak ada…” Celah achik di belakang. Acu dan alang angguk. Azam masih berharap.

“Tapi…kalau Anis penat tak apa la…kesihan pulak kat Anis dan baby..” Ujar Azam. Aku diam sebentar, masih memikirkan keputusanku.

“Lepas ni balik jab, nak mandi ngan tukar baju. Lepas tu baru pergi. Ajak angah sekali.” Putusku. Adik-adikku sudah melonjak gembira. Azam di sebelah nampak ceria.

Biarlah aku mengembirakan hati mereka selagi masa masih ada. Nanti-nanti…bila aku sudah berpisah dengan Azam, adik-adikku mesti menerima kehidupan kami tidak akan semewah sekarang. Aku bercadang untuk memohon mengajar di Pusat Tuisyen Permata lagi. Mana tau, abang Nasir masih sudi menerimaku menjadi tenaga pengajar di situ.

Bab 63

Aku tertidur kerana kebosanan. Bila aku tersedar, aku terkejut ada orang tertidur di kiri dan kananku sambil memelukku. Air mataku menitis tidak dapat di tahan melihat wajah polos acu dan achik yang masih tertidur. Sudah lama aku mengabaikan mereka. Mesti mereka terasa dengan tindakanku.

Ya ALLAH… aku telah mengabaikan tanggungjawab yang telah arwah emak dan arwah abah amanahkan padaku. Aku terlalu ikutkan dendam, memberi hukuman pada suamiku sehingga lupa tentang kebajikan adik-adikku. Masa alang menerima keputusannya pun aku hanya mengucapkan tahniah di atas keputusan cemerlangnya.

Wajah acu dan achik aku renung sayang. Maafkan along sayang… aku kucup pipi kedua-duanya kiri dan kanan. Kepala mereka aku usap. Acu tersedar, dia memandangku dengan mata kuyu.

“Acu rindukan along…” Aku rasa bersalah mendengar ucapan acu. Aku terus memeluknya. Pelukan kami sedikit longgar dengan perutku yang memboyot.

Achik tersedar tidak lama kemudian, melihat aku berpelukan dengan acu, dia turut sama memelukku. Acu merebahkan kepala di pehaku.

“Along…kami sayang along. Kami akan sama-sama dengan along walau apa pun berlaku.” ucap achik. Aku menarik senyum mendengar ucapan itu. Seketika mataku melekat pada kaki achik. Macam mana reaksi achik, kalau dia tahu abang long kesayangan dia itu lah yang melanggar mereka dulu? Dapat ke achik memaafkan Azam?

“Along jahat kan chik? Acu?” kedua-dua adikku menggeleng.

“Along kakak paling baik yang achik kenal.” Balas achik sambil mengucup pipiku. Aku membalas, pipinya aku kucup sayang. Acu pun sama. Sumpah! Aku menyayangi mereka.

******

“Along dah jauh berubah.” Aku terkejut mendengar komen angah. Tika itu dia mengurut-ngurut kakiku yang membengkak. Aku tidak sedar adikku itu perasan dengan perubahanku.

“Along masih macam dulu ngah..” balasku membela diri.

“Tak. Along memang dah berubah. Along yang angah ada dulu seorang yang lemah lembut, pemaaf. Tapi, along sekarang penuh dendam.” Ujar angah. Aku menarik kakiku. Marah dengan kata-kata adikku itu.

“Angah tak tau apa-apa…baik angah diam.” Marahku. Ya! Aku tahu adik-adikku lebih rapat dengan Azam sejak beberapa bulan yang lalu.

“Apa yang angah tak tau long?” aku hanya berdiam diri. Tidak mahu rahsia yang aku simpan terbongkar sekaligus menyemai dendam di hati adikku itu.

“Apa yang along rahsiakan dari angah?” desak angah ingin tahu.

“Baik angah tak payah tau.” Balasku.

“Angah rasa along dah silap. Abang long tak pernah rahsiakan apa-apa dari angah. Abang long dah berterus terang dengan angah sebelum along dan abang long kahwin lagi. Abang long cakap dia yang bertanggungjawab atas kemalangan yang menimpa keluarga kita. Dia minta ampun kat angah. Mula tu angah marah, tapi lihat kesungguhan dia nak bantu kita. Angah percaya, abang long dah insaf. Dia kotakan janji dia untuk jaga kita.” Aku terpana mendengar kenyataan itu. Aku tidak menyangka angah sudah tahu dan begitu mudah dia memaafkan lelaki itu.

“Dia pembunuh ngah…dia bunuh orang tua kita.” Esakku. Angah menarik kepalaku ke dadanya.

“Abang long pernah nak serah diri long. Tapi, papa tak bagi. Papa cakap, kalau abang long masuk penjara tak ada sesiapa nak bela nasib kita. Abang long dekati keluarga kita sebab nak tebus dosanya ada kita. Dia mungkin buat silap long. Tapi, bila seseorang tu dah insaf dan cuba memperbaiki kesilapannya, layakkah kita menghukumnya? Semua itu sudah ketentuan yang Maha Esa long.” Aku makin kuat teresak.

“Dia buat semua ni sebab nak tebus kesalahan? Apa semua ni ngah? Maknanya dia tak pernah cintakan along. Dia buat semua ni untuk tebus kesalahan dia.” Hatiku cepat tersentuh.

“Along… angah tau abang long cintakan along. Along jangan la fikir bukan-bukan. Angah juga tau, along cintakan bang long. Sebab tu along susah nak maafkan abang long. Sangat perit memaafkan orang yang tercinta jika orang yang kita cintai itu melakukan kesalahan.” Ucap angah. Aku tidak menyangka adik keduaku itu boleh berkata begitu.

“Angah pernah bercinta?” tanyaku. Angah tersenyum saja.

“Along…cuba buang dendam di hati along tu…demi rumah tangga along, kebahagiaan kita sama-sama. Demi anak yang along kandung tu…along tak sayangkan dia? Fikirkan lah dalam-dalam long. Angah minta diri dulu.” Ujar angah membiarkan aku melayan perasaan sendiri.

Perlahan-lahan aku usap perutku. Perasaan kasih itu memang sudah lama tumbuh untuk anak yang berada di dalam kandunganku ini. Cuma, sengaja aku abaikan kerana dendam pada papanya. Saban hari jiwaku makin dekat dengannya. Seakan degupan jantungnya dan jantungku seiring. Ya ALLAH….apa yang patut aku buat…

p/s: Salam… hehehe…thanks kat phak p2u..yg kuarkn krya lc kat blog ni sjak dr thn 2009(rsnya..xbrape igt) & thanks kat kwn2 pembc cz sdi bc n bg komen. citer ni..dah nak hbs. xbyk lg. pe2 pun… lc hrgai komen2 anda d sini krn lc byk sedar d mana klmhn dlm penulisan lc. sblm ni..lc wat citer..bc sndiri(karya syok sndri).. tp lps share kat sini..baru lah nmpak..di mana kurangnya. tp lc ni kdg2 xinsaf pun walopun dah kena tegur.hehehe..msh gak guna bhs psr.

————
Kami di penulisan2u memerlukan Undian dan Vote untuk pertandingan ” Blogger of the year ” anjuran Digi dengan kerjasama Astro, Hitz.Fm dan juga Radio Era. Pembaca dan penulis diharap menyokong kami dengan mengundi kami. Klik saja banner / logo Vote yang berwarna kuning di bawah. Sokongan anda amat kami perlukan.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 62, 63”
  1. Idha Chunhyang says:

    best… best…best… :) :) :)

  2. ira_sha says:

    sebak rasanya setelah dgr pnjelasan angh……..best2….:)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.