Novel : Salah mencintainya 70, 71

26 June 2011  
Kategori: Novel

Penulisan2u

Oleh : LC

Bab 70

Kami membuat kenduri kesyukuran bila alang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke USM. Menurut alang, suamiku pernah mahu alang memohon belajar di luar negara dan di tanggung sepenuhnya oleh dia. Tapi, alang menolak. Dia tidak mahu jauh dari kami. Kalau masih belajar di dalam negara, dia boleh kerap balik menjenguk kami.

Papa dan mama sama sibuk membantu kami menguruskan kenduri kesyukuran. Kami menjemput jiran tetangga, jemaah surau yang berdekatan dan keluarga Azam yang lain. Pak long sekeluarga, mak teh dengan cucu-cucunya, mak usu pun datang dengan anak-anaknya.
Keluarga sebelah mama pulak tidak dapat hadir, yelah…semua ada di Kuala Terangganu. Hanya Pak Ngah serta isteri yang datang. Kesempatan ini aku guna untuk berkenalan dengan keluarga suamiku. Sebelum ini kami jarang dapat berjumpa, lantaran dengan kesibukan dengan urusan masing-masing.

“Lepas ni ada lagi kenduri..” papa ceria. Dia memeluk acu yang tergelak geli bila papa mencucuk-cucuk lembut perutnya.

“Yela…kenduri menyambut cucu pulak…” sampuk Pak Daud. Masa itu semua tetamu sudah balik. Tinggal kami sekeluarga saja bersantai di ruang tamu. Aku duduk di samping suamiku..

“Ya…tak sabar nak sambut cucu…kemudian kenduri menyambut menantu..” Ujar papa. Aku dan yang lain kerut kening. Serentak aku dan suamiku menoleh ke arah Ikmal. Dia beria-ia menggeleng.

“Siapa nak kahwin?” tanyaku.

“Dik Za…” Beritahu mama. Merah wajah Dik Za. Azam mengerling ke arah adik bongsunya. Aku turut sama memandang Dik Za dengan rasa tidak percaya. Dik Za masih belum habis belajar. Lagi dua tahun.

“Masih kecil dah ada hati nak kahwin..” Azam nampak tidak puas hati.

“Orang dah besar lah abang Azam.. lagipun bukan nak kahwin sekarang…nak bertunang dulu..” Wajah Dik Za gelisah.

“Siapa jejaka tak bertuah tu Za? Malang sungguh dia dapat adik abang yang manja berlebih-lebih ni. Abang kenal tak?” tanya Azam.

“Hmm..kenal sangat..” Sampuk mama. Aku hanya mendengar.

“Siapa?” Tanya Azam tidak sabar. Ikmal tersenyum penuh makna pada Dik Za.

“Angah tu…” Papa memuncungkan mulut pada angah. Aku terkejut, serta merta pandanganku jatuh pada riak wajah angah yang nampak gelisah. Dia tersengih, dan mengangkat dua jari tanda peace.

“Angah?” Aku dan adik-adikku serentak bersuara. Aku tidak pernah tahu, pandai betul angah dan Dik Za merahsiakan hal ini.

“Along…”Angah separuh merengek. Kami sama-sama tertawa.

“Bila nak langsung?” Tanya Azam. Nampaknya dia tidak membantah perhubungan ini. Aku mengucap syukur di dalam hati.

“Hmm…tak tau lagi..” Jawab angah.

“Nanti kita bincang dengan mak lang.” celahku. Hari ini mak lang sekeluarga tidak dapat hadir. Mereka balik ke kampung pak lang. Emak pak lang tidak sihat.

“Tunggu cukup duit lah bang long..” Jawab angah.

Aku senyum pada adik keduaku itu. Diam-diam berisi dia ni. Patut la aku tengok dia dan Dik Za semacam aje. Dik Za tidak memanggil angah, angah. Tapi nama angah, Faizul.

“Tapi….macam tak best je Adik langkah bendul..” Ikmal buat-buat tidak dengar bila abangnya berkata begitu. Kami tersenyum nakal pada Ikmal.

“Yela..Mal tak ada calon ke?” Tanya mama. Ikmal tersengih..

“Tak salah kalau adik kahwin dulu..” Dalih Ikmal.

“Salah tu memang tak…tapi macam tak best aje..” Sampukku. Ikmal dah buat muka boring.

“Susah-susah, Mal kahwin dengan achik je…okey tak achik? Lepas achik habis SPM tahun depan kita kahwin nak?” Sakat Ikmal.. riuh suasana di situ melihat wajah cemberut achik.

“Tak nak…abang Mal dah tua…” Achik menjerit kecil.

“Alah…tak tua mana pun… 11 tahun aje..” Usik Azam. Achik sudah merengek-rengek memandang aku. Aku tergelak geli hati bersama yang lain.

“Itulah…kalau tak lulus cemerlang SPM along kahwinkan aje dengan abang Mal..nak?” Aku turut seronok menyakat. Papa yang paling kuat tergelak. Achik sudah merah wajahnya. Ikmal pulak tergelak geli hati melihat gelagat achik. Ada-ada saja adik ipar aku yang sorang ni..

Bab 71

Keluar dari tandas, aku menekan-nekan perutku. Sejak awal pagi tadi aku rasa perutku semacam. Suamiku pulak di bawah. Aku melangkah perlahan-lahan keluar dari bilik.

