Novel : Salah mencintainya 64, 65

4 June 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 64

Ketika aku membaca di bilik bacaan aku terjumpa diari lama Azam. Hatiku berbelah bagi untuk membelek. Tapi, rasa ingin tahu terlalu mendesakku untuk menceroboh diari milik Azam.

2007

Muhammad Azam bin Muhammad Ashaari

Aku membelek-belek setiap helai. Tiada apa yang menarik malainkan catatan kosong. Aku berhenti membelek bila mataku tertantap pada catatan yang di tulis dengan pen merah.

05 Julai 2007
Aku telah membunuh 4 orang yang tidak bersalah 2 hari yang lalu. Aku telah menghancurkan hidup seorang gadis. Tak! Bukan saja gadis itu.. tapi hidup ahli keluarga mangsa-mangsa yang telah aku bunuh. Maafkan aku..aku betul-betul menyesal.

Air mataku menitis bila membaca coretan itu. Ya! Memang dia pembunuh. Dia membunuh abah, mak, pak su dan atuk. Aku membuka helaian seterusnya. ‘

15 Julai 2007
Gadis itu manis sekali. Bila dia memimpin tanganku masuk ke wad, aku rasa damai di sebelahnya. Wajahnya yang tersipu betul-betul memikatku. Bidadari hatiku..

Aku telan liur, gadis itu aku ke? Ya! Memang aku. Aku makin semangat membelek diari milik suamiku itu. Lembaran baru aku buka dan baca dengan penuh minat.

18 Julai 2007
Ini ke hukum Tuhan? Gadis yang aku damba kehadirannya adalah kakak kepada gadis yang telah aku langgar bersama keluarganya.. aku jatuh cinta pada gadis yang telah aku bunuh keluarganya. Ya ALLAH… aku mencintainya..

Aku menutup diari 2007 itu. Aku mencari diari 2008 dia pulak. Pastinya ada di situ. Aku menarik diari itu dari bawah laci.

09 Januari 2008
Saban hari aku tercari-cari di mana keluarga mangsa yang aku langgar tinggal? Aku rasa mahu memohon kemaafan dari mereka. Aku mahu melindungi mereka. Aku mahu menjaga mereka.

27 Februari 2008
Papa memberitahuku berita yang aku tunggu. Along kepada achik telah di temui. Tunggu Azam..Azam akan jaga along dan adik-adik.

03 Mac 2008
Cikgu tersayang… wajah itu amat aku rindui.

Senyumku tidak dapat di tahan membaca coretan itu. Tapi, cepat saja aku tergeleng.

11 Mei 2008
Aku rasa aku manusia yang paling tidak berguna. Tika melihat rumah kediaman sayangku dan adik-adik, aku menahan air mata. Balik itu aku menangis teresak-esak.

Menderita sungguh mereka kerana perbuatanku. Aku berdosa pada mereka. Mereka hidup susah kerana kesalahanku. Ya ALLAH… macam mana aku hendak menebus kesalahanku? Ya ALLAH Ya ALLAH Ya Tuhanku.. Kau jodohkanlah aku dengan sayangku. Aku berjanji akan melindungi mereka.
Untuk Zahanis Zikri..bidadari hatiku…aku nukilkan lagu ini khas untukmu sayang… kau bidadariku…

Saat kau ku kenali… bahagia menjadi milikku..
Wajahmu lembut menunjukkan kasihmu..
Suara halusmu membuai hatiku..
Oh bidadari hatiku..

Inginku miliki cintamu..
Inginku dakap rindumu…
Menjadi penyeri hidupku..
Oh bidadari hatiku..

Kau di ciptakan untukku..
Akanku lindungimu segenap kudratku..
Akan ku sayangimu..setulus hatiku..
Oh bidadari hatiku..

Inginku milik cintamu..
Inginku dakap rindumu…
Menjadi penyeri hidupku..
Oh bidadari hatiku..

Bila kau mengetahui kenyataan itu..
Ku tahu kau akan membenciku..
Tapi satu saja yang aku ingin kau tahu..
Cintaku tetap milikmu..
Oh bidadariku…

Kenyataan tersembunyi kejam padamu..
Tapi akanku tebus dosa silamku..
Akanku lindungimu selagi dayaku..
Akanku cintaimu hingga nafasku yang terakhir..
Maafkan aku duhai bidadariku…

Aku sebak membaca coretan itu. Aku masih ingat bait lagu dalam diari itu. Lagu yang suamiku dendangkan sebelum ini dengan petikan gitar. Kini baru aku faham maksud setiap bait liriknya.

