Novel : Salah mencintainya 68, 69

18 June 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 68

Aku dan Azam saling berbalas pandang mendengar setiap butir kata-kata mak lang. Rupa-rupanya mak lang masih belum melupakan kemalangan yang menimpa keluarga kami.

“Mak lang masih tak dapat nak terima. Sampai sekarang penjenayah tu belum dapat di kesan. Bijak betul dia menyembunyikan kesalahan dia. Dia tak rasa berdosa ke dah bunuh orang? Kenapalah ada manusia macam tu kat dunia ni.” Suara Mak lang tegang. Aku dapat melihat suamiku menelan liur. Wajahnya gelisah. Aku turut sama gelisah.

“Hmm…Pak lang tak datang sekali ke mak lang?” Tanyaku sengaja menukar topik. Anak-anaknya pun dia tidak bawa.

“Pak lang kamu ada aktiviti kat sekolah dia. Amirul, Lisa dan Dina pun ikut sekali. Mak lang pula malas nak ikut… penat aje kat padang sekolah tu..” Jawab mak lang.

“Ada sukan ye mak lang?” Celah Azam.

“Ya la..sebab tu mak lang tak nak ikut sekali. Mak lang tak suka tengok sukan tu..tak pasal-pasal nanti pak lang ajak mak lang ikut sukaneka. Mak lang bukannya larat sangat dah ni..” balas mak lang dengan keluhan. Dia mencapai gelas, meneguk air yang di sediakan mak Siti sebentar tadi.

“Entah-entah Dina nak dapat adik baru kot mak lang…” Usikku. Mataku mengecil memandangnya. Mak lang tergelak dan menampar lenganku.

“Eh! Ada-ada aje kamu ni Anis… buat malu aje nanti cucu lebih tua dari mak atau bapa saudara dia..” Ujar Mak lang. Azam tersenyum saja.

“Tak salah kan?…mak lang bukannya tua sangat pun…masih dapat bagi kami sepupu lagi tu..” Aku masih menggiatnya. Mak lang makin galak ketawa.

“Tak ada lah Anis…mak lang ni cuma penat dengan kerja tu..melambak aje..” Nafi mak lang.

“Eh! Mana adik-adik kamu?” tanya Mak lang.

“Mal bawak keluar.” Azam menjawab bagi pihak kami. Mak lang mengangguk-angguk.

“Zam…kamu kan ada kawan polis..siapa nama dia.. ha.. Kumar! Inspektor Kumar tu kan…kamu tak boleh minta tolong dia siasat-siasat tentang accident family kami dulu ke?” tanya Mak lang lagi. Suamiku yang sedang minum tersedak. Dia terbatul-batuk kecil. Aku menepuk-nepuk belakangnya.

“Hmm…Kumar bahagian lain mak lang..” Balas Azam.

“Alah…takkan dia tak ada kawan-kawan kat situ..” Mak lang nampak masih tidak puas hati. Aku memandang wajah Azam risau.

“Hmm…Nanti saya cakap kat dia.” Balas Azam.

*******

“Apa pendapat Anis?” Aku buntu bila Azam ingin berterus terang dengan mak lang. Aku takut mak lang tidak dapat menerima semua itu. Azam akan di heret ke balai polis. Aku tidak mahu kehilangan dia. Aku sangat memerlukan dia di sisiku. Tambah-tambah dalam keadaanku yang tengah sarat ini.

“Bang… Anis tak nak abang susah nanti. Biar aje la… hal ni kita-kita aje yang tahu.” ujarku. Azam masih gelisah, mundar mandir dia di depanku.

“Tapi…abang tetap rasa tak senang duduk. Abang rasa lebih baik abang berterus terang kat mak lang. Bimbang kalau dia tahu dari orang lain, mak lang akan lebih marah kat abang.” luah Azam.

“Mak lang takkan tau, kalau kita tak bagitau..” balasku.

“Abang cakap kat mak lang ye Anis? Abang bersedia menerima sebarang kemungkinan. Anis jangan risau..” Putus suamiku.