“Abang…” Aku berteriak kecil memanggil suamiku. Tapi dia tidak muncul.

“Angah….alang…” aku memanggill adik-adikku pulak. Entah ke mana mereka semua pergi. Mungkin juga kat belakang. Lambat-lambat aku turun dari tangga. Nafasku turun naik, perutku yang memboyot membuatkan aku cepat lelah.

“Ya ALLAH….” Aku menahan sakit di pinggangku bila tubuhku terhentak ke anak tangga. Aku terduduk di anak tangga paling bawah. Azam dan adik-adikku yang baru muncul di situ, segara berlari ke arahku sebaik mendengar jeritanku.

“Sayang….” Jerit suamiku pantas memangku kepalaku.

“Along..” Panggil acu sudah teresak-esak.

“Anak kita bang…” Tangisku. Aku takut kehilangan anak kami. Maafkan mama sayang….maafkan mama…kalau dulu aku tidak mahukan dia, tapi sekarang aku tidak mahu kehilangannya. Ya ALLAH…jangan Kau ambil dia dariku… sumpah aku menyayanginya…rintih hatiku.

“Kita bawa ke along ke hospital.” Ujar angah. Pak Daud mengambil kunci kereta. Alang, achik dan acu hanya tinggal di rumah bersama mak Siti.

“Sabar ye sayang…” pujuk suamiku bila aku mengerang kesakitan.

Kesakitan itu semakin kerap bertamu. Aku sudah tidak malu untuk menangis teresak-esak. Suamiku turut menangis sama.

“Ampunkan Anis bang..” pohonku. Suamiku hanya angguk.
Aku mengucap di dalam hati. Selepas itu aku sudah tidak sedar.

******

Aku mencelikkan mata dengan payah. Ari-ariku rasa nyilu. Aku berdesis menahan sakit. Aku tergamam bila memegang perutku yang sudah kempis. Aku menoleh di sebelah kanan, suamiku meringkuk tertidur di atas sofa.

“Abang…” panggilku dengan suara yang tertahan.

“Abang..” Ulangku bila dia masih enak tidur.

“Abang…” Kali ke tiga aku memanggilnya baru dia berkutik. Dia bangun mengejut. Cepat-cepat dia melangkah ke arahku. Tanganku di gengam lembut dan di kucup lama.

“Sayang tak apa-apa?” Tanya Azam.

“Anak kita?” Tanyaku dengan debaran. Apa yang aku ingat, aku terjatuh ketika hendak turun dari tangga. Aku takut memikir kemungkinan yang buruk yang terjadi pada anak kami. Aku sangat menyayanginya. Tolonglah ya ALLAH…

“Anak kita selamat sayang…kita dapat anak perempuan… comel sangat..” Beritahu suamiku dengan senyum bahagia.

Alhamdulillah….ucapku di dalam hati. Air mata kegembiraan mengalir di pipiku. Tapi tidak lama air mata itu menodai pipiku segera di kesat suamiku lembut.

“Thanks..sayang…sayang dah bagi abang zuriat.” Ucap suamiku sambil mengucup dahi dan kedua belah pipiku. Dia duduk di sisi katil.

“Thanks to you too…kalau abang tak ada…dia pun tak ada..” balasku. Dia tersenyum lebar.

“Ya tak ya.. jugak ye..” Ucapnya nakal. Aku mencubit lengannya. Dia tertawa.

“Jadi…alang menang lah ye…anak buah dia perempuan…” Ujarku pada suamiku. Azam mengangguk. Nampaknya acu terpaksa menerima hakikat nama yang dia cadang tidak terpilih kali ini.

“Kesihan acu.. mesti dia kecewa.” Aku masih ingat acu beria-ia menyatakan anak saudaranya lelaki. Dia mahu buat kawan.

“Tak apa…tahun depan kita cuba lagi…kali ni Nur Azra Saffiya…Tahun depan Muhammad Yusuf, tahun lagi satu Amirul Hakim, seterusnya Nur Asmatul, kemudian Muhammad Asrizal. Kemudian aaron Aziz..Lisa Surihani, Nur Atia..” Aku membeliakkan mata mendengar satu persatu nama cadangan adik-adikku di sebut oleh suamiku. Aku menampar dadanya lembut. Azam tertawa nakal.

“Abang ingat Anis ni apa? Kilang keluar anak ke bang?” rungutku dengan mulut muncung. Azam mengucup pipiku.

“Sayang lebih berharga dari harta di dunia ni…” Ucap Azam. Aku terharu mendengar ucapannya itu.

p/s: Salam… novel ni de 75 bab. insyaALLAH… 2 mgu lg bru hbs. Salah mencintainya , bukan hanya mencoret kisah cinta sepasang suami isteri. Tetapi bagi sy ia karya ikhlas dari hati sy untuk adik2 sy. Pengorbanan Anis… mengambarkan isi hati sy sendiri utk adik2 sy. Sbb…dua adik sy…mengajar sy menjadi ibu. Sygi adik beradik anda…mrk xkan prnah mmbuang kita andai hub ini tjaga. (pesanan penaja) hihihi..


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Novel : Salah mencintainya 70, 71”
  1. rieda says:

    best…tak sabar nak tahu ending dia!

  2. eyka96 says:

    best la citer nie..
    smbng la cpt..:)

  3. impirika_08 says:

    eh…nk habis da citer ni lc??

    nice la…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.