Bila kau mengetahui kenyataan itu..
Ku tahu kau akan membenciku..
Tapi satu saja yang aku ingin kau tahu..
Cintaku tetap milikmu..

Ya! Bait lirik itu ada benarnya. Sejak aku mengetahui kebenaran itu, aku membencinya. Aku sangat membencinya. Tapi..aku juga mencintai dia.

Deruman kereta dari tingkat bawah membuatkan aku terkocoh-kocoh menyimpan diari lama itu kembali ke dalam laci. Diari-diari itu tersembunyi di bawah majalah business.

Aku keluar dari bilik bacaan, terus saja masuk ke bilik. Pakaian masih banyak belum di lipat.

Bab 65

Kenyataan tersembunyi kejam padamu..
Tapi akanku tebus dosa silamku..
Akanku lindungimu selagi dayaku..
Akanku cintaimu hingga nafasku yang terakhir..
Maafkan aku duhai bidadariku…

Rangkap lagu terakhir itu seakan terbayang di mataku. Saat suamiku menyanyikan lagu itu di bilik sebelah. Tidakkah itu menunjukkan rasa kesalnya? Dia sudah berusaha menebus kembali kesalahannya. Dia sudah cuba melindungi aku dan adik-adik. Aku memerhati suamiku masuk ke bilik dengan ekor mata. Hatiku meronta untuk menegurnya.

“Abang dah makan?” Aku tahu suamiku terkejut mendengar pertanyaanku. Aku menundukkan kepala, masih pura-pura tekun melipat pakaian. Aku tahu dia merenungku tika itu.

Aku pejam mata tika tubuhku di dakap dari belakang. Aku membiarkan saja, tidak terasa ingin lari seperti sebelum ini. Dagunya di sangkut di bahu. Terasa hangat air matanya di bahuku, tidak semena-mena air mataku mengalir.

“Abang rindukan sayang…” ucap suamiku pilu. Aku menahan sendu. Kiranya, ucapan itu menyejukkan hatiku. Aku harus membuang dendam itu dalam hatiku. Dia sudah berusaha untuk memberi kehidupan yang lebih baik untukku dan adik-adik.

“Ampunkan Anis bang…” ucapku. Suamiku memutarkan tubuhku menghadapnya.

“Abang yang patut minta maaf kat Anis. Abang dah ragut kebahagiaan Anis dan adik-adik.” Ucap pulak suamiku. Dia memelukku erat. Sudah lama aku merindui kehangatan pelukannya.

Kami sama-sama bertangisan malam itu. Sejak sekian lama, aku kembali tidur di dalam dakapannya.

*****

“Hmm…Anis rasa…anak kita lelaki ke perempuan?” Tanya Azam.
Dia meniarap mengusap lembut perutku memboyot. Sesekali tangannya menakal ingin menyelak bajuku mahu melihat perutku itu. Tapi cepat-cepat aku tampar tangannya lembut. Malu pulak pada dia. Masa pemeriksaan rutin di klinik pun aku rasa wajahku terbakar malu bila dia memandang perutku yang membulat. Dia tergelak saja.

“Entah lah bang…”Balasku masih berbaring.

Azam mengambil tempat di sebelahku, berkongsi satu bantal yang sama. Dia tidak jemu-jemu mengucup pipiku. Bahagia itu datang kembali dalam hatiku. Bila dendam sudah aku singkirkan dalam hati, aku lebih bebas. Aku tidak lagi di belengu rasa bersalah.

Arwah abah, arwah mak, arwah pak su dan arwah atuk, mesti mahukan yang terbaik untuk aku dan adik-adikku. Azam telah melunas tanggungjawabnya melindungi aku dan adik-adik.

“Kenapa diam aje ni?” Tanya Azam. Suara garaunya betul-betul di telingaku.

“Hmm…tak ada apa-apa..” Balasku. Azam mengeluh kecil.

