Novel : Salah mencintainya 66, 67

11 June 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 66

Angah, alang, achik dan acu tergamam melihat aku dan Azam berpimpin tangan ketika melangkah ke meja makan. Mak Siti turut menerapkan senyuman manis. Semua nampak gembira melihat perubahan hubungan kami. Azam memimpin hati-hati ketika aku melangkah. Aku buat tidak tahu melihat wajah adik-adikku. Angah dan alang tersenyum gembira. Achik dan acu tersengih.

“Hari ni kita pergi makan kat luar, nak tak?” Ajak Azam ceria.
Adik-adikku melonjak suka. Sukalah tu… bawak keluar. Mereka ni…kuat berjalan. Pantang ada yang mengajak, pasti melonjak suka. Bila Mak Siti dan Pak Daud balik kampung pun mereka suka aje bila kedua-dua orang tua itu mengajak ikut sama. Mereka bukan saja dah jadi anak angkat Pak Daud dan Mak Siti, tapi jugak anak saudara angkat adik-beradik Pak Daud. Keluarga Pak Daud semuany abaik belaka.

“Mak Siti dan Pak Daud..” Bisikku pada suamiku. Suamiku tepuk dahi, mungkin terlupa.

“Mak Siti dan Pak Daud pergi sekali k.” Pelawa Azam. Kami semua membuang pada mak Siti yang tengah membancuh minuman.

“Hmm…tak payah la..” Tolak Mak Siti.

“Kami nak pergi kenduri kat rumah abang Kassim. Ada kenduri doa selamat.” Sampuk Pak Daud baru sampai.

“Jemput duduk Pak Daud..” Pelawaku. Aku menghadiahkan senyuman pada orang tua ini. Pak Daud tersenyum senang.

“Kenduri doa selamat apa?” Tanyaku sambil membetulkan selendang. Azam turut membantu merapikan selendang. Angah membantu Mak Siti menghidang minuman. Aku menuang untuk Azam, sudah lama aku mengabaikan keperluannya. Azam tersenyum senang.

“Kenduri rumah baru..” Beritahu Pak Daud. Aku dan yang lain angguk. Mak Siti mengambil tempat di sisi suaminya.

“Ayah.. ayah Kassim dah pindah kat rumah dia buat hari tu ye?” Tanya acu. Pak Daud angguk. Aku hanya tersenyum tawar mendengar pertanyaan acu. Kesihan adik bongsuku ini. Nampak sangat dia dahagakan kasih dari orang tuaku. Mujur ada Pak Daud dan Mak Siti tempat kami adik beradik menumpang kasih.

“Along ngan bang long dah ada cadangan nak bagi nama apa kat anak buah kami?” Tanya achik.

“Dia pulak berlebih-lebih.” tegur Alang.

“Eh! Apa salahnya kan? Alang pun kalau ada cadangan cakap je la.. mana tau pilihan kamu semua lebih elok.” Azam memandangku. Aku mengangguk.

“Hmm..anak along nanti laki ke perempuan?” tanya acu. Mak Siti dan Pak Daud tersenyum melihat kami.

“Entah la acu… kami tak nak scan tengok jantina. Nak surprise.” Balas Azam.

“Hmm…Pak Daud ambik kertas dengan pen, nanti Pak Daud tulis nama cadangan-cadangan kamu semua.” Pak Daud berlalu ke laci. Dia tersengih-sengih membaca pen dan kertas. Bersedia untuk mencatat. Aku dan Azam hanya tersenyum melihat mereka teruja.

“Angah ada cadangan.. kalau lelaki.. kita bagi nama Muhammad Asrizal. Kalau perempuan…bagi Nur Asmatul..” cadang angah. Achik angkat tangan mahu mencadangkan nama anak buah dia.

“Achik?”

“Hmm…kita bagi nama Aaron Aziz.. kalau perempuan pulak kita bagi nama Lisa Surihani.” Kami semua tergelak mendengar cadangan achik. Tidak habis-habis dengan nama pelakon-pelakon pujaannya itu. Achik menarik muncung. Cuit mencuit dari abang-abangnya membuatkan achik menjerit marah.

“Along…tengok angah ngan alang tu…” Adu achik.

“Alang…angah..” tegurku.

“Okey…catat je Pak Daud..” Ujar Azam dengan senyuman. Pak Daud mengangguk masih menjalankan tugasnya.

“Alang?” Tanyaku.

“Amirul Hakim.. and kalau girl.. Nur Azra Saffiya..” Cadang alang.

“Acu pulak?” Tanya Azam sambil mencuit pipi acu. Acu merenung ke atas, lagaknya masih berfikir. Aku menyembunyikan senyuman melihat telatahnya.

“Muhammad Yusuf kalau dia lelaki. Kalau perempuan, Nur Atia..” Terangat keningku mendengar nama cadangan acu. Boleh tahan jugak pilihan acu.

“Eh! Bukan ke Nur Atia tu nama mak we acu?” wajah acu yang putih itu merah padam bila achik memecahkan tembelangnya.

“Ha..a.. acu dah ada mak we..” Alang mengusik. Acu mengejar alang di sekeliling meja makan. Kami tertawa.

“Sudahlah tu…duduk..” Tegurku. Acu dan alang kembali ke tempat mereka. Alang masih tersenyum nakal, acu menjeling geram.

“Oh…kecik-kecik dah ada mak we ye…” Usik Azam mencuit perut acu. Acu tersipu.

“Mak Siti?” Tanyaku. Dari tadi orang tua itu hanya menjadi pemerhati.

“Hmm…Mak Siti ni tak reti nak bagi nama.. nama-nama yang adik-adik kamu bagi pun elok aje.” Balas Mak Siti. Aku menjongket kening pada Pak Daud pulak.