“Abang mungkin bersedia…tapi Anis tak bang…. Anis sangat perlukan abang..” pujukku. Azam mengeluh berat.

“Abang tekad Anis..” Ucap Azam. Aku terdiam.

Sepanjang malam aku tidak boleh tidur memikirkan hal itu. Aku tahu, Azam di sebelah pun belum tidur. Kami sama-sama di amuk perasaan.

“Walau apa pun berlaku abang akan pastikan hidup Anis, adik-adik dan anak kita terbela.” Ucap Azam dengan mata yang tertutup. Air mataku mengalir, aku mengalih kepalaku ke dadanya.

“Anis nak abang sentiasa di sisi Anis..” Esakku. Azam membelai lembut rambutku.

“Abang tetap takkan hidup tenang selagi abang tak berterus terang pada mak lang Anis.. mak lang pun keluarga Anis… lepas tu abang akan mengaku depan adik-adik yang lain.” Bisik suamiku. Aku makin kuat teresak.

Bab 69

Aku dan Azam sudah bercakap sendiri dengan mak lang. Mak lang nyata berang dengan kebenaran yang baru di ketahuinya itu. Aku jadi takut melihat keberangan mak lang. Azam pula seperti pesalah menunggu hukuman. Dia berlutut di depan mak lang.

“Mak lang nak dia serah diri.” Tegas mak lang. Pujukan pak lang tidak melembutkan hatinya. Aku jadi takut mendengar kata-kata itu. Kalau suamiku sudah di penjara, apa pula nasib aku, adik-adik dan anakku nanti?

“Mak lang….kesihankan lah abang Azam mak lang. Dia dah insaf. Dia dah tebus balik kesalahan dia pada kami. Kalau dia serah diri pada polis apa nasib kami nanti?” Rayuku. Air mataku sudah lama merembes. Mak lang tergeleng-geleng.

“Mak lang ada….mak lang mampu nak jaga kamu semua.” Air mataku makin melebat. Azam langsung tidak bersuara, walaupun untuk merayu sekalipun. Dia hanya tunduk.

“Kami dah maafkan dia mak lang.” sampuk angah.

“Tapi mak lang tak boleh maafkan dia. Dia bukan saja bunuh ibu bapa kamu. Tapi juga bunuh ayah, abang, ipar dan adik mak lang.” marah Mak lang membuak. Aku jadi takut melihat adik-adikku yang lain menghampiri. Achik paling tergamam. Dia mengecilkan mata merenung Azam.

“Anis… dia dah bunuh ibu bapa kamu… boleh kamu maaf dia semudah tu. Mak lang tau, cinta tu dah mengaburi mata kau. Angah…kau tak tak dapat nak guna akal kau.” Marah Mak lang. Angah menghampiri mak ngah. Lengan orang tua itu di tarik lembut dan duduk di sebelahku.

“Kerana angah gunakan akal lah angah rasa kita tak layak bagi hukuman kat abang long. Dia dah berusaha tebus kesalahan dia. Mak lang tak kesihankan along? Tak kesihankan anak mereka yag bakal lahir? Apa nasibnya nanti bila papanya meringkuk dalam penjara?” Nasihat angah. Mak lang terdiam. Mungkin masih berfikir.

“Abang long yang langgar kereta kami dulu?” Soalan achik mengejutkan kami semua. Azam mengangguk, mengaku kesilapan lalunya.

“Abang long yang tarik achik dari kereta kan? Achik tau, sebelum pengsan achik Nampak bayang-bayang orang tarik achik dari dalam kereta sebelum kereta tu terbakar.” Ujar achik. Aku dan yang lain tergamam. Azam hanya angguk.

“Abang long hanya sempat tarik achik…” tangis suamiku. Achik menghampiri, air mata Azam di kesat.

“Semua tu dah ketentuan ILAHI. Sekurang-kurangnya abang long dah selamatkan nyawa achik.” Aku tergamam mendengar ucapan gadis berusia 16 tahun itu. Bicaranya seperti orang dewasa. Bukan aku saja…semua yang ada di situ mendengar bicara itu.