“Anis ni…bila abang tanya, asyik-asyik jawab, entah lah… tak ada
apa-apa… Anis malu dengan abang ye?” Teka Azam. Wajahku hangat, tidak sangka dia dapat membaca fikiranku. Sudah lama hubungan kami dingin, aku rasa malu pulak untuk berbual mesra dengan dia.

“Hmmm …kenapa malu-malu ni? Kita kan dah lama jadi suami isteri…ala..tak ada rahsia lagi dah..” Ucapnya nakal. Aku mencubit lengannya. Dia tertawa saja.

“Anis..Anis sayang abang.” Ucapku teragak-agak. Entah mengapa aku terasa ingin mengucapkannya.

Gelak Azam terhenti. Dia merenungku dalam-dalam sehingga aku tertunduk memandang dadanya. Tidak sanggup melawan panahan matanya.
Dahiku di kucup lama. Suamiku membelai lembut pipiku dengan ibu jarinya. Terasa kasih sayangnya menyerap dalam hatiku.

“Abang pun sayang Anis… Sayang sangat-sangat. Abang tak sanggup hidup tanpa Anis. Sepanjang Anis merajuk dengan abang…abang rasa abang lah manusia paling tidak berguna kat dunia ni. Kalau tak mengenangkan harapan papa pada abang kat syarikat tu..dah lama abang abaikan company tu…” luah Azam. Aku rasa bersalah kerana membuatkan dia rasa begitu.

“Maafkan Anis bang..” Ucapku sebak. Azam menggeleng, jarinya bermain di bibirku.

“Anis tak salah sayang. Abang yang salah sebab tak berterus terang. Memang abang nak berterus terang dengan Anis tapi… abang takut Anis tinggalkan abang. Abang betul-betul cintakan Anis. Sejak pertama kali abang jumpa Anis kat hospital lagi..abang rasa ada sesuatu yang menagih abang untuk mendekati Anis.” Ujar Azam. Aku hanya diam, menunggu bicara selanjutnya.

“Masa kat hospital tu…abang ternampak Anis dengan angah. Abang cuba untuk tegur Anis.. tapi..bila abang dah dekat, abang terkejut tengok achik. Abang terkejut sangat, rupa-rupanya Anis kakak kepada budak perempuan yang abang langgar bersama keluarganya. Abang rasa teruk sangat Anis..” Azam menahan sebak. Aku makin mengeratkan pelukanku.

“Abang jatuh cinta pada gadis yang akan membenci abang kalau dia tahu kebenarannya. Abang memang plan nak menyerah diri..tapi papa tak kasi. Mama pun kena serangan jantung masa abang nak pergi ke balai polis. Abang tak sampai hati tengok mama..”

Azam terhenti seketika. Menarik nafas dalam-dalam. Aku mengusap lengannya. Biarlah dia meluahkan apa sebenarnya berlaku. Apa yang aku tidak ketahui.

“Papa pernah lalu kat Pusat Tuisyen Permata. Dia ada tengok Anis masuk ke situ. Dia siasat lah dengan abang Nasir. Bila papa dan abang tau Anis mengajar di situ, abang buat cadangan kat papa untuk belajar di situ. Papa pun macam tak percaya apa yang abang cakap. Tapi dia setuju je. Abang tak tau pun Anis dengan adik-adik kena halau dari rumah Anis dan duduk kat pondok di belakang rumah. Masa hantar Anis malam tu la baru abang tau. Abang rasa bersalah sangat Anis..”

“Sebab tu abang tekad nak kahwin dengan Anis?” celahku. Azam angguk.

“Bukan tu aje Anis..abang betul-betul cintakan Anis..abang sayangkan adik-adik.” Ucap Azam. Aku terharu mendengar ucapan itu.

“Sayang ingat lagi tak sayang ada dapat bunga time jaga achik kat hospital?” Aku diam, cuba mengingati peristiwa itu.

*****

“Eh…cantiknya bunga…siapa bagi kat achik ni?” Tanyaku pada achik yang sudah sedia menungguku. Achik tersenyum dan jongket bahu, tidak tahu.

“Achik dapat kecik ni aje long…” Beritahu achik sambil menayangkan bunga ros putih lima ke enam kuntum.