“Tak ada idea lagi ni.” jawab Pak Daud.

“Along dengan bang long sendiri?” Tanya angah. Azam kerut dahi, berfikir.

“Kalau lelaki kan ngah, abang cadang nak bagi nama Muhammad Azami, kalau perempuan Nur Azamila…” Ujar Azam tergelak-gelak. Aku cubit lengannya. Tak adil.

“Ada ke nak letak nama tu… tak adil.” Rungutku. Azam dan adik-adikku tergelak.

“Ala…cadangan aje…Anis pulak nak letak nama apa?” Tanya Azam.

“Entah la…tapi…Anis ada pertimbangkan cadangan-cadangan tadi. Anis rasa nama Muhammad Yusuf dan Nur Azra Saffiya pun okey jugak.. abang rasa?” Aku menyanyakan pendapat Azam. Acu dan alang sudah kesukaan kerana nama-nama cadangan mereka mendapat perhatianku.

“Muhammad Yusuf.. Nur Azra Saffiya.. Hmm..sedap jugak nama tu. Kalau lelaki kita letak Muhammad Yusuf dan kalau perempuan kita letak Nur Azra Saffiya.” Putus suamiku. Acu dan jelir lidah pada achik.

Bab 67

Ikmal dan Dik Za setuju dengan ajakan kami untuk makan di luar. Mama dan papa pulak ada urusan. Rancangan kami pun mengejut aje. Semuanya tidak di rancang.

“Siapa belanja ni?” Tanya Dik Za ceria. Ikmal memeluk bahu adik bongsunya itu. Teletah Dik Za yang manja dan sentiasa ceria membuatkan sesiapa mengenali akan senang dengannya.

“Abang Azam la..” Ikmal mengenakanAzam. Azam buat muka tidak puas hati.

“Mal la belanja… abang Zam tengah simpan duit nak sambut si kecil ni lagi..” Aku tahu Azam hanya bergurau. Ikmal sudah gelabah.

“Ya tak ya jugak…baby pun nak rasa pak ngah dia belanja..” Sampukku mengenakannya. Azam dan Dik Za ketawa suka. Adik-adikku yang lain turut tertawa melihat kami mengenakan Ikmal.

“Mal belanja kak long aje..” ujar Ikmal. Kami tergelak. Azam tepuk bahu adik keduanya itu.

“Tak apa… abang belanja…kau ni cepat gelabah je Mal…” Usik Azam.

Kami menjamu selera dengan ceria. Gurau senda dari adik-adik kami menggamatkan suasana. Mujur kami menempah bilik persendirian di restoran ini. kalau tidak, mesti menganggu pengunjung lain. Usik mengusik mereka membahagiakan aku. Sayang papa, mama, pak Daud dan Mak Siti tidak ada sekali.

“Awak tak nak makan lagi ke?” Aku memerhati dengan penuh kehairanan mendengar bicara angah pada Dik Za. Mereka berdua tidak perasan di perhati.

“Saya diet la awak…” Balas Dik Za terseyum manja. Angah pun semacam aku tengok.

“Tak payah diet la..saya suka tengok awak berisi sikit…” Ujar angah.

Mereka ni ada apa-apa ke? Fikirku. Kemudian aku rasa tidak logik pulak… ala.. kawan-kawan aje kot.. fikirku. Lagipun, kami kan bersaudara.

“Sayang dah kenyang ke?” Tanya Azam. Aku mengangguk. Aku pun perlu berdiet, beratku bertambah masa aku membuat pemeriksaan di klinik minggu lepas.

“Abang bahagia sangat sayang…Thanks…” Bisik Azam.

“Thanks..to you too.” balasku juga berbisik. Azam tersenyum gembira. Kami sama-sama merasai perasaan yang sama. Aku berdoa agar bahagia ini kekal menjadi bilik kami.

p/s: Salam… slmt mmbc..tgal beberapa bab je lg nvel ni.. thanks pd sesapa yg m’ikuti nvel ni… lps ni… nak rehat jab. Lps 2… kalo xde aral melintang… novel ‘Kerana Terlupa’ akn myusul. Pd sesape yg de bc cerpen rmate yg romantik & rmte yg romntik ii.. walopun ni bkn hikayat ttg Amir n Nurjiha.. tp… sedikit sbyk tselit kisah mrk, krn citer ni psl kisah ttg anak mrk yg mjd watak utama dlm citer ni. Pe2 pun..lc akn inform blk kat fb lc ‘lc nurazna’.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 66, 67”
  1. kim,, says:

    best nyer

  2. impirika_08 says:

    erm..best la LC…
    cpt sambung..
    & gudluck in writing…

  3. amal says:

    aah best..cpt smbng ye…

  4. fatim says:

    semoga mereka bahagia,,hehehe

  5. ann says:

    best.. x sabo nk tggu lg.. post bny2 ckit lc.. hehehehe…

  6. jiao xiu says:

    alhamdulillah..selamat la dah baik kan..hope dah abis konflik.

  7. munir says:

    la LC ke yg wat rumet yg romantik tu?best la cerpen tu.hehe.ok.xsbr nk baca versi novel lak.

  8. LC says:

    Salam..thanks cz sudi bc n komen. rmate yg romantik.. hihihi… rmai yg mnta smbung citer 2.. tp.. tau je la… bhs dlm citer 2.. bhs pasar. jd lc wat ‘kerana terlupa’ utk yg mnta smbg. bkn citer ttg psgn dlm rmate yg rmnatik.. tp kisah anak diaorg. bhs dlm nvel 2.. msh tkawal kot. sorry la yg tgur bhs lc. mmg slalu fail bm dlu.

  9. rieda says:

    tak sabar nak tahu kesudahan…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.