“Sudah lah Siah… achik yang masih muda ni pun boleh maafkan Azam. Kenapa tidak kamu? Jangan keruhkan lagi keadaan. Kesihan Anis dan yang lain.” Pujuk Pak Lang. Mak lang mengeluh berat.

“Dia dah bunuh keluarga Siah bang…” Air mata mak lang merembes. Pak lang memegang bahu isterinya, memujuk.

“Azam dah jaga Anis dan adik-adik dia… macam mana nasib mereka kalau Azam menyerah? Anak mereka dalam kandungan tu… dia pun nak membesar di samping ayahnya. Siah nak dia kehilangan papanya? Macam Anis dan yang lain-lain? Sampai satu masa, dia akan tanya mana ayah dia, Siah sanggup jawab yang nek lang dia dah hantar papa dia ke penjara?” Makin kuat mak lang teresak mendengar kata-kata suaminya. Aku sudah tidak mampu berkata apa-apa.

Mak lang menghampiri Azam. Tubuh itu di tarik supaya berdiri. Azam tertunduk.

“Mak lang maafkan Azam… Tapi mak lang nak Azam janji, akan jaga Anis dan adik-adik sebaik mungkin. Mak lang tak nak dengar mereka menangis kerana Azam. Mak lang amanahkan mereka pada Azam.” Ucap Mak lang. Aku menangis gembira mendengar ucapan mak lang. Angah memeluk bahuku turut merah matanya.

“Azam janji mak lang…selagi Azam masih hidup, Azam akan pastikan nasib mereka terbela. Azam sayang sangat kat mereka.” Lafaz Azam. Dia memeluk mak lang. Mak lang menepuk-nepuk belakang Azam. Aku lega, kerana semuanya sudah terungkai.

******

Malam itu, Azam memohon kemaafan pada angah, alang, achik dan acu pulak. Nyata adik-adikku menerima semua itu dengan hati terbuka. Kebaikan dan jasa Azam pada kami selama ini memadamkan marah mereka. Aku dan angah turut menarik nafas lega.

“Abang janji akan jaga kamu semua.” Sudah beberapa kali Azam berjanji. Adik-adikku hanya mengangguk. Acu melentok kepalanya manja di pehaku. Aku membelai rambutnya penuh kasih. Azam duduk di sebelahku turut membelai rambut acu mesra. Achik duduk di apit angah dan alang.

“Kami tak apa-apa bang long… cuma… kami rasa bersalah kat along. Dulu…kami salahkan dia aje. Masa along merajuk dengan bang long dulu. Kami tak tau penderitaan hati dia. Dia paling banyak menderita berbanding kami bang long. Dia yang tanggung kami semua sejak orang tua kami meninggal. Dia dah korbankan hidup dia untuk kami.”Aku tidak dapat menahan air mata. Ia mengalir tanpa dapat di tahan mendengar bicara si adik. Tubing mata suamiku turut bergenang.

“Along korbankan cinta. Along lupakan keseronokkan lain demi nak jaga kami. Siang malam dia bekerja untuk kami. Jadi… alang harap bang long maafkan dia masa dia marah bang long dulu.” sambung alang. Dia sendiri turut menangis.

“Abang long dah banyak buat kamu semua menderita. Terutama along kamu. Abang tak pernah simpan dalam hati apa yang along kamu buat. Abang sayangkan dia sangat-sangat.” Suara Azam sebak. Achik turut mengalirkan air mata di peluk angah.

p/s: salam.. thanks pd yg sudi bc n komen. Thanks gak yg add kat fb ‘lc nurazna’. Hihihi.. best sgt bkongsi cerita dgn anda time chatting. Tp..de gak yg lc xsmpt reply.. xprasan sbnrnya.. sorry sgt2.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 68, 69”
  1. nor says:

    best

  2. Idha Chunhyang says:

    so sad… :( :( :(
    but I like the story best lah… 😀 😀 😀

  3. ira_sha says:

    sedihnya…… tp dlm msa yg sma, terharu membaca novel ni…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.