“Habis…tu..siapa punya yang besar ni?” Tanyaku sambil membelek bunga mawar merah yang lebih besar jambaknya.

“Along baca la kad kat situ.” Ujar achik. Aku mencapai kad kecil yang tersisip di situ. Mataku membulat.

‘Buat along kepada achik
-Harap sudi-sudikanlah menerima bunga yang ta seberapa ini
-Maafkan saya, saya betul-betul tak sengaja
-Saya sayang awak
From: Insan berdosa

Aku mengambil pulak kad pada tangan achik, membaca setiap butir kad itu.

-Buat achik kepada along
-Maafkan abang
-Abang sayang achik
From: Insan berdosa

Aku tergeleng beberapa kali. Entah orang gila mana yang bagi kad dan bunga ni. Aku mencapai bunga pada achik.

“Ala…kenapa long?” Tanya achik.

“Entah orang gila mana yang bagi bunga –bunga ni…baik along buang dalam tong sampah.” Achik mulanya protes, tapi bila melihat aku menjelingnya dia diam.

“Siapa hantar bunga tu tadi?” Tanyaku selepas bunga-bunga itu aku humban dalam tong sampah.

“Tak tau…ada orang kedai bunga hantar. Dia cakap ada orang bagi.” Balas achik.

****

Aku tersenyum, peristiwa itu samar-samar di ingatanku. Tapi, aku masih ingat setiap kata-kata pada kad itu.

“Abang lah orang gila tu…” ucap Azam dengan gelak kecil.

“Abang dengar apa yang Anis cakap dengan achik?” Tanyaku. Azam angguk.

“Abang ada berdiri dekat-dekat Anis dan achik..” Aku mengerutkan kening. Kenapa aku tidak perasan kewujudan dia?

“Yelah…mana orang tu nak perasan kita ni…rupa tak ada… harta tak seberapa.” nada suara suamiku seperti merajuk.

Tawaku meletus, pipinya aku usap sayang. Siapa cakap suamiku tidak kacak? Sebenarnya…aku agak cemburu bila kami keluar berdua dulu. Ada aje mata gadis yang menjelingnya. Tapi, aku tidak pernah menyuarakan hal itu pada suamiku. Takut dia perasan lebih-lebih lah pulak.

“Hmm…mana Anis nak perasan. Dah abang buat gaya-gaya penjhatlagi tu..” usikku. Suami membeliakkan mata.

“Tapi lucu pulak, abang tulis, buat along kepada achik.” Aku tertawa. Azam cubit pipi aku geram. Bila aku membuat mulut muncung, dia mengucup pipiku.

“Abang mana tau nama Anis masa tu… abang dengar angah dan achik panggil along aje.” Balas Azam. Aku hanya tersenyum. Perasaanku indah sekali.

“Ampunkan Anis ye bang… Anis derhaka kat abang selama ni..” Ucapku sekali lagi. Hatiku di balut rasa kesal tak sudah. Azam mencapai tanganku dan di kucup sayang.

“Dari dulu lagi abang dah ampunkan. Abang tak pernah simpan dalam hati. Abang sayang Anis.” Ucapnya. Perasaanku lega. Gelisah yang menyelimuti hatiku selama ini pergi.

——-
Kami di penulisan2u memerlukan Undian dan Vote untuk pertandingan ” Blogger of the year ” anjuran Digi dengan kerjasama Astro, Hitz.Fm dan juga Radio Era. Pembaca dan penulis diharap menyokong kami dengan mengundi kami. Klik saja banner / logo Vote yang berwarna kuning di bawah. Sokongan anda amat kami perlukan. Undilah kami 1 kali setiap hari


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 64, 65”
  1. cahayaQaseh says:

    bez sgt2!!!

  2. siti aziz says:

    best sangat2..ikhlas…teruskan usaha anda penulisku sayang.. ha3… waaaaa….rase nak melompat masuk dalam cerita nie je.. soooooo sweeeeeeetttttt….. ^_^

  3. izza says:

    novel yg plg best pnh bc kt lmn ni..
    ayt yg dgunakan menarik sgt,xboring @ ngada2 mcm nvl lain.

  4. ira_sha says:

    so sweet……

  5. fil_sya says:

    yeah! berbaik akhir nye!! suke laa…sweet jer….=)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.